|
Post Last Edit by bintang at 24-1-2012 16:40
“Kita sudah tak bertemu setahun, Azmer. Dan kata pertama yang kau ucapkan jangan sentuh gambar-gambar itu?”
“Sebab aku tahu kau Zinnirah Clarissa Datuk Andi Gold. Kau sahabat yang baik, tapi kau itu selalu…”
“Selalu apa?” Zinnirah meletakkan gambar dengan perlahan. Azmer kelihatan tegang. Namun saat Zinnirah menggerakkan tangan, tanpa sengaja dia menyenggol kotak pensil dan membuatnya terlanggar cangkir kopi Azmer. Azmer menjerit. Zinnirah mencuba untuk menangkapnya. Tapi gadis itu malah tersandung karpet dan jatuh berdebuk. Untunglah cangkir itu kosong sehingga saat terbalik ke karpet tidak meninggalkan bekas.
“Zinnirah…!! You clumsy fool!” teriak Azmer. Dia berlari menyelamatkan gambarnya. Dia sama sekali tidak berniat menolong Zinnirah. “Kamu tahu betapa sukarnya meminta Laura bergambar? Berminggu-minggu aku sendiri terpaksa memburu dia. Mengemis-ngemis pada managernya agar diberi waktu. Dan sekarang dalam masa beberapa detik, kau mau menghancurkannya!”
Jadi nama gadis itu Laura. Seorang bintang lagi. Mungkin tidakk ada hubungan apa-apa dengan Fuad. Mungkin Fuad cuma kagum kerana dia cantik. Kerana dia model sekaligus artis.
“Kamu kan boleh mencuci klisenya lagi. Lagi pula sudah terbit di majalah.”
Azmer membelalak kesal. “Bukan bererti kau boleh buat sesuka hati! Hargai karya seni sedikit.. kenapa? Pulang dari Afrika, bukannya buat orang senang, malah buat orang sebal. Kamu tuh, kan.. Kamu punya berita yang paling besar tapi nampaknya kamu tak nak cakap sama sahabatmu sendiri?”
“Berita yang mana? Aku pulang dari Afrika? Aku mau diculik? Aku mau bertunangan dengan Fuad?”
“Kamu mau diculik?” Azmer memandang Zinnirah agak lama. “Sudahlah itu tidak penting. Siapa peduli kamu diculik?” Azmer menarik tempat duduknya. Dia meminta Zinnirah untuk duduk di depannya.
“Irah, kamu tahu siapa ini?” Dia menarik gambar Laura.
“Laura?” Pertanyaan yang bodoh, Azmer. Kamu kan baru saja cakap.
“Dan kamu tahu Laura itu siapa?”
“Bintang filem? Penyanyi? Model? Mana aku tahu? Aku ini dari Afrika!”
“Jadi kamu tak tahu lah?” Azmer seakan tidak percaya melihat wajah Zinnirah begitu polos. “Okay, aku kasi tahu, deh. Irah, kamu sedar tak neh, kamu baru saja mencuri Fuad dari Laura, penyanyi paling naik daun saat ini?”
“WHAAAT???? Maksud kamu? Fuad? Laura? Mereka….Mereka pasangan kekasih?” Zinnirah kehilangan kata-kata. “Aku tak percaya…! Kenapa tak ada seorang pun yang cakap hal ini pada aku?”
Mana aku tahu? kata Azmer dalam hati.
“Patutlah sikap Fuad aneh saja pada aku. Patutlah mama mengelak menjawab waktu aku tanya Fuad sudah ada kekasih atau belum? Hebat! Hebat! Sekarang aku jadi pencuri lelaki orang..!”
“Sebenarnya, mereka itu sudah putus sebelum kau datang.”
Zinnirah menatap Azmer dengan bingung. “Tapi kamu tadi cakap aku mencuri Fuad dari Laura.”
Azmer tersengih. “Saja… nak kasi kau tegang jer!”
Zinnirah terasa ingin mencekik leher Azmer.
“Jadi aku boleh mengutip pertanyaanmu tadi buat edisi Puteri berikutnya?”
“Noooooo! Sedap saja!” Zinnirah kembali berputar mengelilingi ruangan. Kepalanya terasa pusing dan mendadak ruangan itu terasa semakin sempit. “Ya, Tuhan. Tidak hairan dia begitu membenci aku. Pasti dia tidak mau memutuskan hubungannya dengan Laura. Dia pasti begitu! Tak hairan dia sempat terpana menatap billboard Laura. Tapi kerana orang tua kami sudah saling berjanji, dia tidak punya pilihan lagi. Jadi Fuad terpaksa memutuskan hubungan dia dengan Laura. Argh! Dia pasti melihat aku sebagai orang yang merosak hubungannya dengan kekasihnya. Apalagi Laura. Laura lagilah semakin membenci aku.”
“Haa.. kalau tentang itu, kamu boleh menanyakan pada Laura terus . Dia akan datang petang ini.”
“Apa?” |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya bintang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salamat Hari Raya Bintang.... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi ya Bintang
setia menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
bila cerita ni nak sambung? bintang...saya menyukai karya anda. penantian itu satu penyiksaan. |
|
|
|
|
|
|
|
bila cerita ni nak sambung? bintang...saya menyukai karya anda. penantian itu satu penyiksaan.
wawin Post at 24-11-2011 14:54
InsyaAllah wawin, bintang giat menulis kembali neh.. dalam masa terdekat ni, akan menyusul entrynya.
Maaf sangat-sangat dengan cerita yang terbengkalai ini .. |
|
|
|
|
|
|
|
bintang, aku juga suka skali pada cerita2 mu!
silakan sambung cepat yeh.. lap you muah muah |
|
|
|
|
|
|
|
saya pon sama....lambat tul update... |
|
|
|
|
|
|
|
next... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 24-1-2012 16:22
Sambung..........
“Iya. Kejap lagi kami akan mengadakan perjumpaan. Laura janji akan datang. Camne? Mau bertemu Laura?”
Zinnirah merasa gugup ketika mengikuti langkah Azmer memasuki ruang tingkat bawah pejabat. Malah dia hampir tidak menyedari Zamil juga ada di sana. Rupanya pemuda itu sudah bosan menunggu di kereta.
