|
Setahu saya, 6 rukun Iman itu termaktub dalam Al-Quran, juga disebut satu per satu dalam Hadith yang sahih. Cumanya dalam Al-Quran tidak disebut secara berturutan yang pertama hingga yang ke-6.
Berkaitan:
Yang ke-6 sila baca Qs: 4:79
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. (An-Nisa, 79)
Ayat di atas menjelaskan taqdir Allah tentang yang baik dan yang buruk. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu balasan Allah terhadap amalan buruk manusia.
Sedangkan yang keenam itu disanggah oleh QURAN . .. .
Kenalah fahaman apa artinya Ingkar Kepada Arahan Maha Alloh
Ehh mana ada rukun iman berkaitan taqdir (qada & qadar) disanggah oleh Al-Quran, bahkan cukup banyak ayat pasal taqdir Allah disebut dalam Al-Quran antaranya dalam terjemahan Inggeris (copy paste):
“Verily, We have created all things with Qadar (Divine Preordainments of all things before their creation, as written in the Book of Decrees Al-Lauh Al-Mahfûz).” [Qur'an 54/49]
“And there is not a thing, but with Us are the stores thereof. And We send it not down except in a known measure.” [Qur'an 15/21]
“No calamity befalls on the earth or in yourselves but is inscribed in the Book of Decrees (Al-Lauh Al-Mahfûz), before We bring it into existence. Verily, that is easy for Allâh.” [Qur'an 57/22]
“No calamity befalls, but with the Leave [i.e. decision and Qadar (Divine Preordainments)] of Allâh, and whosoever believes in Allâh, He guides his heart [to the true Faith with certainty, i.e. what has befallen him was already written for him by Allâh from the Qadar (Divine Preordainments)], and Allâh is the All-Knower of everything.” [Qur'an 64/11]
“And with Him are the keys of the Ghaib (all that is hidden), none knows them but He. And He knows whatever there is in (or on) the earth and in the sea; not a leaf falls, but he knows it. There is not a grain in the darkness of the earth, nor anything fresh or dry, but is written in a Clear Record.” [Qur'an 6/59]
Evidence also in: Quran 9/51, 7/43, 21/101, 18/39, 81/27-29
Sila rujuk ayat-ayat di atas berkaitan taqdir (rukun Iman ke-6)
Last edited by mnm77 on 6-11-2013 10:58 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 6-11-2013 10:44 AM 
Setahu saya, 6 rukun Iman itu termaktub dalam Al-Quran, juga disebut satu per satu dalam Hadith yang ...
Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh
Maha Nyata Maha Sayang Maha kasih
Ke Hadrat Maha Mu Ya Rohman
Pre-ordained adalah berdasarkan keimanan kepada Maha Alloh Maha Mengetahui,
diterapkan di dalam hati seseorang Islam ...
tetapi Maha Alloh membolehkan orang Islam mengubah nasibnya dengan
dengan memohon doa kepada-Nya.
Berpegang kepada takdir adalah berserah bulat-bulat, tanpa mengambilkira
fungsi doa. Segala maha kebaikan dari Alloh dan segala keburukan adalah
dari manusia.
Dengan takdir, manusia Islam akan mempersalahkan Maha Alloh jika berlaku
kemalangan, kematian dan kesakitan, berlepas diri dari tanggungjawab, pada hal
dialah penyebab kemalangan dan kematian. Sungguh mudah mempersalahkan Alloh
dan sudah ingkar ayah 4:79.
Kenalah faham Alloh hanya memberi kebaikan, segala bencana adalah kerana karenah
manusia itu sendiri, dengan perbuatan munafik dan syirik yang berpanjangan....
Sampai NorAddin sanggupi perli perkataan TERIMA KASIH ALLOH, mempersendakan Maha
Alloh. Katanya ingin kenal Maha Alloh, perrnahkan dia memberi salam kepada Maha Alloh?
Pernahkah berterima kasih kepada Alloh tentang jasad dan nyawa yang dipinjam? Pernahkan
meminta izin menggunakan jasad pinjaman Allah itu, bukankah itu mencuri namanya,
menggunakan jasad tetapi tidak pernah minta izin.
Saya hanya doakan kebaikan untuk NorAddin, Maha Alloh ampuni saudara NorAddin kerana
kelekaannya menggunakan jasad pinjaman-Mu dan kerana tidak pernah berterima kasih pada-Mu
Berkenaan takdir, hanya andai-andaian dari orang-orang dahulu. Alloh maha berkuasa
atas segalanya, dan anda ke akhirat hanya membawa jiwa, sama ada jiwa yang suci
atau jiwa leka. Tiada bekalan untuk ke akhirat, kerana semuanya sudah Alloh sediakan.
