CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 19-2-2013 10:07 PM | Show all posts
bestttt.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 08:39 AM | Show all posts
eh ada ke orang guna nama Fred kougar tu.Heheehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:14 AM | Show all posts
freddianza posted on 20-2-2013 08:39 AM
eh ada ke orang guna nama Fred kougar tu.Heheehe

Kat FBK ke? Kat CARI, Fredianza, kat FBK Fred Kougar


Red, shana... thank you.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:17 AM | Show all posts
Salam semua. Lady tak bz hari ni... So, meh sambung...

BAB 2

Sogo, Kuala Lumpur.

“Sorry Jiha. Jalan jam.” Dona meminta maaf kepadaku atas kelewatannya. Sudah hampir setengah jam aku menunggunya dalm restoran di pusat membeli-belah Sogo. Sudah separuh gelas jus tembikai aku sedut. Dari pejabat tadi, aku berjalan kaki saja ke Sogo manakala Dona dari rumahnya di Gombak. Dona bekerja sebagai guru kaunseling di salah sebuah sekolah yang juga letaknya di Gombak. Jadi, tidaklah jauh dari rumahnya.

Semenjak kami sudah bekerja ini, jarang kami dapat berjumpa. Kalau dahulu semasa di universiti mahu pun di sekolah, setiap hari kami bersama. Kadang-kadang aku bermalam di rumahnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah kami. Ah! Betapa aku merindukan zaman belajar kami.

“Amma aku tanya aku bila kau nak bermalam di rumah kami? Dia rindu sangat dengan kau. Sejak grad, baru sekali kau datang jenguk amma aku.”

“Ha ah! Dah lama aku tak jumpa amma dengan appa kau. Aku pun rindu dengan dia orang juga.”

“Kalau macam tu, malam ni, kau tidur di rumah aku.”

“Eee... mana boleh! Aku tak bawa baju.” Aku menolak permintaan Dona.

“Aku tak peduli. Baju aku ada.” Dona tetap mendesakku. Aku jadi serba-salah.

“Eh, kau... mana gambar yang aku suruh bawa tu?” Aku bertanyakan Dona tentang gambar-gambar percutian kami di kampung aku bulan lepas untuk mengubah topik bualan. Memang itulah tujuan kami bertemu sebenarnya. Aku mahu menyalin kesemua gambar itu ke dalam laptop aku untuk dibuat koleksi. Zaman sekarang, gambar-gambar aku hanya tersimpan dalam laptop sahaja. Tak perlu lagi dicetak seperti zaman aku bersekolah dahulu.

“Ya Allah! Aku lupa nak bawa thumb drive aku. Sorry!” Aku menarik muncung. Sudah berkali-kali aku minta tapi Dona selalu bagi alasan dia lupa.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:21 AM | Show all posts
Dona gadis kacukan India dan Cina. Dona bukan Islam tapi gaya bercakap persis perempuan Islam. Alhamdulillah, Insya-Allah, Ya Allah sudah sebati dalam dirinya. Sentiasa meniti di bibir tebalnya. Mungkin juga disebabkan dia selalu bercampur dengan orang Melayu terutamanya aku. Dia tiru habis kata-kata aku.

“Kau ni! Dah dekat sebulan aku tunggu tau!” Aku rasa kecewa sebab sudah lama aku mahukan gambar-gambar kami itu.

“Ala! Sorry lah... Aku lupa sangat sangat. Ha, apa kata hari ni kau tidur kat rumah aku?” Sekali lagi Dona membuat permintaan. Pandai sungguh Dona pujuk aku bermalam di rumahnya. Jangan jangan dia sengaja tak bawa thumb drivenya.

“Bolehlah, bolehlah!” Lenganku di rangkulnya sambil tangannya menarik-narik lenganku. Aku serba-salah.

“Kan aku dah kata aku tak bawa baju?”

“Hek eleh! Geli tau. Macam kau tak biasa pakai baju aku.” Dona mendesak lagi. Aku mengebam bibir. Aku tahu Dona mempunyai beberapa koleksi baju kurung yang kadang-kadang dipakainya ke sekolah. Malah di universiti pun Dona sering memakai baju kurung. Walau pun Dona lebih tinggi dan besar dari aku, tapi untuk baju kurung, tak apa pakai baju besar sedikit. Masih tak nampak gedoboh. Kainnya boleh aku lipatkan di bahagian pinggang. Aku sudah pernah berbuat demikian sebelum ini.

