|
DAN HATI PUN BERKATA ( Update 18/8/2011, 1 PM )
[Copy link]
|
|
irra...mana dikau sayang... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih2..... Irra pun jgn lah keras hati sgt... tak baik untuk diri sendiri... diri sendiri juge yg rugi... |
|
|
|
|
|
|
|
IRRA sembunyi lelama... |
|
|
|
|
|
|
|
irra cari pakwe bru xmo la kat zafril tu bg je kat natrah... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 8
Adirra membantu kakak sepupunya mengemas. Sudah hampir seminggu dia tinggal di rumah kakak sepupunya. Adirra sesungguhnya sejak awal telah memilih untuk tinggal di rumah kakak sepupunya itu. Kerana kawasan perbukitan itu sangat sesuai buat Adirra untuk mencari ketenangan.
Rumah kakak sepupu yang dipanggil Kak Lina itu, terletak di kaki Bukit Senyap. Satu kawasan yang jauh ke pendalaman. Kebanyakkan penduduk di situ hanya bergantung kepada usaha bertani termasuklah ada yang bekerja di ladang lembu di kawasan tempat mereka. Suami Kak Lina sendiri bekerja sebagai pemandu lori yang mengangkut lembu-lembu ke tempat pemasaran.
Untuk menambah wang perbelanjaan, Kak Lina membuka warung goreng pisang. Seawal pukul 2.00 petang dia sudah mula membuka warungnya. Di warung itulah Adirra habiskan masanya saban petang, membantu Kak Lina.
"Irra, baik Irra telefon sajalah papa Irra. Nanti risau pulak dia. Kakak rasa tentu papa Irra dah tahu Irra tak ada di kampung sekarang ni," usul Kak Lina. Dia sendiri rasa serba salah dengan keadaan itu. Hendak sendiri menghubungi papa Adirra, takut Adirra merajuk pula. Setakat merajuk saja masih tidak apa, buatnya Adirra membawa diri entah ke mana, lagi masalah nanti.
"Kalau papa tahu pun papa dah tak kisah. Papa bukannya sayang Irra lagi." jawab Adirra sambil menahan perasaan sedih.
"Irra jangan jadi budak-budak. Irra dah besar, kenapa masih berfikiran macam tu lagi. Cubalah berlajar untuk memahami keadaan. Apa salahnya Irra terima saja pilihan papa Irra tu. Irra tak suka nak tengok papa Irra bahagia?"
"Iyalah. Papa Irra dah ada Mak Cik Umi, dah ada Natrah. Tentu papa Irra bahagia sangat-sangat sekarang ni. Sebab itu Irra ada atau tak ada sama saja buat papa! Papa memang dah tak sayang Irra lagi!" Hampir saja Adirra menangis ketika menghabiskan tutur bicaranya.
"Jadi Irra pun tak sayangkan papa Irra lagi?" soal Kak Lina.
"Irra tetap sayangkan papa Irra sampai bila-bila. Dia papa Irra. Sampai matipun Irra akan sayang papa Irra."
"Macam itu jugaklah papa Irra. Dia akan sayangkan Irra sampai bila-bila. Irra tetap anak dia sekalipun dia sudah ada orang lain, kasih sayang untuk Irra masih ada." Pujuk Kak Lina dengan lembut. Manalah tahu boleh mencairkan perasaan Adirra yang sekeras batu itu.
"Irra malas nak fikir apa-apa lagi kak. Irra cuma nak tenangkan fikiran Irra saja. Jadi selepas ni Irra dah tak mahu ambil tahu lagi. Biarlah papa dengan kehidpuannya. Itu keputusan yang menjadi pilihan papa, jadi Irra terima saja!"
"Suka hati Irralah, akak tak boleh nak cakap apa. Irra fikirlah yang mana baik." Kak Lina sudah hampir putus asa untuk menasihat adik sepupunya itu. Tahu juga hati Adiraa tidak boleh dilembutkan dengan mudah.
Untuk seketika Adirra hanya termenung. Dia cuba untuk memujuk perasaan sendiri. Cuba mempertahankan apa yang dilakukan itu adalah betul walaupun dia sedar tindakannya itu sama sekali salah.
