CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sufeenan

Pelik tapi benar

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-5-2013 07:49 PM | Show all posts
menjad posted on 20-5-2013 11:29 AM
sementara masih 4 nie... kang kot bertambah lagik susah nak larik!

susah kawin ngan orang yg nak  ...

tulah yang kitorang dok gesa dia,dok pikiaq pasai anak buat pa sangat haih,bini dia ada pk sume tu?takdeee!kalau dia bangsa yg cerdik bertindak guna akal xde dee dia buat peel mengada-ngada sangat.kang satgi laki carik lain ka hapa,tak ke susah.dakk..dia xpnh pk tu sume aku rasa.tu yg kemain handal skrg ni.

Yg kami pelik,pasaipa yang nak hakmilik kekal abadi sgt kat abng ngah tu.bukan dia abaikan bini or anak2 pn kalau dia baik dgn mak ayah dn adik beradik sekalipun.tak penah dia double standardkan antara bini dgn mak sendiri even pd hukumnya antara ibu dgn isteri,anak lelaki wajib utamakan mak dia dulu.lain kalu anak perempuan.anak perempuan kalu dah jdik bini org,prioriti dia is suami.no longer mak ayah lagi dah kalau dh bertukar status.ni anak llaki,tanggungjawab pd mak ayah tk putus sampai kiamat sekalipun.aku tak rasa dia jahil sgt bab2 hukum agama ni.ayah dia org yg berilmu jugak.tinggal lg dia nak amal dgn dak ja apa yg dia tahu,which most probably dia buat2 lupa dosa pahala sbb too egoistic dgn diri sndiri.or lebih tpt lagi,dengki!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 08:06 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 20-5-2013 07:49 PM
tulah yang kitorang dok gesa dia,dok pikiaq pasai anak buat pa sangat haih,bini dia ada pk sume tu ...

tu ler org mcm nie mmg xpatut kawin lah aku rasa... susah sgt nak berkongsi... mendera emosi org sekeliling... tue untung Allah dah bagi laki... xtaw nak hargai pulak! cer soh abg ko gertak ckit kata nak kawin len ker aper... pelik aku nak ngan abg ko nie... xpenat ker gitu jer... dah nek lemak bini tue... xhormat langsung kat laki... kat mak pak mertua lagik lar...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:32 PM | Show all posts
menjad posted on 20-5-2013 12:06 PM
tu ler org mcm nie mmg xpatut kawin lah aku rasa... susah sgt nak berkongsi... mendera emosi org s ...

haku ni malas nak mengata,kang mengutuk ciptaan tuhan pulak.tapi org yg tak sedar diri ni kdg2 kene cerminkan diri sendiri jugak,setara mana sangat rupa kita tu yg nak mendongak ke langit semedang.ntah macam mana abg ngah haku bule terkenan tu tak tahulah.dulu elok kot tu pasai org berkenan.dh kawen jerk jadik bendealah lain..haha..

Bangah aku ni memang,dlm ramai2 anak dialah yg paling baik.tapi tang yg paling degil pun ya jugak.kalau dia dh buat apa2 keputusan,amat jarangla dia nk ubah.unless berlaku  keajaiban,barulah dia ubah.same goes dgn prob dia skrg ni.selagi dia kata dia bertahan,aku xyakin dia akn ubah apa yg dia ckp tu.geram mmg geram la,rasa nak pok jerkkk atas dahi dia bio dia sedo skit hakikat sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 09:01 PM | Show all posts
Hana posted on 19-5-2013 11:20 PM
wakakakakakaka..gelihati aku bila baca komen ko nie.

yelah. kalau takat 1 org anak, aku rasa, a ...

still boleh cerai kalau nak,  4 aje anak plus ramai aje orang bercerai walau anak 8 sekalipun.  harap cerai me angin aje kalau baca pompuan haram jadah dengan mentua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 10:46 PM | Show all posts
faraway1 posted on 20-5-2013 01:01 PM
still boleh cerai kalau nak,  4 aje anak plus ramai aje orang bercerai walau anak 8 sekalipun.  ha ...

