CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DTECCONAN

[Jenayah] Altantuya UPDATE: Azilah tinggalkan Penjara Kajang, Sirul dibebaskan dari Pen...

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2013 11:17 AM | Show all posts
Kronologi kes pembunuhan Altantuyahttp://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/11/16/TERKINI/Mutakhir/Kronologi_kes_pembunuhan_Altantuya&sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR:  Polis mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menyiasat kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sehingga memperoleh bukti bagi menghadapkan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan seorang penganalisis politik terkenal ke mahkamah.

Kes itu mengejutkan negara dan perkembangan siasatannya diikuti ramai, termasuk di Mongolia kerana wanita itu dikatakan menjalin hubungan intim dengan seorang yang ternama selain cara dia dibunuh.

Kronologi kes pembunuhan Altantuya:

9 Okt: Altantuya, adiknya Altantzul Shaariibuu, 27, serta sepupunya Burma@ Amy, 28, tiba di Malaysia dan menginap di sebuah hotel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

10 Okt: Altantuya dikatakan meminta bantuan penyiasat persendirian untuk membantunya bertemu dengan seorang lelaki, penganalisis politik terkenal.

15 Okt: Abdul Razak Abdullah Baginda membuat laporan polis bahawa beliau telah diganggu oleh beberapa individu.

18 Okt: Abdul Razak dipercayai bertemu cif inspektor Azilah Hadri, 30, dan korporal Sirul Azhar Umar, 35, untuk membincangkan masalahnya antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, di sini.

21 Okt: Adik dan sepupu Altantuya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 19 Okt lepas dan mereka turut menamakan Abdul Razak sebagai terlibat dengan kehilangan Altantuya.

Berikutan laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan seorang lans korperal wanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

26 Okt: Azilah dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman ditahan untuk siasatan.

6 Nov: Sirul Azhar dari UTK Bukit Aman ditahan bagi membantu siasatan.

7 Nov: Polis menahan Abdul Razak di pejabatnya di Jalan Ampang selepas polis menemui cebisan anggota badan Altantuya di Empangan Tasik Subang.

Sirul Azhar ditahan reman sehingga 13 Nov mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan kes bunuh.

8 Nov: Abdul Razak ditahan reman selama lima hari sehingga 12 Nov mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan siasatan kes menculik dan mengurung.

Pada hari yang sama Azilah dan lans korperal wanita ditahan reman sehingga 13 Nov mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan kes bunuh.

9 Nov: Dua penyiasat persendirian, berumur 46 dan 35 tahun, ditahan reman sehingga 13 Nov mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan untuk siasatan kes mengugut.

Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, bersama tiga saudaranya tiba di Malaysia dan menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini bagi membantu siasatan polis.

Shaariibuu turut memberikan keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

10 Nov: Shaaribu ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberikan sampel DNA bagi membantu siasatan polis dan menentukan sama ada cebisan mayat yang ditemui di Empangan Tasik Subang adalah Altantuya.

Turut diambil sampel DNA di hospital yang sama ialah Abdul Razak dan ketiga-tiga polis yang ditahan.

11 Nov: Abdul Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap sakit paru-paru berair dan asma.

12 Nov: Abdul Razak dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah reman dilanjutkan dua hari lagi.

13 Nov: Reman pegawai dan dua anggota polis berkenaan telah dilanjutkan sehingga Rabu (semalam), manakala dua penyiasat persendirian berkenaan dilepaskan.

14 Nov: Reman Abdul Razak dilanjutkan dua hari lagi.

15 Nov: Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya anggota UTK Bukit Aman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam kerana dituduh membunuh Altantuya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun itu, jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum gantung sampai mati.

Lans korperal wanita dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Keputusan DNA dikeluarkan yang mengesahkan mayat yang ditemui di Empangan Tasik Subang, dekat Shah Alam, adalah Altantuya.

