CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi??? Gelatin babi halal???

[Copy link]
Post time 11-6-2014 04:40 PM | Show all posts
obelisk posted on 11-6-2014 02:05 PM
DNA

Masa 20 tahun yang lalu, kalau student melayu baru sampai ke UK, mereka dibekalkan dengan sat ...
DNA

Masa 20 tahun yang lalu, kalau student melayu baru sampai ke UK, mereka dibekalkan dengan satu list yang mengandungi semua bahan2 yang meng'was-was'kan.. A471, Abla bla bla (dulu saya hafal)...saya cakap list sebab panjang sangat berjela-jela, kalau pi shopping ada bawa kertas A4 dua tiga muka surat. Siapa yang buat list tu? Antaranya student-student jugak yang rajin sangat menulis surat ke kompeni-kompeni tanya, tak kurang juga yang buat penyiasatan sendiri di zaman yang tak mudah dapat info macam sekarang (internet, sheikh google etc.)

Tapi sekarang, kalau ada orang melayu baru sampai, nasihat saya pada diorang (berdasarkan nasihat dan fatwa para imam yang dipercayai yang lama dah duduk barat), tengok ingredient belakang tu, kalau tulis suitable for vegetarian and takde obvious alcohol, then halal.. Makan je lah. So macam mana? Memudahkan. Sebab tu saya setuju dengan ada satu artikel yang somebody pernah tulis, orang melayu kita ni kalau was-was pasal makanan terlebih-lebih. Saya setuju yang dia kata, kalau kita pegi rumah orang, tuan rumah dah tunjuk kiblat, kita jangan mengada check lagi. Saya juga setuju kalau kita pergi rumah orang, walaupun bukan Islam, yang bersusah payah membeli dan memasakkan kita daging halal untuk kita makan dan jangan siasat-siasat berlebih-lebih lagi, tak payah pergi ke dapur dia tanya dia masak guna apa etc. tak payah suruh dia tukar pinggan mangkuk baru untuk kita. And kalau kita pergi restoren yang bukan Islam, bila kita order makanan yang kita yakin tiada makanan haram atau syubhah di dalamnya, kita boleh makan dengan yakin. Tak payah pergi dapur dia check tempat masak dia.

It is not the question pasal kalau kita tak makan kat luar kita tak mati, bukan jugak question kalau kita tak makan cokelat tak mati, tapi ianya pasal kemudahan. Ianya pasal was-was. Bukan jugak pasal kalau makan tak jaga susah nak hafal quran, berapa banyak sheikh yang bagus-bagus (mmg byk yg dtg ke UK yang tak tersebut saya) jenis makan di restaurant tanpa ragu-ragu.

Now pasal DNA.. Ini dah hal lain. Seperti pendapat saya yang dulu, DNA ni dia test yang sangat sensitif. Apa maksud saya? Pernah tengok tak cerita CSI yang polis forensik dia sapu-sapu macam berus sapu pipi tu ke surface dinding masa cari cap jari etc? Yup, dia cari DNA siapa pernah sentuh dinding tu, tapi bukan bermakna orang yg ada DNA kat situ jadi bahan buat dinding tu. Mana2 tempat yang kita pernah sentuh, ada DNA kita, it is that sensitive. Saya ada komen jugak dulu pasal DNA test ni.

Apa DNA ni sebenarnya? Secara simple, DNA (Deoxyribonucleic acid) terdiri daripada base nucleotide C, T, G, A yang secara berkumpulnya menjadi protein. Kumpulan beberapa protein menjadi gene. Genes ni menjadi coding untuk bagaimana tubuh badan kita bertugas, so dia seperti pelan kecik yang tubuh badan kita mesti akan ikut. Tu pasal kalau silap gene, walaupun sedikit boleh menyebabkan kecacatan. Begitu cantik sungguh ‘bahasa Allah’ dalam menjadikan tubuh manusia dan begitu teratur dan tertibnya kerajaan Dia, boleh tengok link ‘bahasa tuhan dalam blog saya’.

Now, satu manusia dengan satu manusia yang lain, DNAnya ada 99.9% persamaan. Dan haiwan yang paling sama gene dengan manusia merupakan babi… (yup… bukan orang utan, beruk atau monyet) sehingga ada sesetengah saintis membuat theory yang gene manusia berasal bila beruk kawen dengan babi (yuck!) berdasarkan komposisi genenya.

So, soalan saya pada pihak yang membuat DNA test ini adalah bagaimanakah cara mereka menguji DNA tersebut? Adakah mereka mencari semua sequence atau sequence sikit yang membezakan babi dan haiwan lain (yang dinamakan DNA barcoding?) Sebab cara yang pertama tersangatlah susah dan mahal (merepeklah siapa yang kata boleh test guna style kertas litmus tu) manakala cara kedua (barcoding) terdapat banyak ‘khilaf’ di kalangan saintis sendiri sebab faktor untuk jadi salah/tak tepat adalah sangat tinggi.

