CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wannienordin

My FLyinG Kiss GirL

[Copy link]
 Author| Post time 27-2-2014 02:54 PM | Show all posts
sellie003 posted on 27-2-2014 02:45 PM
Hhahahah...dasar playboya...nak tau gak sapa minah tuh....

heheheheeee... minah flying kiss y bt mr boya2 gila bayang!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 09:24 PM | Show all posts
Meh sama2 sambung citer masing2 ok....

Makin best....kalu aireen dikecewakn olh si boyer tuh...mau kena attack ramai2 mamat tuh...ramai yg syg si aireen nih...silap2 mama rayyan pun x ngaku ank karang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 12:18 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-2-2014 09:24 PM
Meh sama2 sambung citer masing2 ok....

Makin best....kalu aireen dikecewakn olh si boyer tuh...ma ...

tq dear coz sudi baca citer sy ni, sy org baru kat sini lom ramai pengikut mcm citer Cinta Kita tu lg, heheheee....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 12:23 AM | Show all posts
Kalau di alam realiti, agak-agaknya lelaki y buaya mcm Rayyan ni mmg btl2 boleh berubah ke????
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 08:39 AM | Show all posts
wannienordin posted on 28-2-2014 12:18 AM
tq dear coz sudi baca citer sy ni, sy org baru kat sini lom ramai pengikut mcm citer Cinta Kita tu ...

....ikutkn citer tuh dah lama...cuma lambt update...

nnt jgn macm sya ni tersangkut lama sgt kat ditengh2...ramai lak pembaca yg kecewa nnt...ikutkn ada citer yg lgi ramai pembaca...tp tulah syg seribukali syg...citer2 tuh sampai sudah takde sambgn...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 10:47 AM | Show all posts
wannienordin posted on 28-2-2014 12:23 AM
Kalau di alam realiti, agak-agaknya lelaki y buaya mcm Rayyan ni mmg btl2 boleh berubah ke????

jenuh rempit bc citer ni..

best rupanya.....


ada juga yg berubah wlpon lmbat..dh tua berubah jdi kaki masjid plak..Alhmdulillah....





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2014 10:49 AM | Show all posts
sellie003 posted on 28-2-2014 08:39 AM
....ikutkn citer tuh dah lama...cuma lambt update...

nnt jgn macm sya ni tersangkut lama sgt  ...

ye cik sellie..ahkak mmg kuciwa...kasi smbung cepat22...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 08:20 PM | Show all posts
awanjingga posted on 28-2-2014 10:49 AM
ye cik sellie..ahkak mmg kuciwa...kasi smbung cepat22...

Aik, perli nampk...babab nak......ok, ok...kita sambung...

Sori bebanyk & sgt2 berterima kasih kerana setia menanti CINTA KITA....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2014 10:42 PM | Show all posts
awanjingga posted on 28-2-2014 10:47 AM
jenuh rempit bc citer ni..

best rupanya.....

alamak, sowilah few days x smpt plak nk bkk cari ni...

tq dear coz sudi baca my flying kiss girl... yelah, kisah sy ni psl if someone really nk berubah dowang mmg btl2 blh berubah ke...

tp tgk kt luar sana mcm byk je kalo y da dasar playboy tu tetap je sama, if da kawin dptlah bertahan 4-5thn kut tetiba ada skandal lagi! adeh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 10:56 PM | Show all posts
14

TELEFON yang berdering di atas meja segera diangkat. Dia menjawab panggilan seperti kelazimannya, dengan lembut dan penuh sopan agar siapa juga yang berada di hujung talian berasa selesa. Almaklumlah kerjanya di sini sebagai setiausaha, jadi kenalah lembut dan santun bila melayan panggilan.

    “Cik Aireen free tak hari ni? I nak ajak lunch,” Romantik dan mesra suara di hujung talian mempelawa.

    Aireen tergamam. Cuba mengamati dan meneka siapa yang empunya suara. Suara garau ini, macam dah selalu dengar. Macam suara Rafeeq.

    “Err... Siapa ni?” Sengaja dia mengutarakan soalan tersebut. Inginkan kepastian. Jantung pun terasa semakin berdebar-debar sekarang ni.

     “Hmm... tak kenal atau pura-pura tak kenal?” Balasnya dengan pertanyaan juga. Lenggok suaranya jelas menunjukkan kemesraan.

    “Rafeeq?”

    Kali ini kedengaran tawa kecil dihujung talian. “Terima kasih kerana masih lagi cam dan kenal suara I. Dah dekat dua bulan lebih tak dengar suara you, ingatkan dah lupa!”

    Aireen juga turut ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat bagi mengurangkan sedikit rasa debar dalam hati.

    “So, lunch together?”

    Aireen diam. Mencari kata-kata yang sesuai.

    “Reen, jomlah lunch sama-sama. Dah lama tak jumpa you.”

    “I sibuk. Maybe next time?”

    Terdengar sedikit keluhan.

    “Sibuk atau memang tak nak keluar dengan I? Marah lagi ke?”

     “Tak marah. Betul, sibuk!”

    “Kalau sibuk pun, mesti nak kena makan juga. Jomlah kita keluar makan,”

    “Tapi I tak nak keluar makan dengan penipu,” Entah dari mana datangnya keberanian untuk dia berkata begitu.

