CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: endus

betul ke tanda nak mati akan lihat benda mcm mcm

[Copy link]
Post time 17-1-2019 05:23 PM | Show all posts
Nenek aku masih ada lagi sekarang ni, cuma tak berapa sihat. Umur dah 85 tahun.

2 minggu lepas dia terjatuh, dia cakap dia ternampak orang lelaki pakai songkok dekat dapur. 2 hari lepas pulak dia tgh tidur, tiba-tiba bangun cakap "mana atok kau, mak nak tengok.tadi mak nampak kau pimpin tgh dia bawak masuk bilik" Mak dgn abg aku terkejut dgr nenek aku ckp mcm tu.

Tapi tu lah, lepas kejadian ni, aku asyik terfikirkan nenek aku je. Semoga nenek aku sentiasa dlm rahmatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sebulan sebelum meninggal arwah atuk aku asek cakap nampak budak budak kecil berlari lari dari ruangtamu masuk ke setiap bilik. Beliau siap tanya "anak sapa tu tak gi solat teraweh?" Raya ke 5 beliau pun meninggal dunia sebwb sakit tua. Circa 2007.

Arwah kawan pun sama, dia kunjung kedai aku dan complain kenapa ramai sangat orang sinnggah kedai aku bulan puasa, "Kau buat port geng plastik hitam ke?" Tanya beliau sambil cakap dia susah nak cari parking depan kedai. Tup2 dalam seminggu dia eksiden meninggal. Juga bulan puasa, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:11 AM | Show all posts
berrygurl replied at 10-11-2014 09:53 PM
kalau ikut pengalaman org terdekat yg nak meninggal & pengalaman kekawan yg org2 terdekat dgn mereka ...

sama dengan arwah abah saya.dalam pukul 2 3 pagi, dia bagitau ada rombongan orang datang berpakaian serba putih datang ke rumah, abah siap bangun buka tingkap dan bagitau mak ada orang datang..tapi sebenarnya takde sapa pun..selang beberapa bulan, abah meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:17 AM | Show all posts
sedih plak bila teringatkan allayarham abah saya. semoga abah sentiasa dirahmati Allah selalu.tiada tanda jelas beliau sebelum beliau meninggal, cuma sehari sebelum raya, abah minta adik iron kan baju kurta dia awal2 sebab abah kata nak pakai masa raya esok.selalu abah akan minta iron pagi raya tu. raya ke lima abah pergi tinggalkan kami. al fatihah untuk allayarham abah saya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 12:42 PM | Show all posts
aku tak boleh type la pengalaman dgn arwah abah
laju je air mata ni
i'm done
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:54 PM | Show all posts
ingat lagi arwah atuk beberapa minggu sebelum meninggal dia cakap ada budak kecik teman dia makan, sedangkan kami je yg ada dekat dia xde sape budak kecik sebba sume dah besar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
aminsaniah replied at 18-1-2019 11:11 AM
sama dengan arwah abah saya.dalam pukul 2 3 pagi, dia bagitau ada rombongan orang datang berpakaia ...