Cerai ni sehalal-halal perkara yg dibenci Allah kalau berlaku.tapi kalau berterusan terikat dgn kontrak perkahwinan yang akan terus menerus memudharatkan pihak yang terlibat,maka ia dibolehkan. Faham sgt dilema yg abang tu hadapi; kawin dah berbelas-belas tahun,anak pun dah bersusun tapi kecik-kecik lagi,pehtu fikir persepsi keluarga mertua dia lagi yg selama kini memandang tinggi pada dia,kalau end up dengan perceraian makanya makin kukuhla tanggapan depa yang org kelantan ni tadak yang baik walhal orang tak tahu punca sebenar. Tapi ai penah cakap kat dia, kita ni kalu segala benda nak fikir apa orang cakap apa orang nak anggap,tak hidup kita!nak bernafas pun tak boleh.kita susah,ada orang nak kesian?tadak.kita kebulur tak makan,ada sapa nak hulur beraih?ada la kot sorang dua,tapi selama-lamanya kah? Tak kan?so apa nak kesah sangat mulut orang.biaq pilah depa nak bercakap.selagi tak mati selagi tah mulut orang brbunyik!kita yang dok hadap masalah hari-hari nilah yg kene fikir apa kesudahan yg terbaik utk diri kita,bkn utk org lain.

eh haku yg utarakan masalah haku pulak yang heboh bernasihat!kaaahhhahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 11:06 PM | Show all posts
Aku rasa abang ngah kau bukan tak nak bercerai tapi fikirkan anak-anak aja tu, sama aja dgn abang aku. Kedah versus Kelantan tapi kami Kedah kak ipar aku Kelantan, bezanya Kak Ipar aku TErbaik berbanding ipar dari Kedah sendiri. Hanya lepas anak dah nak kahwin dan dewasa baru bercerai. Kami tak masuk campur hal-hal dalaman cuma terkilan. Tak boleh terima sampai hari ni yg kak ipar aku bukan lagi kak ipar aku.

Cukup 3 kali suci dia nikah lain....umur dah 50.

Aku tak tahu dia dah lama ada affair cuma abang aku bertahan sampailah Dec tahun lepas, aku tahu dia rasa bersalah sgt pd semua kaum keluarga kami di Kedah, rahsiakan masalah dia org berdua bertahun-tahun. Org Kelantan ni hubungan kekeluargaan sgt erat termasuk ipar duai dan sepupu sepapat...Kami baik dgn semua sedara mara kak ipar aku, sekarang masih hai hai and bye bye kat FB...mcm tak ada apa-apa yg berlaku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2013 11:33 PM | Show all posts
tahap pembelajaran bini sampai u atau setakat spm? ada pekerjaan tetap atau tidak bekerja

langgar lari lalu mati
kasi makanan pembawa penyakit merbahaya tunggu 3-4 tahun boleh mati jugak





Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 12:29 AM | Show all posts
so apa masalahnya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2013 08:29 AM | Show all posts
ninja boy posted on 20-5-2013 03:33 PM
tahap pembelajaran bini sampai u atau setakat spm? ada pekerjaan tetap atau tidak bekerja

langgar ...

Depa laki bini sama2 mengaji tinggi, ada master ada profession mantap. tapi tulah ilmu kalau semata untuk certificate without being implemented in daily life tak kemanalah jua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 08:35 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 20-5-2013 03:06 PM
Aku rasa abang ngah kau bukan tak nak bercerai tapi fikirkan anak-anak aja tu, sama aja dgn abang ak ...


I do agree with u..sebab anak..makanya dia terpaksa memaksa diri menelan apa jua sakit pahit perit kelakuan bini ari-ari. Kes dema dgn kes ex kakak ipar u lebih kurang sama, tinggal lagi jalan cerita jerk sedikit berbeza..but something comes into my mind when read ur comment; kakak iparku ni ada skendel kah yang sampai dia bule pandang takdak mata pun kat laki dia??Haiyooo..

Agaknya abang ai pun nak buat lagu tu jugak kot..tunggu anak2 besaq skit baru dia bawak haluan masing-masing..which is pada pandangan orang luar sayangnya bercerai di usia senja.kalau 20 tahun sanggup menahan diri bersabar, takkan setahun dua tak mampu nak bertabah. but well, kita hanya boleh berkata, sedangkan yang memikul adalah bahu mereka...

Thanks anyway for sharing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 08:36 AM | Show all posts
BingkaUbi posted on 20-5-2013 04:29 PM
so apa masalahnya???

Hang ni mesti lost in the jungle kan..?haha..kesian ai tau. penat bercerita tapi u tak nampak statement of problem dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 08:39 AM | Show all posts
Insaf aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 09:16 AM | Show all posts
December last year my mum warded kat hospital ipoh. Mula-mula suspected denggi sebab dia demam-demam masa pi berjalan rumah besan kat kuala kangsar (mertua adik laki ku). Dah masuk wad, cek-cek sekali darah dah mula membeku, tunggu masa nak block jer. Lambat sikit jer doktor kata, selamatlah my mum kena strok!Alhamdulillah Allah masih bagi ruang untuk perkara seumpama itu untuk tidak berlaku. Nauzubillahi min zaalik.

