|
bersambung taun depan |
|
|
|
|
|
|
|
n3 kena tunggu thn dpn ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
14. AYAH, JANGAN TINGGALKAN INTAN
Malam ini hujan agak lebat. Angin kencang bisa mendebarkan dada penghuni rumah kayu yang sedang mereput itu. Terdengar kuat bunyi hempasan ombak di pantai. Deruan angin yang menyeramkan serta bunyi dentuman kilat yang sabung menyabung.
Ayah semakin lemah. Sudah seminggu ayah begitu. Tidak lalu makan dan minum. Abang Lan ada membawa ubat untuk ayah yang diambil di klinik khas untuk penyakit tibi. Tapi keadaan ayah yang semakin teruk menyebabkan dia perlu dirawat dirumah sakit.
Jiran – jiran yang mana bersimpati datang melawat dan menghulurkan sedikit bantuan buat ayah. Ibu bapa Syirah juga menawarkan diri untuk membawa ayah ke hospital tetapi ayah berkeras tidak mahu.
Keluarga Syirah juga baru sahaja pulang kerumah ketika hujan mulai renyai – renyai tadi. Ibu di dapur sibuk menadah air hujan di dapur yang atapnya sudah bocor. Intan setia di sisi ayah. Ayah sudah semakin kurus seolah – olah seperti mayat hidup sahaja. Hanya kulit nipis yang membaluti tubuh tuanya.
Ayah ketika ini sedang tidur. Intan semakin merapati ayah ketika bunyi guruh garang berdentum di langit. Selimut ayah dibetulkan di paras dada. Kelmarin Ayah Syirah membelikan ayah tilam yang tebal sedikit bagi mengantikan tilam nipis yang menampung tubuh ayah. Berkali – kali ibu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan keluarga Syirah.
Intan berasa lega bila ibu muncul di ruang tamu. Angin masih lagi bertiup kencang menghasilkan bunyi seakan siulan. Ibu merapati Intan. Mujur sahaja bumbung yang bocor itu di dapur. Kalau diruang tamu mungkin kebasahan ayah yang sedang berbaring itu.
Ayah juga baru sahaja tidur. Sebentar tadi ayah batuk sambil diiringi darah. Ibu semakin risau dengan kesihatan ayah. Intan sudah bengkak matanya menangis melihat darah ayah yang banyak keluar dari mulut. Tidak berhenti – henti dia berdoa semoga ayahnya selamat.
Suasana dingin tiba – tiba dikejutkan lagi dengan bunyi batuk ayah. Ibu mencapai minyak angin lantas dada ayah diurut. Batuk ayah semakin mengeras. Terangkat – angkat kaki ayah menahan batuk yang semakin mengeras.
“Allah...Allah...” hanya nama Allah yang sentiasa bermain di bibir ayah. Matanya masih terpejam. Batuknya terus mengeras. Darah menyembur keluar dari mulut.
Ibu dan Intan menangis lagi. Intan mengelap mulut ayah. Matanya kabur akibat lelehan air mata yang banyak. Batuk ayah semakin teruk. Darah pekat membuak – buak keluar.
Ibu sudah semakin panik. Ayah seperti sudah keputusan nyawa. Bunyi rengusan ayah juga semakin kuat. Akhirnya ibu mencapai tudung.
“Intan, ibu nak pergi rumah Syirah mintak tolong. Intan tengokkan ayah ye.” Kata ibu sambil membuka pintu. Hujan masih menggila di luar.
“Tapi ibu hari kan hujan”
“Ibu kena pergi jugak mintak tolong. Ayah dah semakin teruk. Kita kena bawak dia ke hospital” air mata ibu terus meleleh. Intan hanya merenung ibu yang menuruni tangga menuju ke rumah Syirah. |
|
|
|
|
|
|
|
Didalam hujan lebat ibu meredah laju tanpa payung. Berlari – lari ibu agar cepat sampai ke rumah Syirah. Kilat dan guruh tidak dipedulikan. Angin yang kencang juga tidak dihiraukan. Apa yang penting ayah perlu dibawa ke hospital. Di pertengahan jalan ibu terjatuh. Lututnya berdarah. Ibu tidak peduli. Ibu cuba bangun tetapi pergelangan kakinya terasa sakit. Ibu gagahkan diri. Terhencot – hencot ibu menuju ke rumah Syirah yang Cuma beberapa meter lagi.