    Sepi. Kata bicaranya tidak bersambut. Tergamam barangkali sehingga kelu lidah untuk orang tersebut berkata-kata. Begitu juga dengan Aireen. Dia sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba dia boleh terlepas ucap perkataan tersebut. Tak pasal-pasal orang tu kecil hati pula nanti.

     “Maaflah Rafeeq. I betul-betul sibuk sekarang ni. Nanti kalau I free, I call you back. Okay?”

     Masih sepi lagi. Si pemanggil tetap membisu.

    “Oklah, Feeq. I got to go now. Bye.”

    Aireen meletakkan gagang apabila talian sudah terputus. Seraut wajah Rafeeq terbayang di tubir matanya. Walaupun terbit rasa bersalah, tapi cepat-cepat pula dia cuba untuk buat tak tahu. Alah, setakat terlepas cakap apalah sangat? Kalau nak dibandingkan dengan apa yang pernah Rafeeq buat. Lagilah besar. Sudahlah menipu, bila penipuannya terbongkar, ada hati nak ajak kahwin pula!

    Oh, tidak. tak mungkin dia akan kahwin dengan orang yang ada kena-mengena dengan Amir. Tak kiralah kawan masa zaman sekolah rendah ke, jiran lama yang dah lama tak berhubung ke, janji kalau ada berkaitan dengan Amir, kirim salam! Dah lama Rafeeq tu tahu pasal kisah dia dengan Amir, hidup-hidup menipu cakap tak kenal. Untuk dimaafkan penipuan itu, tak ada masalah. Tapi untuk meneruskan hubungan, tidak sama sekali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 10:58 PM | Show all posts
*****

SEMENTARA itu di hujung talian, suara panggilan yang diputuskan masih lagi kedengaran di corong gegendang. Gagang telefon masih lagi melekap kemas di telinga. Dibiarkan nada terputus itu berlagu untuk beberapa ketika. Dia mengeluh. Panjang keluhannya. Menggeleng kepala berulang kali lantas gagang diletakkan semula di atas meja.

     Sekali lagi dia melepaskan keluhan. Terasa sungguh berkecil hati dengan gerangan orang yang memutuskan talian sebentar tadi. Pelawaan untuk makan tengah hari bersama, mentah-mentah ditolak begitu sahaja. Alasan sibuk kononnya. Dulu-dulu tak pula sibuk. Sekarang ni sepanjang masa sibuk, nak dapat bercakap telefon seminit pun susah. Sibuk atau masih marah?

    Cakap ajelah tak nak keluar makan sebab tak nak tengok muka aku. Kan senang? Tapi bukankah tadi dia memang dah cakap yang dia tidak mahu keluar makan dengan penipu. Kalau penipu tu, siapa lagi. Akulah!

    Kali ini dia menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan dengan penuh berat dan panjang. Tak sangka masih berpanjangan lagi marah orang itu terhadapnya. Tak sangka masih disimpan dalam hati lagi rasa sakit hati orang tersebut atas penipuannya. Penipuan yang dilakukan atas dasar terpaksa. Bukan sengaja suka-suka. Dia ada sebab. Bukan niat nak menipu, tapi dilakukan atas dasar perasaan suka dan sayang yang teramat sangat. Menipu kerana rasa cinta yang membuak-buak. Dah bertahun-tahun rasa suka, sayang dan cinta tu bersemadi dalam hati. Dan kalau diikutkan, dia bukan menipu. cuma tak memberitahu perkara yang sebenar. Itu saja!

     Yang menipu itu, Amir! Yang patut Aireen marah dan benci sangat-sangat ialah lelaki tersebut, bukan dia! Amir yang buat hal, kenapa dia pula terkena tempiasnya? Amir yang tak tahu berpegang pada janji, kenapa dia turut terlibat sama? Hanya kerana dia dan Amir berkawan? Hanya kerana Amir itu bekas rakan sekolah dan juga teman baiknya satu waktu dulu? Hanya sebab dia ada kena-mengena dan mengenali Amir, langsung perangai dan sifat buruk Amir tercalit pada dirinya sekali? Itu tidak adil!

     Sebab dia tahu Aireen benci dan marah pada Amirlah punca dia merahsiakan yang dia dan Amir saling mengenali antara satu sama lain. Dia tahu yang Aireen banyak menderita kerana Amir. Dia tahu yang Aireen banyak berendam air mata disebabkan perangai Amir. Sebab tu dia merahsiakan tentang hubungannya dengan Amir. Kalau Aireen tahu yang mereka berkawan, dah tentu Aireen tidak mahu berkawan dengannya. Sudah pasti Aireen akan menjauhkan diri darinya.

     Kalau macam tu, macam mana nak luahkan perasaan pada Aireen? Dah lama dia jatuh cinta pada Aireen. Bertahun-tahun! Jadi takkanlah hanya kerana Amir, peluang untuk mendekati Aireen dilupakan begitu sahaja?

