[size=0.9em]Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh, Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa. [size=0.9em]Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam. [size=0.9em]
Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. [size=0.9em]“Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh. [size=0.9em]
“Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya. [size=0.9em]
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.
[size=0.9em]Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti mangsa. [size=0.9em]
Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
|