CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 11-11-2013 09:09 AM | Show all posts
Salam.

@UsuFie  Ala Usu...tak kisah pun speku banyak2. Speku-speku ni sebenarnya menjana idea tau.

@sarizu  Doakanlah yek. Iols takut-takut berani je ni... hantar manuskrip ke publisher....   

@ismaha    Thanks for reading. Sila masuk kat rumah tak seberapa ini. Motip berkenankan awek Vios jadi heroin?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2013 09:14 AM | Show all posts
Episode 3

Suasana di tanah perkuburan suram seperti biasa. Zack baru saja selesai membaca Surah Yassin. Doa turut dipohonkan kepada yang Maha Esa agar roh bapanya ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman.
         
Zack membersihkan serba sedikit pusara arwah bapanya. Iskandar Bin Hussin, itulah nama yang tertulis di atas batu nisan. Kehilangan bapa seawal usia tiga tahun, memori dengan Encik Iskandar hampir tiada. Rupa wajah bapanya juga hanya dapat dikenang melalui gambar-gambar lama. Jujur Zack merasakan, dia tidak berapa ralat dengan kehilangan itu. Dia terlalu kecil untuk memahami akan makna sebenar kehilangan. Pada awalnya, Zack memang sedih. Namun, kasih-sayang daripada keluarga dan saudara-mara terdekat telah mengubati perasaan itu.
         
Kasih-sayang dan didikan seorang bapa diperolehi dari Encik Alwi. Agak tegas namun tidaklah garang. Ayah tirinya itu tidak pernah membezakan kasih sayang antara Zack dan Amelia. Kedua-duanya dilayan sama rata. Anak tiri atau tidak, jika salah, mereka tetap dihukum. Zack juga, tidak pernah menganggap Encik Alwi sebagai ayah tiri. Lelaki itu disayangi seperti ayah sendiri. Tapi, itu tidak bermakna yang Zack melupakan terus arwah bapanya. Setiap kali pulang ke kampung, sekiranya berkesempatan, Zack akan menziarahi pusara Encik Iskandar.
         
Pusara keluarga Encik Alwi juga terletak terletak di kawasan yang sama. Zack kurang pasti, bagaimana kemalangan itu terjadi. Tapi, menurut mereka yang bercerita, kemalangan yang berlaku memang ngeri. Ketika itu, keluarga Encik Alwi dalam perjalanan dari Kluang ke Mersing. Jalan ke Mersing memang banyak selekohnya. Encik Alwi diceritakan cuba mengelak lori dari arah bertentangan. Akibatnya, kereta yang dipandu oleh Encik Alwi telah terbabas.
         
Aliza, anak sulung Encik Alwi berumur sepuluh tahun ketika kejadian itu berlaku. Aliza meninggal serta-merta di tempat kejadian. Puan Zaleha mengalami kecederaan yang teruk. Dia meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Encik Alwi turut mengalami kecederaan namun nyawanya masih panjang. Yang bernasib baik hanyalah Amelia. Tiada kecederaan serius berlaku kepadanya, hanya sedikit calar-balar di badan. Amelia dikatakan tertidur ketika itu.

Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 04:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:23 AM | Show all posts

check in dulu...

p/sss:  tengok..ada gak yg kenan kat awek vios...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 09:36 AM | Show all posts
Pada mulanya, Zack tidaklah terlalu berkira dengan Amelia. Sikap Amelia yang menjengkelkan itu juga belum mendatangkan apa-apa kesan padaZack. Pesan Puan Mariah supaya memberi ruang dan peluang kepada Amelia dipatuhi. Namun, tinggi manalah sangat tahap kesabaran seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun. Satu peristiwa menyebabkan Zack benar-benar hilang sabar.