Tinggal jiwa siapakah yang suci untuk diterima Alloh. Dari Alloh kita datang kepada-Nya
kita kembali...
Ps,
Beriman hanya kepada Maha Alloh Yang Maha Esa, usah diperbanyakkan keimanan
sehinggakan salah nombor pun Nor Addin pertikai... fahamilah kebenaran dari Maha
Alloh bukan kefahaman dari nafsu sendiri ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah Ya tuhan Ya Allah Ya tuhan ..
Akhir yang tinggal ya tuhan ...
Quran itu untuk umat manusia bukan untuk orang Islam sahaja
sesuai dengan kata-kata Allah bermaksud "Daku jadikan
manusia itu semuli-mulia kejadian ..."
Perkataan RABB adalah ditujukan pada yang belum beriman atau
masih dalam keadaan jahiliah lagi, di waktu mereka masih menyembah
berhala dan wajar ketika itu rabb menuju kepada Allah.
Bila sudah kenal Allah, perkataan tuhan hendaklah ditinggalkan kerana
Allah Maha Esa, tuhan itu banyak dan ia buatan manusia. Anda melakukan syirik
bila menyebutnya
Hati-hatilah menggunakan rabb, tuhan, god dan sebagainya ....
Sebagai sambungan pos saya di atas, saya hanya akan menjawab atau
melayan mereka yang menggunakan akal fikiran dan bukan mereka-
mereka yang menggunakan hawa nafsu.
Dan untuk pengetahuan semua, tiada satu pun pos dari pos atau komen
saya yang mengandungi kata-kata cemuhan, makian atau yang seumpama,
kerana itu sesuatu yang dilarang Alloh.
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 6-11-2013 04:55 PM 
Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh
Maha Nyata Maha Sayang Maha kasih
Ke Hadrat Maha Mu Ya Rohman
...
Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh
Maha Nyata Maha Sayang Maha kasih
Ke Hadrat Maha Mu Ya Rohman
ok pe zikir niaku pun jadi lali............
dan aku ada seorang kawan
dia benar2 pening yg sangat2
kenapa?
dia mencari2 NAMA TUHAN YANG LAIN
yg tidak pernah disebut2 oleh manusia lagi............aku pun terikut2 gak
.
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 6-11-2013 04:55 PM 
Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh
Maha Nyata Maha Sayang Maha kasih
Ke Hadrat Maha Mu Ya Rohman
Salam...
Saya harap ini satu perbincangan terbuka, saya tak paksa saudara terima penjelasan saya, cuma saya ingin menjelaskan kefahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah berkaitan hal yang dibincangkan. Jika saudara tak setuju, terpulang... kita sekadar berbincang... ok 
Pre-ordained adalah berdasarkan keimanan kepada Maha Alloh Maha Mengetahui,
diterapkan di dalam hati seseorang Islam ...
tetapi Maha Alloh membolehkan orang Islam mengubah nasibnya dengan
dengan memohon doa kepada-Nya.
Setuju...
Berpegang kepada takdir adalah berserah bulat-bulat, tanpa mengambilkira
fungsi doa. Segala maha kebaikan dari Alloh dan segala keburukan adalah
dari manusia.
Dengan takdir, manusia Islam akan mempersalahkan Maha Alloh jika berlaku
kemalangan, kematian dan kesakitan, berlepas diri dari tanggungjawab, pada hal
dialah penyebab kemalangan dan kematian. Sungguh mudah mempersalahkan Alloh
dan sudah ingkar ayah 4:79.
Bukan kefahaman Ahli Sunnah dengan berpegang kepada taqdir sambil menolak fungsi doa. WAJIB beriman dengan ketentuan Allah (taqdir) merupakan salah satu rukun IMAN (yang ke-6 disebut dalam hadith, dalam Al-Quran disebut dalam banyak ayat yang berasingan).
Taqdir terbahagi kepada 2, ada taqdir yang tak berubah, ada taqdir yang boleh berubah. Maka fungsi doa masih diperlukan. Sekalipun dalam taqdir yang tidak berubah (seperti waktu maut), masih boleh berdoa dipermudahkan urusan maut. Tidak dianjurkan berdoa untuk ubah waktu kematian kerana Allah dah sebut jelas dalam Al-Quran, ajal tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun!
