CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nissangetz

apasal pemandu biadab di lebuh raya ?

[Copy link]
Post time 9-8-2011 04:48 PM | Show all posts
kalau kete tu buat tak reti je je ko nak buat apa?....takkan ko follow je blakang dia...
nak  ...
zulka Post at 27-7-2011 08:35

mmg selalu sgt hadapi situasi mcm ni i.e. keta bwk slow kt lane laju..

mcmana nak potong ikut kiri kalau dah sah2 keta lane tengah lagilah slow esp time peak hour, so takda ruang pun.

so adakah anda akan terus bersabar dgn selfish driver spt itu??

   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 05:14 PM | Show all posts
pada aku, apabila ade pmdu yg biadap kt aku, selalunye aku akn ckp pd diri sndiri " kesian...mungkin mamat ni nk terberak kot, bru kna kanser kot, bru lpas kna pecat kot ataupun yg sewaktu dgnnye, jd aku xdela jd rs bengang sgt, malah ksian plak kt orng2 mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 08:45 PM | Show all posts
Reply 31# ruffleen

sy selalu dok lane kiri jek... less stress. sape nak laju sila pi kanan tp ada jek org sengal yg suka tonjol org kat lane kiri, as long kita ikut had laju...iols buat dunno jek. bistu nak suruh ke bahu jalan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:15 AM | Show all posts
Kalau kita guna kereta mewah, kita akan rasa kenderaan lain biadap pada kita
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:27 AM | Show all posts
Ini Malaysia...Bukan Singapore...takyah dok bikin kecoh...singapore pun lagi biadap jugak...imigresen lagi pun dah buat hal...sket2 nak hon...kat hiway spore time jem..nak menyelit pun tak beri laluan..lagi rapat ke kereta depan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:40 AM | Show all posts
ape2 pon jgn bawak laju membabi buta, kenali kemampuan kete sendiri, jgn berlagak kendian nyusahkan  ...
ice98 Post at 22-7-2011 09:32



    setujuk... & selalu kena dgn situasi cam nie, beli kete mahal2 pastu nak kuar/masuk simpang tak bagi signal.. apsal la kedekut sgt nak bg signal bukan kena caj pung...

pemandu yg kepala batu - bila org dh bagi signal nak tukar lorong dan2 tu gak dia tekan minyak x bagi laluan padahal jarak kemain jauh lagik... bila dia dh motong kita, dan2 tu gak dia tukar lorong pulak mmg sengal!!!

bwk laju2 pastu suka brek2, nahan sakit perut ke hapa!!! agak klu bwk laju2 sekelip mata ke sampai ke desitnasi... tup2 ekeleh kat trafic lite tu jugak... wat buang minyak jer

pesanan utk seme pemandu jalan raya sama2 lah kita jaga tatasusila jalanraya... masing2 byr roadtax.. xyah lah nk tunjuk hero/pro kat jln raya last nyusahkan org lain nak g ngangkat anto spital....

ingat lah org yg tersayang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 09:15 AM | Show all posts
last 2 days, bulat balik keje, kuar kt tol jln duta nk menghale ke sg buloh...
memlue bulat dok lane tgh... pas tu bulat nampak le kat lane kanan sekali tu ade sebiji vios, jauh belakang dia ade volvo hampehss burookkss...
so, bulat bagi le signal... lepas vios tu lepas bulat masuk le kanan sebab volvo tu bulat tgk jauh lagi.. tp mmg mangkuks nye jenis, dh nampak org bg signal nak masuk, dia blh pecut lagi... pastu hon & beam bulat... bulat malas layan, bulat drive je terus.. dia x puas hati.. dok beam bulat... bulat buat 'dek' nak sampai i/change sg buloh bulat ke kiri pas tu volvo mangkuks tu potong keta camry depan bulat... hampehhsss sungguh...tp penakut le... sebab bulat dh ready nk ambik gambar plet dia, dia lagi pecut pegi kat depan keta yg lagi ke depan... hampehhss... berlagak... mentang2 le bulat bawak ms. myvi... kalu bulat bwk mr. T baru le dia beralah sikit kot.. mmg hamppehhsss... :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:20 AM | Show all posts
Kalau kita guna kereta mewah, kita akan rasa kenderaan lain biadap pada kita
Senyum86 Post at 10-8-2011 06:15



tp kategori keta mewah ni selalunye jenis yg hampehsss.. x reti bagi signal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 11:27 AM | Show all posts
Reply 47# si bulat


    ni citer aku pulak 1st day puasa balik kerja kat highway sungai besi, masa tu tengah jem, tiba2 pajero kuning buruk
sondol kete kat belakang dua kali pulak tu,  nampak marah2 pulak pada aku, sempat amik foto plat WEB 89,
nampak dia nak belok simpang ke the mines, mungkin sebab dia nampak aku amik gambar terus dia kejar kete aku
sampai SKVE nak dilanggarnya sisi kete aku pulak, mujur sempat elak, ikutkan hati mahu aku hentak je orang tu
nampat tua je melayu bawak bini ngan budak perempuan kecik dalam ketenye,  sebabkan aku ingatkan puasa terus aku pecut je
balik rumah,  aku dah repot polis, sebab ni polis kata kategori road bully, kalau road bully kena repot kat balai polis biasa,
bukan polis trafik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:07 PM | Show all posts
Reply  si bulat


    ni citer aku pulak 1st day puasa balik kerja kat highway sungai besi, masa ...
came77 Post at 10-8-2011 11:27


ko ade pancung line dier ke , plik jgk tetibe dier nk sondol2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:25 PM | Show all posts
speed kills

