CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MamaMima711

Thread LUAHAN vol 2: NO quote/reply dlm terang/gelap [penalty-497]

   Close [Copy link]
Post time 11-5-2012 10:16 PM | Show all posts
bila usia semakin tua
lebih banyak kematian dilawati dari menghadirkan diri
ke majlis perkahwinan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2012 10:26 PM | Show all posts
Redup suram berlalu pergi...bagai ditiup angin lalu...
Tanpa sedar, biarkan ia berlalu...untuk sebuah kebahagiaan, terpaksa mengalah...
Ego tinggi melangit, tanpa ada rasa bersalah atau cuba mencari dimana silap sendiri...
Dulu, kini dan selamanya....sama sahaja, ia terus berlalu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 01:25 AM | Show all posts
12/5/12...cantik gak date arini
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 03:52 AM | Show all posts
stress gile ak ni, ko buat sikit kt ak,sratus kali ak buley buat kt ko okay.. Ak mmg mls cari gado, tp dh ko yg start, silap org lah wey, vongox..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 08:43 AM | Show all posts
menyesal pegi cinema tenguk cita dark shadows, ingatkan
lawak rupanya tidak, jalan cita membosankan betul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 08:52 AM | Show all posts
Bagusnya mod kali ini lebih tegas ... hari tu aku tanya naper ada orang borak2 quote dlm thread mcm ni, sambedi kata aku ni sapa nak mempersoalkan tindak tanduk depa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2012 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by Tongny at 12-5-2012 09:34

Moderator yang tegas memang akan menghasilkan suasana yang lebih berdisiplin dan teratur, tetapi jika komuniti yang dipantau dalam sesuatu organisasi itu merasakan yang moderator itu tidak adil sepenuhnya, maka akan timbul perasaan tidak puas hati, dendam mendendami dan suasana komuniti yang penuh syak wasangka dan tidak tenteram.

Juga perlu diingat, mungkin terdapat juga beberapa kelompok dalam kalangan komuniti tersebut yang bersifat anti-establishment. Mereka ini jenis yang rebel, suka memberontak dan tidak akan dengan sewenang-wenangnya menurut arahan pihak pentadbiran jika mereka merasakan yang arahan itu tidak dapat dijustifikasikan dengan betul. Sesetengah daripada mereka pula suka mencari keseronokan kendiri hasil daripada aktivit memberontak terhadap pihak pentadbiran. Always proud to die for a noble cause, inilah motto yang sering dilaungkan oleh mereka.

Apa-apa pun, kepada barisan pihak pentadbiran yang terlibat, harus diingatkan agar menjadikan garis panduan yang diwariskan oleh pemimpin terulung kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai uswatun hasanah yang perlu diamalkan. Strict but fair towards all, inilah antara motto pihak pentadbir yang cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 09:37 AM | Show all posts
Ciri-ciri kepimpinan yang baik

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:

1. Mentaliti

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan

Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
Sikap positif dan terbuka.
Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti

Mempunyai disiplin diri yang unggul.
Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya.
Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2012 11:09 AM | Show all posts
Perang dingin semalam bersambung ke hari ni.. DI sebab aku malas nak pikir banyak, aku nak bawak anak aku jalan-jalan berdua.. yang ko pulak, do what ever you wanna do.. Like I care???
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 11:16 AM | Show all posts
tiap kali bukak forum, fb...iklan zalora ni menggoda betul lah..kasut2 dia boleh tahan cun jugak..tapi peel aku memang tak pernah beli barang online..
macam tak puas tak dapat belek bnyk2 kali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 11:23 AM | Show all posts

Thread Luahan Rasa vol 2: hepi, marah, geram & sakit hati lepaskan di sini [

Tgh ber LADAP..lum abis ni.naik kebas dah montot..byk la keje rumah x setel dek berjimba2 last wiken..mesin basuh masih x elok,lampu dapur dh out terus,fius terbakar.adesss...serabut rasa


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 11:45 AM | Show all posts
depan org, cam baik2 jer, pijak rumput cam kena x kena jerk. bg nasihat bagai. dibelakang.... molot cam pu-a-ka. sayang kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 07:38 PM | Show all posts
Penat! Bila nak reda ni...? Cer sejukkan hati ni skit...tadok perasaan keerrr...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 07:44 PM | Show all posts
seronoknya ada org ber Spa sempena hari ibu..
dah berkurun tak manjakan diri camtu..mana de masa, komitmen banyak.
'manjakan diri' kat gym Rockafella aje la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 07:52 PM | Show all posts
Adik nak berhenti keja pulak baru seminggu keja da nak berhenti... Adeehhh masih terbawak bawak sikap majlis bandaraya masa prektikel.. Ko keja kat swasta memang la semua nak kena cepat. Takde nak tunggu tunggu de... Kakak dia yang susah hati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 08:21 PM | Show all posts
sometimes ur bff can be ur worst enemy!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2012 09:36 PM | Show all posts
..i'm coming home....i'm coming home....tell the world i'm coming hoooooooooooomeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 09:48 PM | Show all posts
panas betul cuaca sekrg ni. ntah brp gelen air aku minum hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 10:59 AM | Show all posts
Lama dah tak manja2 kan badan ni...nak ber'spa' plak lh...
Tgok ada offer menarik dlm groupon, apa lagi...rembat 1.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 11:19 AM | Show all posts
selamat hari ibu mak...i love u so much..dulu masa muda slalu bertekak ngan mak ala2 love hate relationship..meningkat besar aku sedar betapa sygnyer mak kat aku,i love u...moga ibu dan bapa ku dipanjangkan umur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.968428 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list