CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
 Author| Post time 14-11-2014 03:54 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 14-11-2014 12:12 PM
Sampailah satu ketika, Tok Wan kata "Kamu jangan sampai aku buka topeng kamu tu, biar satu kampung d ...

Pakai susuk ke, apa ke, tunggu habis cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2014 03:55 PM | Show all posts
mai-shi posted on 14-11-2014 02:14 PM
Alhamdulillah tak pernah nampak dah.. Family pun tak ada yg bercerita pasal gangguan..

Alhamdulillah. Bila nampak tu yg jadi tak keruan kan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 03:56 PM | Show all posts
abang_rusdi posted on 14-11-2014 02:39 PM
rasa2 abang rusdi. mungkin susuk la kot ni.
takkan la kak ton tu pakai topeng brandi amok plak ko ...

Benda jadi lama dah @abang_rusdi, puluhan tahun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 03:57 PM | Show all posts
seeri_7843 posted on 14-11-2014 03:17 PM
Sangat best akak baca ko punye citer dik...
Pastu korang adik beradik nmpk cam sweet jer...hihi (ni ...

Ehehehe. Kami adik beradik agak rapat la sebab jarak umur tak jauh. Terima kasih luangkan masa baca kisah ni.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 04:12 PM | Show all posts
cik.nana posted on 14-11-2014 03:56 PM
Benda jadi lama dah @abang_rusdi, puluhan tahun.

layan cerita cik nana ni. mai sambung kaih.
abang rusdi tunggu no.
nama pon cik ton. abang rusdi sekali baca ingatkan cik pon.
huhuhuh. teruskan cerita cik nana.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 04:28 PM | Show all posts
check in TT cepat sambung yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2014 04:29 PM | Show all posts
cerita tentang aqif cak ''meh masyuk...meh meh" tu... teringat waktu tinggal berdua dengan anak sedara di rumah... tapi waktu tu umur dia dah 4 tahun...

kegemaran dia, main masak sorg2, dan berlakon depan cermin sambil guna make-up.. biasalah budak perempuan... ada sekali tu, dia nak pegi toilet...and then dia datang pada saya yang tengah tonton tv...

"mAK shu...mak shu... Awe (hawa) nak pegi tandas... mak shu tolong tengokkan kawan awe ye"....

saya cakap "mana? kawan awe ada di mana?"

dia cakap "tu!" dia tunjuk kat tempat dia main masak2 tu... depan saya la tu!

pastu boleh pulak saya cakap "ha, kawan yang tak nampak mak shu tak nak tengok!"...

pernah jugak bila dia main sorang, cakap sorang, saya suka acah dia.... "awe main dengan sape tu?".. "awe cakap dengan sape tu?"... dia mesti cakap "dengan kawan awe lahh"..

tapi, semenjak dah masuk sekolah ni, dah takde dah cakap sorg2, kita plak yang kena melayan dia cakap... bila tanya balik, mana kawan awe yang awe selalu sembang tu? dia akan cakap "siapa? awe tak tahu pun? awe kenal dia ke?"... haha...

sekian....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 08:09 PM | Show all posts
abang_rusdi posted on 14-11-2014 04:12 PM
layan cerita cik nana ni. mai sambung kaih.
abang rusdi tunggu no.
nama pon cik ton. abang rusdi ...


Cerita abang_rusdi pun layan gak. Kita dok SR, tergelak ada seram pun ada. Terbaik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2014 08:11 PM | Show all posts
hana930505 posted on 14-11-2014 04:29 PM
cerita tentang aqif cak ''meh masyuk...meh meh" tu... teringat waktu tinggal berdua dengan anak seda ...


Kadang-kadang boleh jadi imaginasi dia je. Tapi tak tau la kan benda-benda ghaib ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 08:13 PM | Show all posts
malutapimahu posted on 14-11-2014 04:28 PM
check in TT cepat sambung yer


Akan disambung secepat mungkin. Terima kasih sinngah baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 12:47 AM | Show all posts
cik.nana posted on 14-11-2014 08:13 PM
Akan disambung secepat mungkin. Terima kasih sinngah baca

cik.nana sambung lg..
tak sabar nk tau
debar debar nak tau kesudahan cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 03:01 AM | Show all posts
parking dulu nnti nak mai baca lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 11:53 AM | Show all posts
bestttt..

tq cik.nana sudi share citer seram nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile nk sambung?? Xsabar ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 06:28 PM | Show all posts
Ok meh kita sambung kisah Cik Ton di kala petang yg hujan ni...