Ketika ini kedua ibu bapa Syirah sedang bersembang mengenai keadaan ayah Intan yang semakin teruk. Mereka bersimpati. Tapi apakan daya ayah Intan berkeras tidak mahu ke hospital. Syirah juga sedang berkepit diketiak ibunya. Takut untuk masuk tidur kerana guruh yang berdentum.
Dalam kelebatan hujan terdengar sayup – sayup pintu diketuk dan salam diberi. Berkerut dahi Ayu, Ibu Syirah. Siapa yang datang hujan – hujan macam ni.
Ayah Syirah membuka pintu. Alangkah terkejutnya bila melihat ibu yang menggigil kesejukan dan basah sedang terpacak dirumah mereka.
“Kenapa ni Miah?” tanya ayah Syirah.
“Rashid tolong aku Shid. Abang Din dah semakin teruk tu. Aku merayu Shid tolong bawak dia ke hospital” ibu terus sahaja meraung.
Ayu terus memeluk ibu. Tidak peduli baju ibu yang basah.
“Sabar Miah. kami akan bawak dia ke hospital” Ayu memujuk ibu sambil merenung ayah.
“Yelah. Tunggu jap aku salin baju. Awak ikut sekalilah. Temankan si Intan. Biar abang aje bawak abang Din ke hospital. Abang nak telefon Lan sekali. Nanti dia boleh bawak kamu kesana dengan Intan.” Ayah memberikan persetujuan. Intan juga perlu ke hospital sama. Rashid bimbang jika nyawa ayah tidak lama.
Selepas lima minit menyalin baju lekas – lekas mereka menuju kerumah Intan. Abang Lan juga telah dihubungi dan dimaklumkan keadaan ayah. Cepat sahaja Abang Lan bersetuju untuk membantu apa yang perlu.
Ketika itu dirumah. Mata Intan sudah semakin bengkak akibat menangis. Tersedu – sedu Intan. Bibir ayah semakin pucat. Terketar – ketar bibir ayah yang cuba mengucapkan sesuatu.
“Intan....’ terketar – ketar ayah memanggil.
Intan merapatkan badannya.
‘Ma...maafkan....ayah...nak...ayah dah...tak...larat”
Makin kuat tangisan Intan. Terus tubuh kurus ayah dipeluk erat.
“Intan sayang ayah. Intan tak mahu ayah sakit. Intan tak nak ayah mati...” raung Intan.
Ayah tersenyum hambar.
“Ayah..sayang...Intan. sampai...bila...bila...pun Intan...anak ayah...Intan tolong....jaga ibu ya...tolong jaga...ibu...untuk ayah” berusaha ayah untuk bercakap walaupun dalam kepayahan.
Intan mengangguk. Mukanya basah dengan air mata. Ya Allah mana ibu ni. Matanya sesekali melihat pintu mengharap ibu cepat pulang.
“Ayah nak Intan...pergi sekolah...belajar....rajin...rajin...jadi anak..yang berguna....balas jasa ibu... jadi anak...pandai....berjaya....” putus – putus ayah bersuara.
Intan mengangguk laju. Dada ayah diurut perlahan. Ayah semakin pucat. Deruman enjin kereta diluar melegakan Intan. Seketika ibu meluru masuk bersama ayah dan ibu Syirah. Kemudian diikuti oleh Abang Lan.
“Ya Allah... kita kena ke hospital sekarang” terkejut Abang Lan melihat keadaan ayah yang semakin nazak itu.