Tak kisah. Biarkan saja.
“Laura…. Ben….” Azmer merentangkan tangannya menyambut seorang gadis yang tengah bercakap-cakap dengan seorang lelaki berusia sekitar tiga puluh tahun. Gadis itu menoleh. Zinnirah terasa semakin menciut. Gadis itu sesungguhnya lebih cantik dari gambarnya. Dengan wajah sesempurna itu, tidak hairan kalau Fuad enggan melepaskannya.
“Azmer!” Senyum Laura mengembang ketika melihat pemuda itu datang. “Itu cover sempurna habis. I yakin dapat meningkatkan penjualan Puteri.”
“I harap juga begitu, Laura.”
Ben melihat kehadiran Zinnirah.
“Dan… siapa ini, Azmer?” Mata Ben terus menangkap kehadiran Zinnirah. “Mau minta tanda tangan Laura?”
“Sebenarnya bukan, dia…”
Zinnirah menyalami Laura. “Nama saya Zinnirah. Zinnirah Clarissa Gold.”
Nama Gold sudah lebih dari cukup bagi Laura untuk menyedari siapa yang berada di hadapannya ini.
Jadi, ini calon isteri Fuad.
“Oh, ya?” Laura berusaha merendam keterkejutan dengan senyumnya. “Kata Fuad, kamu baru pulang dari Afrika.”
Kata Fuad? Zinnirah semakin curiga. Laura masih berhubungan dengan Fuad?
“Jadi, ceritakan Afrika. Apa yang kamu lakukan di benua hitam itu?” tanya Ben.
“Saya belajar di sana.... Alam, seni, adat, budaya…apa saja.”
Ben tertawa kuat, menganggap Zinnirah hanya bergurau.
“Saya dengar dari Azmer, kamu artis terkenal di sini,” bertanya ramah Zinnirah pada Laura tanpa mempedulikan Ben.
“Ah, tidaklah sebegitu. Saya baru saja mengeluarkan album kedua dan esok saya akan memulai pengembaraan pembuatan video klip.”
“Benar. Konsep yang menarik.” sambung Ben. “Tentu saja, aku kan pengarahnya. Bayangkan… Laura menari dengan latar belakang berbagai musim. Tapi, tentu saja akan berbeza sekali dengan tarian Afrika…”
Zinnirah tersenyum pahit terasa lelaki lembut ini menyindirnya. Setelah berbual singkat dengan Laura dia mohon mengundurkan diri. Zinnirah berfikir. Laura membuatnya bingung. Sepatutnya gadis itu membencinya. Sepatutnya gadis itu menjerit dan terasa ingin membunuhnya. Kerana Zinnirahlah mereka putus. Tapi Laura seakan tidak peduli malah begitu ramah padanya, jauh lebih baik daripada khinzir hutan yang duduk di atas kerusi pengarah itu. Semua hal itu membuat Zinnirah terus berfikir. Kalaulah tidak kerana Zamil memanggil namanya, mungkin dia akan terus termenung.
“Zamil, kalau kamu jadi Laura, apakah kamu akan membenci Irah?”
Zamill terdiam sejenak. dia tidak menduga Zinnirah akan bertanya soalan itu padanya. Selama ini Zinnirah memang sering berbicara padanya seperti seorang teman. Tapi baru kali ini Zinnirah meminta pendapat tentang hubungan cintanya.
“Tidak juga. Kalau saya sebagai seorang Laura, sudah tidak cinta lagi kepada Fuad, buat apa saya membenci Irah?”
“Camtu ke?” Zinnirah mengerutkan keningnya. “Bagaimana kalau kamu berada di posisi Fuad? Apakah kamu membenci Irah?”
Zamil tersenyum.
“Dengar ya, Cik Irah. Seorang lelaki seperti Fuad itu tahu apa yang dia lakukan. Dia itu businessman. Semuanya sudah diperhitungkan. Fuad tentunya ada alasan tersendiri melepaskan Laura. Mungkin kerana wang, mungkin kerana sudah tidak serasi. Entahlah. Irah juga harus sedar bahawa tanpa wang, perjodohan ini tidak mungkin, kan?”
“Ya, Irah tahu itu. Kerana itu berhari-hari Irah berusaha mencari cara untuk meraih hatinya. Irah tak nak dia nikahi Irah hanya kerana wang."
“Kalau begitu kejarlah hatinya.” Zamil memberikan semangat. “ Jangan fikirkan Laura. Dua hari lagi hari lahir Fuad, kan?”
Zinnirah menutup bibir dengan jemarinya. “Ya, ampun. Irah lupa. Bodohnya! Tunggu dulu, dari mana kamu tahu?”
“Laa, sebagai pengawal, saya harus tahu banyak hal tentang Irah, kesukaan Irah, dan juga orang yang Irah suka.”
Zinnirah menumbuk bahu Zamil dengan main-main dan berjalan menuju ke kereta yang tengah menunggu. “Zamil, kalau kamu bukan pengawal Irah, Irah pasti menuduh kamu itu seorang pengintip.”
****** |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, Zinnirah tidak ingat hari lahir Fuad juga tidaklah mengapa, kerana yang punya hari lahir itu sendiri pun sebenarnya tidak ingat. Fuad lebih sibuk memikirkan pekerjaannya daripada memikirkan hari kelahirannya.
Hari itu, Fuad sudah merasa amat lelah. Pagi baru saja menjelang, tapi selonggok pekerjaan dan selonggok masalah sudah datang. Ketika dia baru turun dari kereta salah seorang pekerjanya berlari-lari mengiringi langkahnya menuju ruang pejabat.
“Saya rasa kita ada masalah, Encik Fuad. Tadi salah satu klien kita telefon. Katanya barang kiriman kita belum sampai.”
“Masalah seperti ini pun harus saya yang menangani? Kenapa tak mencari orang yang bertanggung jawab saja?”
“Itu masalahnya, Encik Fuad. Saya mencurigai orangnya melarikan diri.”
Fuad melepas kacamata hitamnya dan menatap pekerjanya itu dengan tajam.
“Soal kiriman barang itu, kirim lagi. Tapi aku mau orang itu dicari sampai jumpa. Jangan begitu mudah orang boleh mempermainkan kita. Faham?”