===================
Lepas dengar cerita aku dan Ateh pasal orang ratah ayam panggang tu, semua pakat-pakat terdiam. Adik-beradik Mama pun buatla meeting tergempar kat meja makan rumah Pak Teh. Budak-budak dan muda belia tak boleh masuk campur, kena halau duduk kat depan. Jadinya, aku tak tahu apa yg dibincangkan oleh Mama dengan adik-beradik dia dan Opah. Masa ni, Opah ada panggil adik lelaki dia yg aku panggil Wan Chu. Lama jugak diorang ni meeting. Sampai dekat pukul 11 malam. Habis-habis meeting, Mama ajak balik rumah Opah.

Mama: Dah, jom balik.
Aku: Aik, bukan nak tidur rumah Pak Teh ke?
Mama: Siapa kata?
Aku: Err...
Mama: Dah, jom jom.
Ateh: Ala... takutla, Ma, nak balik rumah Opah *slow je Ateh cakap kat Mama*
Mama: Haish, penakut korang ni! Dah, jom!

Nak tak nak, kami pun paksa relakan diri meninggalkan rumah Pak Teh yg rasa 10 kali lebih selamat. Sampai je rumah Opah, tengok ada orang tengah tengok TV. Aku dengan Ateh automatik jalan belakang Pak Ngah. Penakut tak penakut, lain cerita ye. Ada seorang perempuan yg nampak jauh lebih muda dari Opah tengah duduk di sofa sambil tengok TV. Aku kira, itulah dianya Cik Ton yg aku teringin sangat nak tengok tu. Cantik, memang cantik. Tapi entah apasal aku rasa macam kecantikan dia tu sedikit menakutkan. Muka dah kedut-kedut la sikit, stended orang tua la.

Masa aku dengan Ateh naik atas rumah, jalan belakang Pak Ngah, aku nampak Cik Ton jeling ke arah kami berdua sambil melirik senyuman sinis. Meremang terus bulu roma aku. Aku cepat-cepat jalan ikut Mama ke belakang. Mama, Opah, Mak Ngah dan Mak Su turun ke dapur. Mama terus check beg plastik Tesco yg kami tinggal atas meja makan, kemudian Mama geleng kepala.

Mama: Habis ayam dua ekor, mak.
Opah: 2 ekor?
Mama: 2 ekor saya beli tadi. Dua-dua dah lesap.

Gulp! Sampai 2 ekor diratah habis? Pelahap bebenornye. Aku check la kot ada baki-baki tulang ke dalam tong sampah. Tak ada. Licin tak berbaki langsung. Gila. Kami berpandangan sesama sendiri. Mak Ngah dan Mak Su saling berbisik antara satu sama lain.

Mak Su: Mak... Ina rasa, Ina tidur rumah Amir lah malam ni ye? Ina rasa tak sedap la keadaan macam ni...
Opah: Hah, yelah. Kamu tu dahla tengah bawak budak.

Mak Su aku tengah pregnant masa ni. Lekas-lekas dia naik atas, ajak suami dia tidur rumah Pak Teh. Kurang satu family. Aku pulak yg rasa cemasnya. Kalau ikutkan, nak aje aku ikut Mak Su dengan Pak Su tidur rumah Pak Teh. Mama naik atas pulak. Aku ikut rapat belakang Mama. Opah ikut sekali naik. Aku ternampak Cik Ton dok perhati je Acu yg tengah berdiri di muka pintu, bersembang dengan Pak Ngah. Bibir merah Cik Ton senyum aje tengok Acu.

Cik Ton: Elok rupa paras cucu kau, Maimon. Mengalir darah pahlawan Tok Wannya.

