|
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 05:23 AM
jgn risau zara ok tu
... she a very strong person...
Jyeahhh semangat ini yg kite mahuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 14-10-2014 07:17 AM
Nextt.....
Dah update. Teruskan bacaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
indah91 posted on 14-10-2014 07:13 PM
Jyeahhh semangat ini yg kite mahuuu
kekuatan zara dlm kelembutan... be strong girl... |
|
|
|
|
|
|
|
ZamZam....ada cerita barulah...best3 |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 14-10-2014 10:04 PM
ZamZam....ada cerita barulah...best3
yang mana satu @cegitu? ada beberapa cite baru nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
Cahaya matahari yang masuk ke dalam ruang bilik membuatkan Linda terjaga dari tidurnya. Lekas handphone yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katil dicapai terus.
"I pergi JB harini"
Linda mendengus kasar selepas membaca mesej kiriman Zafril. Bila weekend tiba mesti Zafril akan bersama dengan Zara. Tak ada satu masa pun untuk dirinya. Giliran bersama suaminya pula hanya seminggu sekali.
Jam di dinding menunjukkan sudah tengahari. Perut terasa lapar. Linda bangkit untuk ke bawah namun denyutan di kepala membuatkan dia duduk kembali di tepi katil. Dia memicit kepalanya beberapa kali.
Setelah mengumpul kekuatan untuk bangun, Linda terus turun ke bawah rumah. Dia terus menuju ke dapur untuk mencari makanan. Mungkin dengan cara itu saja pening di kepalanya akan hilang.
"Linda..mama tengok kamu ni macam tak sihat je" tegur Datin Sofea sebaik saja melihat Linda melangkah masuk dapur.
"Kepala I ni mama asyik pening je..." Linda mengadu. Dalam hatinya menyumpah keadaan dirinya yang sedang mengandung. Kalau bukan untuk Zafril, semua ni takkan berlaku. Dia cuma mahu perhatian Zafril beralih kepadanya.
" Biasa laa tu..mama ada buat nasi goreng..makan lah.." ujar Datin Sofea sambil menghidangkan sepinggan nasi untuk menantunya.
" Eh mama tak nampak pon Zaf.. mana dia?" soal Datin Sofea apabila perasan rumahnya sunyi.
" Dia dah pergi JB dengan Zara ma..kesian I yang sakit ni kena tinggal" Linda merengek. Kesempatan ini diambil untuk menambahkan lagi rasa benci mak mertuanya kepada Zara.
" Ni mesti perempuan tu punya pasal..Zaf ni pon satu..ambil berat lah dengan bini dia yang tengah mengandung..ini tak..yang mandul jugak bawa ke hulu ke hilir" Datin Sofea bengang. Sejak anaknya tahu Linda sudah berbadan dua, Zafril seakan tidak lagi melayan perempuan itu sebaliknya makin bertambah mesra dengan Zara.
" tulah ma..I tengah sakit ni pun Zaf biarkan je. Kesian kat I ma..." ujar Linda dengan nada yang lemah. Biar mak mertuanya itu berbuat sesuatu tentang hubungannya dengan Zafril. Dia mahu Zafril bersama dengannya setiap hari.
" takpe Linda..nanti I cakap dengan Zaf..you tengah macam ni dia kenalah jaga..mana boleh biarkan " tegas Datin Sofea lagi. Secawan teh dicapai dan diminum. Dalam hatinya asyik menyalahkan Zara. Mungkin Zara yang menghasut anaknya supaya membiarkan Linda keseorangan.
Dalam pada itu, Linda sempat tersenyum nipis. Lepas ni mesti Zafril akan jadi miliknya seorang. Yesss !! Last edited by indah91 on 16-10-2014 08:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 15-10-2014 09:10 PM
Lor tak update lg ke?