So, bila ada pihak mengatakan mereka jumpa DNA babi dalam satu benda, pada para saintis ianya tidak semestinya bermaksud babi adalah merupakan satu bahan dalam benda tu. (Remember cerita saya pasal kesan DNA pada dinding tadi?) Contamination dari luar campur tahap kesalahan yang tinggi (senang sangat untuk sequence tu tersilap walaupun sikit je) campur sifat dan rupa barang yang dah berubah sifat untuk kita meragui status ke’haram’an sesuatu yang asalnya halal adalah tinggi… maksudnya… takyah ragu lah benda yang asalnya halal (kalau susah nak faham bahasa berbelit-belit).

Saya takut orang melayu kita pasal sangat sensitif dengan DNA, dia takmo solat. Sebab? Pada dia kat mana-mana lantai ada DNA anjing, najis. So jadinya dia tak solat. Dia lupa hadis yang mana-mana tempat dalam dunia ni suci as long as takder rupa, bau dan warna najis,... tak payah check DNA. Sebab kalau check DNA anjing, sure susah orang macam kita nak nak solat kat park terbuka. Islam itu agama yang memudahkan penganut, bukan menyusahkan. Feqah pernah ajar kalau kita jalan, ada air terpercik jatuh kena baju kita, kita tak payah investigate air tu datang dari mana, kalau tak, habis terfikir, eh dari bumbung, bumbung ada burung berak so najis.. Tokleh solat lagi!.. Nabi pernah renjis air pada kain dia sebelum buang air supaya tak was-was dgn bekas air incase ada terpercik buat org yg berfikiran was-was.

Ini tak termasuk lagi fatwa yang membolehkan makan sembelihan ahli kitab, walaupun saya tak ambil fatwa tersebut tapi saya taklah kutuk pada orang yang berpegang padanya. Orang-orang tersebut bukannya org yang 'huha', tapi yang hafal2 quran jugak, malah hafal lebih banyak dari saya.. Cuma bukan melayulah.. Saya pernah nampak org komen kat orang lain, "alah bukan mati pun tak makan cadbury tu", but that is not the point. The point is, jangan banyak was-was, selagi benda haram bukan dalam ingredient, tak payahlah check DNA. Makanlah, dia halal.

Elies
PhD Biomaterial/Medical Engineering

Macam kenal je nick penyelidik ni.... silap-silap saya dah pernah pegi rumah dia.... suami medical doctor, isteri buat PhD?

Nak share sikit, banyak juga point yang saya setuju dalam artikel di atas. Saya mungkin juga boleh dikategori sebagai golongan student yang ke UK 20 tahun lalu, lebih tepat saya sampai di bumi UK pada tahun 1996 (dekat 20 tahun lah). Saya pernah tinggal di sana pada era 90an dan era 2000an (betul ker era 2000an ditulis macam tu?)

Secara umum, pelajar Melayu di UK rata-rata memang particular pasal isu halal haram. Saya lihat ini KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN yang dikurniakan kepada bangsa Melayu (rata-rata), walaupun memang ada yang hampeh bedal tak kira halal haram. Era 20 tahun lalu dan sebelum tu, di UK memang lebih sukar nak dapatkan makanan halal, berbanding era selepas 2000. Banyak perubahan dah berlaku. Banyak juga inisiatif pelajar Melayu Islam yang secara tak langsung menjadi CONTOH kepada bangsa lain, sehinggakan kini MUDAH untuk dapat reference makanan halal di UK. Dulu, saya dapati, bangsa Arab, Pakistan, India yang Islam, rata-rata tidak utamakan isu pemakanan, atas alasan 'darurat'.

Cuma memanglah kadang-kadang tu ada Melayu yang terlebih was-was tu... menyusahkan... tapi dari sikap dan sifat berhati-hati inilah yang membawa kepada perubahan pentingnya pemakanan HALAL di UK, sampai ada banyak pertubuhan dan organisasi berkaitan halal ditubuhkan, untuk memudahkan umat Islam di UK... Alhamdulillah... segala puji-pujian bagi Allah...

Kini Malaysia jadi hub halal di dunia! Oleh kerana perubahan teknologi pemakanan juga berlaku dek perubahan zaman, banyak aditif dan bahan pengawet berleluasa,  maka kepakaran dalam bidang pemakanan juga menjadi tuntutan dalam agama supaya masyarakat tidak terjebak dengan arus teknologi yang meminggirkan kehalalan.... Penyelidik Malaysia wajar curahkan ilmu dan kepakaran dalam bidang pemakanan halal jika mereka ada kepakaran!

Fatwa yang mengharuskan gelatin babi itu dilihat sebagai fatwa darurat, bila umat tiada pilihan gelatin yang halal! Jika fatwa darurat yang dipertahankan, maka industri halal tidak akan dapat bersaing dengan sebab umat Islam sendiri menggunakan bahan dari BABI!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 05:14 AM | Show all posts
Kenapa Yusof qhardhawi mengubah fatwa beliau sendiri???

قرار مجلس الفقه الإسلامي بشأن استفادة المسلمين من عظام الحيوانات وجلودها في صناعة الجيلاتين

Keputusan Majma’ Al-Fiqh Al-Islami (Islamic Fiqh Council) Jeddah Arab Saudi tentang Umat Islam mengambil manfaat daripada tulang dan kulit haiwan dalam pembuatan gelatin.