Cuba menyakinkan diri juga bahawa keputusannya kali ini benar-benar tepat. Mungkin ketiadaannya akan buat semua orang tambah aman. Papanya akan tambah mesra dengan isteri barunya. Papanya juga akan menerima Natrah sebagai anak sendiri tanpa perasaan serba salah dan Zafril akan menyintai Natrah juga tanpa sebarang gangguan daripada Adirra. Adirra tahu dalam semua hubungan, dialah orang ketiga. Untuk itu Adirra kira dia tidak salah dengan meninggalkan semua yang pernah dia miliki sebelum ini. .Biarlah dia beralah demi kebahagian semua orang.
"Saudari, saudari…!" panggil seseorang.
Sekaligus lamunan Adirra terhenti. Dia terpandang seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
"Maafkan saya," kata Adirra. Jauh benar dia mengelamun sehingga terlupa seketika pada sekelililingnya.
"Saya nak goreng pisang ni tiga ringgit," pinta lelaki tersebut.
Dengan pantas, Adirra membungkuskan goreng pisang yang dipesan. Lalu diserahkah kepada lelaki tersebut.
Sepuluh ringgit menjadi tukaran. Sementara menantikan wang baki, lelaki itu perhatikan wajah Adirra.
"Sebelum ni belum nampak awak? Pekerja baru di sini?" soal lelaki itu.
Adirra anggukkan kepalanya. Malas nak layan lebih-lebih.
"Indonesia bahagian mana?"
Bertuah betul! Dia ingat aku orang Indonesia? Gamaknya yang menjadi pembantu di gerai-gerai kawasan sini, semuanya orang Indonesia. Macam penduduk tempatan tak layak nak buat semua kerja ni. Marah Adirra di dalam hati.
"Saya bukan orang sana, saya rakyat Malaysia tulin!" beritahu Adirra dengan bangga berbaur marah.
"Oh, maaf. Sebabnya pembantu gerai sebelum ini kebanyakannya orang dari sana." Beritahu lelaki itu lagi.
Adirra buat tidak tahu. Malas nak layan. Nanti hangit pula pisang gorengnya.
"Encik nak apa lagi?" soal Adirra bila melihat lelaki tersebut masih tak bergerak-gerak.
"Err.." Lelaki seorang itu teragak-agak hendak menjawab. Akhirnya dia melangkah juga tinggalkan gerai Kak Lina.
"Muka macam perompak!" rungut Adirra sendirian selepas itu.
"Apa ni, merungut sorang-sorang?" tegur Kak Lina.
"Tu mamat yang muka macam perompak tu, siap tanya kat Irra, Indonesia bahagian mana!" Bebel Adirra.
"Iyalah, sebelum-sebelum ni semua pembantu akak orang seberang. Jadi semua orang ingat Irrapun macam tu," kata Kak Lina lagi.
Adirra terus tarik muka masam. Sementara Kak Lina senyum saja melihat tingkah Adirra. Dah dasar kepala angin. Benda remeh pun muka dah mencuka.
Keesokkannya lelaki itu muncul lagi di hadapan Adirra. Kali ini dia memilih untuk membeli goreng keledek pula.
Hmm, ada lagi rupanya perompak ni. Entah-entah sedang bersembunyi dari buruan polis. Berdetik juga hati kecil Adirra bila melihat lelaki yang sama muncul lagi.
Lelaki yang berkulit cerah itu nampak tidak terurus. Betul-betul nampak selekeh. Dengan rambutnya yang panjang mencecah bahu serta jambang yang tidak terjaga kelihatannnya dia seperti seorang lelaki yang hidup di dalam dunianya sendiri. Tak salah kalau Adirra katakan lelaki ini kalau tidak perompak mungkin baru terlepas dari mana-mana pusat sakit mental.
Tiba-tiba saja Adirra rasa cemas dan takut. Buatnya lelaki ini betul-betul gila. Di mana pulak dia hendak meminta tolong. Kak Lina pula balik rumah sekejap untuk melihat anaknya yang sedang demam.
