|
Ramadhan 1434 Hijrah
Bangsaku tidak berubah
Melayu masih cedera akibat mercun dan bunga api
Melayu masih berniaga bazaar Ramadhan dan tinggalkan solat Maghrib
Melayu masih melayan FB dan internet
Melayu penuh masjid dan surau awal Ramadhan namun ghaib akhir Ramadhan..
Melayu masih lupa apa itu Ramadhan...hingga ramai lupa beribadat di Ramadhan..
Imam Syafei rahimullah
seorang hamba yang tekun membaca Quran dalam Ramadhan
Setiap hari khatam sebanyak dua kali
Imam Malik rahimullah
Menangis pabila berbuka
sambail mengeluh
"Aku makan banyak dan ibadat sedikit,Nabi saw makan sedikit dan beribadat banyak.."
Melayu lupa,
Rasulullah SAW bersabda: 'Jika sekiranya umatku mengetahui segala (kebaikan) di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan supaya sepanjang tahun itu menjadi Ramadhan, kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan mudah diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga rindu kepada mereka'".
Melayu lupa,
para sahabat,wali Allah dan ulama' terbilang,menangis pabila Ramadhan melabuhkan tirainya pabila Syawal menjelma
kerna mereka amat mencintai Ramadhan...mereka menangis,kerna mungkin inilah Ramadhan terakhir
dan tidak akan bertemu Ramadhan akan datang...
Ya Allah Ya Ghaffar,
ampuni kami
Ya Allah Ya Hadi
berikanlah hidayah kepada kami....
Panjangkan usia kami
agar dapat memanfaatkan Ramadhan akan datang..............
Mari mencari Lailatul Qadar............................ |
|