CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123
Return to list New
Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {2} Kes perempuan Msia ikut Mat Nepal susahkan negara! minta diskaun- post 55#

[Copy link]
Post time 7-4-2014 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
koboikekuda posted on 7-4-2014 12:30 AM
x lama anak pun ikut lari2

Maknya g nepal.. Anknya xtau pegi mn plak..

Tau pon hidup susah kt negara org.. Igt senang ker...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 09:23 AM | Show all posts
kerana cintaa..............
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 09:42 AM | Show all posts
faraway1 posted on 6-4-2014 07:25 AM
padahal kalau setakat nak hidup susah tak perlu pegi sampai ovc..
ramai aje orang malaysia berpen ...

setuju sangat stetmen u ni kaka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 10:13 AM | Show all posts
kerana cinta hamba turutkan..pergi pandai..balik xpandai plak..isk3
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 10:34 AM | Show all posts
Patut kena buat kajian dari segi genetik mengapa wanita Melayu suka benor  ikut lelaki bangsa asing tanpa memikirkan risiko. Adakah kerana bangsa melayu telah dibuai dengan bidalan lama "nasi lemak buah bidara" sejak zaman purba lagi. Kisah wanita melayu ikut bangsa asing bukan baru, ingatkah kisah nenek Mariam dari johor tidak lama dulu yang ikut jantan ke Korea (masa tu belum ada K-Pop) pada masa perang pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan bagaimana berakhir nasib beliau di Korea? Lepas tu kecoh pula anak gadis dan janda Malaysia ikut jantan Lombok. Daripada elok mak bapak tanggung sekolah, pi lombok dah kena kerja sawah cari kayu api. La ni ikut sampai Nepal pulak....penat Tok Azeez nak kutip wat balik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 10:42 AM | Show all posts
rata2 yg kawin dgn lelaki lombok & nepal ni tak pernah pegi obersea & tak dapat exposure melalu media pasal negara lain, orang suruh belajar malas...  Depa tau Malaysia je, so dia ingat kat mana2 at least sama mcm keadaan di Malaysia atau better.. tak terjangkau dek pikiran depa kot sampai kena kerja punggah batu atau cari kayu untuk hidup...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2014 10:46 AM | Show all posts
dalam bertahun2 ni lah jugak, ramai je lelaki malaysia kawen ngan perempuan pendtg indon, cina prc, vietnam,filipina. dahtu balik malaysia byrla denda rm1k daftar sini. dpt anak taraf warganegara,  mak tumpang kesenangan anak, yg keluarga bini 1st tu tunggang terbalik hancur lebur biaq pi lah. yg ni taknak dibendung?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 10:52 AM | Show all posts
annehuda posted on 7-4-2014 10:46 AM
dalam bertahun2 ni lah jugak, ramai je lelaki malaysia kawen ngan perempuan pendtg indon, cina prc,  ...

Ada pengalaman ka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 10:55 AM | Show all posts
Odyman posted on 7-4-2014 10:52 AM
Ada pengalaman ka.....

Only a fool learns from his own mistakes. The wise man learns from the mistakes of others. ni bukan aku ckp ni pakcik Otto von Bismarck yg ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 11:11 AM | Show all posts
hamboi...kerajaan nepal nie..denda orang overstay..

kenapalah kerajaan malaysia tak buat gitu..
kalau idak mesti tak banyak hasil dari hasil denda pati nie..

nie siap pati kat malaysia nie yang kena tangkap, dihantar pulang lagi..siap makan minum ditanggung..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:49 PM | Show all posts
Aku pon baru dapat tau ade sedara aku kawen ngan mat bangla (ke nepal?) pastu caci-hamun mak bapak. Katenye Mak bapak xtau erti chenta suci murni. Skrg dah mengandong, pastu cakap pasni nak bawak anak balik kampong laki die sbb xnak bagi mak tengok cucu.

Harom jadah. Pasni kalau hidup susah kat sana aku nak buat tarian waka-waka
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:00 AM | Show all posts
Ladies, please fikir jauh kalau nak berkahwin dgn warga asing

Tgk background negara diorang, adat n budaya mereka

Kalau secara generalnya, tidak menyenangkan hati dan ada rasa gusar, janganlah biarkan rasa 'cinta' mengaburi yr sensible judgement.

Berkahwin ni a life time commitment kalau boleh. Tak nak berkubur di tgh jalan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:25 AM | Show all posts
maaf x rasa kesian



pergi 7/11 nak beli tampon
jumpa cashier yg sgt garang
buruk2 lelaki Negara ni pon
dari jd hamba ditempat orang
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar je lah buknnya bf dia letak pisau kt leher ugut suruh ikut blk nepal..sendiri yg pilih..bak kata bella dlm pisau cukur..pilih laki buat suami..tk pikir masa depan anak2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 07:16 AM | Show all posts
Kedutaan Malaysia minta diskaun denda

Kuala Lumpur: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Nepal masih berusaha dengan pihak berkuasa negara itu bagi mengurangkan kos bayaran denda yang dikenakan kepada wanita Malaysia, Nur Sri Rahayu Marimon, 24, yang terkandas di Nepal sejak empat tahun lalu.

Pemangku Duta Besar ke Nepal Fadli Adilah berkata, pihak Imigresen Nepal sukar untuk memberikan potongan jumlah denda bagi kesalahan tinggal lebih masa di negara itu.

Menurutnya, sebanyak empat kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini dan pihak Imigresen Nepal enggan berkompromi.

“Mereka hanya pernah memberikan diskaun AS$500 (RM1,623) sahaja membabitkan dua kes sebelum ini dan kemungkinan Rahayu turut akan menerima diskaun sama.

“Bagaimanapun pihak kedutaan buat masa ini masih sedang berusaha dan berunding dengan pihak berkuasa Nepal,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan nasib malang menimpa Nur Sri Rahayu yang terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan pencari kayu api bagi menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal.

Nur Sri Rahayu atau lebih mesra dipanggil Ayu sebelum itu berkahwin dengan seorang lelaki warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang di Malaysia pada 2006 sebelum mengikut suaminya pulang ke negara berkenaan.

Pasangan itu kemudian dikurniakan dua anak lelaki, Aiman dan Mohd Azam yang berusia 8 dan 4 tahun.

Kisah Ayu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus yang meluangkan masa melawat keluarga Jaliah selain berusaha mengumpul dana untuk membawa pulang wanita terbabit ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 08:42 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 8-4-2014 07:25 AM
maaf x rasa kesian

kelasss ko jah!!
siap ada pesta pantun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 12:34 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 16-4-2014 08:42 AM
kelasss ko jah!!
siap ada pesta pantun lagi



kekekekekeek i vote utk lelaki islam melayu malaysia...terbaekkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 05:37 PM | Show all posts
aku la tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.116263 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list