Dah mak masuk hospital, anak-anak dari serata mesia pakat turunlah Ipoh nak melawat mak. Yang dari KL, dari Johor, dari Neghori Semilang, dari kelantan..sume pakat mai lah. Anak dan menantu sekali. Siap dengan cucu-cucu kecik pun tumpang sekaki (anak haku laaa tuh). Susah hati woih mak sakit. Sapa tak sayang ibu kan? Tapi sapa yang buat tahana kat mak dia tu sila pegi terjun bangunan laju-laju. Takde pekdah hidup lama-lama. memberatkan bumi saja.

Aku dan adik laki ku bergilir-gilir jaga mak di wad. Sepatutnya tukang tunggunya perempuan saja, tapi adik aku cakap aahhh pedulikkan..aku nak tunggu mak aku. Nasib baik kot takda sapa mai halau dia turun masa dia tunggu tu..:p So staylah dia semalam, aku semalam. Next malam plak dia punya turn pulak. Berterusanlah keadaan sebegitu selama dekat 2 minggu.

Sepanjang mak aku masuk wad, abang ngah aku datanglah melawat dari kedah nuun. Tu pun sekali jer pun. Hari ketiga lepas mak aku masuk wad baru nampak muka dia. Hari-hari ada la dia telefon tanya kabar tapi. Tapi call semata jelah. Oklah, tak kisahla..lagipun aku dan adik laki aku dah ada yang tukang jaga. Again, bersangka baik kami ni. Dan malas nak panaskan enjin nak marah-marah orang nih. Buang boreh yo oghang neghori semilan kato.

Hari ketiga abang ngah aku sampai. Tapi...seperti yang dijangka, dia datang sorang!Aku dah malas sangat-sangat nak tanya kenapa tak datang bini dia tu. Tapi dalam hati menyumpah-nyumpah jugak. Sakit hati. Mak mertua hang sakit ni weh...takkan nak spend masa sejam dua datang melawat pun takde masa kot. Hang sorang je ke keje bagus, orang lain keje kuli? Hang sorang je ke yang ada anak kecik, orang lain sume mandul2?

Oklah..gasak kaulah nak datang ke tak nak datang. Dah arif sangat kan perangai dia macam mana. Tapi kot tak datang tapi ada call mak mertua sekadar tanya kabar ma ok ke tak..camne dok wad bla bla bla,sekadar berbahasa bahasi orang tua kata, aku agak sejuk jugak hati kot hati orang tua tu. Ni...usah kata nak melawat, tipon pun nan hado. Kirim salam pun tidak!

Ni kita nak kateogorikan menantu kelas berapa ni..? Kelas F? Kelas Z? First class jauh langit dengan bumi lah kot.

Sedih aku. Menantu lain susah payah datang dari jauh. Memang mak aku tak banyak bunyi, dia tetap dengan sikap tenang dia, tetaplah pertahankan anak-anak or menantu yang takde budi bahasa tu. Tapi pada aku itu hanya luaran dia saja dia ok. Tapi dalam hati dia, kita tahu ke tak ok or not?

Adik laki aku dah berbunyi hnsssh hnsssh hnssshhhhhhh menahan marah masa abang ngah aku dah salam-salam nak balik kedah semula. Dia ni bule tahan jugak baran. Tapi sebab fikirkan tu abang, dia bertabahkan diri.  Awak dah la datang lambat, lepas tu tak boleh ke nak spend masa satu malam overnight stay jaga mak sekejap. Seakan faham adik-adik nak marah, bangah aku bukak mulut.."anak kecik aku demam..dia takleh aku takde..dia bukan nak dengan mak dia.."

See...?
Tapi Aku tak rasa anak dia demam, tapi lebih pada takut kat bini nanti takde sapa nak pi anta-ambik anak tusyen, or takde orang nak tolong siapkan anak mandi pagi-pagi dan takde orang nak siapkan sarapan pagi. Aku dah mula tumbuh tanduk dah time ni. Bergetar-getar jerk mulut ni nak menyembur. Tapi fooooohhh..fooohhhhh..fooohhhhhhh..pujuk diri sendiri suruh sabar. Sabar, kak..sabar..sabar...Mak sakit ni,kak..sabar naaa..sabar.

