CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 8499|Reply: 66

Pemuda 110kg berjaya turunkan berat badan, kongsi jadual diet pagi sampai malam... Teh hijau jangan lupa!

[Copy link]
Post time 24-6-2025 12:07 PM | Show all posts |Read mode





RAMAI orang mengimpikan berat badan ideal kerana ia bukan sahaja menonjolkan penampilan menarik, tetapi juga mencerminkan tahap kesihatan yang baik.


Di TikTok, seorang pemuda menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kaedah yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram (kg).


Menurut pemuda dikenali sebagai Kulkasakash itu, dia sebelum ini memiliki berat badan 110kg.


Dengan menggunakan kaedah IF 12:12 (Intermittent Fasting 12:12), beratnya kini sudah turun kepada 70kg.


Kaedah IF 12:12 merupakan satu bentuk puasa berkala yang mana seseorang berpuasa selama 12 jam dan makan dalam tempoh 12 jam berikutnya setiap hari.







Berikut merupakan jadual harian pemuda itu:


6 pagi: Minum air putih selepas bangun tidur, jangan terus bersarapan.


8 pagi: Boleh ambil sarapan, bebas makanan apa tapi ambil dalam kuantiti secukupnya sahaja.


11.30 pagi: Minum teh hijau


1 tengah hari: Makan tengah hari (nasi, lauk dan sayur)


3 petang: Ambil snek (buah-buahan).


7 petang: Makan malam (sandwich roti dan telur serta salad)


8 malam: Minum teh hijau sekali lagi.


Dalam hantaran tular di TikTok, pemuda Indonesia itu turut berpesan kepada orang ramai agar melakukan senaman empat kali seminggu.


Jelasnya, diet sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ia perlu disusuli dengan senaman yang konsisten.


Dalam hantaran sama, dia turut menekankan kepentingan mengambil teh hijau untuk membantu menahan nafsu makan.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2025 02:39 PM | Show all posts
70% sumbangan dari penjagaan diet & permakanan yang betul. 20% dari sumbangan senaman yang terancang & effective
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 02:48 PM | Show all posts
rambut je yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 03:19 PM | Show all posts
Lebih kurang sama je mcm diet meolls tapi kenapa meolls gundu? ekekekekek
Oh ye.. meolls malas eksesais.. muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:45 PM | Show all posts
Dalam hantaran tular di TikTok, pemuda Indonesia itu turut berpesan kepada orang ramai agar melakukan senaman empat kali seminggu.


ni yang paling penting, kena bersenam
kalau jaga makan tapi tak bersenam, susah turun

minda yang sihat, dari badan yang sihat
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 04:46 PM | Show all posts
KamikuP replied at 24-6-2025 07:19 AM
Lebih kurang sama je mcm diet meolls tapi kenapa meolls gundu? ekekekekek
Oh ye.. meolls malas ekses ...

Haha eksesais sikit pon boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 24-6-2025 03:19 PM
Lebih kurang sama je mcm diet meolls tapi kenapa meolls gundu? ekekekekek
Oh ye.. meolls malas ekses ...

Ko malas sangat keluar exercise kan KO try skipping 100kali sehari. Pastu up 200,300 kali sehari. Luruh lemak2 KO sekali muka KO susut. Aku buat dalam 2 minggu ni macam xcaya pipi aku xsegebu bulan lepas. 100 kali kejap sgt oi dah panas berpeluh2 jantung laju ngepam darah.
Kadang 100 kali lompat bintang. Oh ya aku belum berjaya jaga makan. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teh hijau brand apa paling bagus utk turunkan berat ya? Minum tanpa gula is pahit payau la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2025 05:40 PM | Show all posts
Aku skeptic sikit. Berapa lama masa dr 110kg ke 70kg tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Share la teh hijau apa? Ke teh hijau jenama “orang kampung”
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 24-6-2025 09:18 AM
Teh hijau brand apa paling bagus utk turunkan berat ya? Minum tanpa gula is pahit payau la.

Itu la tujuan teh hijau nak bagi lidah rasa payau kelat mcm tu jadi makan pun tak selera.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kagum tgk sam suami tilla tu. Badan dia mcm senang je nak set. Rase nye dah 3 kali badan dia gemok kurus. Dia mmg share betul2 mcm mana dia boleh kurus. Cuma mampu ke tidak kita nak ikut. Dia buat omad dan makanan dia protein elak minyak, garam, gula.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg minum teh hijau malam...segelas je lah tiap2 malam...aku suka Ahmad green tea...pernah try Boh..x kena dgn  taste aku. Tapi aku minum sbb aku ada inflammation..x de pn payau ok je
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
punchup: Aku mmg minum teh hijau malam. ...


Yes Ahmad yg i plg bleh telan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
punchup replied at 24-6-2025 06:48 PM
Aku mmg minum teh hijau malam...segelas je lah tiap2 malam...aku suka Ahmad green tea...pernah try B ...

Sama..mmg tak boleh go boh punya. Mzz everyday minum jasmine green tea ahmad tea punya..mmg feverey mzz tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Meolls every weekday mmg accidental if sbb tak sempat bekpes, keje banyak sgt. Dalam pukul 11,12 baru dpt mkn. Dinner paling lewat pukul 7. Malam kang buat indoor walk sikit sambil layan drama..dpt dalam sejam jadi lah. Sama juga isnin-jumaat..weekend malas hahaha

Rasa mcm turun lah sikit berat ni. Mzz pendek so naik berat sikit je terus bmi overweight. Dunia ini tidak adil ya huhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemuda dari Indonesia, berbaju Melayu Moden.

Ko ada Top orang Malaysia ke? Acik sangsi
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 24-6-2025 07:01 PM
Meolls every weekday mmg accidental if sbb tak sempat bekpes, keje banyak sgt. Dalam pukul 11,12 bar ...

Uols lunch time dekat opis pukul 11 pagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 24-6-2025 07:15 PM
Uols lunch time dekat opis pukul 11 pagi ke

Lunch break pukul 1 mcm biasa..but since meolls if tu, makan je pukul 11 tu tapi dekat meja sendiri je. Itu pun kalau meolls dah settlekan semua keje pagi tu. Kalau tak, pukul 1 tu lah baru break fast. Pagi2 otw pergi kerja tu dah tapau siap2 makanan so tak keluar lagi dah. Balik rumah kang baru dinner pula..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2025 08:40 PM | Show all posts
mzzenma replied at 24-6-2025 07:01 PM
Meolls every weekday mmg accidental if sbb tak sempat bekpes, keje banyak sgt. Dalam pukul 11,12 bar ...

ada treadmill eh. best nya indoor walksehari dapat jalan kaki sejam pun dah ok chuols. bagus sangat
Iols dapat 30 minit je. dah tua, huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.903735 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list