Alfatihah utl org yg kite sayang tapi dah xde dgn kite
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa atok2 nenek moyang saya nak meninggal biasanya diaorang akan sebut nama2 arwah yg dah meninggal tu datang tgk diaorang. Oh ye setakat ni family sy xde sakit kronik, demam2 2-3 hari meninggal..so bila start sakit tu mestilah anak2 jiran tetangga datang ziarah..nanti masa tu pulaklah disebut nama si polan2 arwah datang sama..kita mmg x nmpk..so tau la masa dah nak sampai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2019 12:13 PM | Show all posts
Sedih dan mengingatkan kpd yang telah tiada . Alfatihah utk keluarga forummers dan keluarga saya yg telah meninggalkan kita semua. Semuga roh mereka semua diberkati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ayah akak, Atok & Makwe dok sebut benda sama..Mak/Pak/sedara yg rapat datang. Suruh jemput masuk sambil dia lambai2 ke pintu.
Atok akak dulu kena stroke. Akak gilir ganti dgn makbusu  akak jaga arwah kat hospital selama dua minggu. Lepas habis sekolah, akak ambil anak dan masakkan utk suami akak. Then ganti baju akak & anak dlm beg kecik. Dlm pukul 9 malam,  akak & anak ke hospital. Anak akak tidur kat kerusi lipat letak sebelah akak dan akak tidur atas kerusi sebelah atuk. Pukul 5:30 pagi bangun, siapkan anak akak kasi susu dan akak oulak bersiap utk hantar anak ke pengasuh & akak ke sekolah. Itu la rutin kami selama dua minggu. Bila atuk dah discharged, ganti pulak berulang ke rumah atok setiap hari, juga 2 minggu. Hari Sabtu malam tu suami akak datang jenguk dan dia tidur sana. Esoknya atok akak suruh akak ikut suami akak balik rumah sewa  kitorng yg jarak dlm 45 minit  juga dari rumah atok. Akak kata x payah. Atok kata pergi kemas rumah kau. Baju2 pergi basuh ( sedangkan suami akak dha siap basuh semua baju dan gantung yg mana perlu. Sikit2 je nak lipat). Lepas tu cepat2 balik sini. Kau jangan tangguh  balik cepat. Dok pesan ulang kali. Akak mengalah juga. Time kemas2 tu dia suruh akak keluarkan ketayap dia yg akak belikan. Nak pakai. Dan suruh akak pakaikan. Seumur hidup akak, x pernah akak dapat pegang kepala atuk sebab dulu2 kitorng diajar utk x pegang kepala org lebih tua. Kami akur. Tp time tu atuk suruh pakaikan. Akak dah rasa lain macam dah. Sebelum tu kan atuk dah cakap kata pak sedara dia datang, gamit2 kat pintu. Dia pun balas balik menggamit.  Bila akak cakap x jadi la balik. Karang nak suapkan atuk bubur nasi bilis. Cucu2 lain srmua dah balik KL sebab esok nak kerja/kuliah. Cicit2 nak sekolah. Akak aje ada tp atuk tetap berkeras akak balik rumah akak. So masa salam & peluk akak cakap lepas breakfast kitorng balik sini balik. Atuk kata awal sikit balik sini. Tp time akak keluar pintu rumah, mata dia mengekor je tengok kitorng keluar rumah sebab dia x blh jalan time tu. Pukul 4 lebih pagi tu, MakBusu akak yg duduk serumah dgn atuk & makwe call semua org suruh balik sebab atuk sesak nafas.  Dan xde org call akak! Diaorg terlupa. Sebab akak kan dah dua minggu dok rumah atok. Mak busu akak pun terlupa nak call akak.. Dlm pukul 5 lebih sikit baru kakak akak call dan inform atuk nazak. Longlai time tu. Suami akak cepat tukarkan baju akak &  dukung akak masuk kereta. Lepas tu baru dia angkat anak akak yg tgh tidur lagi. Kitorng sampai je Atuk dah xde. Atuk pergi betul2 pada mulanya azan Subuh.