Memang rutin harian lah abang ngah aku ni bangun pagi-pagi pukul 5.30 dah dok bersilat kat dapur siapkan sarapan pagi anak-anak nak bawak bekal (kalau hari sekolah). Dan kalu hari cuti pun macam tu lah jugak. Cuma lambat skitlah masak kalau hari cuti. Lepas siap masak, siapkan anak-anak pulak. Pukul 6.15 dah start enjin kereta pi anta anak sekolah. Rumah depa dengan sekolah dan tempat keja jauh. So memang kene menapak awal pagi tiap-tiap hari. Bini dia relaks je. Bangun pagi, siap-siap diri terus zaasss ke tempat keje. Depa laki bini keja satu tempat, tapi pegi asing-asing. Klaka tak? Ntah macam mana punya perancangan aku pun tak reti. Alasan, senang nak amek anak nanti kalau time keje tak sama. Aku like..errrrrrr...????? Dan yang tukang amek anak tu tak lain tak bukan encik suami tuh lah. Huh..

Sekadar selingan.

Mak aku sebab dah nampak suasana macam nak tegang, lepas abang ngah aku berlalu pergi, dia plak dok pujuk kami adik beradik. "Biarlah angah tu..kita pun tahu masalah dia. Jangan kita tambahkan lagi kusut dia. Dia dah abeh serabut dah tu.Ni pun mujur bule mari tengok ma ni..." Sayu jerk sore mak aku. Aku tak kata apa-apa. Iya pun tidak. Tidak pun tidak. Diam semata. Adik laki aku jerk pot pet pot pet membebel. Bini dia senyum jer. Aku pun naik malu dengan adik ipar aku sebab ada abang ipar dan biras yang ntah hapa-hapa camtu. Adik laki aku teruslah nyot nyet nyot nyet berbunyi. Abeh menahan lah tu sampai dah tak tertahan..hahaa..

Lepas tu, tak datang-datang dah abang aku tu. Tapi dia tetaplah call tanya. Hari-hari. Satu kali tu dia pi call adik laki aku. Aku pun clueless how dia bule teragak nak call si jantan sorang tu. Kalau call aku takdela kembang anak telinga kene smash. "Mu setakat nak tipon tanya ma lagu mano lagu mano toksoh laa..bazir duik jah..bini mu ado tanya kaba ma? mu ni ngah..eeeee aku tak reti laaa nak kato lagumano.." Pup..terus adik aku off henpon. Aku dah cuak jugak tengok member dah merah-merah muka. Tapi aku tahu dia jugak abeh kecik hati dengan apa yang bini angah tu buat. Dan angah sebagai suami pulak, tak boleh nak buat apa untuk ubah bini dia tu. Tu yang adik aku berbulu bebeno tuh.

Until my mum discharged, bayang muka menantu dia yang sorang tu tak muncul-muncul juga. Abah aku pun diam jer tak kata apa. Just dia cakap..."time kita sakit ni la nak tahu sapa anak menantu yang betul-betul sayangkan kita...kita akan tahu..dan kita pun dah tahu.."

Aku tunduk tak terkata. Dalam hati hanya mengiakan saja. Moga aku termasuk dalam anak-anak yang abah dan ma tahu yang aku SAYANGKAN mereka!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 09:21 AM | Show all posts
lostfaith posted on 21-5-2013 12:39 AM
Insaf aku.



Dunia ni meriah. Meriah dengan masalah manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 09:24 AM | Show all posts
jarang aku nk baca masalah panjang2, tp tu la, mebi sbb cara bercerita tu senang fhm dan x guna shortform

aku baca pn berapi kat abang ko dgn bini dia, bini dia satu, abang ko pn satu sbb x berani bertindak

aku taktau nk cakap apa sbb ko dh bagi nasihat, tp abg ko tetap lagu tu jgk. dia x nak bercerai, sbb tu bini dia naik tocang sbb walau dia mengelupur mcm mana pn abg ko takkan buat pape punya. Psl anak tu, knp mcm aku terpikir, anak sulung dia tu mak dia ajar suruh jgn bercerai,hihi..pasal anak2 nk bertahan, tapi x pikir ke persepsi anak yg asik tgk mak ayah bergaduh

anak2 dia umur brapa eh? mmg rapat dgn mak dia ke?

aku takut  nnt persepsi anak, ayah diorg seorang yg penakut sbb x berani bertegas..kalau yg ppuan, nnt mindset diorg, diorg boleh buat mcm tu bila diorg kawen nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 09:33 AM | Show all posts
tiramisuu posted on 21-5-2013 01:24 AM
jarang aku nk baca masalah panjang2, tp tu la, mebi sbb cara bercerita tu senang fhm dan x guna shor ...