Paling ngeri kalau tengok kereta penuh dengan passanger tapi still nak bawak laju....

Konvoi lambo malaysia pun bawak ikut speed limit
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 07:11 AM | Show all posts
Reply  ruffleen
sy selalu dok lane kiri jek... less stress. sape nak laju sila pi kanan tp ada jek org sengal yg suka tonjol org kat lane kiri, as long kita ikut had laju...iols buat dunno jek. bistu nak suruh ke bahu jalan ke?
nazurah Post at 9-8-2011 20:45

kan! selalunya orang yg kereta besar dari kita la (tapi ada je yg pakai Kancil pun, biadab gak)

beberapa hari lepas, aku berhenti kat trafik light (jalan yg 2 lane). opkos aku duk lane kiri. belakang aku mmg takde kereta dah. pastu lampu pun hijau. tak pasal2 Kancil yg dok sebelah aku (lane kanan) hon aku. Gila apa....aku terlambat lepaskan handbrek pun, bukannya aku menjejaskan ko. Saja je nak kuangajo...anak sape tah :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 07:25 AM | Show all posts
Kita perlu berbudi bahasa dan tolong menolong serta bertolak ansur antara manusia  
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:29 AM | Show all posts
Kita perlu berbudi bahasa dan tolong menolong serta bertolak ansur antara manusia
Senyum86 Post at 11-8-2011 07:25



betul.... tp x semua org berfikiran cam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:28 AM | Show all posts
tp kategori keta mewah ni selalunye jenis yg hampehsss.. x reti bagi signal...
si bulat Post at 10-8-2011 09:20

ha'ah. aku tiap2 hari lalu Jalan Bangsar, memang ramai yg mcm tu :@
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 01:35 AM | Show all posts
aku pun selalu jugak alami kejadian macam ni...kereta dari belakang bagi highbeam suruh aku ketepi...... tetapi la pada aku, tak kisah la kereta yg dtg tu kereta biasa atau mewah ke...
kalau dia nk cepat nk memotong line kanan ke kiri ke..baik lah kita beri je dorg tu potong kita...mana kita tau mungkin dorg ada hal kecemsan nk cepat....
lagi satu bagi aku la..tak rugi pun kalau kita slow sikit beri laluan kat dorg.....sbb hari ni hari dia nk cepat....mana la tahu satu hari nnti giliran kita pulak yg nk cepat org tak beri laluan...

pada aku pemandu yg drive laju ni memang dorg hebat dan berani serta yakin....so, kita usah la nk marah-marah dorg ni jika mereka bagi highbeam...dorg tau apa yg dorg buat. yg penting kita mesti tau kita kene duduk lorong yg betul...insyaallah jika kita permudahkan org, tak mustahil Allah juga akan permudahkan kita kelak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 07:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by Senyum86 at 12-8-2011 07:56

Kita yang tidak berfikiran seperti itu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 01:33 PM | Show all posts
terjumpa artikel ni...sharing....http://www.panducermat.org.my/Hak-kita-hak-orang.html
Hak kita, hak orang

JIKA kita memandu di ibu negeri Pahang, Kuantan, kita pasti akan mudah melihat papan tanda yang tertera peringatan itu. Jika ia merujuk kandungan papan tanda itu, sudah tentu pihak yang diminta menghormati pejalan kaki ialah pengguna jalan raya lain. Penunggang motosikal, pengayuh basikal, pemandu bas, lori, van, kereta, teksi, pikap atau pemandu kenderaan pacuan empat roda sudah tentu sasaran papan tanda tersebut.

Apa pun, jalan raya adalah kemudahan awam untuk semua sama ada kita menggunakan apa juga kenderaan ataupun sekadar berjalan kaki; semuanya berhak menggunakannya. Namun, kita sering terserempak dengan pelbagai gelagat pengguna jalan raya yang tidak mencerminkan pelaku berkenaan benar-benar memahami peraturan jalan raya atau setidak-tidaknya si pelaku adalah orang Malaysia yang sering mengaitkan diri dengan amalan budaya Timur yang penuh sopan santun.