"Kalau tak nak pakai baju aku, aku basuhkan baju kau malam ni. Esok dah kering kau salin sebelum balik. Tapi kalau nak tidur tu, nak tak nak kau kena pakai t-shirt dengan track suit aku. Tak kanlah kau nak bogel pulak, kan?" Aku ketawa mendengar kata-kata Dona.

"Dah! Jom tidur rumah aku." Dona kemudiannya bangun lalu tangan aku ditariknya. Akhirnya aku akur juga sementelah esok aku juga bercuti tapi sengaja aku tak beritahu Dona sebab aku tahu akan dijadikan alasan kukuh oleh Dona. Namun nampaknya tak beritahu pun aku kalah juga.

Sejak tamat pengajian kami di universiti, aku amat jarang ke rumah Dona. Kalau tak silap aku sepanjang tempoh empat bulan aku bekerja ini, sekali sahaja aku bermalam di rumahnya. Bila Kak Syirah dapat tahu, macam nak rebeh telinga aku mendengar ceramahnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:26 AM | Show all posts
Kak Syirah tak suka aku bermalam di rumah Dona. Aku pun silap tak beritahunya atau hantar mesej yang aku tak balik rumah. Aku tak menyangka kedua teman serumah aku akan bising. Sangka aku, kami sudah besar panjang dan tahu buat hal masing-masing. Sekarang baru aku sedar kami sepatutnya mengambil berat di antara satu sama lain walau pun hanya teman serumah. Kami adalah satu keluarga kata Kak Syirah. Namun aku tahu itu bukan sebab utama mereka marah. Yang sebenarnya mereka, terutamanya Kak Syirah tak suka aku bermalam di rumah Dona yang bukan satu akidah dengan kami. Dan disebabkan itulah juga aku cuba mengelak sebaik mungkin untuk tidak bermalam di rumah Dona lagi.

**********

Rumah sewa, Kampung Baru.

Lili, aku bermalam di rumah Dona. Mesej pesanan ringkas dari Najiha dibacanya pada telefon bimbit.

Hmm... tinggal aku dengan Insyirah ajelah nampaknya malam ni. Lili yang sedang menonton televisyen merungut sendirian. Telefon bimbitnya diletakkannya kembali atas karpet di sebelahnya. Kemudian dia kembali menyambung rancangan televisyen yang ditontonnya.

Malamnya menjadi agak bosan bila Najiha tiada bersama. Siaran di televisyen pun macam tak menarik pada fikirannya. Walau pun Insyirah bersama, tapi Lili tak begitu seronok bersama Insyirah. Insyirah terlalu skema pada Lili. Orang alim dan warak tentunya tak pandai nak bergurau sangat. Tambahan umurnya yang sudah mencecah 28 tahun, mana reti nak bergurau macam gadis remaja. Nak cerita mengenai pak we, Insyirah nanti berleter kata tak baik keluar berdua-duaan tanpa mahram. Nak bergosip pasal artis, lagi panjang ceramahnya nanti.

“Jiha tak balik malam ni Lili?” Insyirah yang baru keluar dari biliknya bertanyakan Lili mengenai Najiha. Lili hanya menggeleng.

“Bermalam di rumah Dona lagi?” Lili hanya angguk bagi mengiakan soalan Insyirah.

“Jiha, Jiha... Akak dah beritahu dia jangan bermalam di rumah Dona, kenapa dia degil? Mereka bukan orang Islam. Tak kan itu pun tak boleh fikir?” Insyirah merengus kesal.

Last edited by ladyFinger12 on 20-2-2013 09:31 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2013 09:27 AM | Show all posts
Lili hanya menjadi pendengar. Lili juga hairan kenapa Jiha mahu bermalam di rumah Dona. Kut ya pun nak berziarah, tak perlulah sampai bermalam. Seperti Insyirah, dia juga tak setuju Najiha bermalam di rumah Dona kerana terang-terang ada berhala dalam rumah mereka. Lili menggeleng-geleng mengingatkan  hal itu.

Jam yang tergantung di ruang tamu baru menunjukkan pukul 10:00 malam. Kebosanan tanpa Najiha membuatkan mata Lili rasa cepat mengantuk. Siaran di televisyen pun dirasakan tidak menarik apabila Insyirah sudah menukarkannya ke siaran TV Al Hijrah kegemarannya itu. Hendak berborak dengan Insyirah, tak tahu apa isu yang hendak dibualkan.