Dari ekor matanya, dia dapat melihat sekretarinya berlari-lari. “Encik Fuad, sekretari Syarikat KotaMimpi bertanyakan kepastian lunch nanti. Konsep iklan yang semalam Encik Fuad minta juga sudah ada di atas meja. Bahagian promosi menanti persetujuan Encik Fuad nanti.”
“Cakap pada sekretarinya, saya akan datang.” Fuad membuka pintu pejabatnya. “Akan saya bereskan semuanya.”
“Satu lagi, Encik Fuad.” Sekretari muda itu tersenyum dan menunjuk ke arah telefon. “Cik Zinnirah menunggu di line dua.”
Fuad ingin sekali mengatakan kepada sekretarinya agar berbohong deminya. Betapa dia enggan berhubungan dengan gadis itu. Tapi, jauh di dalam diri, dia tahu itu bukanlah tindakan yang bijak. Cepat atau lambat, dia harus menghadapi Zinnirah.
Fuad menarik nafas panjang sebelum mengangkat telefon dari Zinnirah.
“Abang Fuad, apa khabar?” sapa Zinnirah ramah. Di atas tilamnya, Zinnirah tertawa gembira. Pagi-pagi dia sudah mendengar suara Fuad. Apa lagi yang lebih baik dari ini.
“Abang sangat sibuk, Irah. Ada kiriman barang yang belum sampai dan mungkin dibawa lari pekerja. Kecuali kalau kamu dapat bantu, lebih baik jangan menghubungi abang sementara waktu ini.”
Senyum Zinnirah mengerut. “Tapi, esok kan hari lahir abang Fuad.”
Fuad dapat mencium apa yang Zinnirah inginkan. Makan malam berdua yang romantis? Jalan-jalan keliling bandaraya Kuala Lumpur? Apa pun semua itu bukan seperti yang Fuad inginkan. Dia terlalu sibuk untuk semua itu.
“Zinnirah, abang sangat sibuk,” ulangnya sekali lagi.
“Juga untuk makan malam di hari lahir abang sendiri?” Nada Zinnirah terdengar kecewa.
“Baiklah.” Fuad akhirnya mengalah. Dia ada sedikit perasaan lebih baik menuruti kemahuan Zinnirah. Kelak gadis itu akan mengadu macam-macam pula pada Datuk Andi bakal mertuanya. Hal yang sangat tidak diingini Fuad adalah tambahan masalah. “Esok. Di mana?”
“Tentu saja di rumah abang Fuad.”
“Ok. Irah hubungi pembantu rumah abang. Tapi ingat, jangan bawa orang lain ke rumah. Cukup kita berdua saja, ok? Abang harus stop sekarang Irah, ada panggilan lain masuk ni.”
Kata kita berdua saja cukup membuat pipi Zinnirah memerah. Andai saja Zinnirah tahu bahawa sebenarnya Fuad hanya ingin sebuah makan malam yang sangat singkat agar dia dapat lari dengan cepat.
Zinnirah menjerit kecil penuh kemenangan setelah menutup telefon. Mungkin dia salah. Mungkin Fuad sudah melupakan Laura. Dia bersikap tidak acuh padanya cuma kerana sibuk saja. Gadis itu melompat dari tempat tidurnya dan berteriak;
“Zamiiilllll!! Siap-siap..! Kita akan shopping..!!”
Bahagian terbaik di sisi seorang anak orang kaya adalah dia diterima di mana-mana dengan tangan terbuka dan senyum selebar sungai. Tentu saja. Dengan unlimited credit cardnya, Zinnirah dapat membeli apa pun yang dia inginkan. Dan sekarang, dia menginginkan yang terbaik bagi Fuad. Yang pertama dia menghubungi rumah Fuad. Dia menginginkan semua masakan kesukaan Fuad tersedia. Bahkan dia rela turun sendiri ke pasar untuk berbelanja meski pun sebenarnya pembantu Fuad merasa tidak senang. Ah, Zinnirah sudah merasa menjadi nyonya besar. Membayangkan hal itu, wajah Zinnirah menjadi merah sendiri.
“Sudah memikirkan hadiah untuk Fuad?” tanya Zamil semasa pemanduan dalam perjalanan mereka menuju rumah Fuad.
Zinnirah ternganga. “Oh my God! Belum! Zamil! Irah lupa! Irah belum membeli hadiah buat abang Fuad! Alaaa.. camne ni!”
Zamil hanya tersenyum. “Sudah saya duga Irah mesti lupa. Irah hanya sibuk pada harijadinya, tapi tidak ingat pada hadiahnya. Tak apalah Irah. Tidak ada hadiah juga tidak mengapa. Yang penting Irah sudah memberi perhatian. Makan malam itu sudah merupakan hadiah harijadi yang bererti buat Fuad.”
“Tapi tanpa hadiah harijadi tak lengkap.” Zinnirah menghempaskan badannya. “Duh, apa pasallah Irah. Sampai boleh lupa sama sekali. Sudah hampir malam, sekarang Irah harus fikir hadiah apa yang baik buat abang Fuad. Jam tangan? Komputer baru? iPad?”
Zamil tertawa. “Fuad sudah ada semua itu, Irah.”
Zinnirah terkebil. “Habis tu…. Apa yang harus diberikan pada orang yang sudah memiliki segalanya?”
“Tidak semestinya yang terkini dan mahal, Irah. Orang menghargai barang bukan dari harganya, tapi nilainya.”
Fikiran Zinnirah melayang jauh memikirkan hadiah yang sesuai untuk Fuad. Lalu, dia tersenyum lebar. Rasanya dia tahu kini hadiah apa yang baik buat Fuad. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 24-1-2012 16:34
Di harijadi, kesibukan Fuad semakin bertambah. Dia dikunjungi tetamu dari luar negeri dan terpaksa menghadiri beberapa perjumpaan dengan jabatan. Jangankan harijadinya, malah dia tidak ingat akan waktu makan kalaulah makan itu bukan sebahagian dari urusan business. Fuad baru dapat lepas dari semua kegiatannya itu hampir pukul 10.00 malam.
