[size=0.9em]Jika Trio KRU membuktikan kehebatan mereka melalui karya hebat dan berbeza di Malaysia seperti Cicakman, Hikayat Merong Mahawangsa, Magika dan 29 Februari, penggiat filem di Indonesia pula berbangga dengan keluarga Ram Soraya melalui produksinya, Soraya Intercine Films. [size=0.9em]Karya terbaru mereka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berdasarkan novel hebat karya Hamka menjadi sebutan sejak ditayangkan kepada umum pada 19 Disember lalu.
[size=0.9em]Ia dikatakan ditonton 570,000 penonton untuk tempoh seminggu. [size=0.9em]Ia juga dikatakan filem paling mahal pernah dihasilkan produksi itu, tetapi enggan menyebutkan angkanya. [size=0.9em]Kos dikatakan tinggi untuk menghasilkan set sesuai dengan latar 1930-an, termasuk membina kapal Van der Wijck yang belayar dan tenggelam pada 1936 sehampir mungkin, begitu juga kereta dan busana sesuai dengan zamannya. [size=0.9em]Melalui trelernya, filem ini memang mengagumkan dan berharap ada pihak membawa filem itu untuk tayangan di sini walaupun sukar.
Dalam dilimpahi pujian, filem ini juga mengundang kontroversi apabila poster filem itu menggambarkan Hayati berpakaian seksi, jauh menyimpang dari gambaran novelnya sentiasa berbaju kurung dan berselendang, sesuai gadis Minang pada zaman itu. [size=0.9em]Kritikan lain, ia disamakan dengan filem Hollywood, Titanic yang berkisar kepada tragedi tenggelamnya kapal Titanic lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. [size=0.9em]
Pelakon utamanya, Pevita Pearce yang memegang watak Hayati dan Herjunot Ali (Zainuddin) menafikan persamaan itu.
[size=0.9em]
Kata mereka, filem ini jauh berbeza dengan Titanic kerana karya James Cameron itu lebih berkisar kepada pelayaran kapal mewah Titanic yang menjadi tempat pertemuan sepasang kekasih, tetapi cinta suci mereka tenggelam di dasar lautan bersama Titanic. [size=0.9em]Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck arahan Sunil Soraya menggambarkan emosi antara Zainuddin dan Hayati yang terhalang cinta kerana adat dan darjat.
Babak kapal hanya sedikit berbanding durasinya dua jam 45 minit.
Filem yang lakon layarnya ditulis oleh Imam Tantowi dan Dhony Dirgantoro ini berkisar kepada cinta suci Zainuddin dengan Hayati tidak direstui keluarga Hayati kerana adat Minangkabau tidak mengizinkan perkahwinan dengan orang luar. [size=0.9em]Bapa Zainuddin orang Minangkabau tetapi ibunya orang Bugis dari Makassar, sedangkan Hayati dari keturunan bangsawan Minangkabau.
Hayati dikahwinkan dengan Aziz yang setaraf dengannya.
Zainuddin kecewa lalu membawa diri ke Jawa, kemudian berpindah ke Surabaya dan menjadi penulis terkenal.
Hayati mengenali Zainuddin melalui novelnya, Teroeser (Terusir) karya Z yang dipercayai kekasihnya, Zainuddin. [size=0.9em]Hayati dan Aziz juga berpindah ke Surabaya, tetapi perkahwinan mereka tidak bahagia.
Aziz dipecat dan mereka menumpang di rumah Zainuddin. [size=0.9em]Aziz sedar cinta Zainuddin pada Hayati lalu membawa diri ke Banyuwangi dan meninggalkan surat mengatakan dia mengikhlaskan Hayati untuk Zainuddin, lalu membunuh diri.
Walaupun cinta Zainuddin pada Hayati masih kuat, dia sedar Hayati sudah berkahwin dan cuba memadamkan perasaan itu. [size=0.9em]Dia menghantar Hayati pulang ke kampungnya dengan kapal mewah Van Der Wijck, tetapi kapal itu tenggelam di pesisir pulau Jawa.
Zainuddin berusaha mencari Hayati dan menemuinya di hospital di Cerebon dan akhirnya meninggal.
Selepas kematian Hayati, Zainuddin sakit dan meninggal dunia.
Mereka dikebumikan berdampingan. [size=0.9em]Hamka atau nama sebenar, Haji Abdul Malik Karim Amrullah turut dikenali melalui karya cintanya seperti Di Bawah Lindungan Kaabah. [size=0.9em]Ia juga diadaptasi ke layar perak dan dipertaruhkan ke Anugerah Academy merebut Oscar bagi Filem Asing Terbaik pada 2012.
HARIAN METRO
|