Mengadap forum lagi baik, tutur Lili kepada dirinya sendiri. Lalu Lili bangun menuju ke biliknya.

**********

Rumah Dona, Gombak.

Mataku terpaku pada gambar dalam bingkai yang terletak atas meja tepi katil aku. Handsome! Hati kecilku memuji. Gambar itu masih setia di situ. Sebenarnya bukan di atas meja sahaja, malah ada dua lagi bingkai gambar yang memaparkan wajah jejaka kacak itu tergantung di dinding bilik yang aku tumpangi itu. Kedua-dua bingkai gambar itu awal-awal lagi sudah aku turunkan dan letakkan ke atas meja.

Setiap kali bermalam di rumah Dona, pasti bilik ini menjadi penginapan aku. Dan setiap kali itulah aku turunkan gambar-gambar si jejaka kacak itu dari dinding. Gambar-gambar itu aku letakkan atas meja tepi katil dengan posisi telungkup ke bawah. Bingkai gambar yang terletak atas meja itu kemudiannya aku terbalikkan juga. Aku tak selesa kerana aku merasakan seolah-olah lelaki dalam gambar itu sedang merenung aku.

Keluarga Dona sangat unik. Ibunya yang berkulit putih berasal dari keturunan Cina yang dibela oleh sebuah keluarga berketurunan Sri Lanka. Manakala bapa Dona berbangsa India jati. Anaknya pula.... sudah tentu cantik! Kulit iras-iras Melayu. Dona memang cantik dan abangnya kacak cuma kulit abangnya sedikit gelap tak macam Dona yang agak cerah walau pun tak seputih kulit ibunya. Tentu pakcik Balachandra juga kacak di zaman mudanya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:28 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 19-2-2013 04:50 PM
Tak apa nak perasan. bukan org nampak pun.

Cerita kali ini memang direka khas buat para pemb ...
TAPI nicki the cat... hang dok jauh2. Hang dah enterprem dlm YM. Cukup2 naaa! Raf dan Rara juga duduk diam2. Pi letupkan diri dulu lepas tu jaga baby elok elok...  

Ala... setakat interprem watak kucing kesayangan si freddie tu apalah sangat... Fredidie kata okay je....(Fred! Hang jangan nak bangkang. Cheq babab karang! )

Mode: Gila glamerrrr....


Cheq rasa Raff dah bersalin takpun tunggu hari kot...

Anyway... Salam ollsss....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2013 09:28 AM | Show all posts
Dari segi amalan spiritual pula, bapa Dona penganut Hindu yang taat. Dalam bilik khas mereka ada patung sembahan. Anehnya ibu Dona menganuti agama Buddha. Dona pula... rojak! Dua-dua perayaan dia sambut. Secara zahirnya Dona nampak cenderung kepada Islam. Mana taknya di zaman sekolah dulu Dona bercinta dengan Badrul, yang dikenalinya di kelas tuisyen. Tapi sayang sudah putus selepas Badrul melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak di tahun akhir pengajian kami, Dona mula meminati Fahmi. Cuma Fahmi sahaja yang masih tidak tahu tentang perasaan Dona.

TOK! TOK! TOK! Kedengaran bunyi ketukan pintu bilik. Aku segera memakai tudung. Walau pun Dona sama jantina dengan aku, tapi Dona bukan perempuan Islam. Aurat aku dengan Dona sama seperti aurat aku dengan lelaki ajnabi. Dona pun faham, sebab itu dia tak pernah menerjah ke bilik aku walau pun secara dasarnya ini rumah dia.

Usai mengenakan tudung, aku segera membuka pintu. Dona tercegat di luar. Bibirnya menggaris seulas senyuman manis. “Kau dah nak tidur ke? Aku nak kacau kau boleh?” Soal Dona. Aku hanya tersengih. Aku tahu apa yang dimahukan oleh Dona.

“Mestilah boleh. Bukan itu tujuan kau suruh aku bermalam kat rumah kau?” Aku menyindir sinis. Dona hanya tertawa. Dia segera melangkah masuk ke bilik aku. Errr... bilik abangnya yang dah jadi macam bilik aku pula.

Dona tersengih sahaja apabila melihat semua gambar abangnya aku terbalikkan. Dia amat memahami aku. Sebelum aku meninggalkan rumah Dona, aku akan memastikan semuanya kembali normal. Maksud aku, gambar-gambar si jejaka yang langsung tak pernah aku temui itu aku akan letakkan kembali ke posisi asal.