Cik Ton bersuara tanpa sedikit pun menoleh ke arah Opah. Aku tengok Mama. Kecik besar kecik besar je mata Mama dok tengok Cik Ton.

Opah: Anak cucu jangan diusik, Ton. Ingat tu.

Perlahan je Opah balas, tapi penuh 'berisi'. Cik Ton merengus. Tiba-tiba, dia pandang arah aku. Tajam je pandangan dia. Sampai aku tunduk muka ke lantai. Takut. Ada debar dalam dada aku.

Opah: Aku kata, anak cucu jangan diusik, Ton.

Kali ni, suara Opah sedikit keras. Cik Ton ketawa kecil, macam dibuat-buat. Dia bangun, lalu masuk ke biliknya. Aku tarik nafas lega. Mama suruh kami masuk tidur. Aku dengan Ateh tidur satu bilik. Mama dengan Acu tidur sebelah bilik kami. Semua pakat-pakat masuk tidur sekali.

Malam tu, payah benar aku nak lelapkan mata. Kejap rasa sejuk, aku tarik selimut. Lepas tu panas pulak, aku buang selimut. Ateh letak-letak kepala je, terus lena. Jeles aku. Aku dan Ateh tidur atas katil saiz queen. Aku tidur sebelah dalam, sebelah dinding. Lama-lama tu, mengantuk mula datang. Aku baru je nak terlelap, terdengar satu bunyi asing.

Grehhh... grehhh... grehhh...

Bunyi macam kucing cakar papan. Bunyinya betul-betul kat dinding sebelah aku tidur. First time aku dengar bunyi tu sepanjang aku tidur kat rumah Opah ni. Daripada mengantuk, terus segar aku. Aku cuba amati bunyi tu. Memang datang betul-betul dari dinding sebelah aku, dari sebelah luar. Makin lama makin kuat. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku cuit-cuit bahu Ateh, cuba kejut Ateh dari tidur. Haram sedikit pun dia tak bergerak. Tidur mati.

Grrreehhhh... ggrrreeehhh...

Semakin kuat bunyi macam cakaran tu, betul-betul hampir dengan tingkap. Aku telan air liur. Tak tunggu lama, aku tarik kain selimut sampai ke kepala. Dan aku menunggu, memasang telinga.

"Nanaaaaa..." satu suara halus memanggil aku, seolah berbisik. Aku pejamkan mata rapat-rapat.
"Naaaanaaaaaaaa... Hihihihi..." semakin galak suara itu memanggil aku. Masa ni, aku menggigil tak ingat dah. Aku baca surah apa yg aku ingat, sekadar yg termampu. Tu pun aku rasa habis berterabur apa yg aku baca. Mata mula berair, nak menangis. Takut punya pasal. Aku teringat kat Mama di bilik sebelah. Aku nak panggil Mama, tapi tak termampu. Mulut aku macam terkunci.

Tiba-tiba, rasa selimut aku ditarik-tarik di bahagian kaki. Ah, sudah! Aku pegang selimut kejap-kejap. Aku tutup mata serapat mungkin. Air mata dah mengalir laju. Ya Allah, lindungi aku, ya Allah. Aku berdoa dalam hati. Selimut aku terus ditarik-tarik.

"Nanaaaaaaa..." dan suara itu terus memanggil aku.

=====================

Bersambung....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 06:32 PM | Show all posts
miawpink posted on 15-11-2014 12:47 AM
cik.nana sambung lg..
tak sabar nk tau
debar debar nak tau kesudahan cite ni

Dah sambung. Meh meh baca.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2014 06:33 PM | Show all posts
reza_hard posted on 15-11-2014 03:01 AM
parking dulu nnti nak mai baca lg

Parking free, takpe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 06:34 PM | Show all posts
ayang77 posted on 15-11-2014 11:53 AM
bestttt..

tq cik.nana sudi share citer seram nih

Sama-sama. Terima kasih sudi membaca kisah cik.nana!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 06:35 PM | Show all posts
fadzyjemi posted on 15-11-2014 03:45 PM
Bile nk sambung?? Xsabar ni

Dah sambung. Enjoy.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow....seram amat nieee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.309077 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list