16 Nov: Abdul Razak, 46, yang mengetuai sebuah kumpulan pemikir tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 11:21 AM | Show all posts
ALHAMDULLILLAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 11:22 AM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 11:25 AM | Show all posts
alhamdullillah esok lusa ade ank beranak korang mati kena bunuh dgn sadisnya tanpa dapat pembelaan yg sewajarnya..syukurlah ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 11:29 AM | Show all posts
Alhamdullilah selamatla ko...ermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 11:37 AM | Show all posts
TT..tolonglah ..tajuk tu tak kena....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2013 11:37 AM | Show all posts
... what do  you expect from such shoddy prosecution. Motive tak ada, saksi2 yang mungkin ada kepentingan atau maklumat  tidak dipanggil, rekod immigration yang dipadam tidak diselidik lanjut dan sumpah laknat tidak dibuat ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 11:38 AM | Show all posts
PerKasa posted on 23-8-2013 10:38 AM
Tuya ni pun satu hal

dah dapat RM Jutan2

tamak haloba sebenarnya mongolia ni....yer la keturunan kublai khan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2013 11:41 AM | Show all posts
Modngengade posted on 23-8-2013 11:37 AM
TT..tolonglah ..tajuk tu tak kena....

apa yang tak kenanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 11:42 AM | Show all posts
agaknya
lepas ni geng pakatan
nak bawak bapak tuya ke,
nak bawak sirul ngan azilah
ke sana ke mari
dok canang kisah tuya dengan
PM najib?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 11:48 AM | Show all posts
BAPA saudara bekas Koperal Sirul Azhar Umar, Mustaffa (kanan) mengucapkan terima kasih kepada peguam Kamarul Hisham Kamarudin selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membebaskan Sirul daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

BHArian

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 01:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 01:43 PM | Show all posts
Content kes paling pelik la ni. Kompom nuart yg kena pasnih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 02:33 PM | Show all posts
NGO terkejut mahkamah bebas Azilah, Sirul

http://www.malaysiakini.com/news/239095

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini berkata, mereka terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota polis atas tuduhan membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

NONEPengarahnya Cynthia Gabriel (kanan) berkata, keputusan terhadap kes pembunuhan pada 2006 itu menimbulkan persoalan siapa yang membunuh wanita itu.

"Ia juga melontarkan soalan bagaimana dia dibunuh. Bagaimana letupan C4 diperoleh? C4 bukan boleh dibeli di kedai 7-Eleven," katanya.

Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh Altantuya.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 02:36 PM | Show all posts
oh!!! ni la kot yg Menteri dok kata aritu

Menteri kata kes Altantuya sudah ditanganihttp://www.malaysiakini.com/news/232637

Menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Abdul Karim hari ini enggan mengulas apabila ditanya mengenai satu memorandum dari delegasi Mongolia yang menuntut jawapan berhubung kes kematian seorang wanita warganya, Altantuya Shaariibuu.
Rohani dalam satu sidang media hari ini berkata, delegasi Mongolia itu tidak mengemukakan memorandum tersebut kepadanya.

Katanya lagi, kes itu juga kini telahpun ditangani.

“Saya berada di sana dan saya tidak menerima apa-apa surat. Delegasi tersebut tidak bertemu saya,” katanya yang merujuk kepada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Perkara ini telahpun ditangani. Saya tidak ingin mengulas sebab pertamanya, mereka tidak menemui saya.

“Delegasi Mongolia merupakan kumpulan paling besar yang menyertai sidang kemuncak itu. Kami mengalu-alukan mereka. Kami mahu mereka lihat bahawa Malaysia bukannya seperti yang digambarkan sesetengah pihak,” katanya.

erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaPresiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg yang menjadi wakil ke persidangan berkenaan pada hari Jumaat lalu berkata, perbicaraan baru harus dimulakan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Beliau yang diiringi kira-kira 70 anggota delegasi berkata MWF juga berharap agar bantuan kewangan diberikan kepada dua orang anak mendiang Altantuya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 02:56 PM | Show all posts
Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?
http://www.kedahlanie.info/2013/ ... uya-dan-kenapa.html

ANALISIS BERITA OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
August 23, 2013

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

Siapa bunuh dia? Mengapa?

Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?

Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.

Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.

Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.

Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.

Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.

Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.

Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?

Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.

Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.

Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. – 23 Ogos, 2013. Last edited by DTECCONAN on 23-8-2013 02:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2013 03:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 03:10 PM | Show all posts
Saya ingin berada di rumah, kata Azilah


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayainginberadadirumah_kataAzilah/Article/?mutakhir

PUTRAJAYA: Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.
Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.

Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".

"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.

Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.

Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.

"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.

Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.

Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.

Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.

Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.

"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan. Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.

Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.

Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. - BERNAMA








Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 03:50 PM | Show all posts
kehakiman di malaysia adalah nombor satu paling adil di dunia ..
Last edited by tuakang on 23-8-2013 03:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 04:04 PM | Show all posts
endless possibilities......eheheheheee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 11:04 PM GMT+8 , Processed in 2.883458 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list