“Kau jangan kecil hati ya, Dona. Aku seramlah... Aku rasa macam abang kau sedang tengok aku.   Malu aku nak salin baju.” Begitulah alasan aku pada kali pertama aku tidur di bilik kepunyaan abangnya itu. Dona hanya tertawa mendengar alasan aku. Pada mulanya aku berat hati untuk tidur di situ. Buatnya mamat tu balik, mati aku. Namun setelah diyakinkan kepada aku bahawa abangnya tidak berada di Malaysia barulah aku berani.

“Abang aku tu... dah lama tak balik. Kesian amma aku.” Dona melabuhkan duduknya ke atas katil. Aku mengekori lalu duduk di sebelahnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:37 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-2-2013 09:28 AM
Ala... setakat interprem watak kucing kesayangan si freddie tu apalah sangat... Fredidie kata ok ...

Nak enterprem jugak.... Tak pe, kita AFUNDI masuk nicki the cat..

Gepren, on a serious note... boleh saja jika mahu menjadi music director. Amat dialu2kan



ps: raf bila due ek?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:38 AM | Show all posts
“Tiap-tiap hari amma aku bersihkan bilik ni. Pada hal mana ada sesiapa pun tidur kat sini.” Dona tertawa kecil.

“Amma kau rindu kat abang kau lah tu.”

“Mahu tak rindu? Dah tiga tahun kau! Abang aku ni pun satu.... Tak reti reti nak balik. Kut dah ada awek orang putih sekali pun, baliklah jengah amma aku, kan?” Dona komplen mengenai sikap abangnya.

Menurut Dona selepas menamatkan pengajiannya di Amerika, abangnya terus bekerja di sana sebagai pengaturcara komputer. Abangnya itu pakar dalam komputer. Sekarang sudah hampir lapan tahun dia menetap di Amerika. Dalam tempoh itu adalah juga dia pulang sekali-sekala. Tapi sekarang ini sudah tiga tahun, sekali pun tak pernah pulang. Sibuk dengan kerja alasannya. Jadi mereka sekeluarga cuma berkomunikasi melalui internet. Melepaskan rindu dendam di Skype.

“Fahmi apa cerita?” Soal Dona. Aku mengukirkan senyuman.

“Aku dah agak dah.... Ini lah sebabnya kau beria-ia sangat nak aku bermalam kat rumah kau, kan?” Dona mengekek tertawa.

“Kenapa kau tak call dia sendiri bertanya khabar?” Soal aku.

“Aku malu lah.”

“Lah.... kenapa nak malu? Kita bertiga kan kawan sejak di universiti?”

“Itu aku tahu... Tapi sekarang aku rasa malu. Aku bukan saja malu, malah aku takut kalau dia tahu aku suka kat dia.”

Wajah Dona yang mula muram itu aku tatap. “Kalau kau malu, macam mana dia nak tahu kau suka kan dia?”

“Sebab tu lah aku perlukan kau. Aku nak kau tolong aku, Jiha. Please!”

Aku menggaris senyuman lagi. “Mestilah aku akan tolong kau. Kau kan kawan aku?”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:38 AM | Show all posts
“Terima kasih Jiha. Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Aku tersenyum. Nak tergelak aku mendengar kata-kata Dona. Alangkah baiknya kalau Dona seorang Islam. Barulah kita boleh bersahabat dunia dan akhirat. Hati kecilku berbisik. Atau... mungkinkah Fahmi adalah lorong cahaya buat Dona? Alangkah bertuahnya jika ia begitu.

“Cuma aku nak kan kepastian, kau ni betul betul ke suka kan Fahmi? Ammi dan appa kau macam mana? Kita bukan zaman sekolah lagi tau. Kalau suka, tentu ada niat nak hidup bersama, kan?” Aku cuba mencungkil sejauh mana minat Dona terhadap Fahmi.

“Mestilah! Aku bukan main-main. Kalau boleh memang aku nak hidup dengan dia. Jadi isteri dan ibu kepada anak-anak Fahmi.” Dona menyatakan hasrat hatinya kepada aku. Aku tersenyum.

“Wah! Kemain lagi kau, ya? Dah pasang angan-angan nak jadi ibu tuuu!”

Dona cubit lengan aku. “Kau... tadi kau tanya, aku cakaplah. Janganlah ejek aku.” Dona tersipu malu.