Owhhhh..samalah. aku memang tak suka baca cerita ceriti yang guna short-short ni. Yang bahasa SMS aq aq taw taw tu laaagi buat mataku berbulu. End up, kita tutup. Sadaqollahul'aziiim. Abeh cerita.

Anak sulung dia dah 10 tahun. Anak kedua, 7 tahun. Anak ketiga, 4..dan yang bongsu, perempuan. Yang ni aku pun tak sure berapa sebab tak penah jumpa. Kalau tak silap, setahun kot. Yang ketiga tu pun aku tak penah jumpa. Tapi sebab dia lahir setahun awal dari anak aku yang kedua, tu yang aku ingat umur dia.

Itu tak berani nak kata lah. Kot betul dia ada hasut anak-anak suruh 'berlakon' begitu, itu hanya dia dan Dia saja yang tahu. Tapi one thing for sure, anak-anak memang rapat dengan abang aku.

ana tak rapatnya, malam-malam yang tukang bangun buat susu anak is bapak. Tukang salin nappy, bapak. Tukang mandi pagi-pagi, bapak. Tukang masak, bapak. Tukang bawak anak jenjalan, bapak. Tukang beli mainan, puuuunnn bapak.  Kalau tanya anak-anak dia (aku rajin jugak call depa), sayang sapa..? Ayah ke umi..? Ayaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh katanya deme.

See..?

Nak ubah benda yang makan tahun dengan hanya sehari..mana mau jalan. Ikut jela flow.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 09:53 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-5-2013 09:33 AM
Owhhhh..samalah. aku memang tak suka baca cerita ceriti yang guna short-short ni. Yang bahasa SMS  ...

haha..klakar ko komen psl cite short form

aku rasa mcm dh boleh feel je ko pnya bebel kalau depan2

tapi nk buat camne, kalau dah berbuih kita nasihat, tuan punya badan aka abg ko masih tegar di situ, yg boleh buat cuma doa banyak2 je la..tu je la yg mampu dibuat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 09:59 AM | Show all posts
Erkkkkk..yeke..osah handal eh ekau ni leh feel aku punya kepoh..haha..

But honestly  aku bukan banyak mulut sangat pun..sikit-sikit ja. Sepatah orang tanya, sepatah lah aku jawab. Tak peramah mana orang tua kata. Or ore klate kato..berat mulut. :p Tapi tunggu time aku naik hantu, memang bersembur-sembur lah kene bambu. Sila jangan ikut. Tak elok untuk kesihatan.

Tu jela yang boleh buat. Doa..doa...doa. Sebab apa jua nasihat sekalipun, hujung-hujung abang aku akan kata.."mu tak duduk di tempat aku..mu tak rasa apa yang aku rasa.."

Dah tu how?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:15 AM | Show all posts
jgn biar lama2.. sian aku.. sedih tingat citer pakcik sndiri... taku tbini cam abg kau ni la... la ni dah arwah pakcik tu... time sakit pun bini leh biar pakcik aku naik bas balik kampung... sedih lau igt balik.... yg aku pernah jumpa anak slung dia jer... anak kedua dan ketiga jumpa2 dah besar... dah kalau dia balik dia sorg jer balik... ntah hapa penyakit ntah bini dia.. pakcik aku accidnet... duit socso ambik... argghhh bengang lau lau igt balik...

tapi kau pun jgn marah sgt kat abg kau.. mungkin beban dia pun dah berat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:31 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-5-2013 09:59 AM
Erkkkkk..yeke..osah handal eh ekau ni leh feel aku punya kepoh..haha..

But honestly  aku bukan ba ...

awak dr Kelantan kan?  ada sorang staff (prmpuan) kt saya ni kawin dgn org Kelantan, boss saya kata 'klau kawin dgn org lelaki kelantan, last2 dia mesti akan balik jgk ke negeri dia'..maksudnya org lelaki kelantan ni pandai control binilah...tp sebaliknya dlm cerita abg awak ni.  

walaupun abg awak jrg balik, tp at least dia masih ingat kt orgtua/family. syukurlah...hrp mak ayah awak redha sbb redha Allah pd abg awak bergantung pd redha mak ayah awak pd dia...moga2 Allah buka pintu hati kakak ipar utk  hormat pd abg awak.  cuba awak cadang pd abg utk ajak bini dia prgi umrah.  moga2 Allah beri hidayah pd dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063160 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list