Adirra menanti dalam cemas. Kali ini agak lama lelaki itu berdiri sambil memilih goreng keledek sehingga Adirra naik bosan.Betullah mamat ni tak cukup, pilih keledek goreng macam pilih baju. Lama betul. Sudahnya dia duduk semula sambil menongkat dagu. Diperhatikan gelagat lelaki itu sambil gelengkan kepala.
"Ada juga lelaki macam ini," keluhnya dalam diam.
"Saudari…!" panggilnya bila sudah berpuas hati. Perlahan Adirra bangun mendapat lelaki tersebut.
"Goreng keledek tiga ringgit dan goreng pisang tiga ringgit!" arahnya. Dengan cepat Adirra membungkuskan pesanan lelaki tersebut.
"Tak ada diskaun?" soal lelaki itu tiba-tiba. Adirra menjeling. Nampak seperti lelaki itu sedang tersenyum. Tahulah Adirra ada yang sedang buat lawak bodoh.
"Kalau nak diskaun, goreng sendirilah!" jawab Adirra selamba.
Lelaki itu gelak pula. Macam suka benar dengan cakap-cakap Adirra. Tapi Adirra tak layanpun. Tak senang.
Adirra serahkan bungkusan goreng pisang dan goreng ubi keledek kepada lelaki tersebut tanpa memandang wajahnya.
."Terima kasih," kata lelaki itu sambil menyerahkan duit kepada Adirra sambil berdiri tegak di situ sambil memerhatikan Adirra melayan dua orang pelanggan yang baru sampai.
Ketika Adirra sibuk melayan pelanggan perlahan lelaki itu berjalan menuju ke tempat letak keretanya. Dari jauh dia menjeling. Dan dari jauh juga Adirra mengurut dada, selamat aku! Orang gila selalunya bukan semacam. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
yes..heheh
biarla irra ade fair dgn lelaki beli goreng pisang tu..mcm best je..
biar padan muka zafril..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
yes..heheh
biarla irra ade fair dgn lelaki beli goreng pisang tu..mcm best je..
biar padan muka zafril..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
siapalah lelaki yg macam muka perompak tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
HMMMM.....NAK KATA SALAH....TAK KATA PUN SALAH.......CAM BEBUDAK LE ADIRA NIH... |
|
|
|
|
|
|
|
muka macam perompak!!! bior le hero ni lagi hensem dari zafril... bior zafril jeles tahap cipan... nextttttttttttttttttt........... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi best kalo mamat y die nie jupe seorang yang ensem n kaya raya....mesti si natrah 2 jeles tahap gapan |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 9
Hujan turun lagi dengan lebatnya. Hampir saja mengaburi pandangan mata. Saban petang beginilah keadaannya. Hujan dan hujan. Basah serta kesejukan bagai setia menemani Adirra kebelakangan ini.
Waktu dia leka melihat wajah hujan, tiba-tiba Adirra terlihat seorang lelaki berpayung menuju gerai milik Kak Lina. Langkahnya laju dan kemudian berdiri di hadapan Adirra sambil menutup payung.
Adirra amati wajah lelaki itu berkali-kali. Kurang percaya dengan apa yang di lihatnya. Lelaki itu? Lelaki selekeh yang mula singgah di gerai Kak Lina dua tiga hari yang lalu? Hampir saja Adirra terperanjat bila lelaki yang sama muncul lagi. Kali ini dengan penampilan yang jauh berbeza dari hari-hari sebelumnya. Langsung tak ada gaya perompak. Kali ni macam ketua belia yang pergi meeting pun ada. Semacam betul!
"Kenapa? Tak percaya?" soalnya sambil tersenyum bila melihat mata Adirra tidak berkedip memandang ke arahnya.
Adirra tergamam seketika. Diam seribu bahasa. Wajah lelaki di hadapannya menjadi tatapan. Menipu benarlah kalau Adirra tak rasa apa-apa.
"Kenapa? Kacak sangat ke saya ni…?" soalnya lagi sambil tersenyum.
Adirra tersentak. Tak guna! Macamlah dia itu kacak benar. Perasan betul! Yang Adirra cari sebenarnya ialah jambangnya.
