|
kupay posted on 10-10-2012 03:40 PM
sellie003,
terima kasih sebab selalu singgah sini...otak tgh lemau sikit...tp akan cuba up sumti ...
Sama2.... citer dah menarik...selalu singgah sini sbb suka baca2 bg ilang stress...
Xpe kupay...slow2 ok...kekdg baca karya org lain...kot2 boleh dtg idea...bukan meniru just bila baca karya org lain tuptup kita dah ada idea utk jaln citer kita sendiri...
Keep it up....
|
|
|
|
|
|
|
|
kita harap kupay akan sentiasa update supaya tak lupa.... sebb ni pun kena baca dari mula balik huhuhuhuhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 11-10-2012 02:05 PM
Sama2.... citer dah menarik...selalu singgah sini sbb suka baca2 bg ilang stress...
Xpe kupay.. ...
sellie003,
terima kasih sekali lg...bg support n idea pada sy...mmg kdg2 tu baca cerita org lain, dpt idea utk cerita kt...
terima kasih jgk selalu jenguk sini... |
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 11-10-2012 02:33 PM
kita harap kupay akan sentiasa update supaya tak lupa.... sebb ni pun kena baca dari mula balik huhu ...
hi redsentra...
terima kasih sudi baca...saya akan cuba update selalu..sorry klu sentra kene dok mengulang jer... |
|
|
|
|
|
|
|
kupay posted on 11-10-2012 05:06 PM
hi redsentra...
terima kasih sudi baca...saya akan cuba update selalu..sorry klu sentra kene do ...
ok kupay.....best of luck....semoga sentiasa ada idea yg mencurah2 untuk bacaan kami semua ..
Tq in advance |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih untuk kawan-kawan yang bagi support...
Aku hanya memesan capati kosong dan teh ’o’ limau panas untuk breakfast pagi itu. En Azlan pula memesan roti bakar, telur separuh masak dan teh tarik. Aku hanya berdiam diri. Tidak tahu topik apa yang ingin dibualkan.
”Are you ok Sofea? Awak tak selesa ke dengan saya?” Tegur En Azlan sambil merenung tepat ke arah mata Sofea. Ada senyuman juga bersama lirikan matanya itu.
”Saya tak apa-apa. Cumaa...Saya rasa segan sikit dengan En Azlan,” aku akhirnya berterus terang tentang perasaanku yang gemuruh itu.
”Awak tak payah la nak segan dengan saya. Di luar ofis, awak boleh anggap saya sebagai seorang kawan. Awak boleh panggil saya Azlan.” Tambahnya lagi. Senyuman masih terukir di bibir lelaki itu.
Sofea hanya mengangguk. Rasanya sudah lama dia tidak keluar dengan mana-mana lelaki. Dia lebih selesa keluar bersendirian melainkan ada urusan kerja. Itu memang tidak dapat dielakkannya.
Aku lebih banyak mendengar dari bersuara. Ternyata En Azlan nampak lebih relaks dan santai ketika di luar. Ada saja lawak jenaka yang cuba disampaikannya.
Perasaan gemuruh tadi mula beransur pergi. Aku mula rasa selesa dengan En Azlan. Namun aku harus sentiasa ingat, dia tetap seorang majikanku dan dia tetap satu ofis denganku. Dari dulu lagi aku sentiasa dan cuba mengelak untuk mempunyai sebarang hubungan dengan orang yang bekerja denganku.
”Sikitnya awak makan Sofea, cukup ke sekeping capati jer?” En Azlan menegurku sebak saja aku menghabiskan cebisan capati yang terakhir.
”Cukup dah ni. Saya dah biasa makan macam ni. I didn’t take heavy breakfast after workout.”
”Ye tak ya jugak. Penat-penat pergi jogging, then boleh pulak bantai roti canai, nasi lemak. Nasib saya pun tak melantak nasi lemak jugak tadi,” tawa En Azlan sambil menolak pinggan-pinggan kosong di hadapannya. Dia meneguk saki baki teh tarik yang masih tinggal.
Aku merenung jam di tangan, menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Tak terasa masa berlalu. Lambatlah aku nak window shopping nampaknya, rungutku di dalam hati.
En Azlan menyedari kegelisahanku.”Awak ada date ke hari ni Sofea?” Dia sengaja serkap jarang pada Sofea.
Mata Sofea mencerlung ke arah majikannya itu sambil menjawab,”Eh, takdelah. Tak mainlah date-date ni.”
”Kalau awak takde apa-apa, saya ingat nak ajak awak temankan saya hari ni. Nak cari hadiah untuk anak buah saya. Jangan salah faham, saya tak memaksa awak.” Dari riak wajahnya itu, aku tahu dia bersungguh-sungguh mahu aku menemaninya. Aku pula tiada alasan yang kukuh untuk menolak. Takut terkantoi sendiri.
Aku pula hanya mendiamkan diri hingga ke kereta. Dia masih bersabar menunggu jawapanku.
