MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu - Dr Mahathir
Astro Awani, Blog | Kemas kini: Mei 18, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 18, 2014 15:15 MYT)
email comments
MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.
Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.
"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.
"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.
Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.
Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.
"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.
Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.
"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.
Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.
"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.
Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.
"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.
"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.
Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.
Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mei 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
7
Flight MH370 Buku Flight MH370.
< 1 / 1 >
SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.
Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.
“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.
“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.
Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.
“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.
“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.
Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.
“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.
“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.
Copy the Code
kalau bayar full package, pilot tak sedar ada kerosakan pun tak apa, sebab engineer on ground dapat alert dan dia orang akan advice pilot apa yang perlu dibuat..