CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Geng Kembara Seksyen 9

[Copy link]
 Author| Post time 28-8-2013 11:50 AM | Show all posts
Lepas lepak-lepak buang masa lebih kurang kat rumah Maman, aku dengan Bobo pun keluar. Kenit dah memang tak nampak bayang, seronoklah tu dating dengan Kintan.

Keluar dari Apartment Sri Bulan, tak sampai beberapa meter berjalan, kita orang terserempak dengan Ujang.

“Ekau nak poie mano?” Ujang tanya.

‘‘Jalan-jalan le Jang. Kau nak pergi mana?’’ Bobo pulak tanya. Ujang tak jawab tapi dia tepuk perut. Segera aku faham, Ujang laparlah tu.

“Ok Jang. Jalan elok-elok” Kata Bobo.

“Eh..ekau berduo, jangan poie sano…” Ujang angkat tangan, menunjuk ke satu arah terus ke depan. Entah kenapa, aku dengan Bobo toleh juga walaupun tak dapat agak apa atau mana sebenarnya arah yang Ujang tunjuk.

“Mana Jang?” Tanya aku.

“Tu…sano tuuuu” Tunjuk Ujang lagi.

‘‘Rumah hujung sano, ada rasakso. Rasakso tu makan kucing. Anjing pun dio makan…” Kata Ujang lagi.

Aku angkat kening sambil pandang Bobo yang tengah tersengih tengok aku. Lepas tu kitaorang gelak. Mana ada rasaksa kat Malaysia ni?

“Takpe Jang. Kalau rasaksa tu mengganas, kitaorang panggil Ultraman !’’ Bobo jawab. Aku tergelak lagi.

‘‘Ha..iyolah…’’ Ujang terus jalan ke depan.

Kalau tengok Ujang ni, kelakar pun ada. Seluar dia pendek sebelah, baju koyak-rabak. Aku tak taulah berapa lama Ujang ni tak mandi. Bau dia…Astarghfirullahaladzim.

Bobo pernah cerita kat aku. Dulu Ujang ni kaya, kereta pun besar, ada rumah banglo, bisnes juta-juta Tak tak tau kenapa, dia tiba-tiba jatuh bangkrap. Terus jadi gila. Tapi, walaupun Ujang ni gila, dia baik. Sikit pun tak kacau orang.

“Duek den botingkek tingkek… Duek den botingkek tingkek… Duek den botingkek tingkek” Aku dengar suara Ujang makin lama makin sayup.

Masa aku menoleh tulah, aku ternampak dia…seksi, kekar dan macho…

Dan mata kami pun bertentangan…








‘‘HOI !’’ Bobo jerit kat telinga aku.

Kurang asam punya Bobo!

Aku toleh balik kat arah yang aku tengok tadi…

Ala…dah hilang…

Uhuk! Last edited by Nicki_Meow on 28-8-2013 11:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 12:10 PM | Show all posts
“Duek den botingkek tingkek… Duek den botingkek tingkek… Duek den botingkek tingkek”

kihkihkih... Jenuh aiols nak memahamkan. Ingatkan bahasa haiwan mana lah tadi...



Duit rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:18 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-8-2013 12:10 PM
“Duek den botingkek tingkek… Duek den botingkek tingkek… Duek den botingkek tingkek”

kihkihki ...

Lady la ni semua bahasa dah advance
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 04:22 PM | Show all posts
freddianza posted on 28-8-2013 04:18 PM
Lady la ni semua bahasa dah advance

@ladyFinger12   

Itu lirik lagu le sayang!


Nahhhh....




hari2 lagu ni kuar radio. Telingo den muok bertingkek tingkek dah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2013 04:22 PM
@ladyFinger12   

Itu lirik lagu le sayang!

Hahahhahahah.


Lagi satu lagu yang 'Kalau aku kayaaaaa"

hehehehee.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2013 04:27 PM | Show all posts
freddianza posted on 28-8-2013 04:23 PM
Hahahhahahah.

Kalau Aku Kaya tu boleh tahanlah...hahahaha

Macam perli pun ada...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2013 04:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2013 04:27 PM
Kalau Aku Kaya tu boleh tahanlah...hahahaha

Macam perli pun ada...

Hahahhahahahah.



lagi sekarang macam-macammm.

kreatif sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 12:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-8-2013 04:22 PM
@ladyFinger12   

Itu lirik lagu le sayang!