Pada waktu yang sama, Zinnirah sedang menanti di rumah Fuad. Para pelayan sudah lama selesai menyiapkan meja dan makanan, namun masih tidak nampak tanda-tanda kehadiran Fuad. Zinnirah menatap henfonnya dengan kesal. Berkali-kali dia menelefon Fuad tapi selalu saja masuk mailbox. Ketika dia menelefon sekretari Fuad, sekretarinya selalu berkata Fuad sedang sibuk meeting dan pesan Zinnirah akan disampaikan. Dia mulai bosan.
Dia menatap meja makan yang terhampar di bawah bintang dan rantaian lampu kecil. Susah payah dia menyiapkan itu semua, tapi kini merasakan semuanya tidak memiliki erti. Zinnirah meraih telefonnya dan cuba menelefon sekretari Fuad sekali lagi.
Sekretari Fuad hampir pulang ketika telefon di mejanya berdering.
“Tunggu, sebentar.” katanya. Matanya terus menancak Fuad yang tengah sibuk meneliti file di mejanya. Lalu, wanita muda itu menghantarnya ke telefon Fuad. “Encik Fuad, ada panggilan. Di line 1. Saya balik dulu.”
“Ok. Hello?” Fuad mengangkat telefon sementara tangannya sibuk bergerak mencari file.
“Encik Fuad, orangnya sudah dijumpai." lapor salah seorang pekerjanya. "Mahu dibuat macam mana ni Encik Fuad? Dibawa ke balai?”
Fuad melepaskan kot dan tali lehernya yang terasa mencekik.
“Tidak payah hantar balai. Cakap saja dia dipecat. Barang masih ada dengan dia?”
“Masih ada, Encik Fuad. Belum sempat dijual.”
“Bagus.” Fuad menutup telefonnya.
Zinnirah membanting telefonnya dengan kesal. Kenapalah susah sekali menghubungi Fuad. Zamil yang sedari tadi menunggu di luar akhirnya masuk. Dia sama sekali tidak suka melihat majikannya sedih seperti ini.
“Jadi bagaimana, Irah?”
“Kalau sudah begini hanya ada satu cara.” Zinnirah bangkit dari tempat duduknya. “Kalau Fuad tidak dapat datang ke majlis harilahirnya sendiri, biar majlis mendatanginya”
Tepat di tingkat dua puluh pintu lif terbuka. Zinnirah keluar sambil menatap ke sekelilingnya. Kosong sebagaimana yang dia harapkan. Gadis itu tersenyum. Meski dia belum pernah ke mari, dari petunjuk pegawal keselamatan di bawah dia tahu mana ruang pejabat Fuad. Ruang yang paling besar di depan matanya.
Irama klasik segera menyambut Zinnirah ketika gadis itu membuka pintunya yang tak berkunci. Sebuah bilik besar bergaya victorian segera terhampar di hadapannya. Ruangan itu begitu luas, sehingga Zinnirah merasa dia berada di dalam sebuah apartment, bukan ruangan pejabat.
Pada mulanya dia berharap menemukan Fuad yang tengah sibuk bekerja dan minta maaf padanya setelah melihat dirinya. Namun yang Zinnirah dapatkan hanyalah seorang Fuad yang tengah tertidur di mejanya, di antara tompokan file yang menggunung dan komputer yang masih menyala.
Kenyataan itu membuat Zinnirah sedih. Semua yang dia lakukan tiba-tiba terasa sia-sia.
“Abang Fuad…” Zinnirah mendesah perlahan. “Apa yang harus Irah lakukan padamu untuk membuat abang sekadar melihat pada Irah? Apakah di matamu seorang Irah begitu mengganggu ataukah hatimu memang sudah tertutup?”
Mendadak henfon Zinnirah bergetar. Zinnirah tahu, panggilan itu berasal dari Zamil. Mereka semua sudah bersiap menunggu kata perintah dari Zinnirah untuk menaikkan makanan yang dibawa dari rumah.
“Zamil, tak payah susah-susah menaikkan makanan ke sini. Tidak ada acara makan malam.” katanya singkat sebelum menutup henfonnya.
Tidur Fuad begitu nyenyak hingga dia tidak menyedari Zinnirah bergerak perlahan mendekatinya. Dia tetap tidak bergeming ketika Zinnirah menyelimutinya dengan selimut yang diambil dari almari. Gadis itu ternyata hairan melihat Fuad menyimpan selimut di sana. Rupanya benar kata pembantu rumahnya, Fuad sering tidur di pejabat. Dengan kerjanya yang begitu banyak, bagaimana mungkin Zinnirah tega memarahinya.
Tangan Zinnirah berhenti di bahu Fuad dan ketika dia menunduk, dia dapat merasakan aroma musk perfume Fuad menyentuh hidungnya. Saat itulah Zinnirah baru menyedari bahawa untuk pertama kalinya dia dapat dekat dengan Fuad tanpa pemuda itu mengelak atau berusaha ingin segera pergi darinya. Terasa Fuad begitu dekat dengan dirinya.
Dari bahu Fuad, Zinnirah dapat melihat betapa hitam rambutnya, matanya terpejam dan kaca matanya sedikit terlepas tanpa sengaja. Zinnirah menarik kaca mata itu agar tak terinjak tangan Fuad. Tanpa diduganya, Fuad bergerak membuat wajah mereka semakin dekat. Jantung Zinnirah terasa berhenti berdetak. Semakin dekat, wajah Fuad semakin indah untuk dipandang.
Zinnirah merasakan desah nafas Fuad yang begitu teratur. Untuk beberapa saat Zinnirah ingin waktu berhenti sehingga dia dapat begini selamanya. Lalu, answering machine Fuad berbunyi dan merosakkan suasana.
“Hallo, Fuad. Ini Laura. Pertama-tama, I nak mengucapkan Happy Birthday! Mungkin agak terlambat, ya. Maaf. baru saja selesai buat promosi, jadi baru dapat telefon. I tahu you tidak balik, Fuad.. jadi I meninggalkan pesan di pejabat. I…I hanya nak you tahu yang I masih sayang you Fuad. I juga tahu you masih sayang pada I. Kita pasti masih bersama kalau tidak ada gadis Zinnirah itu.”
Zinnirah mengangkat kepalanya mendengar namanya disebut.