”Kalau awak busy, tak ape Sofea. Jangan rasa serba salah,” tambah En Azlan lagi.
”Saya memang ingat nak keluar hari ni. Cuma tak tau nak ke mana.” Kataku lambat-lambat sambil merenung matanya.
”So, saya anggap awak sudi temankan saya sekali lagi untuk hari ni,” En Azlan begitu bersemangat mendengar jawapanku sebentar tadi.
”I fetch you at home?” Soalnya lagi.
Aku cuma menggeleng-gelengkan kepalaku. ”I think no need. Maybe I just park somewhere and we meet there.” Laju bibirku memberi arahan. Macam aku pulak boss, cewah...Berangan seh!!
”Are you sure? Saya yang ajak awak, so saya yang patut jemput awak dari depan pintu.” Beria-ia benar dia ingin menjemputku di rumah. Belum sampai limit untuk membenarkan bossnya menjengah di mana dia tinggal. Itu harus dielakkan sama sekali.
”Tak apa, tak payah susah-susah. I can go by my own. Nanti saya SMS kat mana nak jumpa ye. Sejam lagi boleh?”
”Sure. Jumpa lagi sejam.” Balasnya kembali. Aku hanya mengangguk mengiyakan pesananku tadi.
Last edited by kupay on 12-10-2012 04:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
en azlan pasang perangkap huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
aik! dah jatuh cinta ke EN. AZLAN... |
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 12-10-2012 04:06 PM
en azlan pasang perangkap huhuhuhuhu
bahayakan lelaki ni...
takut die mintak balasan pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas posted on 12-10-2012 04:10 PM
aik! dah jatuh cinta ke EN. AZLAN...
hi shahrinas...
thanks for drop by.
xtaulah suke ke idok nnt...
|
|
|
|
|
|
|
|
ala....kasi la panjang skit...heeee |
|
|
|
|
|
|
|
kupay posted on 12-10-2012 04:00 PM
terima kasih untuk kawan-kawan yang bagi support...
Aku hanya memesan capati kosong dan te ...
Habislah sofea...en azlan ada munga2 nak ngorat tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 15-10-2012 03:30 PM
Habislah sofea...en azlan ada munga2 nak ngorat tuh...
gatai kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kupay posted on 15-10-2012 04:25 PM
gatai kan?
Gatai ke en. azlan? xpe sofea boleh garukan...garu dgn garfu....huhu....
Nak lagi n3....
Err...sebenarnya... siapa hero dlm citer nih en. azlan ke farid?
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 16-10-2012 07:40 AM
Gatai ke en. azlan? xpe sofea boleh garukan...garu dgn garfu....huhu....
Nak lagi n3....
sellie003,
itu kene sabar...hehehe...lately ni busy bebenor...smlm terlupe bwk blk thumbdrive pulak...
Last edited by kupay on 16-10-2012 04:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak vote Farid jadi hero boleh? Macam tak berkenan je dgn Incek Azlan... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...maaflah kalau kawan-kawan kat sini tertggu2...
terima kasih sebab sudi support sy...
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, otakku tak habis-habis berfikir. Betulkah keputusanku bersetuju untuk menemani majikanku itu? Tapi apa pilihan yang ku ada? Nak cancel tiba-tiba? Apa pulak kata orang nanti.Nak jadi orang munafik? Pergi ajelah. Hampir 20 minit berlalu. Akhirnya Sofea mencapai tuala dan bergegas ke bilik air.
Nak pakai baju apa pulak ni? Seganlah pulak kalau aku nak pakai baju fancy-fancy keluar dengan bos sendiri. Nanti dia ingat aku nak tackle dia pulak.
Sofea menarik nafas dalam-dalam. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Just be yourself Sofea. That will make you comfortable. Bisik suara hatinya.
Sofea memilih kemeja kotak-kotak berwarna biru dan purple, dipadankan pula dengan jeans Levis berwarna biru gelap. Kemeja tadi dipadankan pula dengan shawl warna senada. Diolesnya sedikit moisturizer,foundation, eye liner dan bedak compact ke wajahnya. Tak lupa juga secalit gincu dibibir mungilnya, mungillah sangat. Setelah berpuas hati melihat penampilannya di depan cermin, dia tampil lebih yakin untuk keluar bersama En Azlan.
Penampilan Sofea cukup simple pada hari itu, namun sudah memadai. Sofea menyarung sneakers Nike kegemarannya dan segera masuk ke dalam kereta. Dia sempat menjeling jam di tangannya.
Sofea memarkir keretanya di tempat yang disediakan. Dia rasa sedikit lega kerana sangkanya dia datang lebih awal dari bosnya itu. Wahai hati, tolonglah jangan berdebar sangat. Relaks-relaks sudah. Kau bukan nak pergi date pun. Cuma nak teman orang jer. Tak payah la nak nervous sangat. Sofea mengomel sendirian di dalam kereta. En Azlan pula sudah lama memerhatikan Sofea dari parkir sebelah. Dia sengaja mahu melihat reaksi staff bawahannya itu.