Makwe pulak, time tu akak dah duduk Kuantan. selain kata mak dia datang ajak balik rumah dan asyik cakap nak balik rumah dia(time tu dia dijaga dan duduk dengan makcik yg lain. Tp rumah dia pun sepelaung je dari rumah makcik akak tu. Kitrong cucu2 memang seojg makwe akak on & off sakit sepjg tahun tu semua akan gilir2 balik tiap hujung minggu. Akak pulak akan balik ke Melaka setiap minggu without  fail, samada drive down dengan anak2 yg masih kecil @ dgn suami bila dia off. The last weekend tu, dia x bercakap tapi pandang pintu aje dan nampak mata dia berkomunikasi dgn seseorang tp sebelum tu dah 2 minggu x nak bercakap. Senyum pun bila kitornbg gurau2 @ buat cerita2 lawak sebab nak ajak dia berbual dan gelak2. Sebelum dia diam membisu, dia ada cakap dengan akak, hantar Mak balik rumah Mak. Mak nak kemas. Dua tiga kali dia pujuk akak minta hantar tapi makcik2 akak x bagi sebab MakBusu kerja dan nanti pagi2 nak hantar dia ke rumah makcik yg ni pulak. Nanti Mak penat, tu alasan akak. Tp seminggu sebelum tu kami mengalah dan makcik akak hantar balik rumah dia sekejap. Dua tiga hari je sebab masa tu MakBusu akak ambil cuti. Masa kat rumah dia, bila tolak wheelchair ke balcony rumah, dia cakap cantik bunga2 kat laman ni.. Laman tu memang ada pokok2 berpagartapi dia cakap banyak bunga2...  Bila cakap, x ada bunga pun.. Dia kata kau peksa cermin mata kau tu. Akak & yg lain2 diam. Pagi Ahad sebelum dia meninggal, time mandi Mak sebut buang air. Time tu dah dua minggu x bercakao. Tu je yg dia sebut kat kakak akak yg tgh mandikan dia. Dia buang air besar lama dan agak banyak sedangkan dah dekat sebulan dia makan bubur entah berapa sudu je. Minum oun x Tertelan sangat. Lepas tu kitorng lapkan badan, pakaikan baju dan mcm biasa sisirkan rambut dan bedakkan dia. Anak2 dah beranaur balik dan akak cucu yg last balik. Sebelum balik, time akak peluk dan cium makwe, akak cakap kat dia akak sayang dia. Dan Tiba2 dia cakap, jaga suami & anak2. Sembahyang. Menjerit akak time tu panggil mak akak, makbusu, makcik & anak2 makcik sebab Makwe bercakap. Tp bila semua ada, dia diam & mcm blur balik. Sakit tua kan.. Then akak bertolak balik. Sampai Kuantan jam 1 pagi. Pukul 1:30 pagi mak akak call dan suruh balik Melaka semula. Makwe nazak. Dan makwe meninggal masa permulaan azan Subuh.. Dan akak samai Melaka, longlai sebab hanya dapat jumpa jenazah je..

Banyak petanda yg ditunjukkan to kitorng semua x perasan. Yg x blh lupa time ketiga2 org yg akak sangat sayangi ni dok pandang akak dan anak akak(cucu/cicit sulung) tanpa berkelip tapi mata sayu. Bila kita balas pandangan, cepat je padangan dikalihkan ke arah lain.

Sekarang akak hanya ada Mak & Mak mertua saja.. Kalau dengar diaorg sakit ke apa, akak cepat je nak balik. Nasib baik dah pindah Johor so dekat sikit nak balik melaka tak kira hari..

Yang masih ada mak ayah tu, curahkanlah  kasih sayang korang selagi masih ada.. Buat mereka senyum dan bahagia walau x dapwt nak mewahkan mereka. Jgn bagi diaorg terasa hati atau yg sewaktu dengannya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miszaimi at 7-6-2019 08:18 PM

Tak sedar mengalir air mate baca thread ni..baru aku paham apa yang arwah ayah crite..dia kate ade org melawat die pakai baju melayu..borak2 time subuh..aku jawap..maybe ayah mimpi kot..sehari seblum meninggal dia gelisah sangat..sampai tak selera makan ..tak boleh tidur..pagi esoknye..tido lena..selera makan soto feveret dia..tengah hari dh tak selera..puas pujuk makan pun tak nak...petang dah start gelisah aku bawak pegi hospital...malam dia koma..doktor kate jantung dia dah stop 45 minit..tp dorg still try lagi..penuh wayar mesin kat keliling dia...23.3.2019.. Ayah pergi selama-lamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
miszaimi replied at 7-6-2019 08:16 PM
Tak sedar mengalir air mate baca thread ni..baru aku paham apa yang arwah ayah crite..dia kate ade o ...

Innalillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2019 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo org nampak2 org dtg ni biasanya badan dia ada infection

tu bila infection x dirawat tu yg bawak maut
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mmg perkara biasa yg akan berlaku..pengakhiran org lain2 mengikut amalan ketika hidup...yg dtg ketika hampir kematian tu malaikat maut. Jelmaan mengikut amalan ketika hidup. Bg org yg kurang ilmu dan amal.. pengakhiran akan di goda syaitan. Insaf baca thread ni..sedih pun ye. Al fatihah utk semua ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 11:32 AM | Show all posts
Arwah abah i ols dulu ada cite kat my mom, dia kata mak dia datang. Mak dia da meninggal 1992. ni terjadi masa 2004.

