CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vanilacup

Hukum sebenar ASB

[Copy link]
Post time 12-4-2012 07:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-4-2012 20:00
Reply  blastoff


  off topic sikit.. nak tanya, macam mana pulak dgn peraduan2 contohnya peraduan maggi tu? nak masuk peraduan, kena beli maggi dan sertakan plastik pembalut maggi tu.. tu judi jugak ke? macam mana plak dgn peraduan2 kat pasaraya tu? (contohnya, spend more than rm100, boleh sertai peraduan..)manganini Post at 12-4-2012 02:35


Soaljawab bawah ni boleh merungkai persoalan yang kau timbulkan ini kerana ia sama dari segi konsepnya walaupun barangan nya berbeza .




Di ambil dari link ini  http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=38281





salam,

saya musykil dengan peraduan power root seperti yg dapat dilihat di kaca tv. dgn ganjaran wang tunai berjuta ringgit.

apakah hukumnya seseorang yang membeli pelbagai produk power root dlm jumlah yg besar dgn harapan agar mendapat ganjaran yang ditawarkan.

jkk


-------------------------------------------------------


Assalamualaikum,

Bentuk hadiah atau ganjaran yang dijalankan oleh syarikat power root ialah syarikat tersebut meletakkan hadiah berbentuk wang (sijil premium antaranya bernilai RM 1 juta) pada sesetengah tin minumannya sahaja. Tujuannya hanyalah satu iaitu menarik lebih ramai pelanggan supaya membeli produk mereka.

Dari segi takhrij fiqhi (penyesuaian bentuk transaksi demikian dengan muamalat dalm fiqh) boleh kita katakan bahawa jenis hadiah atau ganjaran wang yang ditawarkan ialah berbentuk hibah.

Natijah daripada takhrij fiqhi ini, maka hukum hibah ini adalah HARAM kerana :

1.        Termasuk dalam al-maysir dan al-gharar. Al-Maysir ialah perjudian yang diharamkan oleh Allah Taala. Hal ini kerana pembeli produk tersebut membelanjakan wang ringgitnya untuk membeli produk sedemikian berada dalam dua keadaan, :
-        sama ada boleh mendapat hadiah sjil premium tersebut maka ia mendapat untung lebih, dan
-        boleh jadi ia tidak akan mendapat hadiah berkenaan maka ia akan rugi.

Kekeliruan yang timbul :
Mungkin ada yang mengatakan bentuk urusniaga seperti ini tidak termasuk dalam al-maysir (judi). Ini kerana pembeli mungkin akan mendapat untung jika mendapat hadiah dan produk, dan mungkin juga ia masih selamat (walaupun tidak dapat untung) kerana ini mendapat produk yang dibeli.

JAWAPAN :
Kita tidak menerima kekeliruan berkenaan, kerana kebiasaan atau ghalibnya, orang yang membeli produk ini, yang utama bagi mereka ialah menghendaki hadiah wang tersebut. Terutamanya hadiah wang ringgit itu sangat lumayan. Maka pembeli berada dalam keadaan  :
-        sama ada untung; atau
-        rugi
Hal ini kerana realitinya, kehilangan hadiah tersebut adalah satu kerugian sekalipun ia mendapat sebahagian matlamat pembeliannya (iaitu barangan).

Namun, katakan kita menerima bahawa ia bukan termasuk dalam al-maysir. Tetapi ia masih dalam salah satu antara tiga sebab mengapa diharamkan :
1)        Penyerupaan dengan al-maysir.

2)        Keharusan bentuk urusniaga seperti ini merupakan zari’ah (jalan) kepada terjatuh dalam al-maysir. Dari segi kaedah usuliyyah mesti ditutup jalan tersebut (sad al-zari’ah).

3)        Jual beli ini termasuk dalam bay al-gharar. Pembeli tidak mengetahui apakah yang akan diperolehi selepas transaksi yang dijalankan. Adakah barangan sahaja atau barangan dan hadiah wang sekaligus? Ini serupa dengan bay al-hasat, al-mulamasah, al-munabazah yang dilarang.

Selain itu, bentuk hadiah seperti ini juga menyebabkan ramai manusia akan tertipu dengan membeli barangan lebih daripada keperluan dan hajat mereka. Tujuannya semata-mata kerana ingin memenangi hadiah wang ringgit tersebut.  Maka ini tidak diharuskan kerana wujud elemen taghrir atau penipuan terhadap orang ramai. Ia juga mengandungi unsur pembaziran yang melampaui batas dan mensia-siakan hartabenda.

Nasihat kami, tidak perlu lah menyertai peraduan seperti ini.