Dari pemerhatiannya, Sofea berubah mengikut keadaan. Dari segi kerja, Sofea sangat tekun dan tampil begitu yakin. Mungkin kerana dia sudah membuat persediaan yang cukup. Sejak dia cuba mengenali Sofea lebih rapat, dia menyedari sifat Sofea yang sedikit panik dan gelabah bila diusik atau disergah tiba-tiba. Tingkah laku Sofea itu kadangkalanya nampak lucu pada pandangan matanya.
Dia yakin Sofea tidak menyedari kehadirannya. Dia meminjam kereta ayahnya kerana keretanya di’block’ sebentar tadi. Dia nampak kelibat Sofea yang seolah-olah bercakap sendirian di dalam kereta. Inilah masanya untuk mengejutkan Sofea sekali lagi.
Dia keluar dari keretanya perlahan-lahan dan berjalan menuju ke arah Sofea. Dia mengetuk cermin kereta Sofea dengan kuat. Sofea yang sedang berangan entah ke mana ternyata terperanjat melihat kehadirannya. Sofea segera menurunkan cermin keretanya.
”Jom, naik kereta saya. Kat sebelah ni jer.” Tanpa sempat Sofea menyapa, dia terlebih dahulu bersuara.
Sofea terkocoh-kocoh mengambil beg tangannya dan segera mengikut langkah bosnya itu sebaik dia menyedari kelewatannya sebentar tadi.
”En Azlan, saya mintak maaf sebab terlambat tadi. Saya ingat En Azlan tak sampai lagi,” aku bersungguh-sungguh memohon maaf atas kelewatanku.
”Sofea, remember. Don’t call me En Azlan. Just call me Lan or Azlan. You just come on time. Don’t worry so much.”
”I’m sorry again.” Haish, kene marah lagi sebab terpanggil Encik.
”Lucu jugak ye tengok awak mengomel sorang-sorang dalam kereta. Marahkan saya ke Sofea?”
Alamak!!!Dia perhatikan aku lagi ke? Aku memang tak perasan kereta sebelah aku ni ada orang. Maklumlah cermin tu gelap sangat. Lepas tu pandai pulak dia tukar-tukar kereta. Sengaja lah tu nak kantoikan aku.
”Mane ade saya marah. Saya risau saya sampai lambat tadi. Takut you tunggu lama pulak,” aku menukar panggilan En Azlan itu kepada ”you”.
”Saya pun baru sampai beberapa minit sebelum awak tadi. Lain kali, jangan lupa tengok kanan kiri kalau parking kereta tu. Nasib saya kat sebelah awak, kalau orang jahat macam mana?” Sempat lagi dia membebel padaku.
”Tambah-tambah kalau nampak gadis cantik dalam kereta.” Tambahnya lagi tiba-tiba.
”Hish, mane ade ni. Ke situ pulak. Saya selalu tengok keadaan sekelling. Hari ni jer tak sempat.” Berani pulak aku menjawab. Dah kene rasuk hantu agaknya. Selama ni aku malu-malu, takut-takut. Tetiba boleh jadi berani pulak.
”Tapi Sofea, awak memang nampak cantik hari ni. Simple.”
Sofea memang berbeza dengan bekas-bekas kekasihnya. Dulu memang menjadi kepantangannya mencari awek bertudung. Bukan calang-calang perempuan yang mendampinginya. Boleh dikatakan semuanya hot. Tapi sampai bila dia harus begitu. Dia mula berubah sejak menunaikan ibadah Umrah setahun yang lalu. Bukan rupa, pangkat atau harta yang dicarinya. Pegangan agama dan keserasian menjadi pilihannya kini. Itulah yang paling penting.
Sofea, jangan senang termakan dengan ayat-ayat manis lelaki ni. Aku mengingatkan diriku sendiri.
Suasana yang tadinya ceria, berubah menjadi diam. Aku hanya memerhati keadaan sekeliling, melihat kereta yang bersimpang siur. En Azlan pula asyik dengan dunianya sendiri.
”Sofea, I forget to ask you. Kita nak ke mana ni?”
”Saya cuma mengikut jer. Tak kisahla mana-mana shopping complex you nak pergi.”
”Kalau Mid Valley ok tak?”
”I don’t mind. Ok jer,” balasku ringkas. En Azlan segera memecut kereta BMWnya laju di atas jalan raya.
p/s: kalau alignment tu lari, saya mintak maaf yer...susah nak edit paragraph kat page ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 16-10-2012 04:56 PM
Nak vote Farid jadi hero boleh? Macam tak berkenan je dgn Incek Azlan...
voting di buka...
korang boleh tengok potential sape yang paling layak jadi hero...hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
en azlan jadi 2nd hero je la |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|