     Ah… pergi mampus dengan Amir! Dulu terpaksa pendamkan perasaan sebab Amir, sekarang ni terpaksa susah hati pasal dia juga. Amir... tak habis-habis menyusahkan hidup orang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 11:12 PM | Show all posts
Rayyan - Jejaka boya y dah gila bayang

Rafeeq - Jejaka yang membuatkan Rayyan terkejut dgn kata2 ingin mengahwini Aireen


Amir - siapa Amir? siapa? siapakah Amir ini....

jeng...jeng...jeng... heheheee....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 11:20 PM | Show all posts
Jejaka2 misteri dlm hidup Aireen...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 09:41 AM | Show all posts
LORRR...jeng, jeng, jeng....jek...   mana lg sambungn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 11:36 AM | Show all posts
sellie003 posted on 7-3-2014 09:41 AM
LORRR...jeng, jeng, jeng....jek...   mana lg sambungn...

huhuhuu... laju sungguh nk mntk smbg ni, mcm bullet train! kikikiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 11:42 AM | Show all posts
15

AIREEN mencepatkan langkah. Masuk ke dalam bilik, lalu helaian-helaian kertas yang sudah dikepilkan diletakkan di atas meja. Disusun satu per satu sepertimana yang biasa dilakukannya sebelum-sebelum ini. Nasib baik minit mesyuarat ni sempat siap. Kalau tak, mahu berbakul kena marah. Dengan Encik Hanisman tu jangan main-main, kalau dia dah meletup, satu bangunan ni boleh terasa gegarannya.

     Habis meletakkan minit mesyuarat yang diperlukan, dia keluar dari bilik tersebut. Bertembung dengan beberapa orang kontraktor yang datang untuk bermesyuarat, lalu dia menghadiahkan senyuman. Saling bertegur sapa seketika sebelum orang-orang tersebut masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rasa senang hati sebab tugasnya dah selesai. Hari ini giliran Salwana yang kena duduk bertapa dalam bilik tu dengar orang mesyuarat sambil catit apa yang patut. Hai… seronoknya hari ni tak payah duduk dalam bilik tu berjam-jam!

     Aireen duduk di tempatnya. Baru nak pegang tetikus, terdengar pula bunyi pesanan yang masuk ke telefon bimbit. Dia capai telefon dan terus senyuman lebar menghiasi bibir melihat nama gerangan orang yang menghantar mesej tersebut. Rayyan!

    I tengah makan roti dengan Epul & Zairee dekat Rotiboy Wangsa Walk ni. Teringat roti cheese yang you buat dulu. Bila kita boleh buat roti sama-sama lagi? Rindu nak campak tepung dekat muka you la.

    Aireen sengih. Tiba-tiba teringat macam mana bersungguhnya Rayyan menguli tepung tempoh hari.

    Kali ni kalau buat roti, I tak perlukan tukang uli tepung lagi. Dah beli mesin. Tak adalah nak susahkan sesiapa. Kesian orang tu kena korbankan baju mahal dia semata-mata nak kena uli tepung.

    Alah… Siapa suruh beli mesin? I rela jadi tukang uli untuk you. tak apa, tak dapat uli tepung, I uli you. boleh?

   Hei. Ini dah lain bunyinya ni! Ayat-ayat gurauan yang hanya sesuai untuk orang dah kahwin aje tu. Uli-menguli. Tak senonoh!

   Oh, kalau macam tu, kita kahwin la. Boleh I selalu bergurau pakai ayat tu. Nak? Jom kahwin?

     Aireen ketawa besar. Mamat ni suka-suka hati dia aje nak ajak orang kahwin. Main pakai cakap ikut suka hati. Tersengih-sengih Aireen membalas mesej dari Rayyan tersebut. Agak lama juga mereka berbalas SMS. Dapat satu SMS, dia ketawa. Dapat satu SMS lagi, tersengih-sengih pula. Bukan main suka dan senang hati bertukar-tukar SMS dengan lelaki tersebut. Sampaikan Beatrice yang dah berapa saat berdiri depan meja pun dia boleh tak perasan.

     “Amboi cik kak! Dapat mesej, senyum macam menang loteri satu juta!”

     Aireen terperanjat. Hampir saja tercampak telefon bimbit akibat disergah. Terus dia mengurut dada.

    “Bee!” Aireen menjerit memanggil nama singkatan Beatrice. “Terkejut aku!”

    “Memanglah terkejut. Sibuk main SMS. Aku dah lama berdiri dekat sini pun tak perasan! Dapat mesej dari Rayyan la tu.”

    “Eh tak... bukan main mesej dengan dia,” Aireen menafikan.

    Beatrice mencebir. “Tak payahlah nak sorok-sorok. Walaupun aku tengok muka kau sekarang ni, tapi yang aku nampak ialah muka Rayyan. Tengok kau, nampak dia. Tengok dia, nampak muka kau!”

   Aireen ketawa geli hati. “Ada pulak...” dia bersuara sambil ketawa kecil.

   “Kau datang meja aku ni, nak apa?” Cepat-cepat Aireen bertanya soalan yang lain. Tak mahu memanjangkan cerita tentang dengan siapa dia berbalas SMS.

    “Aku nak bagi tahu, malam ni aku ada janji dengan Cynthia dan Ila dekat Alexi’s. Jadi aku nak ajak kau jugak. Kita dinner sama-sama.”

    Aireen diam. Riak muka seperti sedang berfikir.

   “Kalau kau dah ada janji dengan Ray, ajak dia dinner sekali. I want all of you to be there tonight. Raj pun ada.”

