Edited by Leafumi at 11-4-2015 09:29 PM
sorry amek masa sikit nak post.. ini dia..
Zach ketawa. Terkekek-kekek seorang diri. Sejak tadi dia ralit melayan Twitter. Sibuk berbalas tweet dengan rakan-rakan Twitter. Maklumlah, dia sendiri pun antara yang famous di Twitter. Mempunyai beribu followers. Banyak awek-awek cun pulak tu. Rakan-rakan sebaya Zach juga banyak yang melahirkan rasa cemburu kerana popularitinya di laman sosial Twitter. Zach pasti tersenyum bangga.
Sambil berbalas-balas tweet, sesekali dia bercakap seorang diri. Beberapa kali juga dia memaki hamun. Ketawa dan maki hamun silih berganti keluar dari bibirnya. Dia membaca tweet dari salah seorang followers yang telah tag namanya di tweet perempuan si pemegang akaun Twitter bernama @Tina_Fox itu.
Hey Zach! Guess what? I miss u, handsome.. can’t forget our great night together! Muahh @ZachCullen.
Zach sudah tersenyum-senyum galak. Mana taknya. Tina memang antara awek hot yang menjadi followers setia. Dia juga pernah keluar date beberapa kali dengan Tina. Tina seringkali berpenampilan seksi dan menggoda. Mana lah dapat ditahannya gelora jiwa dan nafsu apabila berduaaan dengan perempuan itu. Tina pun tak luak untuk menyerah diri kepadanya. Terasa diri beruntung kerana memiliki seraut wajah yang kacak dan bertubuh tegap. Tak hairanlah kerana dia berdarah campuran Belanda. Malah sudah beberapa kali dia terlibat dalam photoshoot sebagai model lelaki sambilan sebagai kerja part time.
@Tina_Fox I miss you too dear. Don’t worry. Next time I gi ambik u. its gonna be our night.
Zach tersenyum selepas membalas tweet dari Tina. Dia dan Tina tidak ada hubungan apa-apa pun. Hanya berkawan tetapi juga in open relationship. Itu benda biasa baginya yang hidup dalam gaya urban dan bebas bercampur gaul dengan semua orang. Tidak ada masalah pun baginya.
Seketika kemudian, dia menerima kiriman Whatsapp dari kawannya, Ejoe.
Weh bro. Kau buat apa tu ? Jom. Lama dah tak gym.
Ko baru nak ingat aku ke bro? Sial la.
Lol aku bz with sugarmummy aku. Masyukk weh. Jom aku belanja ko.
Haa.. kalau cam tu cun.
Baru-baru ini memang Ejoe agak sibuk berdamping dengan sugarmummy yang kaya dan meletup. Zach juga sudah agak lama tidak berteman dengan sugarmummy. Nak juga dia masyuk lagi seperti Ejoe. Tak susah pun kerja nak melayan sugarmummy ni. Bagi dia kasih sayang, perhatian dan belaian mesra pun sudah cukup. Kalau dapat lebih itu rezeki. Zach ketawa sendiri.
Kawan mummy aku ni ada jugak yang tengah mencari bro. kalau kau nak, aku bleh recommend.
Hahh..cun gak tu. Nanti ko bagi aku contact number dia.
Ko duk tweet dengan Tina tu? Ko dah serious dengan dia ke bro? Hahaa..
Lol aku dengan dia lepak2 je beb. Dah dia nak dengan aku. aku layankan la. Nasib dia cute.
Dah2. Bagi aku try Tina tu lak.
Ambik la.
Zach ketawa. Seronok. Seronok menikmati perbualan yang open minded baginya. Beginilah baru open minded. Baru lah layan. Kalau tu tak boleh, ni tak boleh boring lah. Baik pergi duduk hutan sana, bertapa. Sibuk jatuh hukum. Itu haram. Ini haram. Eh, jaga tepi kain sendiri sudah lah. Begitu lah pemikiran Zach dan manusia seangkatan dengannya.
Zach kembali membelek Twitter. Twitcon seorang perempuan yang bertudung litup menarik perhatiannya. Perempuan itu menutup wajahnya dan hanya menampakkan mata. Seperti memakai purdah. Yang menarik perhatiannya adalah mata gadis itu yang cantik. Mungkin kerana telah dihiasi dengan mascara dan eyeliner. Biarpun dia kadangkala annoyed dengan orang yang berlagak alim namun kecantikkan sebegini boleh saja menarik hatinya. Takpe.. cun kena bagi chance..fikirnya gatal. Dia melihat nama Twitter gadis itu. @NurBalqis. Kemudian membaca beberapa tweet di timeline gadis itu.
Kalau perkara tu memalukan seseorang tu bukan lawak tapi dah buka aib dia . Bewaree
Setiap kaum hawa pasti suka selfie muncung mulut.tapi selfie untuk tatapan sediri je la sayang. jangan bagi ajnabi tatap gamba awakk tu.
Malay girls these days should really stop treating boyfriend like husband, A man has never done anything for you until he makes you his wife.
La taqrabu zina.
Jika lelaki itu benar-benar mencintai kamu, hawa.Dia akan mendapatkan kamu dengan cara yang halal.
Selepas merasa bosan membaca tweet Islamik yang banyak dari @NurBalqis, Zach membelek pula gambar-gambar gadis itu. Banyak gambar-gambar yang memaparkan ayat-ayat Islamik dan gambar selfie. Namun selfie gadis itu sederhana saja. dan kesemuanya menutup sebahagian dari muka. Hanya menampakkan mata yang indah. Walaupun sekadar mata, ia sangat menggoda Zach. Kalau tidak, sudah tentulah dia tidak akan tertarik untuk stalk akaun Twitter @NurBalqis.
Zach menghantar mesej melalui Direct Message kepada @NurBalqis.
Assalamualaikum comel.
Zach sengih. Boleh pulak aku tegur elok-elok kat awek purdah ni.. Fikirnya.
Waalaikumusalam..
Yes! Dia reply! Ni mesti sebab aku hot. Kalau tak, awek purdah ni tak cair ladengan salam aku..Fikirnya bangga.
Nama apa ni?
Saya Balqis. Awak?
Zakaria. Call me Zach aje.
Ok Zach.
Sihat ke?
Sihat.
Buat apa tu?
Tak buat apa pun.
Oo..dah makan?
Dah. Awak dah makan ke?
I dah makan. Tapi malam2 ni, lapar la.
Pergi la beli makan.
I lapar benda lain. Hehe..
Nakal ea..
Ye.. I agak naughty.
Sorry. I tak macam u.
Lol its ok. U cute. I nak kawan2 ngan u je. or.. u nak I ajar u? hehee..
Kawan2 je ok.
Ada wechat?
Tak ada.
Whatsapp?
Tak ada.
Zach mengerutkan dahi sambil ketawa hambar. Pelik. Ada jugak orang tak pakai Wechat dan Whatsapp pada zaman yang serba moden dan penuh dengan teknologi baru ini. Malah Balqis itu menepis cubaannya untuk menggatal. Lame.. fikir Zach. But its okay.. she’s cute.. fikirnya lagi.
Whenever u need me u can find me on Twitter..
Ok Qis..
At least boleh cari di Twitter..fikir Zach. Dia senyum. Terserlah ketampanan wajahnya.
Dia kurang mendekati perempuan-perempuan berniqab seperti ini. Namun Balqis ini sangat-sangat menarik perhatiannya. Balqis pun nampaknya membenarkan dia mendekati Balqis. Baginya ini menarik.
*** |