Dengan segera tubuh kurus ayah dikendong Abang Lan masuk ke kereta Rashid. Menitik air mata Abang Lan kerana tubuh ayah terasa begitu ringan. Ibu mengikut Rashid ke hospital. Makakala Intan dan ibu Syirah menaiki kereta Abang Lan menuju ke hospital. Masing – masing memanjatkan doa agar ayah selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
BERSAMBUNG LAGI... HUHUHUH |
|
|
|
|
|
|
|
adehh menitik ayor mate aku ptg2 neh
sedihnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
lupa plak...ok sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
15. AYAH JUARA SEDUNIA
Subuh hening itu pecahlah sebuah tangisan yang sayu. Ayah telah pergi buat selama – lamanya. Kuman tibi telah menjangkiti paru – paru ayah dan akibat rawatan yang lewat menyebabkan sistem imunisasi ayah semakin melemah.
Ibu sudah sedar dari pengsannya ketika diberitahu bahawa nyawa ayah tidak dapat diselamatkan. Ibu terkilan kerana tiada kata – kata akhir dari ayah buatnya. Ayah terus dirawat di bilik kecemasan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Ibu juga terkilan kerana tidak berada disisi ayah ketika nyawa ayah diambil oleh malaikat maut.
Tetapi ibu redha. Ibu ikhlas dengan pemergian ayah. Kerana ibu tahu Allah menyayangi ayah. Ayah lelaki yang baik. Ayah lelaki yang hebat. Ayah lelaki yang tabah. Ibu tahu dia perlu meneruskan sisa kehidupan bersama anak – anaknya.
Ibu merenung Intan yang ketika ini sedang nyenyak tidur. Intan belum mengetahui bahawa ayah sudah tiada di dunia. Kanak – kanak ini begitu penat. Ibu tidak sampai hati untuk membangunkan Intan.
Urusan untuk membawa pulang jenazah ayah diuruskan Abang Lan dan Rashid. Ayu setia disisi ibu. Memujuk ibu, memberikan kata – kata semangat buat ibu.
Saat ini ibu memerlukan kekuatan untuk memberitahu Intan perkata sebenar. Intan dibangunkan. Terpisat – pisat Intan ketika dikejutkan dari tidur. Ibu tersenyum. Sekotak air milo dan roti dihulurkan kepada Intan.
Tanpa kata Intan makan dengan rakus. Sememangnya Intan sedang kelaparan. Selepas menghabiskan roti dan air milo baru Intan teringatkan sesuatu. Ayah.
“Ibu...ayah mana?” tanya Intan.
Ibu menelan air liurnya. Ayu memegang bahu ibu tanda memberikan kekuatan untuk memberitahu Intan perkara sebenar.
“Intan sayangkan ayah?” tanya ibu perlahan.
Intan hanya mengangguk. Sementara matanya bulat menunggu jawapan dari ibu.
“Ayah dah sihat ke ibu?” tanya Intan tidak berpuas hati.
Senyuman ibu semakin hambar. Tiba – tiba tubuh Intan dirangkul.
“Ayah dah tak ada Intan...ayah dah tak ada...ayah dah pergi tinggalkan kita” ibu terus meraung. Beberapa orang yang melalui koridor hospital itu hanya menggeleng simpati.
Intan tidak berpuas hati.
“Ayah pergi mana? Intan nak ayah...ayah pergi mana?kenapa tak bawak kita sekali?” Intan mulai mencebik.
“Ayah dah tak ada Intan. Ayah dah meninggal..sayang” raung ibu lagi.
Intan menolak kasar tubuh ibu. Wajah ibu dipandang dengan marah.
“Ibu tipu. Ayah tak mati lagi. Semalam ayah ada. Kenapa pulak ayah mati. Intan tak percaya. Tak percaya. Ibu jahat kenapa cakap ayah dah mati” jerit Intan. Air matanya semakin melebat.
Ibu semakin sedih. Air matanya terus merembes keluar. Ayu segera mendapatkan Intan.