    Aireen mengangguk. Macam faham-faham aje si Beatrice ni tadi dia diam sebab ada janji dengan Rayyan.

    “Okay, see you tonight. Cakap dekat Ray, jangan cari alasan nak culik you dari kami bertiga malam ni. Asyik berkepit aje sekarang ni. Bagi canlah dating dengan kawan-kawan pulak!”

    Aireen mengangguk lagi. Sambil-sambil itu dia ketawa. Beatrice turut senyum lalu dia melangkah pergi. Buka pintu dan naik ke tingkat atas. Memang dia dan Beatrice merupakan rakan sepejabat. Beatrice juga setiausaha sama sepertinya. Dalam syarikat ni, ada lima orang setiausaha. Aireen, Beatrice, Salwana, Rahizah dan Ogy. Satu bos, satu setiausaha. Dan disebabkan Beatricelah dia mengenali Cynthia dan Dilaila. Kalau bukan Beatrice yang ajak dia sama-sama pergi bersenam dekat gim, dah tentu Cynthia dengan Dilaila takkan masuk dalam senarai kawan-kawan dia.

    Aireen masih lagi tak putus senyum walaupun kelibat Beatrice sudah hilang dari pandangan. Masih kedengaran lagi usikan temannya itu tentang perihal dia dan Rayyan. Memang dia harus akui, hubungannya dengan Rayyan semakin lama semakin rapat dan akrab. Pertemuan mereka berlanjutan dari kali pertama menjadi kali kedua-dua, ketiga dan kemudian tidak terhitung lagi. Mula-mula, pertemuan yang diatur bersama-sama dengan teman-teman rapat atau diiringi oleh saudara-maranya, namun kemudian mereka lebih kerap keluar berdua-duaan.
Hinggalah sekarang, sudah dua bulan berlalu mereka masih lagi kerap keluar bersama. Dua bulan jugalah dia terpaksa mengaku dan mengangguk bila Rayyan kenalkan dia dengan orang-orang yang lain sebagai teman wanitanya. Sampaikan depan Abang Azmi dan Kak Basirah pun dia terpaksa terkulat-kulat mengangguk bila ditanya adakah dia sedang bercinta dengan Rayyan sekarang ini. Aduh, rasanya macam tak mahu gunakan perkataan bercinta, tapi disebabkan gara-gara kalah tenis, terpaksalah dia mengikut rentak Rayyan untuk bergelar boyfriend dan girlfriend.

    Janji mereka hanya untuk sebulan. Tapi ini dah masuk dua bulan, ternyata perkara ini masih berlanjutan. Dua bulan yang berlalu memang dia rasakan begitu pantas. Hubungannya dengan Rayyan berlangsung dalam keadaan yang sungguh harmoni. Dan adakalanya, terasa seperti hubungan ini akan memasuki peringkat yang lebih serius. Apatahlagi dengan ayat-ayat gurauan Rayyan yang sering mengeluarkan perkataan kahwin.
Kahwin? Hai... si Rayyan tu tahu ke tak, apa sebenarnya maksud kahwin? Jangan hanya tahu cakap dan bergurau di mulut saja, tapi erti sebenar sebuah perkahwinan itu langsung tidak diambil peduli. Kalau setakat nak ajak kahwin, tapi dalam hati belum betul-betul bersedia, dalam kepala belum betul-betul siapkan ketahanan mental, janganlah berangan nak kahwin. Kahwin itu senang, tapi tanggungjawab dan komitmen selepas perkahwinan itu yang susah.

     Apa lagi dengan orang yang mata keranjang macam Rayyan. Sanggup ke berubah dan jadi pencinta hanya pada seorang wanita sahaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2014 11:44 AM | Show all posts
*****

“HA? Bulan depan?”

    Beatrice ukir senyum lebar. Dia pandang Raj dan lelaki itu juga memberi reaksi yang sama. Tersengih-sengih melihat mereka yang lain berteriak dan membulat biji mata.

    “Cepatnya! Kau orang bukan baru bertunang tiga bulan ke?” Soal Cynthia sambil matanya yang kecil itu cuba diluaskan selebar-lebarnya.

    “Raj nak kena transfer JB hujung tahun ni. Jadi sebelum kena tukar, kami nak kahwin dulu.” Jawab Beatrice menjelaskan keadaan.

    “Jadi, lepas kahwin kau ikut Raj pergi JB?” Soal Dilaila pula.

    Beatrice angguk. “Nampaknya macam tulah.”

    “Bee, tak seronoknya!” Dilaila membalas.

    “Tak seronok? Hei, I’m getting married, okay? Sepatutnya you all kena tumpang gembira untuk aku. Jangan nak sedih-sedih pulak,”

   Dilaila terdiam. Dia pandang Cynthia dan Aireen. Masing-masing nampak ada riak sedih. Melainkan hanya Rayyan yang bereaksi seperti biasa.

   “Ladies, are you happy for me or not?” Beatrice menyoal ketiga-tiga sahabatnya itu.

    Masing-masing diam. Hinggalah akhirnya Aireen yang buka mulut dahulu.

    “Congratulations, Bee. I’m happy for you,” kata Aireen sambil mempamerkan senyuman.

    Beatrice sambut senyuman tersebut.

