CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLAND:UPDATE kg baru ringlet banjir kilat lagi

[Copy link]
Post time 6-11-2014 01:00 AM | Show all posts
Tarah lagi bukit! Setiap kebaikan ada keburukanya. Masa tarah bukit tak ingat dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 01:34 AM | Show all posts
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

BANJIR DI CAMERON HIGHLAND












Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 01:44 AM | Show all posts
credit semua gambo ni
fb Roshan Kumar







Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semua selamat.

Belajar dr kesilapan..tapi kerajaan Pahang xbuat pape pon..next year pon bakal terjadi lg agaknya...dah mcm acara tahunan pulak..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2014 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 5-11-2014 11:55 PM
TERKINI

@Modngengade

Thanks kaka....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:06 AM | Show all posts
pengusaha2 ladang pertanian halal dan haram
dari keturunan DAP meneroka dengan rakus,

tidak ambilkira peraturan dan keselamatan

bila berlaku musibah begini, ulang tayang
tahun lepas, maka kerja mudah mereka :

tuding jari ke gomen
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:12 AM | Show all posts
sape suruh buat perumahan harom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 12:52 PM | Show all posts
berhati2 memandu tatkala hujan terutama dilereng2 bukit...takut tanah runtuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 01:18 PM | Show all posts


CAMERON HIGHLANDS 6 Nov. - Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika kejadian hujan lebat dan banjir kilat semalam, ditemui tertimbus sedalam satu meter di Kilometer 2.5 Jalan Ringlet dekat sini hari ini.

Mangsa yang dikenali Anipan, 48, ditemui kira-kira tiga meter dari rumah kongsinya pada pukul 9.20 pagi ini, dipercayai cuba menyelamatkan diri sebelum tertimbus dalam runtuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat.

Terdahulu, mayat seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dihanyutkan arus deras di Sungai Telom, Kuala Terla ditemui pukul 9.15 pagi kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 01:22 PM | Show all posts


CAMERON HIGHLANDS 6 Nov. - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dihanyutkan arus deras di Sungai Telom, Kuala Terla semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Mayat remaja tersebut ditemui pukul 9.15 pagi kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang mengendalikan jentera milik bapanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 01:23 PM | Show all posts
CAMERON HIGHLANDS: Dua lagi mangsa dilaporkan terperangkap dalam runtuhan tanah di Sungai Tiong, Lembah Bertam, di sini.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, maklumat terbaru diterima pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota sudah digerakkan ke kawasan berkenaan sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:24 PM | Show all posts
tak azan ke sis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2014 01:29 PM | Show all posts
Changa posted on 6-11-2014 01:24 PM
tak azan ke sis?

hantuk2 kepala jer mcm yahudi laknatullah sembahyang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 01:52 PM | Show all posts


CAMERON HIGHLANDS - Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun antara dua lagi mayat yang ditemui dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban tiga orang.

Mayat R Punesh, pelajar Sekolah Menengah Kampung Raja, di sini dan seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia, Anipan, 48, masing-masing ditemui pada pukul 8.45 pagi dan 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan setakat ini hanya tiga orang terkorban dalam kejadian jam 6.30 petang semalam.

“Lima mangsa cedera dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat pelajar itu ditemui pasukan keselamatan dan penduduk kampung kira-kira lima kilometer dari tempat dia dilaporkan lemas di Sungai Telom, Kuala Terla, Kampung Raja, di sini.

Sementara itu, mayat Anipan pula ditemui tertimbus kira-kira satu meter di dalam tanah.

"Mangsa dipercayai sedang cuba menyelamatkan diri tetapi tidak sempat," kata Wan Mohd Zahari.

Beliau berkata ketika kejadian, isteri Anipan yang dikenali sebagai Tsunami, 41, sempat melarikan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tanah runtuh itu mengakibatkan rumah kongsi yang didiami Anipan dan isterinya tertimbus.

Katanya, kejadian banjir kilat itu melibatkan 203 mangsa daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam, dengan 20 buah rumah terjejas serta 20 kenderaan rosak.

"Pihak pengurusan Empangan Sultan Abu Bakar telah memaklumkan kepada polis untuk membuat pelepasan air melalui Sungai Bertam, apabila paras air mencapai 35.9 kaki akibat hujan lebat.