Perjumpaan ke 15
11-7-1419H bersamaan 31-10-1998

أولاً: يجوز استعمال الجيلاتين المستخرج من المواد المباحة، ومن الحيوانات المباحة، المذكاة تذكية شرعية، ولا يجوز استخراجه من محرم: كجلد الخنزير وعظامه وغيره من الحيوانات والمواد المحرمة.

Pertama: Dibenarkan menggunakan gelatin yang dibuat daripada bahan yang mubah (dibenarkan/halal) dan daripada haiwan yang mubah (dibenarkan/halal) dan disembelih dengan cara Islamik. Tidak dibenarkan membuat gelatin daripada bahan yang haram seperti kulit khinzir, tulangnya dan selainnya daripada haiwan dan bahan-bahan yang diharamkan.

ثانياً: يوصي المجلس الدول الإسلامية، والشركات العاملة فيها، وغيرهما أن تتجنب استيراد كل المحرمات شرعاً، وأن توفر للمسلمين الحلال الطيب.

Kedua: Majlis ini mewasiatkan negara-negara Islam dan syarikat-syarikat yang beroperasi di situ dan selain keduanya (negara-negara Islam dan syarikat yang beroperasi di situ) agar menjauhi daripada mengimport semua benda yang haram dalam agama; serta menyediakan benda yang halal dan suci untuk umat Islam.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً، والحمد لله رب العالمين.

Ditandatangani oleh:
1- Abdul Aziz bin Abdullah Bin Baz
2- Dr Abdullah bin Salih Al-Ubaid
3- Muhammad bin Jubair
4- Abdullah Al-AbdurRahman Al-Bassam
5- Dr Bakr Abdullah Abu Zaid
6- Muhammad bin Abdullah Al-Subayyil
7- Muhammad Salim bin Abdul Wadud
8- Dr Yusuf Al-Qaradawi
9- Dr Muhammad Al-Habib Ibn Al-Khujah
10- Abul Hasan Ali Al-Hasani Al-Nadawi
11- Dr Ahmad Muhammad Al-Muqri

http://www.themwl.org/Common/For ... id=162&cname=PDF_AR
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:24 AM | Show all posts
Kenapa tuan pembuka thread JUGA mempunyai bebenang di CI, seolah-olah mempertahankan fatwa tersebut, sedangkan di sini seolah-olah neutral pula?

Adakah isu yang dianggap khilaf sampai mengelirukan umat ni wajar dipertahankan BABI HALAL dalam bentuk gelatin, di khalayak umum seperti di CI, sedangkan di BOD Agama pula tidak menjelaskan hujjah-hujjahnya?

Adakah PATUT menggunakan hujjah dangkal macam ni:


HANYA untuk mempertahankan fatwa tersebut?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 09:31 AM | Show all posts
mnm77 posted on 12-6-2014 09:24 AM
Kenapa tuan pembuka thread JUGA mempunyai bebenang di CI, seolah-olah mempertahankan fatwa tersebut, ...

Astarghfirullah... adakah tuan tajassus terhadap saya?

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:35 AM | Show all posts
mrarifufu posted on 12-6-2014 05:14 AM
Kenapa Yusof qhardhawi mengubah fatwa beliau sendiri???

Saya tak rasa Dr Yusuf Qardhawi mengubah fatwa beliau sendiri, apa yang berlaku mungkin dia sebagai salah seorang panel Majma’ Al-Fiqh Al-Islami bersetuju dengan fatwa asal
Pertama: Dibenarkan menggunakan gelatin yang dibuat daripada bahan yang mubah (dibenarkan/halal) dan daripada haiwan yang mubah (dibenarkan/halal) dan disembelih dengan cara Islamik. Tidak dibenarkan membuat gelatin daripada bahan yang haram seperti kulit khinzir, tulangnya dan selainnya daripada haiwan dan bahan-bahan yang diharamkan.

Kemudian ada pihak timbulkan isu istihalah, dan ada penyelidik YANG MENDAKWA berlaku istihalah khinzir dalam pembuatan gelatin babi, maka Dr Yusuf Qardhawi kemudiannya mengambil pandangan ringan (dalam kesukaran dapat gelatin halal), untuk berkata halal SEKIRANYA benar berlaku istihalah seperti dakwaan tersebut. Dan mungkin juga bila beliau percaya dakwaan tersebut, maka fatwa PERIBADI nya condong ke arah fatwa yang baru.

Hakikatnya BELUM dapat dibuktikan dengan penjelasan saintifik bahawa terdapat istihalah dalam pembuatan gelatin babi. Hal ini TAK sama seperti cuka dan arak, di mana DAPAT DIBUKTIKAN SECARA SAINTIFIK bahawa berlaku perubahan kimia yang menyebabkan sifat ethanol (memabukkan) berubah jadi cuka (ethanoic acid yang tidak memabukkan)

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 12-6-2014 09:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:36 AM | Show all posts
obelisk posted on 12-6-2014 09:31 AM
Astarghfirullah... adakah tuan tajassus terhadap saya?

