CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10264|Reply: 153

[Tempatan] Cadbury lega Jakim sahkan tiada DNA babi

[Copy link]
Post time 4-6-2014 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Cadbury lega Jakim sahkan tiada DNA babi

KUALA LUMPUR: Cadbury Malaysia hari ini melahirkan rasa lega dengan kenyataan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Isnin bahawa cokelat yang diambil terus daripada kilang syarikat itu dikesan tidak mengandungi DNA babi (porcine).

Menurut Pengarah Urusannya, Sunil Sethi, walaupun insiden ini memberi kesan mendalam kepada Cadbury, beliau bersyukur pihak berkuasa telah bertindak memberikan penjelasan yang sepatutnya kepada orang ramai.

“Cadbury Malaysia berasa sangat gembira dengan pengesahan dari JAKIM  dan sentiasa berpegang kepada pendirian ini sejak awal lagi bahawa semua produk Cadbury adalah halal.

“Kami berharap pada masa hadapan, apa-apa penemuan di dalam keputusan ujian akan dkaji secara dalaman sebelum diwar-warkan kepada orang awam,” kata Sunil lagi.

Pada 2 Jun, JAKIM telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bahawa tiada DNA babi  seperti yang didakwa ke atas dua sampel produk terlibat iaitu:

i. Cokelat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 ;  dan

ii. Cokelat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

JKM berkata pihaknya telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat Cadbury yang menjadi isu nasional itu berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... a-dna-babi-37135?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 03:11 AM | Show all posts
ramai yang tak percaya dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai dah was was.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 04:09 AM | Show all posts
wayang kulit yang terbaik tahun ini...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 06:02 AM | Show all posts
poyo je cadbury ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 06:06 AM | Show all posts
munchkin posted on 4-6-2014 03:11 AM
ramai yang tak percaya dah

memang nampak sgt tak blh percaya kannn......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2014 07:35 AM | Show all posts
keputusan dibuat atas desakkan pihak tertentu ka??
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 07:43 AM | Show all posts
yea rite..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 07:46 AM | Show all posts
diplomasi dak cadbury.. tpi operasi da kelam kabut gamaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cadbury bersukur tapi melayu islam dah was was.habisla
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 07:59 AM | Show all posts
guna nama jakim nak bagitau 'dah halal'...tak laku.
hari ni guna nama kkm plak kononnya laporan 'silap' demi
nak menghalalkan.

sori ye.

...tiada maaf bagi mu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 08:58 AM | Show all posts
sorry I dah was2
so takkan beli dan makan!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 08:59 AM | Show all posts
mmg xkan mkn..statement sgt2 meragukan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 09:01 AM | Show all posts
wa tak percaya dgn statement U turn menteri2 umno
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembang tekak aku nak makan cadbaby dah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih percaya KKM dari jakim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 09:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 09:10 AM | Show all posts
Susah laa sbb ramai dah was=was n x percaya dgn cadbury lagi. Byk lagi coklat lain kat pasaran malaysia yg  tanpa dna babi boleh dibeli. Say bye-bye forever pada Cadbury or Babibury
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 09:14 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 09:18 AM | Show all posts
Staratila posted on 4-6-2014 09:10 AM
Susah laa sbb ramai dah was=was n x percaya dgn cadbury lagi. Byk lagi coklat lain kat pasaran malay ...

aku jangka paling lama org Msia boleh boikot ialah 6 bulan. may be kurang daripada tu ...  dulu tahun 2012 masa ramly burger dituduh tercemar dgn DNA babi pun kecoh sekejap jer ... lepas tu org ramai lupa dah & makan semula. korang ingat lagi tak isu ramly burger dna babi 2012 ...?  tobat korang dah lupa.   betul la mahadey kata melayu mudah lupa.  6 bulan lagi korang tengok la, anak2 melayu kembali makan coklat cadbury.
Last edited by tobby on 4-6-2014 09:27 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047155 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list