|
Hospital Bahagia Tanjung Rambutan - Cerita 7
[Copy link]
|
|
sorry sgt korang. semalam tak berapa nak sihat.
Cerita 1 - Starting yg light2x je...kasi warm up skit since ramai betul yg marahkan aku ni.
ok kita start dulu dgn cerita kehidupan rutin pesakit2 kat hospital ni. mak aku cakap, dorang ni duduk kat hospital tu bukan setakat berehat baring atas katil dan tunggu masa makan or makan ubat je. dorang ni ada yg bercucuk tanam. mcm2 dorang tanam. sayuran dan buah2an jugak. kemudian, dorang akan jual hasil tanaman dorang ni kat pekerja2 hospital. mau tak mau, pekerja2 hospital ni termasuk mak aku beli lah. mungkin ada yg kesian dan tak kurang jugak yg takut kalau tak beli nanti, lain pulak jadi nya. so, mostly dorang layan kan je lah gelagat pesakit2 ni. org ada license to kill. siapa berani lawan.
then, duit yg dorang dapat ni, selalunya dorang akan pesan lah kat pekerja2 hospital mana yg dorang kenal dan rapat untuk beli barang2 yg dorang nak. ada sekali pesakit ni mintak tolong aku. dia orang india. namakan dia Priya la. dia ni mak aku cakap pandai cakap omputih. tapi kdg2 tak betul jugak. so, priya ni bagi duit kat mak aku suh beli KERINCI katanya. jenuh la mak aku ni tanya kerinci ni apa? si Priya ni dok ulang2 dia nak kerinci..kerinci..kerinci..mak aku pun mula la tunjuk barang2 nak confirm kan apa itu kerinci. rupa2nya HANDERCHIER. Mcm tu lah situasinya bila keja di hospital ni. kena byk sabar. mak aku pun dah bertahun2 keje hospital. so, dia tak de hal la dgn kes2 mcm ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
anne kasi sembuh dulu baru citer yer....bila da sembuh kena bayar fidyah citer...hihii.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana yg seramnya....asyk intro je |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya 'dia' x kasik tt cerita kot
tu yg asyik pending manjang..
letih haish nunggu! |
|
|
|
|
|
|
|
sabar je la aku post si TT ni. dah la semangat nak membaca ni hahaha. cepat sket dik sambung. ko karang kasik abes cite ni kat mic words, pastu baru paste
ni sekerat2, merana ai tau hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita 2 - Shift Malam
Mak aku keje shift. Paling dia menyampah shift malam. masuk keje pukul 9pm dan balik 7am. Hospital bahgia ni dgn umah aku tak jauh mana pun sbb ada short cut. Menurut mak aku, kejadian ni berlaku pada malam pertama dia kerja malam di hospital tu.
Mak aku cakap dia dah tak sedap hati malam tu. tapi dia gagah kan jugak demi tugas. lepas bg pesakit makan ubat semua, dah masuk waktu tidur. lampu pun dipadamkan. mak aku pun buat rondaan, di ward dan di koridor. sunyi sepi. sesekali dgr bunyi angin. sejuk sampai ke tulang.
dalam jam 3am, mata mula mengantuk. menguap beberapa kali. mak aku decide nak lelap di ward sambil perhati pesakit2 tu tidor. colleague mak aku penah pesan, pesakit2 ni kena tgk2 kan selalu. sebab kita tak boleh expect apa yg dorang akan buat. jadi, mmg kena kawal pergerakan dorang sekerap yg mungkin. nasib lah no of pesakit tak ramai mana.
mak aku pun lelap di satu meja dlm ward tu. facing tingkap. terus nampak sampai ke jalan raya. dalam mamai mak aku, dia mcm nampak orang lalu lalang. bila tengok balik dah tak nampak. sepanjang malam mak aku dipermainkan sampai dia give up nak tidor.
dang...tetiba dgr bunyi yg kuat. yg peliknya semua pesakit tidor lena. tak de satu pun yg bangun kecuali satu ni yg tidur di hujung sekali. dia jatuh katil. mcm tak logik je bunyi nya. mak aku cepat2 mendapat kan dia. takut kalau2 dia injuired. alhamdullilah tak de apa2. mak aku pun tanya lah dia mimpi apa sampai boleh jatuh katil ni? lebih kurang mcm ni la dialog nya:-
Mak: Kenapa ni Din? Mimpi apa sampai boleh jatuh katil ni?