Jika saya silap, maafkan saya. Bukankah tuan yang buka thread ini:
Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2014 09:41 AM | Show all posts
mnm77 posted on 12-6-2014 09:36 AM
Jika saya silap, maafkan saya. Bukankah tuan yang buka thread ini:
Gelatin Haiwan Termasuk Babi,  ...

Ya memang saya bukak, dan saya rasa tak ada salah saya mengetengahkan apa yang menjadi pegangan saya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 09:49 AM | Show all posts
obelisk posted on 12-6-2014 09:41 AM
Ya memang saya bukak, dan saya rasa tak ada salah saya mengetengahkan apa yang menjadi pegangan sa ...

Memang tuan tak salah buka bebenang, akan tetapi dilihat tuan menyebarkan ISU yang tuan sendiri anggap khilaf, di khalayak umum (seperti di CI) sedangkan tuan juga buka bebenang di sini sambil tidak mempertahankan seperti mana tuan pertahan di sana. Adakah dengan cara seperti itu wajar tuan lakukan demi kemaslahatan ummah?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2014 09:55 AM | Show all posts
mnm77 posted on 12-6-2014 09:49 AM
Memang tuan tak salah buka bebenang, akan tetapi dilihat tuan menyebarkan ISU yang tuan sendiri an ...

Tak perlu timbulkan polemik baru. Tak ada isunya. Tindakan tuan secara tidak langsung seakan-akan menuduh saya mempunyai niat jahat. Adakah tuan memfitnah saya? Jika tidak maka sila bersangka baik. Semoga tuan dirahmati Allah. Sekian.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:00 AM | Show all posts
obelisk posted on 12-6-2014 09:55 AM
Tak perlu timbulkan polemik baru. Tak ada isunya. Tindakan tuan secara tidak langsung seakan-akan menuduh saya mempunyai niat jahat. Adakah tuan memfitnah saya? Jika tidak maka sila bersangka baik. Semoga tuan dirahmati Allah. Sekian.

Ya tak perlu timbulkan polemik sampai tuan buka bebenang baru di CI sampai Admin generate artikel sehingga meluaskan penyebaran KE SELURUH DUNIA

Jika tuan tanya saya adakah saya fitnah tuan? Saya rela dengan rendah diri mohon maaf sekiranya betul saya fitnah tuan, JUSTERU sila tuan bawakan BUKTI di bahagian mana jika ada saya fitnah tuan?

Saya cuba bersangka baik sehingga saya dapat notification dari Admin yang menyebarkan bebenang yang tuan buka berserta gambar ni:


Cukup menjijikkan meletakkan gambar Dr Yusuf Qardhawi di sebelah gambar BABI, dalam isu yang dikatakan KHILAF, walhal amat lemah untuk kata berlaku istihalah khinzir! Hanya sekadar dakwaan!

Last edited by mnm77 on 12-6-2014 10:21 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 10:37 AM | Show all posts
Najis muhallazoh ni ada dua sahaja Iaitu anjing dan Babi. Pusinglah kot mana pun, trasform ke atom transform ke. Muhallozoh tetap muhallazoh. No Compromy

Mereka membandingkan arak berubah menjadi cuka, tetapi arak adalah najis ringan yang tidak perlu disamak. Sedangkan anjing dan babi perlu disamak, najis berat. Apa yang ditemui oleh mikroskop adalah sejenis cacing yang tidak boleh mati dengan api, kecuali dengan tanah. Namun zoom microskop ada limit, mungkin ada lagi species bahaya yang lebih halus, yang tidak dapat dilihat dengan microskop. Wallahuaklam.

=======================

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu najis mughallazah (najis berat) najis mukhaffafah (najis ringan), dan najis mutawassitah (najis sederhana).

Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
  • Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  • Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  • Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Najis Mukhaffafah (Ringan)
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. Cara menyucikan najis mukhaffafah:
  • Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
  • Percikkan air di tempat yang terkena najis.
  • Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Najis Mutawassitah (Pertengahan)
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
  • Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  • Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

Najis-najis lain
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Mengenai basuhan
Cara Membasuh Yang Betul
  • Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijirus atau dilalukan air padanya.
Cara Membasuh Yang Salah
  • Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit.
  • Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.

Last edited by zamkumis on 12-6-2014 10:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 11:27 AM | Show all posts
Abangcute posted on 3-6-2014 09:41 PM
Salam

Syarat utama adalah menyembelih. Saya ingin tahu bila masanya babi disembelih?

Betul tu..
Saya setuju sangat pendapat sedara.

Di ambil dari sumber internet.>>

Babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Ma’idah 3
c. Al-An’am 145
d. An-Nahl 115


As I know, haiwan yang hendak kita makan/gunakan haruslah di sembelih.
Manakala jika kulit binatang( selain dari anjing dan babi) yang telah menjadi bangkai jika nak digunakan haruslah disamak.
Sah-sah la, babi x disembelih, hatta 'beliau' tidak empunya leher.. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 11:55 AM | Show all posts
Wakiwaki posted on 12-6-2014 11:27 AM
As I know, haiwan yang hendak kita makan/gunakan haruslah di sembelih.
Manakala jika kulit binatang( selain dari anjing dan babi) yang telah menjadi bangkai jika nak digunakan haruslah disamak.
Sah-sah la, babi x disembelih, hatta 'beliau' tidak empunya leher.. huhu

Walaupun saya di sini tak bersetuju dengan isu gelatin babi yang dikatakan halal, isu sembelih tu satu isu lain.