Suatu hari, dengan niat ingin berkawan, Zack memberikan patung Ultraman kesayangannya kepada Amelia. Malangnya, niat baik Zack tidak bersambut. Sebaliknya, Amelia merentap patung itu dengan kasar lalu membalingnya ke dinding menyebabkan leher patung itu patah. Zack memang sayangkan patung itu kerana itulah alat mainan terakhir yang dihadiahkan oleh arwah Encik Iskandar kepadanya. Disebabkan tindakan Amelia yang di luar jangkaan itu, Zack turut naik hantu. Zack masih ingat lagi. Dek kerana terlalu geram, rambut Amelia ditarik sekuat hati. Mujur saja perkelahian mereka disedari. Mereka dileraikan oleh Encik Alwi. Mulai saat itu, perang dilancarkan. Mereka pantang bersemuka, pasti ada saja yang ingin digaduhkan, walaupun perkara sebesar kuman.

Apabila meningkat remaja, perang mereka bertukar menjadi perang dingin. Amat sukar sekali untuk Zack mahupun Amelia bertegur-sapa. Jika ada pun, yang penting-penting saja. Telah berkali-kali Encik Alwi dan Puan Mariah menasihati mereka supaya berbaik, namun semuanya tidak mendatangkan kesan hingga akhirnya, Encik Alwi dan Puan Mariah malas hendak membangkitkan lagi perkara itu. Asalkan kedua-duanya tidak bergaduh besar, sudah.

“Zack…”
         
Zack mengangkat muka ketika namanya dipanggil. Sham, Shafiq, Zali, Khairul dan beberapa lagi ahli keluarga telah bersedia untuk pulang. Di tanah perkuburan Kampung Melayu inilah, bersemadinya kebanyakan ahli keluarga mereka yang telah dijemput Ilahi. Kubur arwah Tok Ahmad dan Nek Maznah, datuk dan nenek mereka juga di sini. Kubur arwah Mak Long Rahmah mereka juga di sini. Bukan hanya hari raya, bila mana berkesempatan, mereka akan ke sini, membersihkan kawasan kubur serta menyedekahkan doa buat yang tersayang. Semoga roh-roh mereka yang telah pergi dicucuri Rahmat.
         
Mereka semua beransur pulang.
Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 04:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 09:42 AM | Show all posts
UsuFie posted on 11-11-2013 09:23 AM
check in dulu...

p/sss:  tengok..ada gak yg kenan kat awek vios...

Tulah pasal...

Padahal awek vios tu Cameo jah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 09:55 AM | Show all posts
Usai membersihkan diri, Zack melangkah ke dapur. Tekaknya terasa haus. Peti sejuk dibuka lalu Zack membongkok, mencapai sebotol air masak sejuk di bahagian bawah. Setelah itu, pintu peti sejuk ditutup.

“Hai Zack.”
         
Nasib baik Zack tidak terlepas botol air. Nasib baik juga dia tidak melatah. Jika tidak, hilang ke ‘macho’annya di hadapan gadis cantik itu. Zack menarik nafas panjang,menghilangkan kejutan. Entah bila pula si Farizah ada dalam rumah. Zack menjengah-jengah seketika ke pintu dapur. Mencari-cari sekiranya ada kelibat orang lain dalam rumah. Macam tak ada...
         
“Sorry…terkejut ke?” Soal Farizah. Zack tersenyum sumbing.

“Sikitlah.” Jawab Zack. Takkan nak jawab yang dia memang terkejut beruk pula.

“Izah buat apa kat sini?” Giliran Zack menembak soalan.

Farizah tersenyum manis sebelum menjawab. “Tunggu Zacklah.”   

Zack terkebil-kebil, keliru. "Tunggu Zack...kenapa?"

Farizah tertawa kecil. "Taklah. Izah tunggu Amy."

“Buat apa tunggu Amy?” Zack seperti mahu menyoal-siasat pula gayanya.

“Nak balik KL sekalilah. Masa balik sini,Izah tumpang Amy. Boring nak balik sorang-sorang.” Terang Farizah. Zack mengangguk.

Tunggu Zack pun boleh....

“Bila Zack balik KL?” Tanya Farizah pula.