Pesakit: Aku bergaduh dgn hantu
Mak: Ape? Mana ada hantu
Pesakit: Ade. Dia ingat aku bodoh tak tahu dia tu hantu. lagi nak menipu aku. badan raksasa tapi muka mcm cine.
Mak: Udah2 lah Din. jom sambong tidor.
Din pun tak cakap byk lepas tu. mak aku pun malas nak layan sgt. org gila kan. 10 ckp dia 13 kamu jgn percaya. tu lah mak aku ckp kat aku.
Esoknya, mak aku shift malam lagi. Mak aku ni mmg selalu dtg awal. Sempat lah berborak2 dgn Mastura yg shift petang. Colleague mak aku yg sorang lagi Nana pulak shift pagi. Mastura bgtau mak aku yg Nana bg tahu dia, badan Din lebam2 teruk bila dia bangun pagi tadi. Mastura pun tnya la mak aku apa yg terjadi malam tu. mak aku pun ckp la yg Din jatuh katil. tapi tak de lah teruk mana. Bila mak aku tengok din, mmg teruk yg. satu badan lebam2. mmg mcm orang baru lepas bergaduh dan kena pukul. dan bila mak aku pikir balik, tak ke kelakar klau mak aku bg tau Mastura yg badan din lebam2 sbb dia bergaduh dgn raksasa muka mcm cina.
betul ke malam tu din bergaduh dgn cina berbadan raksasa sampai lebam2? hanya din je yg tahu. susah nak dpt jawapan yg tepat dari orang gila. smpai sekarang jadi persoalan. nak percaya pun susah tak percaya tapi ada bukti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
next story TT............ |
|
|
|
|
|
|
|
laa ni jer... lagiiiii...!! |
|
|
|
|
|
|
|
TT sambungan please. kalau ada gambar, tolong la share. aku selalu dengar orang sebut pasal tanjung rambutan, tapi tak tahu cemana rupa nya. |
|
|
|
|
|
|
|
please we want more....
lagi nak lagi?
![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita 3 - Trauma
Ada sorang pesakit perempuan ni. cantik org nya. dia sudah puluh tahun jugak tinggal di situ. dia ni bkn orang msia. tak pasti kewarganegaraan nya. mak aku pun tak sure. dia ni tak byk karenah. bila time makan, dia makan. bila time tidur, dia tidur. mmg follow schedule. tapi, dia tak pernah bercakap walau sepatah pun. bukan sebab dia bisu, tapi dia trauma.
kisah lalunya sgt hitam. dia dirogal ramai2 di usia yg sgt muda, belasan tahun. kemudian di campak tepi jalan. nasib org jumpa dan bwk dia ke hospital. bila sedar dia ckp bahasa yg kita tak faham. bukan ckp melayu/cina/india/omputih. selang beberapa hari dia sudah berhenti bercakap. mungkin letih bercakap tapi orang sekeliling tidak faham. smpai lah sekarang dia masih membisu. tiada pengenalan diri. tiada waris yg claim walaupun telah di post di surat khabar. yg sadisnya, tiada siapa pun yg tahu apa yg terjadi malam yg dia kena rogol. perogol pun tak dapat di tangkap. kes tutup mcm tu je.