Maaf yeee update lambat hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 07:49 PM
kekuatan zara dlm kelembutan... be strong girl...
|
|
|
|
|
|
|
|
indah91 posted on 16-10-2014 01:27 AM
selamat pagi TT... hari ni kena pakai pink color... dedicated to breast cancer day... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih TT....selamat pagi semua... |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 16-10-2014 07:39 AM
Terima kasih TT....selamat pagi semua...
selamat pagi cegitu... |
|
|
|
|
|
|
|
yearrgghhh dah update
next TT
" Dia dah pergi JB dengan Zara ma..kesian Zara yang sakit ni kena tinggal" Linda merengek
Hehe typo kah ..atau ai yg salah paham.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Usai sarapan pagi, Zara dan Zafril bersalaman dengan Mak Ani serta suaminya. Sudah tiba waktu untuk mereka berdua pulang ke Kuala Lumpur semula setelah berada disini selama 2 hari.
Selama berada di rumah Mak Ani, Zara mengumpul semula kekuatan untuk berhadapan dengan segala yang mendatang dalam rumah tangganya kelak. Dia meminta pelbagai nasihat dari ibu angkatnya. Di situ juga dia cuba melihat apa yang berlaku dari sudut positif.
"Semua yang terjadi ada hikmahnya nak.. takdir kita Allah dah tentukan..percayalah cakap ibu ya nak" pesan Mak Ani. Dia menganggap Zara seperti anaknya sendiri memandangkan dia tak mempunyai zuriat dengan suaminya.
Zara mengangguk perlahan. Dia juga mahu berpegang kepada kata-kata itu. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang Allah mahu berikan kepadanya di sebalik ketabahannya berkongsi kasih dengan Linda.
"Ibu dengan ayah kalau senang-senang tu datang lah KL. Kita berjalan lat sana pulak ye..betul tak sayang" Zafril mencelah. Dia tak mahu suasana itu suram.
"Haah laa..since kenduri kahwin Zara haritu, ibu lama tak jenguk Zara kan.." sambut Zara pula. Nak juga merasa orang tua datang melawat ke rumah walaupun bukan keluarga sendiri.
Mak Ani dan suaminya Pak Saad tersenyum serentak.
"InsyaAllah..banyak kali dah kamu ajak tapi ayah tak datang-datang pun ye..nantilah ayah bawak ibu kamu ke sana ye" jawab Pak Saad serba salah. Bukannya dia tak mahu ke sana cuma dia tak berapa berkenan dengan mak mertua Zara.
Jawapan Pak Saad diikuti dengan anggukan dari Mak Ani. Bagi pihaknya dia tiada halangan untuk ke sana. Niatnya hanya untuk menggembirakan Zara.
"Kalau macam tu kami minta diri dulu la ye ibu ayah..nanti dah sampai Zara call ibu ye.. Assalamualaikum " ujar Zara sebelum masuk ke dalam kereta diikuti dengan Zafril. Zara melambai orang tua itu sehingga mereka hilang dari penglihatannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 16-10-2014 07:27 AM
selamat pagi TT... hari ni kena pakai pink color... dedicated to breast cancer day...
Baru bukak..hihi selamat malam semuaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 16-10-2014 07:39 AM
Terima kasih TT....selamat pagi semua...
Selamat malammm..hihi teruskan membaca yee
|
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 16-10-2014 10:11 AM
yearrgghhh dah update
next TT
Aiyoyo camne bole typo tuu?? Ai is silap. Hehee
Nanti kite edit balek yg tuuu.. maapppp
|
|
|
|
|
|
|
|
TT awat sikit sgt update? |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan renyai-renyai diluar rumah membuatkan Zafril mengantuk. Dia terus mematikan tv dan naik ke tingkat atas dan menuju bilik isteri pertamanya. Zara yang sedang leka membaca majalah di atas katil menoleh ke arah pintu. Senyuman manis lekas dihadiahkan untuk si suami.
" Tadi ada orang tu kata nak tengok tv kat bawah..ada cerita best katanya" ujar Zara selamba. Sengaja dia memerli lelaki itu. Dari tadi dia ajak tidur tapi Zafril jual mahal.