Jika saudara baca Al-Quran berkaitan ayat-ayat taqdir, saudara akan dapati urusan taqdir itu urusan Allah. Saya beri contoh mudah, kelahiran kita di dunia ini ditentukan oleh Allah, kita tak berkuasa langsung untuk tentukan di mana, bila, jantina kita.... inilah taqdir yang TETAP bagi kita....
Kemudian Allah kurniakan pancaindera untuk kita PILIH satu jalan dari 2 jalan yang ada, samada nak syukur atau kufur (Al-Insan, 3). Taqdir Allah kepada kita: beri 2 jalan. Kita yang buat pilihan, maka atas pilihan kita itu ada taqdir-taqdir Allah yang menanti sesuai dengan pilihan kita. Maka kita tak boleh persalahkan Allah dalam urusan taqdir. Beriman dengan taqdir bukan bermakna tidak dianjurkan berusaha dan menyalahkan Allah bila sesuatu itu berlaku, beriman kepada taqdir bermakna redha dengan ketentuan Allah ATAS SEGALA BAIK BURUK yang datang dari ALLAH, samada disebabkan oleh ketentuan TETAP dari Allah, ataupun hasil dari PILIHAN yang kita buat. Kalau kebaikan yang datang, itu dari Allah (maksud Al-Quran), kalau keburukan yang datang, itu atas usahan diri sendiri (maksud dari ayat Al-Quran), atas pilihan kita maka balasan buruk itu datang. Ini dah dijelaskan dalam Al-Quran.
Maka, beriman dengan ketentuan Allah menjadikan kita lebih HAMBA kepada Allah... setelah kita faham yang kita ada pilihan untuk pilihan jalan syukur atau jalan kufur. Hal-hal berkaitan penyebab kemalangan sehingga kematian itu sebagai perkara zahir sebab kita hidup di alam zahir dunia... kalau tak mati kemalangan, akan mati juga dengan cara lain apabila masa dah sampai...
Hadith menerangkan perihal taqdir memang ada, tetapi saya hanya cuba menjelaskan dari ayat Al-Quran apabila berbincang dengan saudara
Kenalah faham Alloh hanya memberi kebaikan, segala bencana adalah kerana karenah
manusia itu sendiri, dengan perbuatan munafik dan syirik yang berpanjangan....
Setuju... dan inilah yang dikatakan beriman dengan ketentuan Allah. Bencara dan musibah yang datang itu atas sebab keburukan yang dibuat oleh manusia. Allah taqdirkan balasan buruk bila manusia membuat keburukan. Maka, tidak boleh menyalahkan Allah... tidak timbul isu beriman kepada taqdir menjadi perkara yang salah pula!
Berkenaan takdir, hanya andai-andaian dari orang-orang dahulu.
Cukup banyak ayat Al-Quran menerangkan perihal taqdir, saudara kata taqdir itu andai-andaian orang dahulu?
Saudara kan beriman dengan Al-Quran, kenapa berkata begitu?
Adakah saudara menolak sebahagian ayat Al-Quran? Dan terima hanya sebahagian lain yang sesuai dengan kefahaman saudara?
Contoh ayat ini:
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan QADAR (taqdir yang telah ditentukan).
(Al-Qamar, 49)
Rukun Iman ke-6: Beriman dengan Qada & QADAR
Adakah saudara membantah ayat di atas, dan masih ingin berkata rukun Iman perihal taqdir itu andai-andaian orang dahulu?
Astaghfirullah Al-'Azeem...!!!
Alloh maha berkuasa
atas segalanya, dan anda ke akhirat hanya membawa jiwa, sama ada jiwa yang suci
atau jiwa leka. Tiada bekalan untuk ke akhirat, kerana semuanya sudah Alloh sediakan.
Tinggal jiwa siapakah yang suci untuk diterima Alloh. Dari Alloh kita datang kepada-Nya
kita kembali...
Alhamdulillah... kenyataan di atas sejajar dengan rukun Iman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.
p/s: saya bukan tak setuju semua, cuma yang bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri saya cuba jelaskan di sini. Yang sejajar tu, Alhamdulillah..
Last edited by mnm77 on 7-11-2013 11:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 6-11-2013 05:12 PM 
Hati-hatilah menggunakan rabb, tuhan, god dan sebagainya ....
Alhamdulillah... ya kita sebagai yang mengaku Islam perlu berhati-hati....
Boleh saudara berikan terjemahan ayat pertama dan kedua dari Surah Al-Fatihah?
Dan untuk pengetahuan semua, tiada satu pun pos dari pos atau komen
saya yang mengandungi kata-kata cemuhan, makian atau yang seumpama,
kerana itu sesuatu yang dilarang Alloh.