Wallahualam

RUJUKAN :

Al-Hawafiz al-Tijariyyah al-Taswiqiyyah oleh Sheikh Khalid bin Abdullah al-Muslih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 08:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-4-2012 22:53
satu lagi.. macam mana kalau dalam ASB tu ada agak banyakla jugak duit. dan duit tu semua campur2 halal dan haram.. means duit gaji, duit pemberian makbapak, duit dividen etc pendek kata dah tak ingat dah berapa duit pokok dan berapa duit dividen dalam tu..

soalannya, macam mana nak "bersihkan" duit tu kalau saya decide nak pindahkan semuanya ke tabung haji? tabung haji berapa maksimum duit boleh masuk situ?manganini Post at 12-4-2012 02:46

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa harta yang diperolehi secara haram seperti harta riba berubah menjadi halal dan tidak perlu dipulangkan semula kepada tuannya dan tidak wajib disedekahkan selepas bertaubat, sekalipun harta itu jelas berada di tangannya pada waktu itu. Antara yang berpendapat demikian ialah Imam Ibnu Qayyim dan Imam Ibnu Taimiyyah.

Di dalam kitab Tafsir Ayat Usykilat, Ibnu Taimiyah berkata :"Kadang-kadang orang Islam memperoleh (harta yang haram) sedangkan dia mengetahui bahawa ia adalah haram." Beliau turut memberikan pandangan bahawa orang Islam boleh memiliki harta haram selepas bertaubat : "Orang kafir yang masuk Islam dan bertaubat boleh memiliki harta yang haram. Oleh itu, orang Islam lebih utama untuk memilikinya (harta haram)."

Al-Quran memberikan petunjuk ke arah ini dengan firmanNya yang bermaksud : “Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya”.

Ayat ini umum merangkumi semua manusia yang telah mendapat peringatan daripada Tuhannya dan Allah memberikan hak pemilikan kepadanya apa yang (diperoleh olehnya) pada masa lalu. Di antara dalil yang menunjukkan bahawa (maksud ayat ini) juga (sabit dan) merangkumi orang Islam (dan bukan sahaja orang bukan Islam) ialah ayat selepas itu yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu”.

(Dalam ayat ini)  Allah memerintahkan supaya tidak menuntut saki baki riba (yang ada di tangan penghutang) dan ayat ini tidak memerintahkan supaya memulangkan apa yang telah diperoleh.

Dalil yang menunjukkan bahawa perolehan lepas adalah miliknya ialah firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya”.

Jika ada yang berkata bahawa: ayat ini khusus kepada golongan kafir yang masuk Islam, maka (kenyataan ini dijawab): tidak ada ayat yang menunjukkan (pengkhususannya kepada kafir yang masuk Islam).
Bahkan Allah berfirman: “Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya”. Ayat ini lebih utama untuk merangkumi orang yang Islam.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 09:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-4-2012 21:13

Apabila timbul kesedaran bahwa pelaburan selama ini adalah hasil dari perkara haram lalu taubat nasuha, yang dah siap2 berada di tangan itu boleh di gunakan , tapi jangan teruskan lagi dah lah pelaburan itu , maknanya keluarkan duit itu dan simpan dengan cara yang di benarkan Allah sajalah .

Tak perlulah nak kira balik sampai bertahun lepas apa yang dah makan , apa yang dah bercampur antara yang haram dengan yang halal dan sebagainya,  sebab tentu sangat menyulitkan kalau nak buat gitu . Islam ni mudah dan tak membebankan . Janji JANGAN buat lagi dah , yakni taubat dengan sesungguh hati dengan niat takkan sesekali mengulanginya lagi dah .
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 11:18 PM | Show all posts
Boleh ke 'cipta' supply-demand,
utk tinggkatkn nilai di pasaran?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 11:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-4-2012 23:43
Boleh ke 'cipta' supply-demand,
utk tinggkatkn nilai di pasaran?
Dzulqarnain Post at 12-4-2012 23:18


boleh kau bagi contoh barangan yang macam mana yang kau maksudkan dan mereka guna konsep apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 12:30 AM | Show all posts
Reply 43# blastoff


oo gitu.. thank you blastoff.. rasa terharu plak baca penerangan tu
pasal peraduan tu, patutla saya tak pernah menang peraduan selama ni.. rupanya Allah tak nak saya menang duit judi.. huhuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2012 12:30 AM | Show all posts
Reply 45# blastoff