“Esok…”  

Farizah senyum sambil mengangguk. Mereka terdiam seketika.

“Izah…nak air? Tapi, air masak ajelah. Air lain…hhmm..takde kot...” Pelawa Zack. Karang, kalau minum seorang diri, dikata tak pelawa pula.

“Tak apalah. Izah dah minum..” Balas Farizah, tersenyum lagi. Cair sekejap hati Zack dibuatnya.

“Izah…err…jom duduk.” Ajak Zack, tergagap sedikit. Mata Zack mengarah ke meja makan. Farizah menurut lalu mereka duduk sebelah-menyebelah.

Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2013 04:53 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2013 10:19 AM | Show all posts
“Dah lama ke, Izah kerja jadi stewardes ni?” Zack memulakan perbualan.

“Lama jugak. Sejak dari habis belajar dulu.”

“Mesti seronokkan…jadi stewardess. Free je nak pergi oversea…” Tutur Zack.

“Free? Awak ingat…saya goyang kaki aje ke dalam flight?” Balas Farizah.

“Tak adalah saya kata macam tu. Maksud saya, dapatlah awak peluang pergi oversea…tak payah bayar.” Terang Zack. Farizah tertawa kecil.

“Awal-awal tu, seronoklah. Dapat tengok negara orang…jalan sana-jalan sini. Tapi, lama-lama…dah boring. Balik-balik, tempat yang sama.” Jawab Farizah.

“Oh…” Zack terangguk-angguk dan kemudian, dia kehilangan modal untuk berbual. Tiba-tiba saja, otaknya ‘jam’. Terasa janggal duduk berduaan dengan gadis secantik Farizah. Apatah lagi, si Farizah itu pernah menjadi pujaan hati dalam diam waktu zaman persekolahan.

“Zack kerja apa ya?” Farizah memecah sunyi.

“Tak adalah best pun...macam kerja awak tu, boleh jalan sana sini.” Jawab Zack.

“Iyalah…kerja apa?”

“Err..designer. Graphic designer.”

“Ah..okay…” Farizah senyum.

Mereka berbual lagi. Zack terperasan yang Farizah seolah-olah bermain mata. Atau mungkin, dia yang perasan lebih, yang Farizah itu bermain mata dengannya?

Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2013 04:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:25 AM | Show all posts

mungkin watak cameo vios tu cam dak zara ni kot...

tu yg sekali pandang melekat kat minda..   



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2013 10:28 AM | Show all posts
“Babe. Sorrylah kau kena tunggu lama. Contact lens aku jat…eh…”

Perbualan mereka terhenti. Amelia muncul di pintu dapur. Wajahnya menunjukkan riak terkejut melihat Zack yang turut berada di situ, berbual berduan dengan Farizah. Matanya tajam merenung Zack menyebabkan Zack memalingkan mukanya ke arah lain.

“Okaylah Izah. Ada masa nanti, kita jumpa lagi.” Zack rasa, lebih baik dia meminta diri sebelum Amelia melancarkan perang teluk.

“Zack…”

Degupan jantung Zack tergendala seketika apabila Farizah memegang lengannya. Seperti terkena renjatan eletrik.

“Zack dah ada phone number Izah kan? Jangan lupa call Izah. I’ll wait…” Sekali lagi, Farizah tersenyum manis sebelum melepaskan lengan Zack. Zack pula, hanya mampu menganggukkan kepala.

“I really wish to see you again…Zack.”

“Aa… hhmmm…okay…” Zack terus bangun, tidak mahu menunggu lama. Pertama, dia perlu membetulkan detak jantung. Kedua, pandangan Amelia semacam sahaja.

“Bye..Zack.”

“Err..bye.”

Zack terus meninggalkan dapur, tidak menghiraukan langsung Amelia apabila lalu di tepi kakak tirinya itu.

Setelah kelibat Zack hilang, Amelia menghampiri Farizah dengan kening kiri terjongket sebelah.

“What?” Soal Farizah. Senyum manis masih kekal di bibirnya.