My aunty pulak nampak someone luar rumah, dia tanya anak dia siapa datang tu. walhal no one outside.

And maybe, dorang datang to ask them to prepare. Allahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 01:28 PM | Show all posts
arwah ayah sblum pergi, dia kena assign keje luar..hari pertama dia nak gerak..dia singgah rumah dulu..sbnrnya aku nak halang..tp mcm x leh bagn daru kerusi, sebaik ayah gerak dgn lori, tetiba aku boleh bgn..aku jerit ayah jgn pergi..tp time tu lori dah gerak..ayah ckp..khamis nanti ayah balik..ayah kan siap beli brg basah..sampaikan peti ais x muat..ayah kata org ramai nak dtg nanti..

mlm sblum ayah pergi, dia call..dia kata dah makan..esok ayah balik..kami pun ok lah..pg2 tu org pejabat ayah datang..tp sblum tu pg aku g kedai, kawansan perumahan kuarters tu sunyi..ayam x nampak lalu..org pun aku x nampak..suasana senyap..tenang..aku g kedai, org kedai tu jiran2 situ gak..semua dia..pelik pulak rasanya..tp aku buat  x reti..

tup2 org ayah dtg..luluh hati kami masa dpt berita tu...masa tu lah baru semua org datang..betul ayh balik khamis tu..balik dgn dirinya sebagai jenazah..dia janji nak balik..mmg dia balik..tp balik kepada ALLAH SWT..sbb temujanji ayah dgn ALLAH SWT dah tiba..
Al fatihah utk ayah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 02:22 PM | Show all posts
Ada pengalaman juga semasa seminggu nak raya tahun 2017.

arwah nyai@nenek saya masuk hospital batu pahat. Sepupu duduk area sana teman arwah di wad. malam2 arwah bangun kejutkan sepupu, Atok kau datang melawat tu. sepupu time tu dah cuak dah. dia sorg2 teman arwah.

pastu selang berapa hari sekali lagi arwah mintak nak balik rumah dia yang lama kat area sengkuang sebab suami dia dh tunggu kat rumah tu. padahal rumah tu dah tak de lagi.

arwah hembuskan nafas terakhir petang puasa akhir tahun 2017. Malam itu juga dikebumikan sekitar jam 10 malam. Raya tahun tu rasa kosong sebab arwah la nenek terakhir yang pergi tinggalkan kami semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 02:42 PM | Show all posts
nak share jugak, mertua abg aku. Masa hari dia meninggal tu, dia bgun pagi, dia cakap hari tu dia meninggal, so dia nak bersihkan halaman rumah awal2, pastu bagitau kat wife dia, nnti kubur dia ade kawan dia akan datang tolong galikan.  Wife dia pun ingat bergurau la. Lepas tu dia pergi menyapu kat halaman rumah, pastu dia rehat bersandar kat pokok kelapa, jiran sebelah nampak dah pengsan kat pokok kelapa. Meninggal on the spot. Tak sampai sejam, kawan lama dia datang siap bawak cangkul.

Allahualam, kisah benar, Februari 2018.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 02:44 PM | Show all posts
My auntie pun sama, sebelum meninggal dia cakap mak dia asyik datang je kat dia ajak balik, dalam sebulan gak ah, pastu meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 02:48 PM | Show all posts
Abang my mum pun sama. Malam dia meninggal tu, dia datang umah kitorang, cakap nak makan kat sini, lepas ni dah tak boleh dah. Pastu dia balik, bawa anak bini jenjalan pusing pekan puas-puas, petang sebelum dia bagitau kat anak pompuan dia yang sulung, pesan lepas ni klau la dia da takde, selalu la datang rumah macik2 dia, and so on. Malam tu, tido macam biasa, wife dia tersedar yg dia terbatuk waktu tido, pastu kejutkan la, memang da meninggal masa tu. 2004.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.190312 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list