CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Nourish: Amy Search Sedih Nabila Tak Beraya Dengannya

[Copy link]
 Author| Post time 10-9-2013 01:58 PM | Show all posts
Nabila Huda Belum Sedia Beri Komen



Ahad lalu, pelakon Nabila Huda dan anaknya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak  selepas kereta yang dipandu oleh pelakon Syazwan Zulkifli berpusing dan akhirnya terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menghadiri sebuah acara hiburan di Kuantan, Pahang.

Akibat  daripada kemalangan itu, anaknya Keisha patah tangan dan dimasukkan ke hospital.  Ekoran daripada kejadian itu, bekas suami Keisha , Zaidi Zailani meluahkan perasaan kesal dan marah terhadap insiden yang berlaku di akaun Twitter miliknya.

Zaidi seolah-olah menyalahkan Nabila kerana membawa Keisha bersama-sama. Bagaimanapun, dalam laporan sebuah portal hiburan hari ini, Zaidi memberitahu dia sebenarnya melepaskan geram terhadap situasi yang berlaku kerana terlalu bimbangkan keadaan Keisha.

Dek kerana kemalangan itu juga, isteri Amy Search dan ibu tiri Nabila, Nourish, tampil membuat kenyataan bahawa suaminya terasa hati dengan Nabila kerana tidak pulang menjenguknya pada Hari Raya tahun ini.

Jelas Nourish, Amy menyifatkan kemalangan tersebut sebagai satu petunjuk kecil daripada Allah. Ini kerana Amy ada berdoa supaya Allah tunjukkan sedikit pengajaran kepada Nabila kerana melihat anaknya itu seakan-akan melupakannya.

GUA cuba menghubungi Nabila untuk mendapat maklum balas terhadap kenyataan demi kenyataan daripada orang di sekelilingnya ini, namun melalui kiriman khidmat pesanan ringkas , Nabila memberitahu dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen.


sumber= gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 01:59 PM | Show all posts
shida81 posted on 10-9-2013 01:50 PM
ak rase amy tu x sampai ati nk tegur ank dia.. kan amy tu lembut ati.. so si nourish la jd "bad co ...

btol jgk pe yg kau cakap..n aku ase mcm nabila kurang kasih sayang ibu bapa je..klu x, x kn dia jd mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:05 PM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 10-9-2013 01:33 PM
Tu la pasal. Aku dengar dulu2 masa si abil ni kecik, mana ada si Amy ni peduli sangat kat dia pun. ...

apa sahaja dosa bapanya....bukan hak anak untuk pertikaikan apatah lagi untuk menderhaka terhadap bapanya....melainkan bapanya menjadikanya pelacur...layaklah si anak itu membenci dan menderhaka terhadap bapanya....nabila kena igt....perjalanan hidup dia yang kurang kasih sayang itu jika terus menerus hanyut tanpa mempedulikan nasihat bapanya yang udah pun berubah....makanya tidak menjadi kehairanan anak nabila tatkala dewasa kelak bakalan mengulangi sikap serta tindak tanduk ibunya JIKA nabila tidak menghentikan putaran syaitan yang berlaku dalam hidupnya...tiada guna satu sen pun dia memberontak sedemikian rupa hanya karena dia datang dari keluarga yang tidak sempurna...dia kan orang dewasa...mampu berfikir...ada akal waras....kenapa dia ulangi perbuatan bapanya? sedangkan dia mendambakan kehidupan normal semacam orang lain?....

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:06 PM | Show all posts
tak payah la keluarkan bau sekam
malu kat orang
hanya akan menampakkan kelemahan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:07 PM | Show all posts
memang wajar isteri amy keluarkan statement dalam masa ini...ia adalah suatu tindakan yang tepat....hatta ibu tiri....dia masih ada hak terhadap anak tirinya....itu udah tanggungjawab ibubapa untuk menegur anak walaupun bukan ibubapa kandung sekalipun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2013 02:09 PM | Show all posts
saya harap nasib nabila huda ini tidka menjadi semacam nasib zaiton sameon....angkuh sgt....ada balasan yang menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:11 PM | Show all posts
bahaya jgk tulang blkg cedera tue... cukup ke rehat 3 hari je?

mak tiri over pulak guna media. hal2 keluarga nie bincang sesama sendri suda.

tgklaa abil nie upbringing mcm mn, environment dia membesar camne. xpelik bila dia sedikit berkecil hati / berperangai memberontak. maybe tue cara dia nak grab attention dr family. eksiden nie pon family sume slhkan dia, at least support la sket.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 02:15 PM | Show all posts
dulu kalau tak silap aku pernah baca dalam majalah hiburan. nabila kata dia cemburukan family man kidal sebab dorang bahagia 1 family. dia pon teringin nak macam tu. tapi sayang, bila ayah dia dh berubah dia pulak dok buat perangai
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:15 PM | Show all posts
linb posted on 10-9-2013 01:20 PM
Seteruk2 mana pun parets tu tegur, its for your own good. Harap kedua2 pihak dpt berbaik lepas ni. M ...

Mak tiri patut just kata "no comment". susah bebeno agaknya nak dok diam compared to bagitau everybody pasal semua benda famili dey-olls..

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:18 PM | Show all posts
moga family diaorg kembali happy
amin..demi keisya tu please la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:29 PM | Show all posts
abil ni degil...hrp dh jd cmni berubahla
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:34 PM | Show all posts
iskk nourish ni..hal dalam kain kot..takyah la cerita kat orang kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:46 PM | Show all posts
sian nabila............suka nabila nie...independent.......semoga dia dapat yang terbaik dalam hidup dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:49 PM | Show all posts
bagi aku, si mak tiri xyah bagi komen kt media
memburukkan lagi keadaan
elok2 si anak nk lembut hati, boleh jadik panas balik
isu keluarge setel la sesame keluarge
jgn nk ditelanjangkan semua
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:51 PM | Show all posts
mak kandung nabila ni ada lg x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 02:53 PM | Show all posts
doa ayah tak sama dengan doa ibu.
ibunya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:55 PM | Show all posts
Nabila sayang anak dia. Amy pun sayang anak dia. Benda ni kan macam roda, nanti Nabila pulak rasa anak dia terpaksa memilih nak raya dengan mummy ke daddy...so kalau diorang sedar, dr sekarang ni la dorang kena betulkan balik apa yang tak betul...

selagi mak bapak masih ada ni...berdoalah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:56 PM | Show all posts
pinkzara posted on 10-9-2013 02:53 PM
doa ayah tak sama dengan doa ibu.
ibunya mana?

Akak dengar mak Abil ni dah kawen omputeh. Ya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:56 PM | Show all posts
nazurah posted on 10-9-2013 02:55 PM
Nabila sayang anak dia. Amy pun sayang anak dia. Benda ni kan macam roda, nanti Nabila pulak rasa an ...

well said!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062012 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list