Alhamdulillah jika benar apa yang saudara tulis di atas itu, maka teruskanlah saudara membuat pos atau komen yang baik-baik.
Saudara buat kenyataan berkaitan taqdir itu andaian dari orang-orang dahulu, walhal dalam Al-Quran termaktub ayat-ayat yang menunjukkan taqdir Allah itu ditetapkan atas segala ciptaan Allah, maka tidakkah saudara menolak ayat Allah?
Dan menolak ayat Allah itu bukankah dilarang Allah?
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 22-10-2013 04:32 PM 
Nabi Adam dikeluarkan dari syurga kerana tidak berserah (Islam) dan berterima kasih
kepada Alloh setelah sombong mendapat pasangan, bukan cerita makan buah khuldi
(Cerita khayalan orang Islam) atau Tree of Kbowledge (Khayalan puak kristian).
Saya khuatir posting berkaitan taqdir tu semakin menyimpang off-topic..... sambil berbincang pasal taqdir, ni nak masuk topik balik...
Kenyataan saudara di atas merupakan kenyataan berdasarkan ILMU saudara. Harap saudara tak keberatan menjelaskan sumber dari mana saudara tahu:
1. Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga kerana tidak berserah (= tidak Islam?)
2. Dari mana saudara tahu Nabi Adam menjadi SOMBONG setelah dapat pasangan? Boleh buktikan?
3. Dari mana saudara tahu kisah khuldi itu cerita khayalan orang Islam? Boleh buktikan?
Berkaitan Tree of Knowledge merupakan khayalan puak Kristian, dari mana saudara dapat tahu?
Adalah mustahil Iblis dapat kembali ke syurga untuk melakukan kecurangan, sepertinya
menafikan pengurusan Allah dalam menjaga keselamatan syurga. Inilah pandangan orang
Islam yang menghina Alloh, menganggap Alloh gagal mentadbir syurgaNya.
Bila masa pula orang Islam menghina Allah pasal kisah Iblis hasut Adam di Syurga...? Kisah itu disebut dalam Al-Quran sendiri. Saya khuatir kamu yang sedang menghina orang Islam tanpa kamu sedari sebab tak faham kandungan Al-Quran....
Kamu baca Surah Al-A'raf dari ayat 11 sehingga ayat 22, kamu akan faham setelah Iblis dilaknat keluar dari Syurga, ia masih boleh menghasut Adam AS yang ketika itu berada di dalam Syurga. Ini dari AL-QURAN sendiri!
Timbul pertanyaan, kenapa Iblis/Syaitan masih boleh menghasut Adam sedangkan telah terlaknat secara hina keluar dari Syurga? (penjelasannya ada, tetapi saya tidak mahu letakkan di sini supaya saudara berfikir dulu sebelum membuat tuduhan khayalan)
Bacakan dari Surah Al-A'raf (ini bukan khayalan):
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu [Adam], lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. (11)
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud [kepada Adam] di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (12)
Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". (13)
Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". (14)
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (15)
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan [menghalang-halangi] mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16)
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. (17)
Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya". (18)
[Dan Allah berfirman]: "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua [buah-buahan] di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim". (19)
Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal [dalam syurga]". (20)
Dan dia [syaitan] bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua", (21)
Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (22)
****
Baca betul-betul... adakah kisah di atas khayalan? Atau dari Al-Quran?
Last edited by mnm77 on 7-11-2013 01:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-10-2013 11:26 AM 
Setahu saya, bukan Kristian yang wujud sebelum Islam... Islam sudah wujud sebelum wujudnya agama K ...
true tue.true.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 7-11-2013 12:48 PM 
Saya khuatir posting berkaitan taqdir tu semakin menyimpang off-topic..... sambil berbincang pasal ...
Maha Salam,
Terima kasih Alloh dan terima kasih bpk moderator @mnm77 kerana memahamkan …
Kedudukan Qada dan Qadar atau takdir dari Maha Alloh itusudah menjadi suatu kefahaman yang pudar kepada umat Islam, sehinggakan ada insan yang akan mengeluh dan menyalahkan Maha Alloh bila terjadi kematian atau kemalangan. “Kemalangan dan kematian keluarga ku ini adalah semua kehendak Allah …”. Siapakah yang bertanggungjawab memberi kefahaman yang sebegini, padahal sudah bertentangan dengan kefahaman dari Maha Alloh.
Kemudian akan diselangi lagi dengan cerita karut marut olahan para pemberita dengan pertanyaan, “ Ada apa-apa keganjilan ke kepada arwah sebelum kemalangan ini….?”