    “Yup. Congrats, girlfriend. I’m also happy for you.” Sampuk Cynthia pula. Lepas pada tu Dilaila juga mengucapkan perkara yang sama.
Ketiga-tiganya kembali berwajah ceria. Walaupun rasa sedih sebab dengar Beatrice akan berhijrah ke Johor Bharu, tapi mereka seharusnya gembira sebab sahabat mereka itu sudah sampai seru nak berumah tangga. Umur Beatrice pun bukannya muda lagi. Dah menginjak 31 tahun. Raj pula 33 tahun. Mereka berdua lebih tua dari Aireen, Cynthia dan Dilaila. Aireen dan Dilaila sebaya. Manakala Cynthia yang paling muda di antara mereka. Baru masuk 26 tahun.

    “Kalau macam ni, kenalah buat bachelor party,” Kata Cynthia teruja.

    “A’ah la. It’s a good idea. I nak Aireen yang arrange party ni,” sampuk Raj sambil pandang muka Aireen.

    Aireen terenjut. “Me? Why me?!”

   “Sebab you orang yang paling pandai arrange event. Dekat ofis kalau ada event apa-apa, you orang yang paling wanted,” Ujar Raj. Raj merupakan salah seorang jurutera di syarikat Aireen dan Beatrice. Mereka sama-sama sepejabat.

    “Excuse me. kalau dekat ofis I handle event lain. Bowling tournament, annual dinner, family day, I tak pernah arrange bachelor party. Pergi mana-mana bachelor party pun tak pernah, macam mana nak arrange?”

    “Alah, bukan bachelor party yang havoc-havoc tu. Nama aje bachelor party, tapi buat yang simple-simple. Bukan nak ajak ramai orang pun. Hanya kita yang rapat-rapat aje. Makan-makan dekat restoran ke. mesti kau boleh buat!” Dilaila turut menambah dengan muka teruja. Dilaila kalau bab makan, memang nombor satu!

    “Tapi, aku tak tahu.”

    “It’s okay, I’ll help.”

    Aireen pandang muka Rayyan yang tiba-tiba bersuara. Dari tadi senyap je mamat ni. Tiba-tiba bila dengar nak buat parti, terus dengar suara dia.

    “It’s just a small party, right? I’ll help you,” kata Rayyan lagi.

    Dan bila Rayyan dah cakap macam tu, terus yang lain bersorak kecil. Nampaknya memang tak ada can Aireen nak tolak lagi. Semua orang dah setuju tugas ini diberikan padanya. Rayyan punya pasallah ni. Tadi ada harapan lagi nak mengelak, tapi disebabkan suara dia yang menyampuk tiba-tiba, terus tak boleh nak lari lagi.

    Hisy... kalau boleh, dia tidak mahu lagi terlibat dalam acara-acara yang begini. Memanglah bendanya bukan setakat apa sangat. Sekadar bachelor party yang ringkas, buat di resoran dan berkumpul bersama teman-teman yang lain sudah memadai. Tetapi kalau boleh Aireen memang tak nak terlibat apa lagi menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan acara sebegini. Dia dah serik! Dia dah pernah menerima satu bencana disebabkan hal seperti ini suatu masa dahulu. Sengaja dia gunakan alasan yang dia tak tahu apa-apa pasal bachelor party ni sebagai cara untuk mengelak. Dan sekarang, terpaksa uruskan satu parti lagi?

    Ya Allah, bagai terngiang-ngiang apa yang terjadi dulu. Kali ini, jauhkanlah semua itu dariku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 11:46 AM | Show all posts
16

PAGI itu selepas menghantar minuman untuk Encik Hanisman, Aireen terus saja menyiapkan beberapa helai surat yang perlu dicetak dan diberikan kepada pengurus-pengurus jabatan lain. Dalam asyik menaip, dia mendengar satu suara menyapa. Spontan dia mendongak. Seorang pemuda yang memakai topi merah sedang tersenyum memandangnya. Di tangannya ada satu jambangan bunga.

    “Untuk Cik Siti Aireena,” Ujar pemuda tersebut sambil menghulurkan jambangan bunga tersebut.

    Aireen mengangguk. Dia senyum lalu menurunkan tandatangan pada sebuah buku sebagai tanda penerimaan.

    Segera jambangan bunga itu bertukar tangan. Berlalu pemuda tersebut, terus Aireen membelek jambangan bunga mawar dan mencari-cari kad yang mungkin terselit. Ingin tahu gerangan siapakah yang membuat kejutan padanya dengan mengirim jambangan bunga di pagi-pagi hari. Namun Aireen kecewa. Kad yang dicari tidak ditemui. Mungkin si pengirim ingin merahsiakan identitinya.

    Apa bendalah buat kerja bodoh macam ni? Dah habiskan duit beli bunga, lepas tu nak berahsia pulak. Sia-sia betul! Gelisah hatinya, berbaur rasa. Betapa tidak, dapat kiriman bunga dari seseorang yang tidak diketahui gerangannya, mengundang bermacam-macam persoalan!

    “Hei Reen. pagi-pagi dah dapat bunga. Bestnya!” Tegur Fatihah, kerani akaun yang duduk selang tiga meja dari Aireen.