since dia ni tak mau bercakap, dia ni selalu tunjuk dgn jari je jika mahu sesuatu atau ada sesuatu. kadang2 mak aku selalu juga berbual dgn dia. saja je. walaupun mak aku tahu dia tak kan bercakap apa. pernah sekali, sedang mak aku borak2 dgn dia sambil bg makan, mata dia melilau tgk kiri kanan dan atas bwh. kemudian dia tunjuk atas ceiling. tapi bila mak aku tgk tak de apa2. meremang jugak la mak aku ckp.
dia ni boleh sense if something masuk dlm ward/hospital. klau dia dok tunjuk sana sini tu, mcm ada yg terbang ke sana sini. kekadang dgr bunyi. lepas tu nanti, ada lah misi yg menjerit sbb ada penampakan. tapi klau yg dah immune tu, buat bodoh je la. so, klau dia dah start tunjuk sana sini, smua akan berhati2 termasuk lah pesakit2 mana yg dah tahu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Next stori tt...
Teruja aku baca thread ko...sbb aku pon kt tg rambutan..
Jiran aku kerje kt spital tu..
Mil pon penah jasdi tukang masak kt kantin spital tu...
Tp derang x penah la citer pasal hantu2 kt situ...
Cuma jiran aku ckp..kalo dia shift mlm, dia akan baca yassin b4 keje....
Tp asben aku penah ckp..spital tu 'keras' skit..
Ye la bekas tmp kubur zaman jepun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita 4 - Pocong
Again time mak aku shift malam. lepas turun keta, abah aku pun dah blah. masa ni mak aku facing jalan, rasanya mak aku babai abah. tetiba dia nampak kelibat putih dari jarak lebih kurang 100 meter. kelibat tu sgt cepat hilang ada balik dan hilang ada balik. dari 100 meter ke 75 meter ke 50 meter ke 25 meter dan penyudah nya dah ada depan mata mak aku. tak sempat nak baca apa2 mak aku dah rebah. po po pocong!!
mak aku ckp beza gila dgn pocong yg lompat2 mcm dlm tv. klau dalam tv tu lompat adalah dlm selangkah. tapi in real life, tak mcm tu. cepat gila.
sempat la jugak mak aku tgk sebelom dia pengsan. tapi tak nampak muka. mcm blank. hitam. mcm tu la. dia pun ingat2 lupa. penyudah nya malam tu, abah aku dtg balik hospital amek mak aku balik. esok nya demam org tua tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
7 - 8 tahun lepas,sekolah aku ade buat kunjungan ke hospital ni utk subjek Sivik.
Wad pesakit nie mcm penjara, nak masuk kena lepas 2-3 palang besi yg dikawal rapi oleh guard.
Seriau lah jugak nak masuk dalam walaupun around30 students di ekscort oleh cikgu & makcik2 guard.
Tetiba, aku ternampak sorang nenek tua lari berbogel utk menyambut ketibaan kiteorang. Kulitnye berkedut seribu umpame baju cotton yg x pernah digosok.
Itu lah pgalaman SERAM & kelakar di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Last edited by bellaa on 20-8-2014 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah tt ni.. intro byk sgt.. then melalut2...
historylaa salasilah famly suma nk citer.. dh makan masa..
then time nk citer yg betul dh xsempat..
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry la korang if aku byk melalut pasal salasilah keluarga bagai.
aku lagi bersalah sbb buat korang tertunggu plak. terus terang ckp aku ni tak sihat lagi. badan sakit2 dan lebam2. balik keja boleh terlelap. again, apa aku mengarut bukan2 ni ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
if rasa tak releven cerita2 mak aku ni, again aku mintak maaf ya la.
ingat nak share cerita. tak tau plak boleh buat orang marah2 plak.
sorry |
|
|
|
|
|
|
|
anne_boleyn posted on 20-8-2014 11:38 AM
sorry la korang if aku byk melalut pasal salasilah keluarga bagai.
aku lagi bersalah sbb buat kor ...
Ramai yg teruja nak tau story u... Tp nak wat camne...u x sihat... Yg mana paham keadaan u tu...paham la... Nanti u dah ok..u stori blk.... Jgn amik ati sgt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|