Memang benarlah kata Maha Alloh, neraka akan dipenuhi oleh para ulama.
--
Tentang kedudukan Nabi Adam yang menjadi leka atau sombong setelah mendapat Hawa dan mereka dicampakkan ke dunia, biarlah saya pulangkan kepada Sifat 20 Maha Alloh, iaitu Maha Alloh Maha Berkuasa dan Maha Berkata-kata. Dan Alloh itu tidak hanya berkata-kata pada zaman nabi Muhammad sahaja. Maha Alloh itu Maha Nyata dan Maha Wujud serta Maha Kekal.
Wallahu a’lam, Maha Alloh Maha Mengetahui itu adalah sifat keimanan orang Islam, dan jika anda benar-benar percaya pada Maha Alloh,sebaiknya anda akan berkata, “Maha Alloh memberitahu atau Maha Alloh akan memberitahu”, tanda sangat percaya kepada Maha Alloh, tidak hanya memulangkan kepada Maha Alloh dengan “wallau a’lam”.
Dengan ini juga saya akhiri kehadiran saya di forum agama cari.com ini kerana Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh dapat juga saya memberikan sedikit pandangan, walau dengan cara yang amat meruntunkan pemikiran pembaca.
Saya PM-kan satu pernyataan pada monderator @mnm77, terpulanglahpadanya untuk mempamerkan di mana-mana atau pun tidak.
Dengan ini saya mengundurkan diri, dengan doa, “Maha pasti MahaAlloh maha melindungi mereka yang benar-benar maha mengimani Maha Alloh, Terimakasih Alloh.
Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh.
(Insan yang mulia adalah yang menggunakan akal fikirannya)
Last edited by dinsmann on 9-11-2013 12:08 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 9-11-2013 12:03 AM 
Maha Salam,
Terima kasih Alloh dan terima kasih bpk moderator @mnm77 kerana memahamkan …
Salam...
Kefahaman yang benar dari Allah, saya cuma menerangkan....
Kedudukan Qada dan Qadar atau takdir dari Maha Alloh itusudah menjadi suatu kefahaman yang pudar kepada umat Islam, sehinggakan ada insan yang akan mengeluh dan menyalahkan Maha Alloh bila terjadi kematian atau kemalangan. “Kemalangan dan kematian keluarga ku ini adalah semua kehendak Allah …”. Siapakah yang bertanggungjawab memberi kefahaman yang sebegini, padahal sudah bertentangan dengan kefahaman dari Maha Alloh.
Allah yang beri kefahaman, kita hanya mampu menjelaskan ikut kebenaran yang sampai kepada kita
Kemudian akan diselangi lagi dengan cerita karut marut olahan para pemberita dengan pertanyaan, “ Ada apa-apa keganjilan ke kepada arwah sebelum kemalangan ini….?”
Akhbar-akhbar suka melaporkan macam tu, sebab ramai orang suka kaitkan yang ganjil2 dengan kematian....
Memang benarlah kata Maha Alloh, neraka akan dipenuhi oleh para ulama.
Saudara membuat kenyataan ATAS NAMA ALLAH.... boleh tunjukkan di mana Allah berkata sedemikian?
Tentang kedudukan Nabi Adam yang menjadi leka atau sombong setelah mendapat Hawa dan mereka dicampakkan ke dunia, biarlah saya pulangkan kepada Sifat 20 Maha Alloh, iaitu Maha Alloh Maha Berkuasa dan Maha Berkata-kata. Dan Alloh itu tidak hanya berkata-kata pada zaman nabi Muhammad sahaja. Maha Alloh itu Maha Nyata dan Maha Wujud serta Maha Kekal.
Maka, bagaimana dari sifat 20 Allah, saudara tahu Nabi Adam menjadi sombong setelah mendapat Hawa? Dalam Al-Quran dijelaskan Adam dan pasangannya (Hawa) ditipu Syaitan sehingga terpedaya lalu makan buah pada pohon yang terlarang. Jadi, dari mana saudara tahu Adam telah sombong tu? Saya sangat musykil.
Wallahu a’lam, Maha Alloh Maha Mengetahui itu adalah sifat keimanan orang Islam, dan jika anda benar-benar percaya pada Maha Alloh,sebaiknya anda akan berkata, “Maha Alloh memberitahu atau Maha Alloh akan memberitahu”, tanda sangat percaya kepada Maha Alloh, tidak hanya memulangkan kepada Maha Alloh dengan “wallau a’lam”.
Benar, Allah Maha Memberitahu... dan Kalam Allah (Al-Quran) itu adalah salah satu dari cara Allah Beritahu...