“Intan sayang. Ayah Intan dah tak ade. Allah lebih sayangkan ayah. Intan tak boleh macam ni. Kesian ibu” pujuk Ayu.
Intan menangis kuat. Tidak percaya ayah sudah pergi meninggalkannya. Bukankah ayah sudah dibawa ke hospital. Kenapa ayah boleh meninggal pula. Itu yang tidak memuaskan hati Intan.
“kan dah bawak ayah pergi hospital. Kenapa ayah boleh mati pulak?” tangis Intan.
“Sakit ayah Intan dah lama. Kuman dah merebak Intan. Allah sayangkan ayah Intan. Dia tak mahu ayah Intan tanggung sakit lagi” Ayu terus memujuk Intan.
Intan termenung lama. Anak kecil itu cuba untuk menjana kata – kata Ayu. Kasihan anak sekecil itu telah diduga dengan pelbagai ujian.
Ibu memeluk Intan. Menghamburkan tangisannya. Intan membalas pelukan ibu.
“Maafkan Intan ibu. Intan tak sengaja marah ibu” Intan kesal dengan sikap kasarnya sebentar tadi.
“Takpe Intan. Ibu tahu Intan sedih. Ibu pun sedih sayang. Kita sama – sama sayangkan ayah. Dan sekarang ayah dah tinggalkan kita. Kita berdoa untuk ayah ya sayang”
Intan mengangguk.
“Tapi ayah kat mana. Intan nak tengok ayah” tanya Intan dalam sedunya.
“Abang Lan tengah uruskan jenazah ayah. Kejap lagi kita balik ya. Mandikan ayah dan kebumikan ayah”
Intan terus mengangguk lesu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dirumah suasana sayu dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Jiran – jiran berpusu – pusu menuju ke rumah ayah. Jenazah ayah dibaringkan di tengah – tengah rumah. Syukri juga ada disitu. Dia dibenarkan pulang sehingga jenazah ayah dikebumikan. Meraung Syukri apabila melihat ayah terbujur kaku di ruang rumah. Terkilan kerana tidak dapat berjumpa ayah buat kali terakhir. Kali akhir dia bertemu ayah ketika ayah menghadiri perbicaraannya.
Jenazah ayah akan dikebumikan sebelum solat jumaat. Tidak baik bertangguh urusan simati untuk bertemu tuhannya Yang Maha Esa. Wajah ayah kelihatan tenang. Intan setia bersama ibu. Menemani ibu. Memberikan kekuatan kepada ibu. Intan tidak pandai membaca yassin. Hanya mendengar bacaan ibu yang tersekat – sekat kerana menangis. Intan hanya mampu menyedekahkan ayah surah Al-Fatihah. Berkali – kali dibacanya didalam hati.
Intan terus merenung jasad ayah yang terbujur kaku ditengah rumah. Masih tergiang – ngiang suara ayah memberikan pesanan kepada Intan malam tadi. Intan tidak puas bersama ayah. Dia masih kecil. Masih memerlukan kasih sayang ayah. Air matanya meleleh lagi. Perlahan – lahan diseka.
Beberapa orang lelaki separuh usia menghampiri ibu dan berbisik sesuatu. Kelihatan ibu mengangguk lemah. Kemudian lelaki – lelaki tersebut mengangkat jenazah ayah untuk dimandikan dan dikafankan. Syukri turut serta mengikut lelaki – lelaki itu untuk berkhidmat untuk kali terakhir buat ayah.
Segala kelengkapan pengkebumian ayah telah disediakan oleh Abang Lan. Biarlah dia menyediakan semuanya. Ini adalah sedekahnya yang terakhir buat ayah. Abang Lan benar – benar menganggap ayah sebagai abang kandung sendiri. Pemergian ayah juga memberikan tamparan yang hebat buat Abang Lan.