Serius... tak pernah dengor. huhu... mcm duduk dlm hutan pulak chek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2013 10:10 AM | Show all posts
#5

Untuk kali terakhir aku toleh ke belakang. Dengan harapan, si dia akan muncul lagi. Tapi tak ada. Oh kecewa! Semua Bobo punya pasal. Sebenarnya, itu bukan kali pertama aku nampak dia. Ini kali ke tiga. Aku yakin dia bukan berasal dari sini. Selama aku tinggal di Seksyen 9, tak pernah aku nampak kucing se ‘handsome’ dia. Berbulu pendek, warna hitam seluruh badan kecuali bahagian bawah. Ke empat-empat kaki dia berstokin putih.

Boleh imagine?

Tak boleh?

Mamat handsome tu macam ni lah lebih kurang.




Amacam? Handsome?

Kalau tak pun, ada aku kisah? Kih Kih Kih

Dan yang penting mata mamat handsome tu, berlainan warna. Sebelah matanya warna coklat, sebelah lagi warna kelabu. Tak tahulah sebab cacat atau apa, tapi itu menambahkan kemisterian beliau.   

“Jom lah Kat” Ajak Bobo lantas mematikan monolog aku. Aku pandang Bobo, tanpa berkata apa-apa lagi aku ikut Bobo.

Kami merayap ke sana ke mari. Memang begitulah aktiviti kami seharian. Sin Chan yang kami tinggalkan sebelum ke Apartment Sri Bulan pun ikut sekali.

Ini Sinchan.




Comel kan?

Tak?

Memang tak pun.

Sinchan bukan nama betul dia. Bobo yang panggil Sinchan, Sinchan sebab Bobo kata muka Sinchan macam kartun. Kan aku dah kata, mulut Bobo kadang-kadang celupar. Suka hati dia nak bagi gelaran.

Nama asal Sinchan ialah Jayjay. Asalnya Sinchan ni anjing peliharaan Mr. Jagdeep dan keluarga. Rumah Sinchan sebenarnya di Seksyen 8. Setahun lepas, keluarga Mr. Jagdeep berhijrah ke Canada. Sinchan di tinggalkan macam tu je. Kesian kan?

Aku agak marah sebenarnya dengan penjaga Sinchan dulu. Seolah-olah habis manis sepah di buang. Bila suka, di jaga dan di sayang. Bila tak di perlukan, boleh buang sesuka hati. Macamlah haiwan ni tak ada perasaan. Pernah aku tanya Sinchan -

"Kau tak marah ke dengan keluarga Mr. Jagdeep?"

Sinchan jawab "Tak". Kata Sinchan lagi, walaupun Mr. Jagdeep dah buang dia, dia masih lagi sayangkan keluarga Mr. Jagdeep. Dia tetap menghargai jasa-jasa keluarga Mr. Jagdeep dulu. Dan dia harap, satu hari nanti, Mr. Jagdeep dan keluarga akan pulang dan mereka akan bersatu kembali.

Heh! Drama sangat si Sinchan ni. Tapi nak buat macam mana, spesis anjing ni di anugerahkan sifat setia.

Ah, biarlah dia. Last edited by Nicki_Meow on 5-9-2013 10:34 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 10:28 AM | Show all posts
Kami teruskan aktiviti kami. Bila hari beransur-ansur petang, aku pun berniat nak balik rumah. Lagipun, lebih kurang pukul enam setengah petang nanti, Suri pun balik dari kerja. Kalau dia nampak aku keluar merayap, mesti membebel. Bulu kotorlah, nanti kena kutulah, bla bla bla…

Dah aku ni kucing, nak buat macam mana ye tak?

Persinggahan terakhir kami untuk hari ini ialah -  Kedai Burger Abang Joe.

Ini Abang Joe.




Dan ini pula Bang Mat Pi




Dah lama diaorang bukak kedai burger kat sini, satu-satunya kedai burger kat Seksyen 9.

Burger yang di masak oleh Abang Joe memang ‘marveles’.

Cuba korang bayangkan - sekeping daging burger berperisa ayam jenama Ramly. Daging empuk itu di letakkan di atas kuali leper hitam dan di gorengkan di atas api yang kecil. Sesudu marjerin berjenama Planta pula di letakkan sedikit untuk menambahkan perisa serta memastikan daging tidak melekat di kuali. Daging tersebut di goreng separuh masak. Lalu di perisakan pula dengan renjisan Lea & Perrins dan kicap soya Maggi. Sedikit serbuk lada sulah, sedikit serbuk kari dan serbuk lada hitam di taburkan di atas daging empuk tadi.