" Tiba-tiba kan sayang, abang rasa mengantuk sangat.." Zafril terus naik ke atas katil dan merebahkan tubuhnya. Dia tidak mengendahkan kata-kata Zara sebaliknya berbisik sesuatu ke telinga isterinya.
"Jom tidur sayang?" bisik Zafril dengan nada yang agak manja. Entah kenapa malam ini dia melihat Zara nampak jelita lebih dari biasa walaupun hanya berbaju tidur berwarna biru cair.
Zara mencebik.
"Tadi jual mahal dengan orang" ujar Zara sambil memalingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu. Merajuk.
"Alahai isteri abang nii..merajuk ye? Dengan tv pun sayang nak jealous eh?" balas Zafril pula. Tanpa menunggu balasan dari Zara, dia terus menghadiahkan kucupan manis di pipi wanita itu.
Bibir Zara kembali mengukir senyuman. Wajah tampan suaminya itu ditenung semula.
" Hmmm.. Tak jadi lah nak merajuk dengan abang.." ujar Zara sambil tergelak kecil. Dia melentokkan kepalanya di bahu Zafril.
" Abang..masa on the way balik tadi..sayang terfikir something lah abang. Sayang ingat nak resign" Zara bersuara semula selepas beberapa minit berlalu.
" Hah? But why sayang? Setahu abang sayang sukakan kerja sayang tu kan? " soal Zafril. Terkejut jugak dia dengan kata-kata yang keluar dari mulut wanita itu.
" Sayang nak focus pada family kita lah abang..sayang nak jadi suri rumah sepenuh masa..boleh kan abang??" pinta Zara bersungguh. Dah lama dia berfikir tentang hal ini cuma sebelum ini dia rasa belum cukup bersedia.
Zafril membelai lembut wajah cantik yang berada di hadapannya. Dia tersenyum.
" Kalau itu yang sayang nak..abang takde masalah sayang..kalau macam ni hari-hari abang lunch kat rumah jelah nanti" ujar Zafril. Senyuman lebar terukir lagi.
Zara membalas senyuman suaminya itu. Selepas beberapa minit, mereka berdua bersiap untuk tidur. Tubuh masing-masing direbahkan di atas tilam empuk milik mereka.
Ketukan di pintu beberapa kali mengejutkan Zafril dan Zara yang sudah mula lena dalam mimpi masing-masing. Zafril bingkas bangun dan memulas tombol pintu. Kelihatan Linda sedang berdiri di hadapannya.
"I dah nak tidur lah..you nak apa ni? "
Kedengaran suara Zafril agak kasar. Zara hanya memerhatikan mereka dari dalam bilik. Linda sengaja memicit kepalanya yang tidak sakit itu berkali-kali.
"Kepala I ni pening..you tolong picitkan boleh? Lagipun I takutlah nak tidur seorang time hujan macam ni" rengek Linda. Dia cuba cari alasan untuk bersama dengan lelaki itu.
"You jangan nak mengadalah..malam ni kan turn Zara.." suara Zafril mula mengeras. Rimas dengan perempuan itu.
" I kan pregnant..you tak kesian dengan I ke? "
" Zara please..kepala I terlalu pening..boleh kan kalau malam ni Zaf teman I?" Linda bersuara lagi apabila melihat Zafril hanya berdiam diri.
Zara mengangguk lemah. Dia beralah lagi. Kesian pula melihat madunya yang sakit itu.
Zafril memandang Zara dengan rasa bersalah. Wanita itu banyak mengalah dengan Linda. I'm so sorry sayang....
Linda tersenyum sendirian sambil memimpin tangan Zafril menuju ke biliknya. Nampaknya plan makin menjadi. Thanks to mummy !! |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 16-10-2014 09:11 PM
TT awat sikit sgt update?
Ingat nak update banyak tadi... tapi bz sikit. Ni da update lagi. Ngeh3
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|