Adirra urut dagunya beberapa kali. Tanda Adirra bertanyakan jambang lelaki tersebut.
"Oh! Dah buang." Faham juga lelaki itu sekalipun Adirra bertanya hanya menggunakan bahasa isyarat.
"Kenapa? Handsome?" Lelaki itu tersenyum pula.
Aduhai, tak pernah ku jumpa lelaki yang sebegini perasan! Bisik hati Adirra.
"Hmm…Lebat betul hujan petang ni." Kata lelaki itu lagi tanpa memperdulikan perasaan yang melanda Adirra.
Adirra masih tidak mampu untuk bersuara. Diam membatu. Pelik juga, kenapa dia jadi begitu? Kenapa dia tidak boleh bercakap lagi?
Lelaki itu memilih untuk duduk disalah satu kerusi yang disediakan di warung tersebut. Betul-betul berhampiran tempat Adirra berdiri.
"Saya Rashdan. Tapi panggil abang saja." Tiba-tiba lelaki itu memperkenalkan diri dari tempt duduknya..
Adirra masih begitu. Masih kurang percaya dengan apa yang terpandang. Adirra sendiri tidak tahu kenapa dia harus jadi begitu. Selalunya dia tidak hairan langsung dengan mana-mana lelaki.
"Kenapa ni….?" tanya Rashdan lagi.
Barulah Adirra tersedar. Barulah Adirra tahu hujan masih belum reda dan baru Adirra kembali berpijak di dunia nyata. Sebentar tadi entah ke dunia mana dia di bawa terbang. Aduhai, entah apa-apalah perasaan ini, rungut Adirra di dalam hati.
"Apa encik cakap tadi?" soal Adirra. Sengaja bertanya untuk sembunyikan rasa malu. Yalah, mana manis anak dara tengok lelaki begitu.
"Janganlah berencik pulak. Panggil abang dahlah!"
Banyaklah dia punya abang! Bisik hati Adirra.
"Nak minum apa?" Perlahan Adirra bertanya.
"Kopi O."
Adirra tersedak. Kemudian terbatuk kecil. Kopi O? Mana dia pandai buat kopi O. selama ini papanya yang tukang buat air untuknya. Jangan kata nak buat kopi O, serbuk kopi pun dia tak kenal.
"Bang, air sirap boleh?" soal Adirra dengan wajah serba salah. Masa itulah Adirra lihat lelaki bernama Rashdan itu melihat hujan yang mencurah. Hujan-hujan nak jamu air sirap? Fikir secara logik, mesti orang lain dapat agak Adirra tak pandai buat kopi O.
"Tak apalah. Air sirap pun air siraplah!" kata Rashdan beralah. Cuba memahami keadaan Adirra.
Wajah Adirra kembali ceria. Selesai buatkan air sirap, dia letak atas meja. Waktu itu Rashdan sudah mengambil beberapa ketul goreng pisang.
"Terima kasih," katanya perlahan.
"Maaf bang, sebenarnya Irra…" Adirra teragak-agak hendak mengakui kekurangan sendiri. Selama ini pun, dia mana pernah mengaku apa-apa, sekalipun dia benar-benar salah, tetapi melihatkan Rashdan tidak begitu berkira dengannya, Adirra rasa kurang senang. Lebih-lebih lagi memang tidak sesuai menjamu pelanggan dengan air sirap waktu-waktu hujan begitu. Kalau Kak Lina tahu, habislah Adirra dibebelnya. Dah besar panjang begitu masih tidak tahu bancuh air kopi.
"Tak apa, abang tak kisah. Abang faham," kata Rashdan penuh pengertian. Sudah tahu apa yang hendak disampaikan oleh Adirra. Budak perempuan sekaranglah katakan!
Adirra teresenyum riang. Tiba-tiba dia rasa begitu senang hati. Sikap lelaki yang minta dipanggil abang itu sangat menyenangkan. Rasanya dia bukan perompak. Kalau perompak dah lama Adirra kena tetak!
Adirra kembali ke tempat dia berdiri tadi. Kerja menggoreng pisang dihentikan buat seketika kerana masih ada goreng pisang yang sudah siap digoreng.