“Walau sedih, I menghormati keputusan you, Fuad. I tahu you pria terhormat, selalu menepati janji. Meskipun itu janji orang tua you. Oh, Tuhan…tidak, I tidak boleh menangis. Tapi, seandainya saja Zinnirah tidak ada. Aduh, I ini cakap apa ya?” Laura tertawa kecil, lalu serius. “Fuad, I love you and I always will be. Itu aje.”
Tanpa terasa air mata Zinnirah mengalir. Tuhan, apa makna yang baru saja terjadi ini? Apakah itu semua benar? Jadi benarlah dia sudah merebut Fuad dari Laura. Tidak hairan kalau Fuad tidak pernah mahu bersamanya. Bagaimana mungkin dia boleh mahu dengan orang yang tidak pernah dia inginkan? Bagaimana mungkin Fuad dapat berpura-pura senang sementara jauh di dalam hatinya masih ada Laura?
Hadapilah, Zinnirah. Semua yang kau lakukan sia-sia. Fuad takkan menyukaimu. Fuad masih mencintai Laura.
Dengan air mata di pipinya, gadis itu mengeluarkan sebungkus hadiah yang susah payah dia siapkan untuk Fuad dan meletakkannya di hadapan Fuad.
“Selamat ulang tahun kelahiran, abang Fuad. Akan Irah kabulkan apa yang paling abang inginkan. Pergi dari hidupmu.” |
|
|
|
|
|
|
|
bintang, aku juga suka skali pada cerita2 mu!
silakan sambung cepat yeh.. lap you muah muah
milanhawkin Post at 28-12-2011 15:52
Makaseh Milan telah menyukainya |
|
|
|
|
|
|
|
saya pon sama....lambat tul update...
razhar Post at 8-1-2012 00:09
Sejak bila la pulak abang razhar suka baca citer bintang |
|
|
|
|
|
|
|
next...
prettyuglybabe Post at 12-1-2012 13:26
Sedang masukkan entry, teruskan membaca pretty |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 24-1-2012 16:38
Zinnirah berjalan keluar dari pejabat. Langkahnya semakin lama semakin cepat. Dia berlari, ingin segera pergi dari tempat ini. Andai kata saat itu juga dia dapat tenggelam ke dalam bumi, dia akan melakukannya. Dia bahkan tidak peduli ketika keluar dari bangunan pejabat Fuad, Zamil menanyakan mengapa dia menangis.
“Itu bukan urusanmu, Zamil.” Zinnirah terus berjalan laju menuju ke kereta. Zamil yang kebingungan mengikuti dari belakang.
“Semua tentang Irah adalah urusan saya, Irah.” kata Zamil, risau. “Kamu juga yang cakap saya bukan sekadar pengawal, kan. Saya temanmu, kan? Setidaknya sebagai teman, saya..…”
“Berikan kunci keretanya.” Zinnirah berbalik dan mengadahkan tangan kanannya.
“Apa? Saya tidak akan mengizinkan kamu membawa kereta dalam keadaan…”
“Irah ini majikanmu, Zamil! Kalau Irah cakap bagi, bagilah!” Nada Zinnirah meninggi. Zamil terkejut. Tak pernah sekalipun Zinnirah membentaknya. Dengan enggan, Zamil menyerahkan kunci keretanya.
“Setidaknya beri tahu, Irah mahu ke mana.”
“Bukan urusanmu!” Zinnirah membanting pintu dan menghidupkan enjin keretanya. Sekejap saja kereta itu sudah melaju di atas jalanan. Tentu saja Zamil tidak berdiam diri. Dia segera mencari kereta lain untuk menyusul Zinnirah. Gadis itu boleh berada dalam bahaya jika dibiarkan memandu dalam keadaan tidak tenang seperti itu.
You took your coat off and stood in the rain
You were always crazy like that
I watched from my window
Jewel seperti menyuarakan perasaan Zinnirah saat gadis itu mempercepat laju keretanya. Fikiran Zinnirah berkecamuk, hingga dia tidak berfikir ke mana keretanya melaju. Dia tidak peduli dia akan ke mana. Satu-satunya hal yang dia fikirkan adalah dia ingin segera pergi jauh-jauh. Dan lagu itu berdendang lagi meruntun sayu jiwanya;
Always felt I was outside looking in on you
You were always the mysterious one with dark eyes and careless hair
You were fashionably sensitive, but too cool to care
Then you stood in my doorway, with nothing to say
Besides some comment on the weather
Well in case you failed to notice, in case you failed to see
This is my heart bleeding before you, this is me down on my knees
Lalu, semua kata-kata dan tindakan Fuad melintas lagi di dalam kepalanya. Kenapa dia boleh begitu buta? Kenapa dia tidak boleh melihat jika sejak awal, Fuad tidak pernah tertarik padanya. Fuad hanya mahu kerana wangnya. Tanpa wangnya, Zinnirah tidak lebih dari seorang gadis biasa. Tanpa wangnya, Fuad takkan meliriknya. Bahkan Zamil sudah memperingati hal itu. Bodohnya, dia mengira bila dia berusaha keras, bila dia melakukan sesuatu untuk menarik perhatian Fuad, Fuad akan jatuh cinta padanya. Fuad akan membuka hatinya untuk Zinnirah. Tapi bagaimana mungkin Fuad akan suka padanya bila dia memiliki gadis seperti Laura.
Laura. Dia sungguh berharap Laura itu adalah seorang gadis yang teruk. Dengan demikian Zinnirah dengan mudah untuk membencinya. Tapi Laura begitu baik. Dia begitu ramah. Dia bahkan tidak membenci Zinnirah setelah tahu siapa dirinya. Dan Laura juga masih mencintai Fuad.
Perasaan bersalah segera mendera Zinnirah. Di satu sisi, dia begitu menyukai Fuad tapi di sisi yang lain dia tak ingin merasa bersalah kerana merebut Fuad dari Laura. Betapa dia berharap dia tidak memiliki perasaan. Dengan demikian, dia tidak perlu merasa bersalah. Dengan begitu, dia boleh dengan mudah menggandeng Fuad tanpa mempedulikan perasaan orang lain.
Tapi, itu bukanlah seorang Zinnirah.