Bukankah saudara yang kata Adam sombong? Dalam Al-Quran, disebut Adam DITIPU syaitan, kemudian Adam cepat2 bertaubat setelah sedar tertipu. Sebagai balasan, Adam dikeluarkan dari Syurga, kemudian Allah terima taubat Adam. Tidak langsung disebut perihal sombong pun.
Jika Allah memberitahu saudara perihal Adam sombong, apa buktinya? Adakah Allah berkata-kata terus dengan saudara? Saya musykil.
Dengan ini juga saya akhiri kehadiran saya di forum agama cari.com ini kerana Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh dapat juga saya memberikan sedikit pandangan, walau dengan cara yang amat meruntunkan pemikiran pembaca.
Saudara....Jadilah orang yang bertanggungjawap! Saya balas posting saudara bukannya dengan mencemuh dan menghina saudara... saya hanya minta penjelasan dari kenyataan saudara sendiri.... yang kata (antaranya):
-Nabi Adam sombong (Na'uzubillah)
-Umat Islam hina Allah (Na'izubillah)
-Khuldi itu khayalan orang Islam (Na'uzubillah)
Saya tak minta saudara tinggalkan forum ni pun, saya cuma perlukan penjelasan dari kenyataan saudara.
Saya PM-kan satu pernyataan pada monderator @mnm77, terpulanglahpadanya untuk mempamerkan di mana-mana atau pun tidak.
Terima kasih atas PM saudara, saya dah baca, dan tiada pertanyaan pun...
Dengan ini saya mengundurkan diri, dengan doa, “Maha pasti MahaAlloh maha melindungi mereka yang benar-benar maha mengimani Maha Alloh, Terimakasih Alloh.
Maha Terima Maha Kasih Maha Alloh.
(Insan yang mulia adalah yang menggunakan akal fikirannya)
Saya tidak memaksa saudara untuk berforum atau untuk meninggalkan forum. Harap baik-baik saja.... kalau saudara baca posting saya, harap saudara tidak berkecil hati atas pertanyaan saya...
Saudara dialu-alukan untuk terus berforum, walaupun mungkin ada perbezaan pendapat, ada juga kebaikan dari saudara yang dikongsi...
|
|
|
|
|
|
|
|
beberapa hal baru terbuka ... sungguh sayang, manusia tersesat dalam kebingungan  |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-10-2013 11:26 AM
Setahu saya, bukan Kristian yang wujud sebelum Islam... Islam sudah wujud sebelum wujudnya agama K ...
salaam 
benar ... tidak pernah, se-patah-pun, Isa anak Maryam, pernah mengatakan "kristen" ! tidak pada siapapun, tidak pada apapun!
jika manusia berakal, ini adalah sebuah kata Greek yg digunakan belakangan, bahkan Lucas dalam "Act" bersaksi bahwa kata "kristen" BARU muncul di Antakiya, jauh setelah penyaliban. dan, bagaimana mungkin seorang rabi Israil memanggil murid2 nya dengan bahasa pagan? ? ?
ini saja sudah cukup jika manusia mau berfikir. |
|
|
|
|
|
|
|
dinsmann posted on 9-11-2013 12:03 AM 
Maha Salam,
Terima kasih Alloh dan terima kasih bpk moderator @mnm77 kerana memahamkan …
Salam che dins...
Kalo insan tu dia x pandang manusia lainnya kata itu ini kot
Katakanlah, "Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Yg Menguasai manusia, Tuhan manusia"
- wajah ke Wajah, diri ke Diri, mengingati Dia sentiasa, berdiri, duduk mahupn baring
Insan tu lbh teliti dgn kata²nya - diri sendiri mengingatkan dirinya mengingati Dia Al-Haq
Tp, yg buta nikmat kn biasa le, alpa, lalai, leka...istighfar adja secepat x lengah.
- bezanya Adam a.s. dgn Iblis yg dilaknati
Kpd KalamNya yg Maha Benar kita kembalikan dan bkn le kalam perantara siapa² selain rasulNya s.a.w.
- pembawa risalah Al-Kitab, Al-Furqan, At-Tanzil, Az-Zikr, Al-Huda - Al-Quran
Dh kebiasaan akhir ni ad-Din x lg ditakrif dan Islam tinggal nama belaka (bkn lg kata kerja)
begitu juga Kristian yg asalnya agama Christ/Al-Masih ibn Maryam a.s. yg diikut tu disembah
sblmnya tu Yahudi yg menolak Isa a.s. ditarik Al-Masih Ad-Dajjal
- bkn kata berserah je, menyerahkan ibadat² beserta amal dgn tunduk patuh - semua pn pinjaman adja
Ofkos, kepatuhan-ketundukan-berserah tu berdasarkan perintah-larangan yg ditetapkan Allah dan resam rasulllah s.a.w.
