|
wanie84 posted on 7-8-2013 12:32 AM
beria blog tu ckp cantik menawan.. hehe
pd aku cantik yg biase2 je.. cam nabila.. ada time cantik a ...
kan? biasa2 je...mgkn sebab nak sensasi kan cerita anak amy search atau adik nabila../adik lain ibu...kalo tak..bg wa biasa2 je la... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag posted on 6-8-2013 10:10 PM
rasanya lisa.yg push amy utk proceed court case yg mana pastu amy memang rm2 million ke apa tah
hen ...
Rasanya dgn bini ni yg bw lari anak & barang2 rumah amy kan masa bercerai?
Amy ada tunjuk kt melodi rasanya rumah dia kosong brg2 xda
Dulo penah jumpa kapel ni kt 1 utama masa tu blm bercerai
Bini ni mmg tinggi dr amy cam bini skunk pn tinggi gak
Amy bw kereta jaguar masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Biaseee je aku tgk, kemain lg blogger tu up cantik gebu menawan bila tgk gamba x seperti yg kusangka huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc posted on 6-8-2013 11:04 PM
Ingatkan muka abil ikut muka mak dia...ni adik dia l/kurg muka dia... muka sape yg diorg ikut sebena ...
da macam grace park je aku tgk shasha nih ...tp abil lagi lawa la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aneem posted on 6-8-2013 11:41 PM
Sejarah kawin2 Pak Mie.
Pada mulanya, Suhaimi bin Abdul Rahman bekerja sebagai seorang seorang pena ...
Norish tu org Penang..sebab mak mertua Amy tu pernah kerja kat kilang tempat saya... |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah laa... muka dia mcm Bora Sistar..
tp lawa Nabila lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
so yg mak nya model bukan mak Abila laa kan? Mak yg no. 2 ni model ... |
|
|
|
|
|
|
|
penah masuk majalah urtv ke apatah dulu.. budak ni kecik lg masa tu... masa amy lom cerai lg.. kecik2 mmg comel.. |
|
|
|
|
|
|
|
santek laaaa anak amy search yang nehh
ada iras2 abil jugak
tapi puteh
ok laa tu, ada anak versi itam putih
tapi lawa la |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 7-8-2013 06:56 AM
so yg mak nya model bukan mak Abila laa kan? Mak yg no. 2 ni model ...
mak abil
tak lawa nyah
hazab
tapi western abes laa
rambut pung karat
abes tu dulu pung
masa kekecik, comot jahhh
dah besar2 nehh, gigi pung dah betul
pandai bergaya
ada iras amy
lawa la jadik nyer
itam tu menyalin dari mak dia la
|
|
|
|
|
|
|
|
AprilNing posted on 6-8-2013 11:39 PM
bekas bini ni kan yg dulu waktu kes r/tangga sedang becakaran sampai nak bakar rumah tu..
yer...
waktu tu amy ala2 merudum giler kerjaya seni nyer
time kes ni laaaaaaaa
amy search botak rambut
lagu AKU DAH BOSAN pung keluar
pastu bini dia pung bawak lari anak dia p US
keadaaan umah mmg tunggang langgang laaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 16/10/2007
Amy Search rindukan anaknya di Las Vegas
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
BAGI penyanyi rock yang tidak asing lagi, Amy Search, tidak ada apa yang lebih bermakna di pagi raya selain menanti kedatangan anak keduanya, Irisha Myra, 10, yang kini menetap di Texas, Amerika Syarikat bersama ibunya, Lisa.
Walaupun Amy mempunyai tiga lagi anak - Nabila Huda, 23 (hasil perkahwinan pertama) dan Alexander Zulkarnain, 3, dan Sania Samara, 2 tahun lebih - bersama isterinya Nor Hasniza Hassan, 26, namun rasa rindu terhadap anak kedua hasil daripada perkahwinan ketiga itu tidak pernah reda.
“Sebagai ayah, sebenarnya saya sentiasa merindui Irisha. Setelah saya bercerai dengan ibunya ketika Irisha berusia tiga tahun saya sentiasa merinduinya dan berharap dapat beraya bersama.
“Tapi...saya tahu adalah sesuatu yang mustahil untuk Irisha datang beraya dengan saya, namun doa saya tidak pernah putus terhadap anak kedua saya itu.
“Siapa tahu dengan kuasa Allah, Irisha balik ke Malaysia dan datang beraya bersama saya di Johor,” kata Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,49, ketika ditemui di kediamannya Villa Damansara, di Kota Damansara, Kuala Lumpur, dua minggu sebelum raya.
Menurut Amy, walaupun sejak bercerai dengan isteri keduanya dia tidak berpeluang bertemu Irisha namun beliau tetap bersyukur kerana anak keduanya itu pulang ke Kuala Lumpur pada Jun lalu ketika Amy di hospital kerana diserang denggi.
“Ketika itu hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati saya. Beberapa bulan sebelum pertemuan itu, saya dan Irisha berhubung melalui e-mel dan setelah pertemuan di hospital ada beberapa kali saya berjumpa Irisha di Planet Hollywood di samping membawanya berjalan di Kuala Lumpur bersama adik-beradiknya yang lain sebelum dia balik semula ke Las Vegas,” cerita Amy.