Siap dimandikan ayah dikafankan. Ayah diletakkan ditengah – tengah rumah untuk tatapan kali terakhir ahli keluarga. Ibu mencium dahi ayah lama. Begitu juga Syukri. Kemudian diikuti Intan. Ibu berpesan supaya jangan jatuhkan airmata di wajah ayah. Intan berusaha menahan air matanya. Dahi ayah dicium lama. Terasa sejuk. Intan menatap lagi wajah ayah yang tenang itu. Seolah – olah ayah sedang tidur tetapi kaku. Assalamualaikum ayah...semoga ayah tenang disana. Intan sentisa akan ingatkan ayah dan sayangkan ayah. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Doa Intan didalam hati.
Ayah telah selamat dikebumikan. Syukri juga sudah dibawa pulang oleh pegawai yang bertugas. Sebelum berpisah ibu memeluk Syukri lama. Kecuali Intan. Dia masih trauma. Memandang Syukri juga dia tidak berani. Sayu Syukri melihat Intan dari jauh. Dia benar – benar ingin memeluk adiknya untuk meminta maaf. Hanya masa yang akan menentukan.
Malam nanti tahlil akan diadakan. Dengan bantuan beberapa jiran – jiran yang bersimpati dengan nasib keluarga Intan mereka tidak lokek untuk menyediakan keperluan tahlil. Ibu benar – benar bersyukur dikurniakan jiran – jiran yang baik serta sahabat yang setia disisi saat susah dan senang. Intan masih murung. Kain pelikat ayah dipeluknya. Terasa rindu kepada ayah walaupun ayah baru sahaja meninggalkannya.
Di pangkin Intan termenung jauh. Tiada lagi suara ayah yang selalu memberikan nasihat. Tiada lagi bacaan merdu ayah melagukan ayat – ayat suci Al-Quran. Tiada lagi pegangan tangan ayah yang panas. Tiada lagi pelukan ayah yang penuh sayang. Tiada lagi ciuman kasih ayah. Tiada lagi senyuman ayah yang lembut. Tiada lagi tubuh kurus itu dihadapan mata Intan. Ayah, Intan rindukan ayah. Ayah adalah juara hati Intan. Ayah adalah juara diseluruh dunia buat Intan. Intan sayang ayah. tunggu Intan disyurga. Rintih anak kecil itu. Air matanya meleleh lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
tu le pasal kan...tk sempat nak mengubat rindu pon.... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahewainnaelaiherojeun .....
next .......... |
|
|
|
|
|
|
|
sebak bila baca cerita ni
good job... sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
cmne INTAN dpt gi school ke x?... |
|
|
|
|
|
|
|
sabo ade sikit lg sambungan...jap2 |
|
|
|
|
|
|
|
16. ORANG YANG BAIK SELALU DISAYANGI ALLAH
Sudah sebulan ayah pergi meninggalkan Intan. Kenangan bersama ayah tetap bersemadi didalam ingatan Intan. Mereka meneruskan hidup seperti biasa. Ibu pula terus gigih mencari sesuap nasi buat mereka berdua. Ibu telah ditawarkan bekerja di kilang ikan masin Abang Lan. Sekali sekala ibu juga ligat mengambil tempahan karipap dan kuih koleh kacang.
Sejak ayah meninggal Intan menjadi pendiam. Masanya banyak dihabiskan dipangkin hadapan rumah. Merenung jauh seolah – olah khayal dalam dunia sendiri. Duit simpanan ayah untuk persekolahan Intan disimpan rapi oleh ibu. Dia tidak akan menggunakan wang itu. Dia berjanji akan menyekolahkan Intan walau sesusah manapun.
Tetapi hidup memang tidak seindah lukisan. Sudahlah bertimpa pelbagai dugaan. Ibu masih lagi juga diuji. Kali ini oleh Hasanah. Masih dengki dengan ibu. Hasanah mula menjaja cerita menyatakan ibu cuba menggoda Abang Lan dan juga Rashid ayah Syirah. Abang Lan kerap kerumah untuk melihat Intan dan memberikan kekuatan kepada Intan. Tidak sangka niat baik Abang Lan itu diambil kesempatan buat Hasanah untuk menabur fitnah.