-Ikan, di laut, tak sembelih pun halal.
-Belalang di darat yang boleh dimakan, kena sembelih ke baru halal?

Hadith riwayat Abdullah bin Abu Aufa ra., ia berkata:   
Aku ikut perang bersama Rasulullah saw. sebanyak tujuh peperangan dan kami selalu makan belalang. (Sahih Muslim)

Syarat sembelih tu untuk binatang yang halal dimakan yang perlu disembelih...

Dan memang babi tu haram, samada boleh sembelih atau tidak, tetap haram dimakan.

Last edited by mnm77 on 12-6-2014 12:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 01:19 PM | Show all posts
mnm77 posted on 12-6-2014 11:55 AM
Walaupun saya di sini tak bersetuju dengan isu gelatin babi yang dikatakan halal, isu sembelih tu  ...

Face palm..
Memang la ikan tak payah sembelih. Kalau ikutkan ikan tu da jadi bangkai mati xbersembelih, boleh je makan.
Ada ke ikan, ketam, sotong harus disembelih? tak penah lagi aku dengar.

Memang la kena sembelih baru halal,
Kalau ayam, lembu, kambing mati tak bersembelih haram gak di makan. sebab dah jadi bangkai.

Bukan nak kata sembelih babi baru halal. Tapi apa cuba di sampaikann Allah haramkan babi dimakan, asbab itulah ia
menciptakan fizikalnya tanpa leher. Takde istilah penyembelihan bagi babi.
Yang nak compare dengan ikan bagai tu pehal plak.

Sembelih halal bagi haiwan pemakan tumbuhan sahaja ( yang makan tumbuh-tumbuhan mcm kambing, lembu, arnab dll)
Kang ada plak bidas aku.. Anjing disembelih boleh la dimakan sebab ada leher.. ( tlg jangan bodoh sangat) Last edited by Wakiwaki on 12-6-2014 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 01:38 PM | Show all posts
Wakiwaki posted on 12-6-2014 01:19 PM
Face palm..
Memang la ikan tak payah sembelih. Kalau ikutkan ikan tu da jadi bangkai mati x ...

Saja nak release sket... tajuk berat ni... ikan yang masih hidup, pun tak kena sembelih kan? Aaa... jangan marah yee...

Bukan nak kata sembelih babi baru halal. Tapi apa cuba di sampaikann Allah haramkan babi dimakan, asbab itulah ia
menciptakan fizikalnya tanpa leher. Takde istilah penyembelihan bagi babi.
Yang nak compare dengan ikan bagai tu pehal plak.

Relax bro...

Saya bukan sanggah bro, cuma nak bagi contoh bukan semestinya sembelihan yang menghalalkan setiap biantang yang halal... (babi tak termasuk lah, dah sah haram)

Kang nanti ada yang kata belalang pun kena sembelih baru halal, tak ke haru..? Sebab dah letak syarat halal kena sembelih dulu..

Point saya: Sembelih itu salah satu syarat halal untuk binatang-binatang halal tertentu (bukan untuk semua binatang, dan banyak binatang yang halal mesti disembelih untuk jadi halal dimakan - dikecualikan binatang laut dan belalang daripada sembelihan)

*Tak timbul isu anjing disembelih jadi halal... dah sah-sah anjing haram dimakan. Sama juga kucing pun haram dimakan, disembelih pun bukan jadi halal.


Last edited by mnm77 on 12-6-2014 01:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 01:54 PM | Show all posts
Fatwa Dr Qardawi boleh makan jika dalam keadaan darurat seperti dinegara barat yang susah nak jumpa makanan halal, (darurat=emergency) kes sahaja. Dinegara malaysia tidak ada darurat sebab banyak makanan lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 10:58 AM | Show all posts
Dalam video ni bermula sekitar minit ke 30 something Dr Asri ada terangkan pasal isu istihalah... Sila tengok...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 01:04 PM | Show all posts
obelisk posted on 13-6-2014 10:58 AM
Dalam video ni bermula sekitar minit ke 30 something Dr Asri ada terangkan pasal isu istihalah... Si ...

Mungkin ada yang salah faham dengan point saya... sebab mungkin ada yang ingat saya tolak istihalah...

Bukan isu pertikai istihalah, kalau ada orang lain/ustaz lain/Ulama lain yang tolak istihalah, itu isu khilaf yang bukan saya timbulkan di sini.

Isunya, benarkah mereka (RAMAI ULAMA DI EROPAH) setuju berlakunya istihalah khinzir dalam pembuatan gelatin babi? Ini isu yang saya bangkitkan sebab fatwa Dr Yusuf Qardhawi yang dibawa, bertentangan dengan fatwa yang beliau sendiri pernah SETUJU HARAMNYA Gelatin Babi. Kemudian Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan kepercayaannya berdasarkan dakwaan seorang penyelidik, TANPA menjelaskan bukti-bukti dari penyelidik itu, walhal terdapat ramai penyelidik lain yang menyatakan TAK BERLAKU ISTIHALAH.