“Tak lah... aku tak ejek kau. Aku pun suka kalau kau dengan Fahmi.” Mahu aku tak suka? Fahmi bukan sekadar lelaki Melayu biasa. Fahmi agak kuat juga pegangan agamanya. Bertuahnya kalau Dona berkahwin dengan Fahmi. Sudah lama aku mengharapkan Dona menjadi seorang Islam.

**********

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:39 AM | Show all posts
“Lain kali datang lagi Jiha.” Tutur pakcik Bala, sebelum aku balik pada petang itu. Teksi yang aku panggil tadi sudah pun sampai di perkarangan rumah Dona.

“Insya-Allah, uncle. Uncle dengan auntie pun sekali-sekala jomlah datang ke kampung saya pula. Boleh tengok sawah padi dan memancing ikan di tali air.” Aku membalas ramah. Pakcik Bala dan makcik Anushia yang kupanggil auntie Anu hanya tertawa.

“Ya lah Jiha. Kami pun sudah lama tak berjumpa sejak mak dan ayah Jiha pindah balik kampung,” tutur makcik Anushia, emak Dona.

“Ha! Sebab tu lah auntie dan uncle kena datang kampung.” Aku tertawa mengusik mereka. Keduanya pun turut tertawa.
Beberapa tahun dahulu emak dan ayah aku pernah bersua dua kali dengan emak dan ayah Dona. Kali pertama ketika emak dan ayah Dona bertandang ke rumah kami di majlis hari raya puasa. Kali keduanya ketika kami mengambil keputusan peperiksaan STPM di sekolah. Semasa aku di tahun 1 pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, ayah pencen. Emak dan ayah kembali ke kampung di Sekinchan. Tinggallah aku sendirian di perantauan menimba ilmu. Dan kini aku sudah pun bekerja dan masih sendirian di rantauan.

Usai bersalaman, aku pun memasuki perut teksi untuk pulang ke rumah sewa ku. Sungguh aku seronok bersama keluarga Dona. Walau pun kami berlainan agama, semangat muhibbah antara kami sungguh tinggi. Kami sangat akrab. Jauh di sudut hatiku bukan sekadar mengharapkan persahabatan kami kekal, malah aku menaruh harapan yang lebih besar dari itu..... Alangkah bahagianya jika Dona sekeluarga mendapat hidayah dari-Nya. Atau setidak-tidaknya Dona yang kukasihi sebagai sahabat dapat menuturkan dua kalimah syahadah yang agung.

**********


okeh... satu bab sudah ditepek. Happy reading!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-2-2013 09:28 AM
Ala... setakat interprem watak kucing kesayangan si freddie tu apalah sangat... Fredidie kata ok ...

Sebab kan cheq ni baik hati.Cheq bagi je laa. Nicki the cat menyibuk.
maklumla gila glamerr



tapi jangan nak overshadow cheqqqq
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 10:39 AM | Show all posts
Huhu...chek-in dulu...nnt karang baru baca....

Tajuk yg sgt bermakna...Mengguyur maknanya menyiram...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 10:43 AM | Show all posts


yeaayy....ada sambungan...

(saja nak mencelah..padahal blm baca dgn teliti dari mula pun..)

novel lady ni kena rempit sb mmg setiap hari akan ada n3 kan lady..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 11:02 AM | Show all posts
freddianza posted on 20-2-2013 09:57 AM
Sebab kan cheq ni baik hati.Cheq bagi je laa. Nicki the cat menyibuk.
maklumla gila glamerr

Nicki The cat memang suka gila glamer....

Lady - MD at your service gitewww...
Last edited by Nicki_Meow on 20-2-2013 11:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 12:40 PM | Show all posts
waahhhhhh ada citer baru!!!!!

@ladyFinger12  nk tanya la... ya maulana di bukukan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 02:48 PM | Show all posts
salam lady n friends...
check in huhu... sudah masuk page 3
tajuk sudah gempak...pasti ceritanya juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 03:23 PM | Show all posts
tehlaut posted on 20-2-2013 12:40 PM
waahhhhhh ada citer baru!!!!!

@ladyFinger12  nk tanya la... ya maulana di bukukan tak?

Oh, ada baca YM naa? Tq..  Lady dah hantaq kat penerbit. Depa kata dah selesai proses penilaian tapi depa belum habaq lagi dicetak atau tidak. Ada rezki ade lerrr.... Tak dak rezki kalu, hangpa cetak sendiri



Cik Lowgill, thanks kerana terus memberi sokongan. Tak tahu ler gempak ke idak citer ni..

Kalau si fred Kougar gempaq, gempaq lah kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.094492 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list