Beberapa sahabat Hasanah jika melihat ibu akan mencebik kearah ibu seolah – olah ibu perempuan yang jahat. Umpat dan kejian serta sindiran tajam ibu telankan sahaja. Kerana ibu tahu itu bukan niat ibu. Ibu bekerja demi mencari sesuap nasi. Kenapa mereka begitu iri melihat ibu. Abang Lan bukan sehari dua baik dengan keluarganya. Malahan telah lama Abang Lan berkawan dengan arwah suaminya.
Mak Leha dan Ayu hanya menyuruh ibu bersabar. Nasib baik Ayu tidak mudah melenting. Dia memahami situasi ibu. Dia juga tahu suaminya ikhlas membantu keluarga Intan. Dia juga tidak mengambil pusing hasutan Hasanah itu.
Ibu benar – benar wanita tabah. Sudahlah kematian ayah. Dan kini menjadi mangsa fitnah pula. Pernah menyatakan tidak mahu lagi bekerja di kilang ikan masin Abang Lan. Tetapi keluarga Abang Lan meminta ibu tidak terpengaruh dengan cerita seperti itu. Mereka tahu Abang Lan ikhlas dan hanya mengikut amanah arwah ayah sahaja.
Intan terus melayan perasaan lagi. Dia tidak mengetahui fitnah yang dijaja oleh Hasanah. Ibu tidak mahu Intan mengetahuinya. Dia tidak mahu Intan tertekan lagi. Tiba – tiba bahu Intan dicuit dari belakang. Perlahan Intan memandang belakang. Syirah....Intan tersenyum lebar. Sudah lama mereka tidak bermain bersama.
“Lamanya Syirah tak jumpa Intan. Syirah rindu sangat dengan Intan” kata Syirah sambil memeluk erat sahabatnya itu.
“Intan pun rindu Syirah. Intan pun rindu ayah” ayat terakhir diluahkan perlahan. Mendung wajah Intan.
Syirah duduk disebelah Intan. Emak Syirah sudah berpesan jangan buat Intan sedih kerana Intan masih berduka atas kematian ayahnya. Tidak dapat dibayangkan Syirah jika ayahnya juga diambil nyawa ketika dia masih kecil.
“Mesti pakcik dekat syurga sekarang ni” kata Syirah cuba memujuk Intan. Bulat mata Intan mendengar kata – kata Syirah.
“Ayah dekat syurga?” tanya Intan teruja.
Syirah mengangguk. “Emak Syirah cakap pakcik orang baik. Rajin ke masjid, baca quran, baik dengan semua orang. Emak cakap orang baik tempatnya disyurga” terang Syirah.
Lega Intan mendengar kata – kata itu. Ya..ayah seorang lelaki yang baik. Orang yang baik selalu disayangi Allah. Intan yakin ayah akan masuk syurga. Jadi Intan akan jadi anak yang baik. Nanti Intan dapat jumpa ayah disyurga.
Intan tersenyum lebar. Senang hati. Dia tidak perlu bersedih lagi. Ayah pasti disayangi Allah. Intan mahu jadi seperti ayah.
“Hari ini Syirah belajar apa disekolah” sudah lama Intan tidak berjumpa Syirah dan sudah lama juga Syirah tidak berkongsi cerita dengan Intan.
“Hari ni cikgu ajar Syirah ajar 99 nama Allah”
Intan tercengang. Bukankah ibu cakap Allah itu ada satu. Tapi kenapa Syirah cakap ada 99.
“Tapi ibu cakap kat Intan Allah cuma satu. Kenapa cikgu Syirah cakap ada 99” Intan keliru.
“Apalah Intan ni. Allah memang ada satu. Cikgu cakap Allah tiada dua atau tiga. Allah itu tuhan yang Maha Esa. Yang 99 tu nama Allah la Intan. Setiap nama Allah tu ada maknanya.