Bagaimana mungkin dia boleh bahagia bersama Fuad kalau Fuad sendiri tidak bahagia bersamanya? Bagaimana mungkin dia boleh mengharapkan hati Fuad kalau hatinya sudah direbut oleh Luraa?
These foolish games are tearing me apart
Your thoughtless words are breaking my heart
You’re breaking my heart
Dengan tersedu-sedu, Zinnirah menghentikan keretanya. Dunia tiba-tiba terasa begitu sesak. Dia keluar dari kereta untuk mengambil udara segar.
Malam yang gelap dan dingin. Bahkan bulan pun malam ini enggan menemani dirinya. Rasanya Zinnirah begitu sepi. Kerana asyik melayan sedih, Zinnirah tidak mendengar langkah-langkah yang kian mendekatinya. Fikirannya hanya terpusat pada apa yang harus dia lakukan. Semakin lama langkah-langkah itu semakin mendekat. Zinnirah baru menyedari ada orang datang hanya sekitar sepuluh langkah.
Zinnirah berpaling dan melihat jelas ada dua lelaki bertubuh besar di hadapannya. Perasaan tidak sedap hati Zinnirah mengatakan ada sesuatu yang tidak beres. Terutama ketika keduanya tersengih.
“Siapa, korang?! Apa yang korang…”
Salah satu dari mereka menarik tangan Zinnirah dan membuat gadis itu meronta.
“Lebih baik kau tutup mulut kalau mau selamat.”
Yang seorang lagi merentang kain dan cuba menutup mulut Zinnirah. Tapi Zinnirah mengelak dan meronta semakin kuat. Dia mengangkat kakinya dan menendang apa saja yang kena. Salah satu dari penyerangnya mengerang. Rupanya Zinnirah menendang tepat pada alat sulit lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan.
“Perempuan bodoh!” teriaknya. Dia berdiri dan menampar Zinnirah. Zinnirah menjerit sekuat hati. Cincin yang dipakai lelaki itu membuat pipinya terluka. Darah segar segera mengalir. “Kalau kau bukan anak orang kaya, sudah kubunuh tau!”
“Hentikan, Ron!” teriak temannya. “Dia tak berguna kalau mati, tahu!”
Ya, Tuhan! Ternyata peringatan papa benar. Ada orang yang benar-benar ingin menculikku.
Dengan susah payah, Zinnirah berusaha agar mereka tidak menyeretnya ke kereta mereka. Dia tak tahu apa yang akan terjadi dengan dirinya kalau dia sudah terjatuh ke tangan penyangak ini. Zinnirah meronta, menyakar, menarik apa saja, melakukan apa saja agar mereka tidak berhasil membawanya. Namun semakin lama rasanya semakin sukar. Mereka sangat kuat dan berpengalaman. Tenaga Zinnirah semakin lama semakin terkuras.
Teriakan Zinnirah yang membelah malam membuat Zamil yang sempat kehilangan arah terus memandu menuju ke arah suara jeritan itu. Di depan matanya dia boleh melihat Zinnirah berjuang sekuat tenaga agar tidak dibawa oleh dua lelaki asing. Mulut Zinnirah terus ditutup agar dia tidak dapat berteriak. Dia terus menghentikan keretanya seketika itu juga dan berlari keluar.
“Zinnirah..!!!” teriaknya. “Lepaskan, diaaa..!!!”
“Celakaa..!!!” maki salah satu penculik itu. Dia dapat mencium bau masalah setelah melihat kehadiran Zamil. Selama berhari-hari mereka mengikuti Zinnirah dan tahu bahawa Zamil tidak pernah lepas dari Zinnirah. Semakin cepat dia boleh membereskan Zamil, semakin cepat dia boleh pergi dari tempat ini.
Dengan segera, penjahat itu menghadang Zamil dan melancarkan serangan dengan tangannya. Tapi Zamil dengan tangkas menghindar dan terus menyerang bahagian tubuh penjahat itu yang tak terlindungi. Dengan bela diri yang dimilikinya, mudah saja bagi Zamil untuk menyelesaikan penyerangnya.
Melihat temannya terhumbang di tangan Zamil, teman penjahat itu tidak ingin menyerang lagi. Dia mendorong Zinnirah masuk ke dalam kereta dan dengan cepat masuk ke tempat memandu. Zamil tidak cepat kalah. Sebelum sempat lelaki itu mengunci kereta, Zamil sudah berlari dan membuka pintu kereta. Penjahat itu tidak sempat berteriak ketika pukulan Zamil mendarat tepat ke wajahnya.
“Zinnirah..!!” teriak Zamil risau dan membuka pintu belakang. Pemuda itu dengan cepat membuka ikatan yang membungkam suara Zinnirah. “Kamu tak apa-apa?”
Zinnirah tidak dapat berkata apa-apa. Segalanya terjadi begitu cepat malam ini. Mula-mula Fuad dan Laura, lalu kejadian sebentar tadi. Dia sudah tidak bereaksi ketika Zamil menarik tubuhnya keluar dari kereta. Satu-satunya dia rasakan hanyalah rasa kesal dan lelah yang meruntun-runtun.
“Zamil….”
Zamil tidak terkejut ketika melihat wajah Zinnirah begitu pucat dan suram. Yang membuat jantungnya nyaris berhenti berdetak adalah kemudian Zinnirah memeluknya dan menangis di bahunya. Saat itu, dia merasa begitu kuat. Seakan-akan Zinnirah mengizinkan dia untuk melindunginya dari apapun. Tapi, pada saat yang bersamaan dia juga merasa begitu rapuh.
Tuhan, apa yang sebenarnya tengah kurasakan?
Berita tentang nyaris terculiknya Zinnirah tersebar begitu cepat. Hanya dalam hitungan beberapa jam, semua orang sudah tahu, termasuk Fuad.