Dan…disinilah rahsia sebenar ke ‘marveles’ an Burger Abang Joe. Renjisan air bawang putih di tambah di atas daging. Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi 'over dry'. Air bawang putih itulah yang akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi.







Sudah! Aku bukan nak mengajar korang semua cara-cara memasak Daging Burger Ramly berperisa ayam.


Last edited by Nicki_Meow on 5-9-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 10:36 AM | Show all posts
Wahhh... baru ku tahu campur serbuk kari... Err... sedap ekk?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 11:18 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 5-9-2013 10:36 AM
Wahhh... baru ku tahu campur serbuk kari... Err... sedap ekk?

"Sedap. Nah...."







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 11:22 AM | Show all posts
“Meow..meow…” Aku membuat bunyi manja ketika berdiri di sebelah Abang Joe. Abang Joe senyum tengok aku.

“Hi Kat…” Tegur Abang Joe.

Aku senyum manja. Bobo pun dah mengendeng kat sebelah. Tapi Sinchan, dia cuma berdiri tiga meter dari kedai burger. Mungkin dia faham, dia tu najis mughalazah bak kata Bobo.

Seolah-olah memahami, Abang Joe meletakkan sekeping daging burger Ramly berperisa ayam yang telah di potong empat ke atas plastic lalu di hulurkan kepada kami yang sedang menunggu dengan kurang sabar di bawah.

Baik kan Abang Joe?

Kalaulah dia kahwin dengan Suri, dapatlah aku makan daging burger hari-hari. Tapi, macam mana nak kenalkan Abang Joe dengan Suri?

Sebelum makan, Bobo gigit sekeping suku daging tu, dia bagi pada Sinchan.

Walaupun mulut celupar, Bobo baik hati.

Lepas makan, aku pulang ke rumah. Bobo lak, merayap dengan Sinchan, tak tau pergi mana.



Suri tak sampai lagi. Kim pun belum balik. Mel ada sebab kereta dia ada kat porch. Tapi bila aku masuk, kelibat Mel tak ada pun. Dalam bilik kot?

Lap top Mel masih lagi di posisi yang sama macam pagi tadi.

Amboi Mel! Mengadap lap top dari pagi sampai petang…

Aku pandang kiri-kanan. Mel tak muncul lagi. Aku jengah pulak lap top dia.

‘Line’ dia tengah ‘on’

Nazim: Ingat saya tak?

Aku sengih.

Click

Aku tekan emoticon I Love you dan send.

Lepas tu Kiss Me

Lepas tu emoticon kucing posing seksi atas katil.

Lepas tu emoticon mandi dalam bath tub.

Lepas tu semua emoticon yang ada aku tekan.

Tiba-tiba Mel keluar. Dia peluk aku dari belakang. Sambil usap-usap aku, Mel tengok lap top. Terus mulut dia ternganga sebab terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 11:30 AM | Show all posts
Amboi katttt!!!

Gigit dia mel. Biasaaaa tuuu...



Anyway thanks for the berger kat. Abg yg mana satu buatkan tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 11:36 AM | Show all posts
alaa.. cain sinchan.. sedor diri rupenye..
lagi lagi lagi... tak sabor tunggu musim mengawan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 11:39 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 5-9-2013 11:36 AM
alaa.. cain sinchan.. sedor diri rupenye..
lagi lagi lagi... tak sabor tunggu musim mengawan {:mll ...

wakaka... mengawan ekkk?

Dgn lain2 spesis bleh tak?

Kat dgn Sinchan ke? Mana tahu dpt ala2 Rahul... Chindian.

Kat+Sinchan= ?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2013 11:51 AM | Show all posts
"Kat!"

Kali ni betul-betul Mel muncul belakang aku.

"Amboi. Pandai pulak kau main you tube" Kata Mel. Aku sengih je.

Aku sedang tengok iklan ni sebenarnya.




Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 01:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-9-2013 11:51 AM
"Kat!"

Kali ni betul-betul Mel muncul belakang aku.

caittt! Bukan kat htr sms lah ekk?


Anyway...



Meowwwww!!!!!



--- from Iqy & Rara

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 06:24 AM | Show all posts
Lm x nyambung ni nicki...

Next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 10:40 AM | Show all posts
sarizu posted on 18-9-2013 06:24 AM
Lm x nyambung ni nicki...

Next!

Memang saja nak kasi benang ni tenggelam......




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.153013 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list