“What are you trying to do?” Suara Amelia kedengaran jengkel.

“Buat apa?”

“Macamlah aku tak nampak. Kau saja je kan…nak gedik-gedik dengan Zack kan?”

“Aku main-main ajelah. Kalau iya pun…apa salahnya? He is so sweet though. Tak kayu masa macam zaman sekolah dulu…”

“Kan ramai lagi orang lain. Kenapa dengan si Zack tu pulak… yang kau tiba-tiba berkenan?”

Farizah ketawa manja. “Kau jealous ek?”

Amelia memutarkan biji matanya.

“Then, kalau macam tu…tak salahkan?”   

“Izah…”

“Okay..okay. Aku tak kacau Zack lagi dah. Puas hati?”

“Good.” Balas Amy.

“Tapi, kalau Zack yang datang pada aku, aku tak boleh buat apa…”

Kali ini, Amelia tidak membalas apa-apa pada Farizah. Hanya menarik nafas dan menggelengkan kepala.
Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2013 04:57 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 10:31 AM | Show all posts
UsuFie posted on 11-11-2013 10:25 AM
mungkin watak cameo vios tu cam dak zara ni kot...

tu yg sekali pandang melekat kat minda..    ...

Awek Vios pakai tudung uolss....

Ini Farizah...





Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:36 AM | Show all posts
Amelia jeres rupanya
tp ttpmengharapkan awek kat vios putih tu sebg watak ke 3 dan seterusnya menjd heroin citer ni
x salah kan membuat andaian walau penulsi iaitu nicki kaat cuma cameo aje
mana taw leh diolah lg dan lg
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:37 AM | Show all posts

ahaks...awek vious pakai tudung ek...tak perasan plak..

waah....suke...suke...farizah yg ni...

berlakon pun dah semakin improve..



Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 10:49 AM | Show all posts
fatehana posted on 11-11-2013 10:36 AM
Amelia jeres rupanya
tp ttpmengharapkan awek kat vios putih tu sebg watak ke 3 dan seterusnya menjd ...



kaka ana...haruslah awek vios masuk jadi antara watak2 utama pasni..
permintaan tinggi....


nicki, amacam...??
kacang jer kot nicki nak modify plot..








Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 09:43 AM | Show all posts
UsuFie posted on 11-11-2013 10:49 AM
kaka ana...haruslah awek vios masuk jadi antara watak2 utama pasni..
permintaan tinggi....

...

khennn semua berharap yg awek vios putih tu heroin
nak wat camner dia kuar secara tetiba
dan as usual akan timbul pelbagai spekulasi gitu

alaaaa nicki boleh ler diolah semula
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 12:39 PM | Show all posts
Comei jh farizah tu
Tp mcm lg suka kalu zack ngan amy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 11:07 AM | Show all posts
@fatehana   @UsuFie    Amboih... . Nantilah cheq fikirkan...camna nak kaitkan awek vios dengan Zack



@sarizu   Sokong Amy ek? Ramai lagi ni awek nak muncul...

Meh le iols buat Undi...


Amy -  1 Vote
Awek Vios - 3 Vote
Farizah - 0 Vote
Aci Penjaga Kaunter kat R&R Pagoh - 0 Vote


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2013 11:10 AM | Show all posts
Episode 4

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi apabila Zack terbangun buat kali kedua. Setelah menunaikan solat subuh tadi, dia tertidur kembali. Bukan saja Zack, Sham, Shafiq, Zali dan Khairul juga sama sepertinya. Mereka tidur bergelimpangan di ruang tamu rumah Zack. Malam tadi, mereka menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Arsenal. Zack dan Sham, sebagai penyokong tegar Manchester United, meraikan kemenangan itu dengan bongkak dan berlagak. Shafiq pula, lebih suka diam daripada menegakkan benang yang basah setelah Arsenal kalah. Kutukan dari Zack dan Sham tidak mampu ditangkis seorang diri.