"Sebenarnya abang rasa bosan sangat di rumah. Tak tahu pulak nak pergi mana. Kemudian abang teringat adik. Mungkin kita boleh berbual sambil tu boleh juga abang mengenali diri adik."
Ini yang Adirra tak suka. Nak kenal-kenallah pulak. Tapi Adirra senang dengan cara lelaki itu. Lelaki yang berterus terang. Dia suka lelaki yang berani menyuarakan keinginan. Jadi dia tidak keberatan menerima salam perkenalan daripada lelaki tersebut.
Adirra sendiri juga selalu rasa bosan. Lebih-lebih lagi sepanjang dia di sini, tiada teman untuk berbicara, apatah lagi untuk bergurau senda. Kakak sepupunya tidak boleh diharap benar. Sibuk memanjang. Tambahan pula kakak sepupunya itu punya keluarga yang perlu diuruskan juga.
"Abang dah 32 tahun." beritahu Rashdan walau tanpa diminta. Terpaksa juga Rashdan beritahu usianya kerana tidak mahu suasana jadi senyap sunyi. Lagi pula, Rashdan sendiri bingung untuk mencari bahan bicara. Jadi, apa salahnya dia perkenalkan dirinya.
"Saya Adirra, umur…" Adirra merenung tepat wajah lelaki itu. Jauh benar jarak usia mereka. Bolehkah mereka berkawan nanti.
"Kalau tak sebut umur tak mengapa. Abang tak kisah. Tapi abang tahu, masih muda lagi bukan?"
"Irra baru 21 tahun." Balas Adirra. Tak ada rahsia tentang angka umurnya.
"Hmm…, Adirra…" Rashdan tersenyum sendirian. Sudah tahu nama gadis yang menjadi intaiannya dua tiga hari kebelakangan ini.
"Irra, panggil Irra saja." Adirra paling tak gemar kalau orang menyebut nama penuhnya.
Perbualan mereka terhenti bila ada yang hendak membeli goreng pisang.
"Sebelum ini abang tak pernah nampak Irra. Sebenarnya Irra berasal dari mana?" soal Rashdan setelah pelanggan beredar.
"Orang KL." Jawab Adirra ringkas.
"Jauhnya. Kenapa jauh-jauh bawak diri sampai ke sini?"
"Irra lari dari rumah." Adirra berterus terang.
"Lari lari dari rumah?" soal Rashdan dengan rasa pelik. Cepatnya gadis ini berterus terang.
"Papa Irra kahwin lain. Lepas tu dah tak sayangkan Irra." Terus Adirra menangis. Kedua tangan sudah menutup muka. Setiap kali diungkit perkara tersebut, setiap kali juga air mata Adirra berjuraian. Hatinya jadi sakit.
Rashdan sudah tersenyum. Hmm.. Sah anak manja yang bermasalah. Baru terbukak sedikit cerita dah meraung.
"Sabarlah…Kita tak mampu nak melawan suratan takdir. " Pujuk Rashdan perlahan. Tahu anak manja selalunya suka di beri perhatian begitu.
"Habis mama Irra macam mana?"
"Irra dah lama tak ada mama. Mama Irra meninggal masa Irra umur tujuh tahun."
"Senasiblah kita. Mak abang pun meninggal masa abang masih kecil. Tapi ayah abang dah siap-siap kahwin sebelum emak abang meninggal. Jadi elok saja arwah mak abang dikebumikan, terus mak tiri dengan adik abang masuk rumah. Lagi sedihkan?"
"Abang pun ada mak tiri?" Adirra cepat-cepat sapu air matanya. Rasa sedikit lega bila ada orang lain yang senasib dengannya.
"Hmm.."
"Mak tiri jahatkan." Kata Adirra perlahan.
"Memang." Ringkas jawapan Rashdan. Tapi Rashdan rasa seperti dia sedang bercakap dengan seorang budak sekolah tadika yang manja, yang tahu merengek dan merungut. Akan tetapi dia cukup selesa begitu. Rasa gembira juga melihat telatah Adirra. Bukan saja nampak manja, tapi berwajah comel juga. Sesuai sangatlah dengan sikap kebudak-budakkannya. Mungkin sebab itu hati Rashdan tertawan. Tertawan? Hmm…
"Sudahlah, jangan menangis lagi. Irra sendiri dah besar. Dah ada kehidupan sendiri. Biarkanlah papa Irra teruskan hidup dia."