- persoalan utama tu mestila...apa/siapa yg dirujuknya?
p/s: Jgn lari dulu ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahhirahmannirahim,
Saya nak bagitahu, antara Kristian dan Yahudi dua2 boleh di buat kawan dan dijadikan sebagai ISTERI (bukan suami). Tertulis didalam Al-Quran surah al-maidah ayat berapa tak ingat, tapi maksud dia lebih kurang begini. Islam boleh berkawan/berkahwin dengan Kristian / yahudi, tetapi yang mana MEREKA tidak berkahwin/berkawan sesama sendiri. INI KERANA, Yahudi adalah penyalib Yesus (bagi mereka). |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-10-2013 11:26 AM 
Setahu saya, bukan Kristian yang wujud sebelum Islam... Islam sudah wujud sebelum wujudnya agama K ...
Ini bukan apa yang saya fahami... dari nabi Adam sampai nabi Isa ada beberapa agama... 3 kitab yg beragama adalah Islam, Yahudi dan Kristian... Yang selain itu adalah agama tauhid... mengesakan Allah... kaum2 dari ajaran nabi2 tersebut adalah golongan abid... Yahudi dan Kristian adalah ahlul kitab yang kitab2 nya telah diubah suai, atau kata lain, diseleweng.... dan agama Islam adalah agama yang diredhai... Perbezaan antara umat Islam dengan umat agama2 lain adalah Dai'e.... dengan syariat Muhammadurasulullah... Rasulullah bersabda "sampaikan lah daripadaku walaupun satu ayat, kepada mereka yang tidak hadir."
Wallahua'lam~
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya agama yang paling awal adalah agama Islam, dibawa oleh Nabi Adam as sehingga akhirnya disampaikan kepada Nabi Muhammad saw. Bermula dari Nabi Adam as, manusia telah diperintahkan Allah untuk melakukan solat, puasa, korban dan lain-lain amalan hidup Islam demi kerana Allah. Malangnya generasi baru mereka yang tidak mengenali Nabi mereka, mereka menyembah selain dari Allah kerana adanya hasutan Iblis dan bala tenteranya. Itu juga berlaku kepada orang-orang Israel yang diberikan kitab taurat, zabur dan injil. Oleh itu masih ada segelintir kecil pengikut kitab itu yang melakukan amalan seperti nenek moyang mereka pada zaman yang amat lampau dahulu. Jika mereka masih mengakui bahawa HANYA Allah adalah tuhan mereka, maka mereka adalah benar tetapi jika mereka mengatakan adanya Tuhan lain selain Allah maka itu memisahkan mereka dari hamba-hamba Allah yang beriman. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, maka kepada Dialah kita bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
shahizul posted on 10-12-2013 12:27 PM 
Ini bukan apa yang saya fahami... dari nabi Adam sampai nabi Isa ada beberapa agama... 3 kitab yg beragama adalah Islam, Yahudi dan Kristian... Yang selain itu adalah agama tauhid... mengesakan Allah... kaum2 dari ajaran nabi2 tersebut adalah golongan abid... Yahudi dan Kristian adalah ahlul kitab yang kitab2 nya telah diubah suai, atau kata lain, diseleweng.... dan agama Islam adalah agama yang diredhai...
Salam...
Tak mengapa, kita boleh bincang dan bentang dalil dari Al-Quran dan Sunnah... saudara mesti setuju kan?
Perbezaan antara umat Islam dengan umat agama2 lain adalah Dai'e.... dengan syariat Muhammadurasulullah... Rasulullah bersabda "sampaikan lah daripadaku walaupun satu ayat, kepada mereka yang tidak hadir."
Saya suka dengan cara saudara secara berhemah jika tak setuju sesuatu.... Alhamdulillah....
Cara penulisan tuan, saya rasa saya dapat baca mesej tuan.... mungkin tuan bertemu dengan usaha Dakwah.... usaha yang sangat bagus. Itu kerja yang paling tinggi, kerja keNabian....teruskan istiqamah. Dalam dakwah, perlu istiqamah (doakan saya pun istiqamah). Dalam disiplin ilmu, kita kena menuntut...
Nanti saya sertakan dalil untuk perbincangan dengan tuan...Insya-Allah
Last edited by mnm77 on 11-12-2013 05:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
it's better to be more friendly than a stalker because stalker will become a fighter 
Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
shahizul posted on 10-12-2013 12:27 PM 
Ini bukan apa yang saya fahami...