Fuad tersentak ketika mendengar berita tentang Zinnirah. Dia lalu merasa sangat bersalah. Kalaulah malam itu dia tidak jatuh tertidur dan lupa makan malam dengan Zinnirah, para penjahat itu tidak akan mempunyai kesempatan untuk mendekati Zinnirah. Selain itu, dengan hadiah yang diberikan Zinnirah, bagaimana mungkin Fuad tega untuk tidak minta maaf. Zinnirah memberikannya sebuah jam saku antik. Dengan ukiran nama keluarga Gold di bahagian dalam, Fuad tahu itu adalah warisan keluarga. Jelas sekali bahawa Zinnirah benar-benar berharap dia menjadi sebahagian dari keluarganya. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya bintang....
cmf_blingblings Post at 2-9-2011 14:36
Selamat tahun baru kak bling |
|
|
|
|
|
|
|
Salamat Hari Raya Bintang....
qimi08 Post at 2-9-2011 21:40
Selamat tahun baru kak qim |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 24-1-2012 19:25
Lalu, Fuad meraih telefon dan segera menghubungi kediaman keluarga Gold.
Rumah keluarga Gold seperti sudah berubah menjadi medan perang. Semua wartawan berkumpul di depan rumah menanti penjelasan rasmi dan polis agak ramai berkeliaran di dalam rumah itu. Orang tua Zinnirah Datuk Andi dan Datin Arni Clarissa juga abangnya Edri sibuk berurusan dengan peguam keluarga, Rizal, tentang apa yang harus mereka katakan pada wartawan. Sementara itu Zamil yang sedang disoal siasat polis hampir kehilangan kesabarannya. Polis sempat menyalahkannya kenapa membiarkan para penjahat itu lolos. Zamil tentu saja marah mendengarnya. Dia tidak mahu disalahkan. Baginya, melindungi Zinnirah jauh lebih penting daripada menangkap para penjahat tersebut. Bukankah menangkap penjahat itu tugas polis?
Dengan keadaan rumah yang panas luar dan dalam, Zinnirah lebih memilih berdiam di dalam bilik dan merawat wajahnya yang tergores cincin penjahat sialan itu. Doktor mengatakan lukanya tidak dalam. Selain itu, dia enggan untuk bertemu dengan siapa pun, termasuk Fuad. Kerana itu dia tidak bergerak dari balik selimut ketika salah seorang pembantu rumahnya menyodorkan telefon kepadanya.
“Kalau itu dari Azmer, cakap Irah tidak mau wawancara eksklusif dengannya. Irah telefon dia supaya dia datang sebagai teman, bukan supaya teman wartawan sedunia di bawa ke sini semua!”
“Tapi ini bukan dari Encik Azmer, Irah. Ini dari Encik Fuad.”
Lagi-lagi nama itu. Luka semalam masih belum sembuh, apalagi luka hatinya. Mau apalagi dia? Apakah belum cukup menyakiti hatinya?
“Cakap saja, Zinnirah sudah mati!” Zinnirah menutup diri dengan selimut. “bukankah itu yang dia inginkan!”
“Irah…” pembantunya semakin bingung. Tentu saja dia tidak mungkin berkata begitu pada Fuad. Mujurlah Datin Arni Clarissa segera masuk ke dalam bilik sehingga dia dapat mengadu. Mendengar aduan pembantunya, Datin Arni Clarissa segera menarik anaknya turun dari tempat tidur.
“Mama!” protes Zinnirah. “Irah kan masih sakit!”
“Sakit, sakit apa? Cuma melecet begitu. Kelakuan macam apa… ! Itu telefon dari Fuad! Kamu mesti jawab! Kita ni sudah cukup banyak masalah, jangan tambah lagi masalah kamu dengan Fuad.”
“Mama tuh tak tahu kisahnya! Sebab Fuad…”
Pletak! Kepala Zinnirah kena jentik.
“Kejadian semalam itu salah kamu sendiri! Salah siapa kamu lari dari pengawalan Zamil?” Si ibu menyodorkan telefon padanya. Dengan berat hati, Zainnirah menerima telefonnya.
Rasanya seperti seabad menunggu Zinnirah. Fuad merasa lega ketika akhirnya dia dapat mendengar suara gadis itu.
“Kalau kamu mahu minta maaf, sudah terlambat abang Fuad,” kata Zinnirah datar. “Lebih baik abang kembali pada Laura saja!”
Sekali lagi jentikan mendarat ke kepala Zinnirah.
“Jadi kamu tahu tentang Laura?” Fuad menatap answering machinenya. Pasti Zinnirah mendengar ketika Laura menelefon.
Tenang Fuad, Tenang. Memang sudah saatnya Zinnirah tahu tentang Laura.
“Tentu saja Irah tahu!” Nada Zinnirah meninggi.
Pertanda bagus, fikir Fuad. Zinnirah cemburu. Bererti masih ada harapan.
“Kenapa abang Fuad tak pernah cerita tentang kekasih abang itu?”
“Pertamanya Irah. Dia bukan kekasih abang lagi, ok? Kami sudah putus.”
“Kenapa?”
Kerana ada kamu.
“Kerana kami tidak sesuai. Kami berdua sangat sibuk. Abang sibuk dengan pekerjaan, dia pulak sibuk keliling negara, menyanyi, modeling. Kami jadi jarang bertemu. Untuk apa meneruskan hubungan semacam itu?”
Zinnirah terdiam. Dia tidak tahu apakah harus percaya pada cerita Fuad atau tidak.
“Abang tidak pernah bercerita pada Irah kerana dia masa lalu abang, Irah. Abang kurang suka membicarakan masa lalu. Abang lebih suka membicarakan masa depan. Membicarakan kita.”
Kita.Kenapa kata kita tetiba membuat perasaanku meleleh? Kutuk Zinnirah.
“Tapi Laura cakap kalian masih saling mencintai.” Zinnirah kembali menyerang.
“Tapi abang tidak pernah cakap abang masih cinta dia, kan?” bantah Fuad. Zinnirah terdiam. “Irah, berikan abang kesempatan untuk menebus kesalahan abang. Abang tahu abang bersalah tidak menceritakan Laura pada Irah. Abang tahu abang bersalah kerana selalu mengabaikan Irah. Tapi, itu semua bukan niat abang. Kebelakangan ini cukup melelahkan bagi abang. Banyak sekali masalah yang muncul. Akhirnya, Fuad yang terlihat di matamu adalah Fuad yang sibuk, tidak peduli pada orang lain. Abang yang sebenarnya tidak seperti itu, Irah. Berikan abang kesempatan, ok? Kita makan malam di tempat mana pun yang kamu suka, bila pun Irah suka. Dan abang tidak akan membiarkan siapapun mengganggu majlis kita, ok?”