"Tapi Irra sedih. Papa macam tak sayangkan Irra lagi."
"Papa Irra masih sayangkan Irra. Mana boleh dia tak sayangkan Irra, sebab Irra anak dia. Cuma abang rasa Irra masih tidak boleh terima kenyataan. Irra perlukan lebih banyak masa!" kata Rashdan.
"Habis abang dah boleh terima kenyataan? Abang boleh terima ibu tiri serta adik abang?" soal Adirra.
Rashdan mengeluh panjang. Susah untuk dia berikan jawapan kerana sesungguhnya, sehingga saat itu, dia masih belum boleh terima semuanya. Dia masih berdendam dengan ayah dan ibu tirinya.
Rashdan renung tepat wajah Adirra. Dia tidak boleh berikan jawapan jujur kerana itu bakal menambah lagi kebencian di hati Adirra. Rashdan tahu hati Adirra sangat suci, jadi dia tidak boleh cemarkan kesucian itu dengan menambah kebencian yang mula bercambah pada diri gadis berwajah comel itu.
"Abang dah boleh terima kenyataan. Tapi abang pilih untuk hidup begini. Buat hal sendiri!"
"Kalau begitu abang masih tak boleh terima kenyataan. Maknanya abang pun sama macam Irra. Abang larikan diri!"
"Abang tak larikan diri. Abang cuma jauhkan diri saja!" Rashdan pertahankan kata-katanya.
"Samalah tu…Tapi Irra gembira, sebab kita sama!"
Adirra tersenyum. Rasa gembira mengenali Rashdan yang senasib dengannya. Akhirnya dia bertemu juga dengan kawan yang boleh memahami keadaan dirinya. Dan selepas itu mereka terus berbual panjang. Seolah-olah rakan lama yang baru bertemu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 10
Rashdan gagal untuk melelapkan matanya. Hampir sepetang menemani gadis yang baru dikenali sebagai Adirra itu seperti membangkitkan semula semangatnya. Semangat yang sudah lama mati. Seolah-olah dia sudah dipertemukan dengan sinar baru. Sinar yang tak pernah dia impikan selama ini.
Tiba-tiba saja Rashdan rasa semuanya seperti indah belaka.
Rashdan mengiring ke kanan. Tak kena ke kanan, dia ke kiri pula. Ah! Semuanya tidak menjadi. Akhirnya dia putuskan untuk tinggalkan katilnya. Dia melangkah ke dapur. Hendak basahkan tekak.
Rashdan sendiri tidak tahu kenapa dia begitu berkenan dengan gadis yang seorang itu? Kenapa hatinya bagai ditarik sesuatu untuk mengenalinya.
Kalau dari sudut pandangan mata, Adirra itu kelihatanya biasa-biasa saja. Seperti kebanyakkan gadis lain. Lebih sikitpun gadis itu memiliki raut wajah yang comel. Akan tetapi entah kenapa di dalam dada Rashdan bagai ada yang sudah tidak kena pada pandangan pertama lagi.
"Tak mengapalah. Kita kenal saja dia dulu. Kemudian nanti kita buat penilaian. Dia layak atau tidak untuk bertempat di dalam hati, kita akan putuskan nanti." Begitu sekali Rashdan memujuk diri.
Namun yang anehnya kenapa dia harus memiliki rasa begitu ketika usianya beranjak ke 32 tahun? Kenapa sebelum-sebelumnya langsung perasaannya tidak diusik dengan rasa aneh itu.
Ah! Malas dia hendak fikirkan sebab sejak mula dia tidak tahu akan jawapannya.
Pagi itu sengaja Rashdan keluar awal. Bersama basikalnya dia menuju gerai di mana hatinya sudah tertinggal. Sayangnya gerai itu masih tutup. Yalah, mana ada orang jual goreng pisang pagi-pagi buta! Akhirnya Rashdan tersenyum sendiri.