Cth: Ringgit Malaysia

Jual-beli matawang dlm penukaran matawang asing (FOREX).
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 11:49 AM | Show all posts
Pasal asb, kerajaan sendiri declare 37% datangnya dari sumner haram. Dah sah ada unsur percampuran halal dan haram. Pasal darurat, alasan tu tak boleh pakai sebab arasa2 nya kita belum sampai tahap darurat. Tamak ada ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2012 09:49 PM | Show all posts
komplikated....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 12:46 AM | Show all posts
masih muskil lagi hukum sebenar ASB ni sebenarnye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 08:01 AM | Show all posts
pada hemat saya la..
apa yg kita rasa was2 dan ragu2 elok lah kita mgmbil pndekatan yg mudah iaitu dgn mgelakkn dri dr melabur dlm asb nie..tnya la pada iman bkn pada hati.
bnda2 khilaf nie smpi sudah pon xkan slesai sbb kita pnya hujah2 yg trsendri..
sbb nie la ummat islam bpecah.hnya pada bnda2 khilaf <<sori off topic skit
jln yg terbaek adlah kita jauhkan..
byk lgi institusi perbankan islam yg lain.cth:tabung haji..
ap yg kita nmpk dsini..org mlayu mmg tamak n nak untung jaa n tnpa mgira halal n haram..
n xmo bkerja keras utk dptkn duit n nk goyang kaki je.dlm erti kata lain..
nk duit dgn cara mudah tnpa perlu mgeluarkn tenaga..mcm MLM laa.
so,terpulang pd indivdu nk plih yg mana..
sbb info n ilmu semua dh trpampang dpn mata dah.
tepuk dada tnyalah iman..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:03 PM | Show all posts
pada hemat saya la..
apa yg kita rasa was2 dan ragu2 elok lah kita mgmbil pndekatan yg mudah iaitu  ...
tripple_M Post at 1-7-2012 08:01


iya, saya pun ada fikir mcm awak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:48 PM | Show all posts
kalo nk labur dlm unit trust..boleh PM saya..i will show you how it is better than ASB..InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 07:42 AM | Show all posts
betul ke duit dr asb xboleh digunakan untuk tunaikan haji,umrah dan pkara2 ibadah lain??mcmne gaknya aku nak terangkan pada mak mertua aku erk.kdg2 org ni dah kita bgtahu pun tetap teruskan.buat2 xtahu.coz nak mudah n cepat dpt pulangan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 01:06 PM | Show all posts
utk cari kesempurnaan,carilah pelaburan yg syariah & halal..lg berkat..ade banyak medium pelaburan kt malaysia ni yg halal..cuma kurang ilmu & pendedahan je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 01:44 PM | Show all posts
fire_place posted on 12-9-2012 07:42 AM
betul ke duit dr asb xboleh digunakan untuk tunaikan haji,umrah dan pkara2 ibadah lain??mcmne gaknya ...

yg meow tau, ade tmpt yg kalo kite ckp kite nk derma dr sumber asb, dorang trime, tp sbgai sumber shubahah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 12:15 PM | Show all posts
nmpk gaya kene tutup akaun la ni...cmne proses tutup akaun ek? sama mcm tutup akaun bank ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 01:13 AM | Show all posts
Fungsi wang kertas/syiling bernombor (fiat)
sbg penggantian nilai matawang asal
yg mana nilainya berubah&#178; dari semasa ke semasa

Maka, gaji/upah/hasil jualan/etc. berbentuk 'fiat' ini
perlu segera dibelanjakan/ditukar-ganti nilai
sblm turun-naik 'nilai sandaran'nya
spy tdk terselit 'RIBA' di celahannya
Simpanan 'fiat' dlm bentuk nombor&#178;/angka
dlm mana&#178; perbankan juga produknya
memastikan setiap helaiannya tersuntik 'RIBA' wlpn setitik
begitu juga jika diperam di bwh bantal/peti besi/tabung/etc.

Dihalalkn bg hasil RIBA sblm taubat dan x halal bg slpsnya
maka, bakarkn adja duit&#178;nya...i.e. minyak, tarif letrek, bahan api, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 05:55 PM | Show all posts
Mencari yang halal itu wajib... klu dh tau & faham ada unsur syabahah or gharar... x payah nk cek fatwa sana-sini. Hukum tu faham betul2... Bnyak lagi tempat yg pasti ikut syarak cam LTH (tabung haji) siap2 potong zakat... x yah dok pening.

Ada teman baik teman tu, kekawang dia keje kat tempat investment yg kononya dh dapat lesen ikut syariah bagai... wal hal staff sendiri pun sangsi.  

Teman sarankn pada yg kabur tu bacalh buku "KEWANGAN & ISLAM". Insyallah klu mencari keredhaan Allah, dimudahkn jalan Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 01:13 AM | Show all posts
suka berandai-andai halal n haram...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068714 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list