"Bagi mengelak kejadian tidak diingini, polis mengambil langkah keselamatan dengan memindahkan penduduk di kawasan itu ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet dan kesemua pemindahan penduduk selesai pada pukul 8 malam," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, setakat ini keadaan di tempat kejadian terkawal dan cuaca baik.

Semalam, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, yang turut meninggal dunia dalam kejadian itu ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet kira-kira pukul 8.30 malam.

Wan Mohd Zahari berkata hujan lebat yang melanda sejak jam 6 hingga 7 petang semalam turut mengakibat rumah kongsi yang didiami Md Yousuf dan rakannya Iswandi Nahrowi, 40, tertimbus.

"Mayat Yousuf yang tertimbus tanah itu berjaya dibawa keluar manakala rakannya patah kaki," katanya.

Mayat dan kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 37 anggota polis, bomba (15), Jabatan Pertahanan Awam (24), Rela (35), Jabatan Pengairan dan Saliran (2), Tenaga Nasional Berhad (8) serta Majlis Daerah Cameron Highlands (12) dan akan menerima bantuan tentera dari Kem Tapah.

Pada tahun lepas, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 04:31 PM | Show all posts
Kuantan: Kerajaan Pahang melalui jabatan berkaitan sudah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan menghantar bantuan segera kepada mangsa banjir lumpur di Ringlet, Cameron Highlands, semalam.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, semua langkah perlu sudah dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membantu penduduk terbabit.

"Saya percaya semua agensi terbabit sudah melakukan kerja mereka dengan baik.

“Kita tidak dapat menafikan kejadian banjir lumpur ini berulang akibat sikap manusia sendiri yang tidak menghargai alam sekitar," katanya dalam sidang media selepas mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembangunan tidak teratur dan penerokaan hutan secara rakus menyumbang kepada bencana itu dan kejadian sebegitu perlu diambil iktibar supaya lebih menghargai alam sekitar.

"Kalau kita ke sana (Cameron Highlands), kita boleh tengok sendiri betapa banyak kawasan di situ sudah diteroka.

“Persoalan ia diteroka secara sah atau haram itu perkara lain, yang menjadi persoalan sekarang adalah sikap kita sendiri dalam menjaga dan menguruskan alam sekitar.

"Kerajaan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa memantau perkara ini. Kita juga dalam dilema, kalau dibiarkan penerokaan haram ini, rakyat akan kata kita terlalu berlembut; jika kita ambil tindakan pula, mereka kata kita kejam," katanya.

Adnan berkata, kerajaan negeri bersama Pejabat Daerah dan Tanah akan melakukan sedaya upaya untuk meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir lumpur itu.

Setakat ini, polis mengesahkan seramai tiga mangsa terkorban dan empat cedera dalam kejadian banjir kilat serta tanah runtuh di tiga kawasan membabitkan Kampung Baru Ringlet, Kuala Terla, Ulu Merah dan Lembah Bertam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketiga-tiga mayat mangsa sudah ditemui secara berperingkat bermula jam 8.30 malam tadi dan mayat terakhir dijumpai kira-kira jam 8.20 pagi tadi. [Link]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 3:24 P
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 11:47 AM | Show all posts


CAMERON HIGHLANDS 7 Nov. - Operasi mencari dan menyelamat dua warga Indonesia yang masih hilang dipercayai tertimbus runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam, di sini diteruskan pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata pihaknya terpaksa menggunakan empat ekor anjing pengesan untuk menjejaki mangsa yang tertimbus.

“Kalau tiada mangsa yang ditemui, bomba akan rujuk kepada pihak polis yang berkemungkinan mangsa dipercayai sempat melarikan diri.

“Ini kerana tidak ada saksi yang melihat mangsa tertimbus,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat kawalan operasi dan bencana di Lembah Bertam, di sini hari ini.

Katanya, usaha mencari mangsa berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak majikan kepada polis dan makluman mereka kepada bomba.

Morni berkata, 27 anggota dan pegawai bomba, 10 tentera dan 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terbabit dalam usaha mencari mangsa di lokasi kejadian, katanya.

Dalam kejadian itu, tiga orang disahkan maut dengan seorang pelajar lelaki, R. Punesh, 13, ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja, manakala seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, ditemui tertimbus di Lembah Bertam.

Seorang lagi mangsa, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, meninggal dunia selepas ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet.

Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat itu, turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.

Semalam, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.811548 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list