Rashdan berpatah semula. Hampa. Tetapi salah sendiri juga. Cari orang salah masa.
"Abang, ke mana tu..?" sapa seseorang sebelum Rashdan mula mengayuh basikal.
Rashdan menoleh dan sebaik sahaja terpandang wajah Adirra, dadanya bergetar semula. Tidak sangka juga boleh berjumpa dengan Adirra pagi itu. Aduh! Kenapa yang terpandang nampak seperti melihat setaman bunga yang sangat cantik dan indah. Inikah yang di namakan cinta pandang pertama? Kalau betul, memang benarlah kata orang, jatuh cinta itu amat indah.
Bibir Rashdan sudah mengukir senyuman.
"Abang nak beli goreng pisang ke? Goreng pisang tak jual pagi-pagi buta ni," kata Adirra bersahaja. Hendak mengusik sama. Agak lama dia tidak bergurau dengan sesiapa. Dulu ada juga dia tumpang bergurau dengan Zafril, tetapi kini semuanya tinggal kenangan saja.
Rashdan tersenyum lagi. Begitu senang dengan usikan Adirra. Hmm, nampak pemalu, tapi boleh tahan juga berguraunya.
"Tak lah, saja nak hirup udara segar." Bohong Rashdan. Sambil-sambil itu dia cuba tenangkan perasaannya yang kian bergelora itu.
"Iya ke? Bukan cari Irra?" usik Adirra lagi sambil tersenyum manja.
Aduhai, nak kata gadis ini perasan, tidak boleh juga. Memang itu tujuan sebenar kenapa pagi-pagi sudah sampai di situ
"Kalau iya kenapa?" soal Rashdan pula sambil bibirnya tak lekang dari senyuman. Hah! Siapa suruh mulakan dulu. Ingat Rashdan tak berani?
Wajah Adirra berubah tiba-tiba. Menyesal juga bertanya begitu.
"Irra keluar awal-awal ni nak ke mana?" soal Rashdan lagi bila melihat wajah Adirra sudah berubah. Malu mungkin bila mendengar jawapan yang agak kurang wajar.
"Irra setiap hari keluar awal. Nak sedut udara segar!" jawab Adirra sambil menahan perasaan malu.
"Jomlah, naik basikal dengan abang." pelawa Rashdan.
"Tak naklah." Adirra menolak.
"Iyalah. Sebab basikal tua sajakan. Cuba kalau kereta besar ke , mewah ke, cepat je Irra terima." Rashdan buat-buat merajuk. Sekadar menguji perasaan Adirra. Kalau tak buat begitu, memang kena tolak mentah-mentahlah jawabnya
Ewah, ewah mamat ni. Merajuk pulak pagi-pagi buta. Ini yang aku malas nak layan ni! bebel Adirra di dalam hati.
"Iyalah, iyalah. Tapi jangan bawak laju." Akhirnya Adirra mengalah. Apa salahnya dia naik basikal sesekali. Lagipun sebelum-sebelum ini mana ada orang pelawa dia naik basikal.
"Mana ada basikal boleh bawak laju." Jawab Rashdan pula.
Terus Adirra duduk di pelantar basikal. Dan Rashdan mula mengayuh. Tiba-tiba saja hati Rashdan berlagu riang. Seperti burung-burung yang sedang berkicauan menyambut suria pagi. Rasa sungguh gembira.
Adirra juga rasa sangat gembira. Itulah julung-julung kalinya dia rasa begitu sejak papanya kahwin lain. Sangka Adirra dia tidak akan merasa lagi rasa gembira kerana bagi Adirra rasa gembira itu sudah terlalu jauh daripada dirinya.
"Irra," panggil Rashdan ketika dingin pagi menyapa pipinya.
"Hemm.." jawab Adirra perlahan.
"Kalau kita terus tinggal di sini Irra setuju?" soal Rashdan tiba-tiba. Kenapa dia mengajukan soalan itu kepada Adirra, dia sendiri tidak pasti. Tetapi yang Rashdan pasti, hatinya benar-benar sudah terpaut di Bukit Senyum.
"Kita? Apa maksud abang dengan kita?" soal Adirra. Tak faham langsung dia akan soalan Rashdan itu.