Kata Amy, pertama kali apabila bertemu Irisha beliau bertanyakan anaknya apakah dia masih mengingati ayahnya.
“Menitik air mata saya apabila Irisha beritahu saya dia sentiasa ingat apa juga tentang saya malah setiap saat dia sentiasa merindui saya.
“Apabila Irisha balik pada Julai lalu, hati saya sentiasa mahu menghubunginya tetapi apakan daya kerana sejak pulang, Irisha tidak dapat dihubungi melalui e-mel.
“Saya ada minta dia nombor telefon tetapi dia berjanji akan menghubungi saya bila sampai di sana. Sayangnya sampai saat ini Irisha menyepikan diri. Walau apapun saya berdoa semoga dia sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan semoga Hari Raya ini keajaiban akan berlaku dalam kehidupan kami,” kata Amy penuh harapan sambil memandang penuh kasih dua orang anaknya - Alexander dan Sania.
Beraya di Johor
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Amy bersama isteri, Nor Hasniza dan dua orang anaknya akan balik ke Johor tiga hari sebelum raya untuk beraya bersama ibunya, Hajah Fatimah Idris, 70.
“Saya tidak ramai adik-beradik. Hanya saya dengan kakak, Azizah dan seorang adik angkat Siti. Jadi selagi ada emak, saya bersama keluarga akan tetap beraya di sana dan pada raya ketiga atau keempat kami beraya di rumah mentua di Kulim, Kedah.
“Walaupun kami berkumpul adik-beradik dan bersama anak-anak saudara, namun saya tetap rasa kelainan beraya tanpa arwah ayah.
“Sejak ayah meninggal pada tahun 1992, raya saya tak berseri tanpa ayah tetapi saya tetap bersyukur kerana emak masih ada,” kata Amy.
Menurut Amy, sebab itu dia sering menasihatkan kawan-kawan di kalangan artis agar sentiasa menziarahi ayah dan ibu selagi mereka masih hidup kerana apabila mereka tidak ada, baru kita tahu erti kasih dan kehilangan.
“Bukanlah mahu mendabik dada, tapi...semasa arwah ayah ada, saya memang selalu balik Johor menziarahinya dan emak. Kini walaupun ayah tak ada saya tetap menziarahi emak,” kata Amy lagi.
Menceritakan hidangan pagi raya, kata Amy: “Setiap pagi raya hidangan tetap ialah ketupat, kuah lodeh, rendang paru dan rendang daging, sambal udang dan sambal sotong yang semuanya dimasak oleh emak.
“Isteri saya Norish (Nor Hasniza) dan kakak, Azizah bukan tak tahu masak tapi air tangan emak tu lebih sedap,” kata Amy yang akan menunaikan umrah sekali lagi pada Mac depan bersama Hattan dan Man Kedal.
Mengenai konsert 25 tahun Search yang sering tergendala perancangannya, Amy berkata: “Buat masa ini ada beberapa syarikat yang bersedia menganjurkannya cuma kita perlu ada penaja untuk menaja promosi. Album Search pula akan diterbitkan tahun depan.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 7-8-2013 07:42 AM
mak abil
tak lawa nyah
sapa tah pernah cakap Abil lawa exotic sbb mak dia supermodel bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 7-8-2013 08:10 AM
sapa tah pernah cakap Abil lawa exotic sbb mak dia supermodel bagai...
kojap
aku carik gambo emak nyer itiew
ala2 tinted laa emak nye tak silap
|
|
|
|
|
|
|
|
lawa lagi abil aku rasa..muka eksotik dan kulit gelap sikit. tapi silap sikit abil pendek |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 7-8-2013 08:10 AM
sapa tah pernah cakap Abil lawa exotic sbb mak dia supermodel bagai...
baru jupe satu gambar je dulu
Nabila Huda bagaikan mati hidup semula
Oleh: MUZLINA ABU BAKAR
| NABILA bersama mamanya, Faridah Fadzil, yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya.
|
Nabila Huda Suhaimi, 22, anak sulung kepada penyanyi rock Amy Search memang tabah menghadapi dugaan hidup. Peristiwa dia ditangkap khalwat di Pulau Pinang dihadapinya dengan tenang.
Namun jauh di sudut hati, dia menginsafi kesilapan yang telah terjadi. Dia berazam peristiwa hitam itu akan dijadikan sebagai satu tauladan untuk tidak diulangi.
“Abil tahu apa yang sudah berlaku tidak boleh diundur. Sekarang Abil perlu lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Cuma Abil bersyukur dalam menghadapi titik hitam itu Abil mendapat sokongan mama dan papa yang tidak henti-henti memberi semangat dan nasihat agar Abil tidak ulangi kesalahan yang sama,” cerita Nabila sambil memandang manja mamanya, Faridah Fadzil, 41, yang menemaninya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Sambil membelai mesra rambut Nabila, Faridah berkata, sebagai ibu memang dia kesal dengan apa yang terjadi.
“Semasa kejadian itu saya berada di Dubai kerana urusan kerja. Saya terkejut bila mendapat berita itu daripada Abil dan pelbagai perasaan berbaur dalam diri saya.