Lihat balik artikel di bawah ini:
Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram termasuk dari khinzir tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan:                              
Fatwa (34)
Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?
A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.
Second: compounds of vegetal origin
Third: compounds of animal origin
Fourth: compounds dissolved in Alcohol
The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.
Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.

Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;

1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar)
2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon)
3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland)
4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France)
5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
8. Sheikh Ounis Qurqah (France)
9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia)
11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain)
12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK)
14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia)
16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia)
17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France)
19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan)
20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK)
22. Sheikh Tahir Mahdi (France)
23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)
26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany)
28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia)
30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany)
31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia)
32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)

1. Petikan di atas merupakan sebahagian dari petikan yang dibawa ke sini, dipercayai diperolehi dari blog Dr Asri (bekas mufti Perlis). Rujuk http://drmaza.com/home/?p=2716. Dalam petikan tersebut, Fatwa(34) yang dikeluarkan semula merujuk kepada aditif E-Code, dan tidak menyebut secara khusus berlaku istihalah khinzir bagi kes gelatin babi. Untuk pengetahuan umum, 'E-Code' pun ada khilaf Ulama juga, ada yang kata E-Code dari sumber babi tetap haram sekalipun dah berlaku istihalah. Namun, jika kita nak raikan khilaf dengan berlapang dada ikut fatwa di atas, maka ambillah fatwa itu untuk kes E-Code, bukannya untuk menghalalkan isu gelatin babi. Fatwa di atas hanya menghalalkan E-Code berdasarkan andaian berlaku istihalah ketika penghasilan aditif E-Codes. Dan memang ramai Ulama setuju sebab dalam penghasilan aditif E-code, ada penjelasan yang munasabah untuk membuat kesimpulan berlakunya 'total transformation'. Contoh arak kepada cuka (ethanol kepada ethanoic acid).

Maka fatwa di atas TIDAK boleh dijadikan dalil untuk membenarkan istihalah khinzir bagi kes gelatin babi, lalu mensabitkan isu khilaf berkaitan istihalah, kerana fatwa di atas khusus berkaitan aditif E-code.

Pihak yang copy paste artikel di atas, boleh minta penjelasan dari Dr Asri, adakah benar fatwa di atas tu juga merangkumi produk gelatin babi yang didakwa telah berlaku istihalah?

2. Adakah benar kenyataan istihalah berlaku dipersetujui oleh Ulama yang disenaraikan di atas? Saya mengesyaki ada salah faham, yang mana Ulama yang disenarai di atas bertindak sebagai panel fatwa yang bersetuju bagi kes E-CODES, BUKAN bagi kes istihalah khinzir dalam pembuatan gelatin babi. Buktinya, salah seorang dari panel yang disebut  di atas (Mufti Taqi Uthmani) pernah mengeluarkan fatwa TIDAK BERLAKU ISTIHALAH KHINZIR dalam pembuatan gelatin babi. Justeru, bagi kes gelatin babi, adalah kemungkinan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Qardhawi merupakan fatwa gharib (asing) yang berdasarkan kefahamannya bersandarkan kepada taklimat penyelidik tertentu kepadanya, BUKAN consensus dari Ulama yang disenaraikan di atas. Saya harap apa yang saya tulis ni, kalau ada pihak nak panjangkan kepada Dr Asri, amat dialu-alukan supaya penjelasan yang lebih tepat dapat diketengahkan.

Fatwa Mufti Taqi Uthmani berkaitan Gelatin Babi
http://www.fiqhcouncilbirmingham.com/page/question/54

QUESTION
There seems to be some confusion regarding the permissibility of the flu vaccine which contains porcine gelatin. It has been claimed that Shaykh Mufti Taqi Usmani also considers porcine gelatin to be halal due to the chemical change found during it's manufacturer which makes it a new and permissible substance as per the attached ruling. Please clarify the ruling and if this is really the view of the Shaykh.

ANSWER

It should be clear that porcine gelatin only undergoes an insignificant chemical change which does not render it a new substance. Indeed the view of Shaykh Mufti Taqi Usmani is not as mentioned in the question, rather, the Shaykh regards porcine gelatin to be impermissible as per the signed and stamped fatwa attached here:
Fatwa on Porcine Gelatin
http://www.fiqhcouncilbirmingham.com/storage/files/Fatwa_on_Porcine_Gelatin.pdf

3. Berkaitan fatwa spesifik tentang Gelatin Babi, Dr Yusuf Qardhawi sendiri pernah BERSETUJU dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majma’ Al-Fiqh Al-Islami (Islamic Fiqh Council) Jeddah Arab Saudi tentang HARAMNYA gelatin babi berdasarkan kepada ke-haram-an sumber babi itu sendiri. Ini merupakan fatwa yang LEBIH KHUSUS merujuk kepada gelatin babi, bukannya analogi berdasarkan penghasilan aditif E-codes!
قرار مجلس الفقه الإسلامي بشأن استفادة المسلمين من عظام الحيوانات وجلودها في صناعة الجيلاتين

Keputusan Majma’ Al-Fiqh Al-Islami (Islamic Fiqh Council) Jeddah Arab Saudi tentang Umat Islam mengambil manfaat daripada tulang dan kulit haiwan dalam pembuatan gelatin.