Zali dan Khairul, bukanlah peminat Manchester United mahupun Arsenal. Jadi mereka tidak kisah akan milik siapa kemenangan itu.Tapi, Zali sempat mengutuk Zack dan Sham dengan mengatakan, penyokong tegar Manchester United semuanya poyo…

“Woi..bangunlah. Dah pukul sepuluh.” Zack mengejutkan sepupu-sepupunya. Ada yang bergerak-gerak dan tertidur kembali. Ada yang langsung tak bergerak. Ada yang cuba membuka mata luas-luas tapi tak berjaya.

Lima minit kemudian, Zack bangkit dari pembaringan lalu menggeliat sedikit. Ngantuk macam mana sekalipun, dia tetap memaksa diri untuk bangun. Hari ini, hari terakhir dia bercuti. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini.

Zack masuk ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala. Dua orang adik kembarnya, Fakri dan Fazli juga masih tidur. Mentang-mentang cuti sekolah.  Tuala di penyidai dicapai lalu Zack melangkah malas menuju ke bilik air untuk mandi.

Usai mandi, Zack tercium bau yang enak dari dapur. Zack tersenyum sementelah perutnya juga sedang lapar. Sambil menggosok-gosok rambutnya yang basah dengan tuala, Zack menuju ke dapur.

“Masak apa mak?” Soal Zack.

“Spaghetti…” Puan Mariah menjawab pendek.

“Spaghetti? Bukan nasi lemak ke?”

“Tahu pun. Yang kamu tanya lagi, mak masak apa…kenapa?” Balas Puan Mariah.

“Aduyai…mak ni. Tanya pun tak boleh?”

“Boleh. Hah..tanyalah…tanya. Kamu nak mintak resepi nasi lemak ni pun, boleh…”

“Iyalah mak…” Zack mencekut sedikit ikan bilis goreng di atas piring, sebelah kuali lalu disuap ke mulut.

“Nak makan ke, Zakry?” Soal Puan Mariah.

“Tak mak. Ambik bau je…” Balas Zack. Puan Mariah tersenyum.

“Duduklah. Nak siap dah ni. Nanti mak ambik nasi…”  

Zack sengih dan tanpa banyak bicara lagi, Zack menuju ke meja makan.

Sham dan Zali telah turut berada di meja makan sambil minum kopi. Zack yakin, kedua-duanya masih belum menggosok gigi.

“Kamu nak balik KL, pukul berapa…Zakry?” Ketika menghidangkan makanan, Puan Mariah bertanya.

“Lepas zohor…” Jawab Zack. Puan Mariah mengangguk.

Sambil berbual-bual, mereka menikmati sarapan pagi yang lazat itu. Nasi Lemak berlaukkan ayam goreng ala kampung berserta dengan sambal tempe, cukup membuka selera.  Sempat Puan Mariah menasihati Zack dan yang lain-lainnya supaya menjaga diri di tempat orang, jangan lupa solat dan lain-lain lagi sebagai peringatan kepada mereka. Zack, Sham dan Zali mengangguk sahaja.

Apabila Puan Mariah mula menyentuh soal jodoh dan kahwin, Zack, Sham dan Zali pura-pura tidak mendengar lalu berbual sesama sendiri.  
Last edited by Nicki_Meow on 14-11-2013 02:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 11:35 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2013 11:07 AM
@fatehana   @UsuFie    Amboih... . Nantilah cheq fikirkan...camna nak kaitkan awek vios dengan Zac ...

hah nicki nampak x aweks vios gak yg mendapat tempat di hati
cepat olah banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 12:57 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-11-2013 09:09 AM
Salam.

@UsuFie  Ala Usu...tak kisah pun speku banyak2. Speku-speku ni sebenarnya menjana idea tau ...

sama-sama....
wahhh bnyk epi baru...meh nak hadap skali je ni.....

macam berkenan lak kat awek vios tuh......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 01:34 PM | Show all posts
Aduyaiii...garu kepala disebabkan awek vios....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.095240 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list