    “Hmm. bunga mawar sempena memulakan hari. Romantiknya boyfriend you!”

     Hendak tergelak Aireen melihat wajah Fatihah yang kelihatan begitu mengagumi. Dia hanya tersengih-sengih.

    “Boleh I ambil satu?” usik Fatihah.

    “Ambil semua sekali pun tak apa, Fatihah.” balas Aireen bersungguh.

    Fatihah tergelak-gelak. “I saja main-mainlah. kang marah pulak boyfriend you bila tahu bunga dah kena curi,”

    Aireen ketawa lagi. Malas nak bersuara dengan lebih panjang dan melayan usikan Fatihah itu. Dia letakkan jambangan bunga mawar tersebut di hujung meja dan kembali menyambung tugas. Tak sampai sepuluh saat, dia kembali menjeling ke arah jambangan bunga tersebut sekali lagi. Kiriman dari boyfriend? Dari Rayyan ke? Hatinya tertanya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 11:51 AM | Show all posts
*****

PUSAT karaoke Redbox The Curve menjadi destinasi Aireen bersama-sama dengan beberapa rakan yang lain. Malam ini mereka menghadiri jamuan bujang atau lebih dikenali dengan gelaran bachelor party dalam kalangan orang-orang muda. Jamuan yang sepatutnya diatur dan diuruskan oleh Aireen dan Rayyan.

     Tapi rasanya kredit harus diberikan kepada Rayyan seorang. Kerana dia yang menguruskan hampir kesemuanya. Daripada nak pilih lokasi, tarikh, menjemput tamu dan segala-galanyalah. Kalau harapkan Aireen, rasanya mungkin sampai tarikh Beatrice dengan Raj nak kahwin pun jamuan bujang ni takkan dapat berlangsung. Bila Rayyan tanya kenapa dia macam tak suka dan tak ambil endah pasal perkara ni, tak pula diberitahu sebab dan musababnya.

     Bilik yang agak besar telah siap ditempah oleh Rayyan. Selain dari geng ABCD, Zairee, Saiful dan Fahmi juga turut serta hari ni. Begitu juga dengan dua tiga orang lagi teman rapat Raj. Memang serba- ringkas sahaja. Tak ada benda bukan-bukan yang dibenarkan untuk bachelor party ini. Tidak semestinya kita perlu buat benda yang bukan-bukan untuk berhibur dan bersuka ria. Duduk dalam bilik dengan siap hiasan belon dan masing-masing diberikan topeng masquared pun dah rasa cukup seronok!

     Selain dari berkaraoke, Aireen juga ada membuat kejutan dengan menempah satu kek khas untuk pasangan pengantin baru. Itu sajalah tugas kecil sebagai pengurus majlis yang dilaksanakannya.  Bukan main terkejut Beatrice dengan Raj bila pekerja karaoke tu masuk sambil bawa kek tersebut. Kek sebagai tanda tahniah untuk mereka berdua. Memang seronok dan gembira mereka semua meraikan hari bahagia Beatrice dan Raj yang akan tiba tidak lama lagi.

     Masa Cynthia dengan Fahmi tengah berduet lagu Enrique Iglesias dengan Ciara, Aireen mengambil kesempatan untuk ke bilik air. Ditinggalkan kesemua mereka lalu dia menuju ke tandas yang berada berhampiran. Keluar dari bilik air, dia secara tidak sengaja bertembung dengan Rafeeq yang nampaknya juga baru keluar dari tandas lelaki. Alamak, kenapalah mamat ni boleh ada dekat sini jugak malam ni? Ini yang tak best kalau bertembung dengan orang yang tidak diingini waktu-waktu nak bersukaria.

     Pada mulanya Aireen macam nak lari dan masuk semula ke dalam tandas, tapi tak sempat sebab kelibatnya sudah pun disedari oleh lelaki tersebut.

    “Reen!” Cepat saja nama Aireen dipanggil apabila kelibat tersebut muncul di pandangan mata. Nak tak nak, terpaksa juga Aireen menyahut dan bertegur sapa dengan lelaki tersebut.

    “Rafeeq...” Aireen menyahut perlahan. Tak tahu nak bagi reaksi terkejut atau berlagak biasa.

     “Reen, you buat apa dekat sini?” Soal Rafeeq atau selalunya lebih dikenali sebagai Doktor Rafeeq.

    “Karaoke,” Jawab Aireen pendek.

    Rafeeq ketawa kecil.

    “Oh lupa pulak. Dah ada dekat pusat karaoke, tentulah karaoke kan?” Soalnya lagi dengan senyum simpul.

     “You karaoke dengan siapa? Zubai?”

     Aireen geleng kepala. “My friends. We all celebrate Beatrice dengan Raj nak kahwin,”

     “Really? They are getting married? Such a good news!” Rafeeq seakan-akan teruja mendengar berita tersebut. “So, which one is your room? I nak juga jumpa dia orang dan ucap tahniah.”

     Aireen telan air liur. Nak kena beritahu mana satu bilik mereka ke? Menyibuk betullah si Doktor Rafeeq ni!

     “Err... you datang sini pulak, dengan siapa? Karaoke dengan kawan-kawan?” Cepat-cepat Aireen cuba untuk mengubah jalan cerita dialog mereka agar lari dari topik tadi.