Tadi cikgu ajar nyanyi Asmaul Husna iaitu 99 nama Allah. Tapi Syirah belum hafal lagi. Hari – hari la cikgu ajar sebab nanti nak nyanyi masa majlis tamat tadika nanti.” Terang Syirah panjang lebar.
Intan mengangguk faham. Alangkah bagusnya kalau dia juga dapat melagukan Asmaul Husna. Sebenarnya ayah juga rajin melagukan Asmaul Husna ketika selepas solat jika kelapangan masa. Hanya Intan tidak mengetahui itu adalah Asmaul Husna.
“Nanti boleh Syirah ajar Intan. Intan pun nak tahu juga Asmaul Husna”
Syirah mengangguk laju sambil tersengih lebar. Kelihatan giginya yang rongak itu baru tumbuh sedikit.
“Lagi Syirah belajar apa?” tanya Intan tidak sabar.
“Banyak. Belajar Matematik. Belajar Sains. Intan tahu tak rupa – rupanya rama – rama tu dulu ulat. Lepas tu baru jadi rama – rama yang cantik.” Cerita Syirah dengan mata yang membulat.
Teruja Intan mendengarnya.
“Ulat? Wahhh...betul ke Syirah?” melopong mulut Intan
Syirah mengangguk. “Banyak sangat yang Syirah belajar. Paling Syirah suka masa kelas kraftangan. Macam – macam benda Syirah boleh buat” cerita Syirah bersungguh – sungguh. Intan benar – benar teruja. Cerita Syirah membuatkan Intan begitu tidak sabar untuk kesekolah. Bila agaknya dia boleh ke sekolah? Tak sabar mahu mendapat pengalaman seperti Syirah.
“Hari tu Syirah pegi lawatan dekat zoo Kemaman. Cikgu bawak. Jauh tau. Tapi banyakkkkk sangat binatang kat sana. Ada monyet, ada ikan, ada rusa ada harimau....”
“Harimau...?” potong Intan.
“Haah harimau. Tapi harimau tu malas. Dia tidur aje” terang Syirah. Intan semakin teruja. Harimau tak makan orangkah.
“Harimau tu tak makan orang ke Syirah?” tanya Intan bodoh – bodoh.
“Ha..ha..ha..Apalah Intan ni harimau tu kena kurung la. Syirah tengok dia dok dalam kandang” terang Syirah.
Intan hanya menyeringai kerana kebodohannya. Seronok rasanya kalau dapat melihat haiwan – haiwan di zoo. Di kawasan rumahnya hanya ada itik yang kerjanya asik menyudu, ayam yang terpatuk – patuk, lembu yang meragut rumput, kambing yang hanya tahu berak merata dan kucing terbiar yang sekali sekala ibu memberikan makanan jika ada lebihan lauk.
“Seronok la Syirah. Intan pun terasa nak pergi zoo” keluh Intan perlahan.
“Nanti Syirah nak ajak ayah pergi sekali lagi. Hari tu ikut rombongan sekolah. Nanti nak ajak ayah la. Nanti Syirah tanya kalau boleh bawak Intan” Syirah cuba memujuk Intan.
Bersinar – sinar mata Intan mendengarnya.
“Betul...?”
Syirah mengangguk. Mereka ketawa kegembiraan. Langit sudah semakin memerah. Syirah meminta izin untuk pulang. Intan benar – benar berasa senang hati. Kedatanga Syirah membuatkan dia gembira. Dari jauh Intan dapat melihat ibu yang baru pulang dari kilang ikan masin dengan menaiki basikal. Intan melambai kearah ibu. Ibu tersenyum senang melihat Intan sudah kembali ceria. Semoga Intan tidak bersedih lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga MAK INTAN terus tabah untuk INTAN... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik dengan tabiat pompuan suka buat fitnah macam ni..tapi memang wujud manusia macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
org mcm tu kat luar mmg ramai..patutnya mnolong.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|