Perjumpaan ke 15
11-7-1419H bersamaan 31-10-1998

أولاً: يجوز استعمال الجيلاتين المستخرج من المواد المباحة، ومن الحيوانات المباحة، المذكاة تذكية شرعية، ولا يجوز استخراجه من محرم: كجلد الخنزير وعظامه وغيره من الحيوانات والمواد المحرمة.

Pertama: Dibenarkan menggunakan gelatin yang dibuat daripada bahan yang mubah (dibenarkan/halal) dan daripada haiwan yang mubah (dibenarkan/halal) dan disembelih dengan cara Islamik. Tidak dibenarkan membuat gelatin daripada bahan yang haram seperti kulit khinzir, tulangnya dan selainnya daripada haiwan dan bahan-bahan yang diharamkan.

ثانياً: يوصي المجلس الدول الإسلامية، والشركات العاملة فيها، وغيرهما أن تتجنب استيراد كل المحرمات شرعاً، وأن توفر للمسلمين الحلال الطيب.

Kedua: Majlis ini mewasiatkan negara-negara Islam dan syarikat-syarikat yang beroperasi di situ dan selain keduanya (negara-negara Islam dan syarikat yang beroperasi di situ) agar menjauhi daripada mengimport semua benda yang haram dalam agama; serta menyediakan benda yang halal dan suci untuk umat Islam.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً، والحمد لله رب العالمين.

Ditandatangani oleh:
1- Abdul Aziz bin Abdullah Bin Baz
2- Dr Abdullah bin Salih Al-Ubaid
3- Muhammad bin Jubair
4- Abdullah Al-AbdurRahman Al-Bassam
5- Dr Bakr Abdullah Abu Zaid
6- Muhammad bin Abdullah Al-Subayyil
7- Muhammad Salim bin Abdul Wadud
8- Dr Yusuf Al-Qaradawi
9- Dr Muhammad Al-Habib Ibn Al-Khujah
10- Abul Hasan Ali Al-Hasani Al-Nadawi
11- Dr Ahmad Muhammad Al-Muqri

http://www.themwl.org/Common/Forms/Download.aspx?aid=7&fid=20&atid=162&cname=PDF_AR

Last edited by mnm77 on 13-6-2014 01:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 01:14 PM | Show all posts
Penjelasan dari PENYELIDIK kepada Ulama, tentang TAK BERLAKU ISTIHALAH KHINZIR dalam pembuatan gelatin babi.

If metamorphosis’s (Qalb-ul-Mahiyat) takes place, gelatine would be halal (permissible). However, Darul-Ifta does not agree that metamorphosis’s takes place. Below is an article written by Muhammad Ansar Husain Nadwi (B.Tech. Chem. (Spl. in Leather), M.C.A.):

Why the making of gelatine cannot be considered Qalb-ul-Mahiyat in the Shariah.

Gelatine is nothing but raw collagen dissolved in hot water. Collagen is a structural protein found in all animals. It constitutes approximately 90-95% of the total corium of an animal skin. During the manufacture of gelatine, the hair, flesh, nerves, veins, sweat glands, albumins and other proteins are removed from the skins by means of very dilute solutions of acids (approximately 1-5%) or alkalis to leave only the corium layer of the skin. This skin is then dissolved in hot water to yield gelatine. Collagen which is present in the skin remains collagen itself in its essence even after the treatment with acid or alkali.

It is known that the collagen constitutes 90-95% of the corium layer of the skin. Now if the source of the skin is an animal which is Najis-ul-Ain then this 95% part of its skin is also Najis-ul-Ain. This means that during the manufacture of gelatine this Najasah remains in its original form until the skins are ready for boiling. After heating this collagen in water it is converted to gelatine. So the main change occurs during the heating process. Now since the mere boiling of Najis-ul-Ain substance in water is not considered Qalb-ul-Mahiyat in the Islamic Shariah therefore the change of collagen to gelatine cannot be considered Qalb-ul-Mahiyat.

NB:
    If gelatine is manufactured in such a way whereby metamorphosis’s takes place then the ruling will change accordingly.

    The fiqhi principle of umoom balwa (public consumption) could be considered based on need.



البحر الرائق - (ج 1 / ص 104)
وفيه (السراج الوهاج) مسألة جلد الميتة بعد الدباغ هل يجوز أكله إذا كان جلد حيوان مأكول اللحم قال بعضهم نعم ؛ لأنه طاهر كجلد الشاة المذكاة وقال بعضهم : لا يجوز أكله ، وهو الصحيح لقوله تعالى { حرمت عليكم الميتة } ، وهذا جزء منها  { وقال عليه السلام في شاة ميمونة رضي الله تعالى عنها إنما يحرم من الميتة أكلها مع أمره لهم بالدباغ والانتفاع } ، وأما إذا كان جلد ما لا يؤكل كالحمار ، فإنه لا يجوز أكله إجماعا ؛ لأن الدباغ فيه ليس بأقوى من الذكاة وذكاته لا تبيحه فكذا دباغه .