     Rafeeq mengangguk. “Bilik I dekat hujung sana. Jom. Come and meet my friend?”

     Aireen segera menggeleng. Nak buat apa pulak berkenalan dengan kawan-kawan dia? Tak ingin. Entah-entah kawan-kawan dia semua jenis yang tak boleh diharap macam Amir!

     “Eh, Reen. You tak nak tanya khabar Lucky ke? Dah lama you tak datang jenguk dia.”

    Aireen terdiam sebentar. Teringat pula pada kucing betina yang diberi nama Lucky. Kucing Parsi berwarna kelabu dan bermata biru. Sungguh comel! Kucing yang dibeli oleh Rafeeq dan dihadiahkan kepadanya tahun lepas. Hasil dari paksaannya yang sudah berkenan melihat kecomelan kucing Parsi tersebut sewaktu keluar membeli-belah dengan Rafeeq. Bukan murah harganya, mencecah seribu lebih! Tetapi disebabkan Aireen dah beria-ia sangat, Rafeeq sanggup belikan.

    Tapi baru seminggu Aireen menjaga Lucky, dah terpaksa dihantar ke rumah Rafeeq. Itu semua gara-gara Zera yang alahan dengan bulu kucing. Terpaksa kucing betina tersebut berpindah rumah dan dijaga oleh Rafeeq. Dua tiga hari sekali, Aireen akan ke rumah Rafeeq dan bermain-main dengan Lucky.

    Bagaimana agaknya keadaan Lucky sekarang ni? Sejak-sejak dia dan Rafeeq ada masalah, memang langsung tidak dijenguk anak angkat dia dan Rafeeq itu. Lucky, nama yang dipilih oleh Aireen kerana menurutnya kucing tersebut sungguh bertuah dapat dibelai dan dimanja oleh lelaki seperti Rafeeq. Sepertimana dia, yang bertuah dapat berkenalan dan mengenali lelaki itu. Ah, tiba-tiba boleh teringat pula pada kenangan dia dan Rafeeq.

    “How is she?” Tanya Aireen bila Rafeeq dah kebetulan sebut nama kucing kesayangannya itu.

    “Dia sakit. Dah dua tiga hari tak lalu makan dan asyik muntah-muntah. Siang tadi I bawa dia pergi klinik. Kena tinggal dekat sana sementara waktu sampai betul-betul sihat. Doktor cakap kena jangkitan, tapi I rasa dia rindukan you. Just like me.”
Aireen terus gigit bibir. Lucky sakit? Kesiannya. memang dah lama dia tak pergi jenguk kucing tersebut. Rasa rindu pula nak dukung dan bermain-main dengannya. Mungkin benar kucing itu juga merinduinya. Tak pernah-pernah sakit sampai kena tahan dekat klinik. Teringin rasanya nak jenguk dan belai Lucky, tapi.....

    “Nanti kita sama-sama pergi klinik ambil Lucky dan bawa balik. I tahu dia mesti suka dan melompat-lompat bila nampak muka you.”

     “Err... Rafeeq, I ingat I nak masuk bilik I dulu. Nice to meet you here,” Aireen mula angkat kaki. Tidak mahu Rafeeq panjang-panjangkan cerita lagi. Biarlah Rafeeq sahaja yang menjaga Lucky. Dia yang beli. Dia yang dah keluar duit. Aireen sudah tidak mahu ada kena-mengena dengan apa saja benda yang berkaitan dengan Rafeeq.

     Aireen undur sedikit badannya dan ingin berlalu. Tapi baru dua tiga tapak dia melangkah, jejak kakinya ditahan oleh kelibat Rafeeq yang memintas. Berdiri betul-betul di hadapannya.

     “Apa salah I, Reen? Apa yang I dah buat sampai macam ni sekali you nak lari dari I?” Terus saja pertanyaan tersebut terpacul dari mulut doktor muda itu sebaik saja menahan langkah Aireen.

     “Pasal Amir, berapa kali I nak mintak maaf dengan you? I’m sorry! I’m really-really sorry!” Tambahnya lagi.

     “Dan berapa kali juga I nak cakap dekat you, I maafkan you. Pasal hal you dengan Amir, I dah tak nak ambil kisah!” balas Aireen.

     “You cakap you maafkan I, tapi kenapa you nak lari? Kenapa layanan you pada I berbeza sekarang? Tak sama seperti sebelum you tahu pasal I dan Amir? I missed you, Reen. I missed you so much. Tak boleh ke kita sambung balik hubungan ni macam biasa semula?”

     “Memaafkan dan meneruskan hubungan itu merupakan dua perkara yang berlainan, doktor Rafeeq.” Aireen menyampuk dan pandang tepat pada wajah doktor muda itu.

     “I cakap I maafkan you, tapi I tak cakap yang kita boleh berbaik semula macam dulu-dulu. What is past is past. Kita teruskan hidup masing-masing,” tambah Aireen.

    “Tapi I nak teruskan hidup dengan you. Sebab tu I melamar you. Tapi you tolak! Mentah-mentah you reject I macam tu aje. I really love you, Reen. Kita berkawan dah lama. Takkan disebabkan hal kecil, terus you nak lupakan semuanya. Dah berapa bulan you tak layan I, I rasa macam orang tak betul. I ajak you keluar, you tak nak. I telefon, you tak nak jawab. I tak tahu nak buat apa lagi. Sampaikan nak bagi bunga pun I tak sanggup nak letak kad dan tulis nama sebab I takut you akan buang bunga tu dalam tong sampah kalau tengok ada nama I!”