“Tapi saya tahu macam mana keadaan Abil ketika itu jadi saya tidak mahu membuat dia rasa tertekan dan sedih.
“Apa yang saya mampu buat cuma menasihatkannya dan mengingatkan Abil agar pisang tidak berbuah dua kali. Nasi sudah menjadi bubur, kalau kita menangis air mata darah sekalipun ia tidak akan mengubah apa yang terjadi.
“Bagi saya yang penting kita belajar daripada kesilapan demi untuk kebaikan masa depan,” kata Faridah.
Nabila yang mendengar kata-kata itu memeluk ibunya. Dia tersenyum memandang mamanya sambil berkata:
“Abil bertuah mendapat mama dan papa yang begitu memahami. Bukanlah Abil maksudkan mereka merestui perbuatan Abil. Bagi Abil, yang salah tetap salah dan Abil jadikan ia sebagai pengajaran.”
Menurut Nabila, walaupun dia menyesal dengan apa yang berlaku tetapi dia tidak mahu menyalahkan sesiapa.
Kini dalam mengharungi hidupnya, Nabila yang memang meminati bidang lakonan sedar peluang untuknya kembali ke bidang itu mungkin terhad buat masa ini.
“Abil cuma mampu berdoa agar ada ruang untuk Abil berlakon dan alhamdulillah baru-baru ini Abil ditawarkan oleh sebuah syarikat berlakon dalam drama komedi Alahai Cucu Atuk untuk siaran Astro Ria.
“Tawaran yang diberi itu bagaikan bulan jatuh ke riba dan Abil bersyukur kerana masih ada syarikat dan stesen TV yang berfikiran terbuka menawarkan Abil berlakon. Abil rasa bagaikan mati hidup semula,” kata Nabila.
Menurut Nabila, tawaran yang diterima itu memberi semangat baru kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan yang sebelum ini dianggap bagaikan tidak ada ruang untuknya lagi.
Sebagai anak kepada penyanyi rock yang tidak asing lagi, tentu ramai yang menganggap Nabila memiliki bakat seperti bapanya, Amy Search.
Walaupun Nabila boleh menyanyi tetapi jauh di sudut hati gadis kecil molek ini langsung tidak meminati bidang nyanyian.Setakat menyanyi memanglah Abil boleh, tapi Abil tidak minat menyanyi.
“Bila tengok papa menyanyi Abil rasa kagum sangat kerana walaupun sudah 25 tahun, papa masih boleh bertahan dalam bidang ini dengan gaya dan persembahan tersendiri.
“Tapi janganlah suruh Abil menyanyi atau jangan mimpi Abil boleh ganti tempat papa. Bagi Abil, Amy Search hanya ada satu di dunia.
“Walaupun adik Abil, Alexander Zulkarnain, setahun tujuh bulan (anak Amy dengan isteri barunya Norhasniza Hassan) sudah menunjukkan bakat dalam bidang ini tetapi Abil tahu Amy Search tidak ada gantinya,” cerita Nabila sambil tersenyum mengenangkan gelagat adiknya itu.
“Abil bangga dilahirkan sebagai anak Amy Search. Biarlah apa orang nak anggap tetapi Abil tahu papa seorang ayah yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang anak-anak.
“Di pentas dia penyanyi rock tetapi di luar pentas dia adalah seorang ayah yang penyayang dan memahami jiwa anaknya,” cerita Nabila mengenai papanya.
Petang itu, sementara menanti Nabila balik dari butik yang menaja pakaiannya untuk satu majlis, Faridah Fadzil tidak henti-henti bercerita tentang anak dara kesayangannya, Nabila, yang dipanggil Abil.
“Sejak kecil Abil memang anak yang mengikut kata. Dia rajin belajar dan tidak pernah ponteng mengaji. Ketika usianya 12 tahun, dia sudah tiga kali khatam Quran. Melihat kejayaannya dalam bidang pelajaran, saya impikan dia menjadi arkitek.
“Iyalah sebagai emak, kita selalu impikan satu-satu karier untuk anak kesayangan kita, tapi... bila dah besar Abil lebih minat kepada bidang lakonan.
“Saya hanya menyokong apabila Abil memilih bidang lakonan. Melihat lakonannya dalam video cakera padat Blok 404 (1998) ketika umurnya 15 tahun, saya tahu dia berbakat. Nak kata apa. Dah papa dia orang seni jadi anaknya tentulah mengikut walaupun bukan sebagai penyanyi,” komen Faridah bila ditanya mengenai impiannya terhadap Nabila.
|
|
|
|
|
|
|
|
haniryan posted on 6-8-2013 10:11 PM
yg duckface ni ada la sikit resemblance 1/2 kakak dia
ada iras nabila...
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 7-8-2013 08:12 AM
kojap
aku carik gambo emak nyer itiew
betul sgtlah tu. sbb jumpa dia time nak bersalin ank bongsu sama2
di tolak ke labour room kat ampang puteri masa tu. kulit dia gelap.
org singapura kan? dia ni asyik berchating sampai bercerai tu kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|