"Maksud abang, kita tinggal terus di sini."
"Habis selama ni abang tinggal kat mana? Atas pokok? Atas gunung sana tu?’ soal Adirra lagi.
Rashdan tersenyum. Tiada jawapan. Di mana dia tinggal sebelum ini tidak penting lagi. Apa yang lebih penting, di mana hatinya bakal tertinggal.
"Irra kalau boleh nak tinggal lebih lama di tempat macam ni. Tapi kat sini tak ada peluang pekerjaan. Kalau ada pun sangat terhad." Ujar Adirra. Ketika itu mereka sudah menghampiri kawasan rumput yang menghijau. Rashdan berhenti mengayuh dan Adirra juga sudah turun dari basikal. Mereka berjalan kaki pula menghampiri pagar kayu yang memagari kawasan rumput tersebut.
"Irra tak nak cuba kat ladang lembu tu? Manalah tahu ada kerja kosong!" cadang Rashdan. Kalau Adirra mahu, jadi penguruspun boleh. Bukan ladang siapapun, milik Rashdan juga.
"Kerja apa? Buang taik lembu?" soal Adirra cepat.
"Maksud abang bukan kat ladangnya. Dalam pejabatnya."
"Ah! Malaslah Irra. Dah tentu tak ada." Jawab Adirra dengan yakin.
"Tak cuba tak tahu…" usul Rashdan pula. Dalam hati harap juga kalau Adirra minta kerja di ladangnya itu. Bolehlah selalu dia melihat wajah Adirra.
"Ah! Malas, malas, malas!" jawab Adirra sambil duduk di pagar kayu.
Rashdan tersenyum. Budak manja memang begitu. Kuat menentang, suka ikut kata hati dan tak peduli siapa-siapa. Tapi satu yang Rashdan paling Rashdan tidak sangka tentang Adirra. Dialah gadis pertama yang Rashdan suka.
Rashdan letak basikalnya di tepi pokok kayu besar. Kemudian dia duduk bersebelahan Adirra sambil melihat rumput yang menghijau.
Pagi menjadi terlalu indah buat Rashdan. Mudah-mudahan rasa-rasa begitu akan kekal menemani hidupnya nanti.
Bulat mata Kak Lina sebaik sahaja melihat wajah Adirra. "Ke mana pagi-pagi ni?" soal Kak Lina.
"Ambik angin pagi." Jawab Adirra ringkas.
"Tadi papa Irra ada telefon akak. Dia tanyakan pasal Irra." Beritahu Kak Lina.
"Akak beritahu papa Irra ada kat sini?" soal Adirra bersama wajah cemas.
"Tak. Akak tak beritahu. Akak cakap akak tak tahu…"
Adirra rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya papanya tidak tahu dia berada sekarang ini.
"Kalau papa Irra tahu, mesti sekarang jugak papa Irra jemput Irra!" kata Kak Lina lagi.
"Yakah? Entah-entah lagi suka Irra duduk sini. Tak balik langsungpun tak apa!" kata Adirra sambil membantu Kak Lina menyidai kain. Nampak cuaca pagi itu sangat cantik.
"Irra telefonlah papa Irra. Kak Lina tahu papa Irra mesti risaukan Irra tu." Kak Lina pujuk lagi Adirra walaupun dia tahu, Adirra tak akan dengar langsung.
"Kasihan akak tengok papa Irra tu." tokok Kak Lina.
"Akak tak payah nak kasihanlah. Tentu sekarang ni papa tengah bahagia. Papa telefon tu pun sebab nak ambik patut saja. Nanti orang tuduh pada tak cari Irra pulak!" jawab Adirra.
Kak Lina sekadar mengelengkan kepala selepas itu. Keras betul hati Adirra, fikirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
RASHDAN....RASHDAN.....DLM HATI ADA TAMAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya Rashdan. Tapi panggil abang saja." kihkihkih.. ma$uk jarum nih |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyeeeeeeeee....harap2 biar la irra dgn rashdan..biar padan muka si zafril tu..
lagipun tak suke dgn pn ani tu,..gedik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|