CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: haikal_fadzil

[DRAMA MELAYU] TRIBUTE TO P. RAMLEE - 10 telemovie daripada 10 pengarah tersohor negara

[Copy link]
Post time 6-6-2013 04:55 PM | Show all posts
mycute posted on 6-6-2013 04:02 PM
dipilih oleh juri ke undian peminat coz kat paper sebelum ni, peminat kena pilih..

kt paper tu utk fans teka sape pemenang jek

klu tepat dgn pilihan juri kira menang lah

top 5 akhir (dipilih juri profesional) mlm anugerah esok baru tau rasanya
biasa la anugerah kt malaysia, mlm anugerah baru tau
surprise la sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 05:17 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 6-6-2013 04:55 PM
kt paper tu utk fans teka sape pemenang jek

klu tepat dgn pilihan juri kira menang lah

tu confuse coz ada perkataan terbaik setiap kategori...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 08:50 AM | Show all posts
mycute posted on 6-6-2013 05:17 PM
tu confuse coz ada perkataan terbaik setiap kategori...

mlm ni majlis anugerah
kul 9mlm kt tv1
hrpnye xde plak program lain menyelit (tv government, tau² la...)

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 03:59 PM | Show all posts
sayangnya baru tau psl ni bila tgk IG Erma Fatima, Sharifah Alyea psl anugerah PRamlee.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 08:25 AM | Show all posts
isabel posted on 10-6-2013 03:59 PM
sayangnya baru tau psl ni bila tgk IG Erma Fatima, Sharifah Alyea psl anugerah PRamlee.

beto pun menang kan......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 08:34 AM | Show all posts
Miang Buluh Keladi Birah’ Drama Terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee

http://t2.gstatic.com/images?q=t ... fyc2tjWjmJJd34ZW-uA

Drama arahan Badaruddin Azmi berjudul Miang Buluh Keladi Birah dinobatkan sebagai drama terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya pada malam Jumaat.

Badaruddin atau lebih dikenali sebagai Bade turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik dan membawa pulang RM20,000 berserta trofi bagi kedua-dua kategori tersebut.

Miang Buluh Keladi Birah turut membawa pulang trofi bagi kategori Skrip Terbaik yang dimenangi oleh Marjan Hanani dan membawa pulang hadiah RM5,000 berserta trofi.

Acara pada malam itu turut menganugerahkan dua seniman terkenal iaitu Datuk Aziz Satar dan Allahyarham S. Shamsuddin menerusi anugerah khas iaitu Anugerah Tokoh Lakon Melayu.

Hadiah disampaikan oleh Datuk Mustafa Maarof dan seniwati Zaiton mewakili keluarga S.Shamsuddin untuk menerima trofi berkenaan.

Turut hadir pada acara berkenaan adalah Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Jamil Sulong, Mariani dan Neng Yatimah.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik dimenangi oleh Sharifah Amani dan Beto Khushairy menerusi lakonan mantap mereka dalam drama arahan Erma Fatimah berjudul Selagi Cinta Berzikir.

Sharifah Amani
Kedua-dua mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi.

Manakala Mislina Mustafa (Di Manakan Ku Cari Ganti) dan Hanis Kamal Bakar (Miang Buluh Keladi Birah) dinobatkan menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Sementara itu, pelakon veteran Datuk Ahmad Tarmimi Seregar dipilih sebagai pemenang menerusi kategori Penampilan Istimewa dalam drama (Selagi Cinta Berzikir).

Semua pemenang dipilih menerusi penjurian profesional.

Tribute Anugerah P. Ramlee diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia dengan kerjasama Suhan Movies dan Kumpulan Utusan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada cucu P. Ramlee iaitu Najua P. Ramlee menerusi lagu Darah Muda.

Selain itu penyanyi Misha Omar turut menyampaikan lagu Dimanakan Ku Cari Ganti manakala Musli Ramlee menerusi lagu Getaran Jiwa diiringi petikan piano daripada Syafinaz Selamat.

Antara artis lain yang turut membuat persembahan pada acara itu adalah Sepahtu, One Nation Emcee, Dayang Nurfaizah dan Azlan The Type Writer.

Ia diacarakan oleh Linda Onn dan Terence Das.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Augerah Tribute P.Ramlee :

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Mislina Mustafa (Di Manakan Ku Cari Ganti)

2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Hanis Kamal Bakar (Miang Buluh Keladi Birah)

3. Penampilan Istimewa Terbaik : Datuk Ahmad Tarmimi Seregar (Selagi Cinta Berzikir)

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Beto Kusyairi (Selagi Cinta Berzikir)

5. Pelakon Wanita Terbaik : Sharifah Amani (Selagi Cinta Berzikir)

6. Videografi Terbaik : Bob Fitri (Dimanakan Ku Cari Ganti)

7. Skrip Terbaik : Manjan Hanani (Miang Buluh Keladi Birah)

8. Pengarah Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)

9. Drama Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)
Last edited by supernaturalee on 11-6-2013 08:42 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2013 08:39 AM | Show all posts


Drama Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)


http://t2.gstatic.com/images?q=t ... K8kjEPpXES9FPx1lFog



Pelakon Lelaki Terbaik : Beto Kusyairi (Selagi Cinta Berzikir)

Pelakon Wanita Terbaik : Sharifah Amani (Selagi Cinta Berzikir)



gambar dr drama Selagi Cinta Berzikir




Datuk Aziz Satar dan Allahyarham S. Shamsuddin menerusi anugerah khas iaitu Anugerah Tokoh Lakon Melayu.

Hadiah disampaikan oleh Datuk Mustafa Maarof dan seniwati Zaiton mewakili keluarga S.Shamsuddin untuk menerima trofi berkenaan.
Last edited by supernaturalee on 11-6-2013 08:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 08:40 AM | Show all posts


pak ajis & seniwati zaiton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 08:53 AM | Show all posts


ade aku kesah kau menang?

steady je erma tewas di tgn laki nye sndrik
tp erma menang sorak mlm tu
tiap kali drama selagi cinta berzikir diumumkan sbg calon atau menang, ramai jek yg bersorak dlm dewan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 08:57 AM | Show all posts


shafinaz mengiringi persembahan musly ramlee lagu getaran jiwa





muncul sekali lg nyanyi lagu putus sudah kasih sayang
new rendition - ala opera....i loikeee
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 09:49 AM | Show all posts
anugerah mcm ni sepatutnya dibuat besar2an...
ni tau anugerah ni pun bila tgk IG pelakon...sedih...

melepas tgk anugerah ni...

harap anugerah ni dibuat setiap tahun..

Last edited by isabel on 11-6-2013 09:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 12:02 PM | Show all posts
ala... mane nk tgk semula cerita2 ni???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 03:13 PM | Show all posts
talapia posted on 14-6-2013 12:02 PM
ala... mane nk tgk semula cerita2 ni???

youtube ade sket2 rasanya..mcm cite beto ngn sharifah amani tuh..ce taip tajuk nye..cite bade pon ade jugk kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.515558 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list