Contoh 1: Seorang pejalan kaki mahu menyeberangi jalan di lintasan pejalan kaki. Sebelah kakinya sudahpun di atas jalan tetapi ada lagi motosikal, kereta yang terus bergerak tanpa rasa bertanggungjawab untuk memberi laluan. Pejalan kaki terpaksa berundur! Sukar sangat kita memberi laluan kepada pejalan kaki; itu bukan diajar oleh sekolah memandu sebelum kita memperoleh lesen memandu daripada JPJ. Itu juga bukan budaya Timur yang kononnya kita banggakan.

Contoh 2: Memaksa pemandu di depan kita memandu lebih laju. Terdapat sesetengah pemandu yang seolah-olah memaksa orang lain melakukan kesalahan had laju apabila memberi lampu berkali-kali supaya kereta di depannya yang sudahpun laju memberi laluan kepadanya. Banyak kes sebegini berlaku di lebuh raya dua lorong. Jika sebuah kereta berada di lorong laju pada tahap kelajuan munasabah kerana dalam proses memotong, amat tidak wajar kereta lain yang datang dari belakang seperti peluru, menyalakan lampu tinggi berkali-kali supaya ia diberi laluan. Bersabarlah; jika mahu terus melakukan kesalahan lalu lintas, janganlah 'mencuri' hak orang lain di jalan raya.

Contoh 3: Jalan sesak, memaksa kereta berbaris panjang. Namun ramai pemandu secara selamba memotong barisan dengan menggunakan lorong tepi atau lorong kecemasan. Pemandu berkenaan diberi laluan akhirnya, mungkin sekali kerana 'memaksa' pemandu yang sedang berbaris memberi ruang. Sekali lagi, ia bukan cara memandu semasa kita memperoleh lesen memandu dahulu. Sekali lagi, ia bukan sesuatu yang boleh menjadi kemegahan, apa lagi jika diukur dari segi nilai-nilai Timur yang kita semua dukung.

Contoh 4: Jalan raya atau lebuh raya dua atau tiga lorong sehala. Ada pula pemandu yang seolah-olah tidak peduli kepada pengguna lain, membawa kenderaan perlahan di lorong laju sedangkan lorong kiri kosong. Kadangkala kita terserempak dengan gelagat sebegini. Apakah yang ada dalam kepala pemandu sebegini?

Contoh 5: Tiba-tiba kenderaan di depan kita membelok ke kiri atau kanan tanpa memberi lampu isyarat untuk berbuat demikian. Apakah pemandu kenderaan terbabit berharap pemandu lain khususnya yang mengekorinya boleh membaca mindanya?

Sekadar lima contoh, sudah cukup untuk kita sama-sama menyemak semula cara kita atau tabiat kita semasa berada di jalan raya yang sebenarnya menjadi hak semua. Semua orang ada hak menggunakan jalan raya. Cara kita menggunakan hak kita dan pada masa yang sama memberi ruang kepada orang lain menggunakan hak mereka, mencerminkan keperibadian kita.

Terdapat pandangan bahawa orang kita akan berubah sikap dan nilai sebaik sahaja melangkah masuk ke kereta. Apabila berada di dalam kereta, kita seolah-olah bertukar menjadi orang lain dengan sikap dan tabiat yang berbeza berbanding ketika kita berada di luar kereta atau kenderaan. Mungkin apabila kita memasuki kereta sendiri, secara psikologi kita menganggap itu hak mutlak kita dan kitalah yang 'berkuasa' sepenuhnya. Kita menguasai sepenuhnya ruang dalam kereta itu tanpa menyedari dalam menggunakan hak itu, kita masih berkongsi jalan dengan orang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 02:35 PM | Show all posts
terjumpa artikel ni...sharing....
Contoh 1: Seorang pejalan kaki mahu menyeberangi jalan di lintasan pejalan kaki ...
ruffleen Post at 12-8-2011 13:33



contoh ni bulat selalu tgk kat area sekolah...
rasenye semua org dh tau dh pasal zebra crossing tu...
tp still ade pemandu yg x peduli bende tu...

kesian kadang2 tgk org2 nk melintas lak kena dok tunggu keta lalu w'pun diorg dok berdiri kat zebra crossing tu ha..
sampaikan ade 1 hari tu anak bulat yg darjah 1 tanye bulat.. "umi, kenapa kereta tu x berenti? kan ade org nk melintas tu.."

hhhmmmm... susah nk jawab tu... senang2 je bulat jawab le "org bawak keta tu sakit perut kot... sebab tu dia x berenti..."
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 04:12 PM | Show all posts
ni gambor keta paling kurang ajor yg bulat jumpe mase hr sabtu sebelum raye hr tu...



bulat rase keta org besor Kedah... tp sepatutnye x buat le keje cenggitu... 1st dia bawak keta more than 120km/j.... 2nd dia potong keta kitorg dr belah kiri dr belah emergency lane tu... 3rd dia nearly nk langgar keta saga yg kat depan dia tu kat lane paling kanan lepas dia potong keta bulat dr belah kiri tu...

semua org berhak kat atas jalanraya tu sebab semua org byr roadtax.. bukan hak dia sorang... :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.749972 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list