'Saya tak ada masalah dengan Usop' 0 0 Google +0 0 0[size=0.8em]Cetak
[size=0.9em]Oleh Georgie Joseph [size=0.9em]KUALA LUMPUR: Pengarah Mamat Khalid mendakwa terkejut dikaitkan berselisih faham dengan pelakon Usop Wilcha mengenai masalah dalaman yang berlaku di set produksi filem Menggonjang Makhluk Muzium. [size=0.9em]Bercakap kepada wartawan petang tadi Mamat mengakui tidak menyangka hal itu akan tersebar luas sedangkan dia tiada masalah langsung dengan Usop malah baru saja bertemunya minggu lalu.
[size=0.9em]Menurut Mamat, sepatutnya dia individu pertama yang tahu kalau benar ada sebarang krisis antara mereka.
"Saya terkejut dan tidak tahu-menahu mengenai isu itu sehinggalah berita itu sampai kepada saya selain dihubungi ramai pihak media. [size=0.9em]MAMAT Khalid (kiri) dan Usop Wilcha.
[size=0.9em]
"Terus-terang antara kami tiada masalah langsung dan jika benar ada perselisihan faham sepatutnya hal itu boleh diselesaikan secara tertutup tanpa pihak ketiga. [size=0.9em]
"Mengenai dakwaan dia tidak berpuas-hati dengan cara pengarahan saya yang suka mengolah sesuatu skrip, rasanya perkara itu sudah sebati dengan cara saya," katanya selepas sidang media pelancaran telefilem arahannya berjudul Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya.
Mamat dan Usop dikatakan bermasam muka apabila Usop didakwa bersikap keterlaluan di lokasi penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh sehingga bertindak melempar baju ke muka penjaga kostum.
Mamat pula dikatakan sering mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium yang diterbitkan sendiri oleh Usop.
|