أحكام القرآن للجصاص - (ج 1 / ص 140)
باب جلود الميتة إذا دبغت
قوله تعالى إنما حرم عليكم الميتة والدم وقوله تعالى قل لا أجد فيما أوحي إلي محرما على طاعم يطعمه إلا أن يكون ميتة أو دما يقتضي تحريم الميتة بجميع أجزائها وجلدها من أجزائها لأنه قد حله الموت بدلا من الحياة التي كانت فيه إلا أن قوله على طاعم يطعمه قد دل على الاقتصار بالتحريم على ما يتأتى فيه الأكل وقد بين النبي ص - هذا المعنى في جلد الميتة بعد الدباغ بقوله إنما حرم أكلها وإنما حرم لحمها

المحيط البرهاني للإمام برهان الدين ابن مازة - (ج 1 / ص 390)
وفي «نوادر إبراهيم» عن محمد في حمار وقع في الملاحة ومات وترك حتى صار ملحاً أكل الملح، وقال أبو يوسف: لا يؤكل، وكذلك رماد عذرة أحرقت وصلى عليه على هذا الاختلاف، وحكى أبو عصمة: خشبة لو أصابها بول فاحترقت ووقع رمادها في بئر قال أبو يوسف رحمه الله يفسد الماء، وقال محمد رحمه الله: لا يفسد.

المحيط البرهاني للإمام برهان الدين ابن مازة - (ج 8 / ص 56)
وفي «مختلفات الفقيه أبي الليث»: إذا ماتت دجاجة وخرج منها بيضة؛ جاز أكلها عند أبي حنيفة رضي الله عنه اشتد قشرها أو لم يشتد، ويجوز استعمال انفحة الميت عند أبي حنيفة مائعة كانت أو جامدة، وهي طاهرة عنده على كل حال، وعندهما إن كانت مائعة فهي نجسة فلا تستعمل، وإن كانت جامدة تغسل وتستعمل.


And Allah knows best

Wassalamu Alaikum

Ml. Ishaq E. Moosa,
Student Darul Iftaa

Checked and Approved by:

Mufti Ebrahim Desai
Darul Iftaa, Madrassah In'aamiyyah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:32 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 10-6-2014 03:00 AM
apa pendapat uncle ya mengani sebilangan orang Islam

yg terlalu nak memudah kehidupan  maka di ...

Assallamualaikum Da..

Relax..


Prof Yusuf Al Qaradawi adalah antara Ulama yg Uncle paling respek dizaman ini..

Dr MAZA..walau Uncle akui ada byk kali "idea" dia uncle tak suka...tapi...di banyak kali juga yg bagus..(malah lebh byk yg bagus/Uncle terima drp yg uncle tak boleh terima! ) siapalah Uncle nakpertikai Dr Maza..tapi..personally..begitulah...& Uncel juga ada beli buku2 Dr Maza...  



Balik pada Isu ..


Secara tegas..Uncle sependapat dgn Tuan @mnm77



ULAMA PAKAR HUKUM...- dia bagi garis panduan hukum

SAINTIS  PAKAR SAINS ..- dia kena bagi fakta sains.


HUKUM YG BERKAITAN SAINS....kedua dua Ulama dan saintis kena duduk semeja.....& jawaban dia adalah ....A + B = AB.



Perkara ni biasa sebenarnya...

misalnya Hukum Rokok......MajlisFatwa memang ada panggil para Doktor perubatan utk fakta kesihatan.

Malahan isu "bakar" (rokok tu bahan terbakar)...Pakar dlm BOMBA pun dipanggil juga!



JADI....Tak perlu dipandangb uruk para Ulama...sekalipun "pendapat" ulama menyalahi "pendapat kita"..


SIKAP UCLE : seboleh bolehnya uncle suka kepada "hukum yg ringin" drp hukum yg berat drp segi hukumnya...

drp segi amal....kalau mampu...Uncle suka pakai hukum yg berat...



Sebagai cth...Hukum rokok juga :....drp segi Hukum...selagi boleh...selagi ada Ulama yg kata Halal (makruh) uncle tetap pakai makruh!...sebab Uncle takut dgn hukum haram!..takut dgn berdosa!
Semasa isu rokok dibahaskan dlm majlis fatwa Perak..ada kawan2 Uncle yg join perbahasan,..tu yg Uncle tau depa panggil Doktor, ..panggil BOMBA dll....sampai Ustaz Mat Samman Kati tetap tegaskan "MAKRUH "!


Tapi, drp segi amalan...Uncle seumur hidup....walau "main main" pun TAK PERNAH HISAP ROKOK!...walau zaman kanak2 ada sahabat yg curi merokok sama2...Uncle tetap menolak..
zaman remaja...zaman U....kerja..sampai zaman tua..
Hingga dlm album gambar ..ada 2 batang rokokyg Uncle "flatkan " (buang tembakau) uncle simpan sampai hari ni....sebab ianya pemberian rakan baik   tak percaya & paksa juga..(zaman kami dulu ...rata2 anak muda merokok!)...jadi Unclesimpan buat kenang2 an..








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.137864 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list