    Aireen terkedu. Bunga? Jambangan bunga mawar yang diterima hari tu, rupa-rupanya dari Rafeeq, bukan dari Rayyan?

     “Besar sangat ke dosa I pada you, Reen? I cuma rahsiakan yang I kenal dengan Amir, itu saja! Kami kawan lama, sama-sama satu sekolah rendah yang dah lama tak berhubung. I jumpa dengan dia semula bila masing-masing dah bekerja. Masa tu, I tak tahu pun yang dia akan buat you merana. Takkanlah disebabkan you marah dan benci pada Amir, you nak marahkan I sekali? Amir yang curang dengan you, bukan I!”

    “Tapi you adalah orang yang bertanggungjawab sambut kelahiran anak Amir!” Suara Aireen tiba-tiba naik setakuk. Pandang Rafeeq dengan pandangan yang tajam.

     “You antara saksi yang melihat betapa bahagianya Amir setelah dia seksa dan dera I! Lepas tu you mengurat I, you berkawan dengan I, buat-buat sedih bila I cerita semua masalah I, sedangkan semua tu you dah tahu. Mana I nak letak muka ni bila Amir cakap yang you cuma berkawan dengan I atas sebab simpati, sebab nak tolong tutup kesalahan yang dia dah pernah buat!”

     “I tackle you sebab I suka dekat you. Bukan sebab simpati!” Jerit Rafeeq. Kuat suaranya menjerit. Minta-mintalah orang-orang yang dekat dalam bilik karaoke ni semua tengah pasang lagu kuat-kuat. Biar tak dengar apa yang tengah mereka cakapkan sekarang ni.

     “Beratus-ratus kali I dah cakap, Siti Aireena. I suka dan cinta pada you. Bukan sebab simpati atau kasihan. I nak kahwin dengan you. Kenapa susah sangat you nak faham?!” Jerit Rafeeq lagi.

    Aireen mendiamkan diri. Rasa-rasanya kalau dia buka mulut dan bersuara, benda ni takkan habis. Jadi lebih baik dia diam dan tak layan, biarlah apa pun yang Rafeeq nak cakap.

     “I nak masuk bilik,” Aireen melangkah setapak. Namun tetap ditahan. “Feeq, I tak nak cakap pasal hal ni lagi. I dah penat asyik bertekak dengan you pasal benda yang sama. You bagi I space sikit, boleh tak? Space untuk I tenangkan kepala otak dari sebarang masalah. Penatlah kepala otak I ni nak fikir masalah aje sepanjang masa. Jadi, I mohon tolak ansur dari you. Please. bagi I ruang dan juga masa.”

     Rafeeq memandang wajah Aireen tanpa kelip. Aireen tayang wajah mohon simpati agar permintaannya dipenuhi. Lama lelaki berkaca mata tersebut menyapu wajah Aireen tanpa sebarang kata. Dari riak wajahnya, benar-benar mempamerkan kesungguhan pada setiap katanya sebentar tadi. Tapi Aireen perlu masa. Dia mohon ruang agar dapat ditenangkan hati, perasaan dan juga mindanya.

     “Ok.” terdengar sebaris ungkapan dari bibir tersebut.

     “Ok, I bagi you ruang dan masa. Just take how much space and time that you need. I tunggu.”

      Aireen turut pandang wajah lelaki itu. Wajah yang mempunyai iras-iras pelakon Ashraf Muslim. Apa lagi dengan berkaca mata. Memang saling tak tumpah.

     “Thank you,” pendek juga balasan yang datang dari Aireen.

     Rafeeq kemudian senyum lalu menginjak sedikit badannya ke tepi. Memberi ruang untuk Aireen kembali mengatur langkah.

     Aireen melangkah pergi. Ingin juga rasanya dia menoleh sedikit untuk melihat adakah doktor itu masih lagi berdiri di tempat yang sama. Teringin juga dia melihat adakah doktor itu masih lagi memerhatikannya. Tapi dia kuatkan hati agar tidak menoleh kebelakang. Sepertimana dia berjanji dan bersumpah takkan melihat kebelakang lagi dalam kehidupannya ini, sekuat itu jugalah dia berbisik agar tidak menoleh dan melihat lelaki yang berdiri di belakangnya ketika ini. Hinggalah dia membelok ke kanan dan langsung kelibat tersebut hilang dari pandangan. Baru saja bayang-bayang Rafeeq ditinggalkan, muncul pula susuk tubuh lain di pandangan mata. Berdiri sambil menyandarkan badan pada dinding. Hampir terperanjat Aireen melihat lelaki itu yang memandang tenang ke arahnya.

    “Ray! You buat apa dekat luar ni?!” Aireen menegur. Lelaki itu diam dan hanya senyum memandangnya. Dalam hati Aireen, diterpa tanda tanya. Dah berapa lama lelaki ni berdiri di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 12:00 PM | Show all posts
For sure Rayyan akan jeles! huhuhuuuu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.081719 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list