Salam kembali...
Sesungguhnya kefahaman yang benar itu dari Allah.... kita semua berusaha untuk mencari kefahaman yang benar....
dari nabi Adam sampai nabi Isa ada beberapa agama... 3 kitab yg beragama adalah Islam, Yahudi dan Kristian... Yang selain itu adalah agama tauhid... mengesakan Allah...
Sekarang saya cuba sampaikan dalil-dalil dari Al-Quran:
Semua Nabi-nabi dan Rasul membawa ajaran YANG SATU, iaitu Islam. Hanya syari'at saja berbeza ikut zaman. Dalilnya cukup banyak dalam Al-Quran, antaranya:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ
Sesungguhnya AD-DEEN (AGAMA) di sisi Allah, hanyalah Islam (Aali-'Imran, 19)
وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Aali-'Imran, 85)
فَلَمَّآ أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنۡہُمُ ٱلۡكُفۡرَ قَالَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَٱشۡهَدۡ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ
Maka tatkala ’Isa mengetahui keengkaran mereka (Bani Israil) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para Hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. (Aali-'Imran, 52)
قَولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ
Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka dan kami semua adalah orang-orang Islam (Al-Baqarah, 136)
وَوَصَّىٰ بِہَآ إِبۡرَٲهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu sebagai orang Islam. (Al-Baqarah, 132)
مَا كَانَ إِبۡرَٲهِيمُ يَہُودِيًّ۬ا وَلَا نَصۡرَانِيًّ۬ا وَلَـٰكِن كَانَ حَنِيفً۬ا مُّسۡلِمً۬ا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ
Bukanlah Ibrahim seorang Yahudi dan tidak juga seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang Haneef (yang lurus) Muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik (Aali-'Imran, 67)
Haneefan = seorang Haneef, seorang yang lurus
Musliman = seorang Muslim, seorang yang Islam
أَمۡ كُنتُمۡ شُہَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِى قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ ءَابَآٮِٕكَ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدً۬ا وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ
Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir wafat, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepada-Nya kami berserah sebagai Muslim. (Al-Baqarah, 133)
وَقَالَ مُوسَىٰ يَـٰقَوۡمِ إِن كُنتُمۡ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ فَعَلَيۡهِ تَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّسۡلِمِينَ
Berkata Nabi Musa: "Wahai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkal lah kamu kepada-Nya, jika kamu benar-benar Muslimin"
(Yunus, 84)
**Muslimin = orang-orang Islam = orang-orang yang berserah diri kepada Allah
Rumah Ibadat yang pertama atas muka bumi ini ialah Baitullah atau Ka'bah, yang terletak di Bakkah, yang tempatnya kini dalam Masjidil Haram di Makkah. Rujuk surah Aali-'Imran ayat 96.
kaum2 dari ajaran nabi2 tersebut adalah golongan abid... Yahudi dan Kristian adalah ahlul kitab yang kitab2 nya telah diubah suai, atau kata lain, diseleweng.... dan agama Islam adalah agama yang diredhai...
Secara umumnya benar. Namun perlu diketahui, ada juga dari kalangan kaum terdahulu yang menjadi 'penolong' kepada Agama Allah, yakni jadi DA'I. Contohnya golongan Hawariyyun semasa zaman Nabi Isa AS. Mereka ini orang Islam yang ikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa, dan menjadi pembantu kepada Nabi Isa AS menyebarkan seruan Islam ketika itu.
Perbezaan antara umat Islam dengan umat agama2 lain adalah Dai'e.... dengan syariat Muhammadurasulullah... Rasulullah bersabda "sampaikan lah daripadaku walaupun satu ayat, kepada mereka yang tidak hadir."
Benar, umat Nabi Muhammad diberi tanggungjawab menyampaikan.... ini sebahagian dari tugas kerasulan yang mesti dipikul. Umat terhadulu dipertanggungjawabkan untuk ikut seruan rasul terdahulu... walaupun ada sebilangan kecil yang juga menjadi Da'i.
Semua Nabi dan rasul membawa risalah yang sama iaitu metauhidkan Allah, membawa ajaran Islam, cuma syari'at saja berbeza sesuai dengan zaman.
لِكُلٍّ۬ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةً۬ وَمِنۡهَاجً۬ا‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ‌ۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ
Untuk tiap-tiap umat di antara kamu Kami berikan syariat (aturan) dan minhaj (jalan yang terang). Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu (Al-Maidah, 48)
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 11-12-2013 05:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|