Tuhan, dengan kata-kata selembut itu bagaimana mungkin aku tega mengatakan tidak? Fikir Zinnirah. Apalagi di depan mata ada mama yang memaksanya mengatakan iya.
Zinnirah tidak menemukan kata lain selain mengiyakan permintaan Fuad. Entah mengapa dia sendiri merasa lega setelah mengatakan iya. Mungkin kerana jauh di dalam hatinya, dia tidak boleh begitu saja melepaskan Fuad.
*****
Fuad tidak mengerti mengapa sekadar makan malam dengan Zinnirah boleh membuatnya sedikit gugup. Mungkin kerana dia takut membuat kesalahan. Mungkin dia takut Zinnirah mulai tidak menyenanginya. Bila hal itu yang terjadi, hancurlah semua rancangannya. Habis sudah masa depan perusahaannya. Fuad menarik nafas panjang sebelum turun dari keretanya dan menuju pintu masuk. Seorang pelayan dengan segak membukakan pintu untuknya. Fuad sedikit terkejut melihat Zamil berdiri di ruang tamu. Untuk pertama kalinya, Fuad berhadapan terus dengan pengawal Zinnirah. Entah mengapa sorot mata Zamil membuat dia tidak keruan.
“Zinnirah akan turun sebentar lagi.” kata Zamil datar.
“Jadi kamu pengawal Zinnirah?” Tanya Fuad tanpa menatap Zamil. “Bukankah sudah tugas kamu melindungi Zinnirah? Kenapa kau hamper menyebabkan Zinnirah diculik?’
Zamil tersenyum sinis. “Kamu juga sama saja. Bukankah sudah tugas kamu untuk melindungi hati Zinnirah? Kenapa kamu telah melukai hatinya?”
Belum sempat Fuad membalas, Zinnirah turun. Gadis kelihatan manis dengan gaun satin putih labuh mencecah lantai. Zinnirah tersenyum lebar kepada keduanya.
“Kamu berdua adalah orang yang sangat penting dalam hidup Irah. Irah suka kalau kamu berkawan.”
Zamil hanya tersenyum nipis. Tapi, dirinya mengatakan bahawa dia tidak menyukai lelaki ini. Fuad pernah membuat Zinnirah menangis dan hampir diculik. Itu sudah lebih dari cukup untuk dia membenci Fuad.
“Semoga abang Fuad tidak keberatan Zamil mengikuti kita.” kata Zinnirah di dalam kereta.
“Abang tidak keberatan asal dia tidak mengekori abang sepanjang makan.” Fuad membesarkan matanya sambil menghidupkan enjin kereta. Zinnirah tertawa. Dia baru sedar pemuda ini mempunyai rasa humor. Mungkin dia memang salah menilai Fuad.
“Tenang sajalah. Zamil menunggu di luar saja, abang Fuad.”
Demi Zinnirah, tentu saja Fuad memilih restoran terbaik. Irama piano yang mengalun lembut segera menyambut keduanya begitu saja mereka masuk. Semua orang datang berpasangan. Tentu, saja restoran ini dikenal dengan restoran para pecinta. Kalau Fuad berani membawanya ke sini, dia bermaksud serius. Senyum Zinnirah semakin mengembang ketika setelah memesan makanan mereka, Fuad mengulurkan sebuah kotak merah dan membuka isinya. Sebuah kalung emas putih yang memadukan antara berlian dan batu kristal aquamarine berbentuk segi empat.
“Oh my God….cantiknya.” Zinnirah menyentuh kalung tersebut. “Abang Fuad, bukan Irah punya harilahir tau.”
Fuad senyum mendengar kesenangan Zinnirah terhadap hadiahnya itu, lalu bangkit dan melingkarkan kalung itu di leher Zinnirah. Zinnirah semakin merasa senang. Semuanya terasa begitu indah malam ini. Makan malam yang enak, Fuad yang kelihatan ramah padanya, hadiah dari Fuad….. dan Fuad pasti berfikir dia sedang bermimpi kalaulah dia tidak melihat wajah Fuad tiba-tiba berubah tegang.
“Abang Fuad, ada apa?” Zinnirah menurunkan garpu dan pisau makannya.
“Tidak apa-apa. Bukan hal penting, pun,” Fuad tersenyum lemah. “Bagaimana? Irah suka makanannya?”
“Tentu saja. Ini…”
Belum sempat Zinnirah menyelesaikan kata-katanya, tiba-tiba dia mendengar bunyi gelas terbanting. Spontan Zinnirah menoleh. Dia terkejut ketika melihat Laura berada tidak jauh dari meja mereka. Gadis itu kelihatan gelisah dan bingung. Dia berkali-kali meramas sapu tangannya sementara para pelayan restoran sibuk membersihkan pecahan gelas.
“Abang Fuad…” Zinnirah berbalik memandang Fuad untuk melihat reaksinya. Fuad kelihatan tidak peduli. Atau setidaknya pura-pura tidak peduli. Dia asyik menikmati makan malamnya. “Laura… mungkin kita…”
“Laura sudah besar, Irah.” potong Fuad. Kenapa Laura harus muncul di tempat ini seakan-akan restoran tempat makan di Kuala Lumpur hanya di sini. Mengganggu saja. “Dia boleh mengurus dirinya sendiri.”
Zinnirah enggan berdebat dengan Fuad. Mungkin kata-katanya ada benarnya juga. Tapi ketenangannya tidak berlalu lama, kerana tiba-tiba Laura berteriak dan membuat seluruh restoran sekali lagi terpusat padanya.
“Apa? You tidak dapat datang? Tergamak you!” Gadis itu mulai berlinang air mata. “Lalu bagaimana dengan I? I sudah menyuruh driver I balik. Fine! I don’t need you! I boleh panggil teksi!”
Untuk sesaat Fuad terlihat bingung. Di satu sisi, dia tak ingin dianggap mengacuhkan Zinnirah lagi. Di sisi yang lain tidak boleh membiarkan Laura balik naik taksi sendirian malam-malam begini di Kuala Lumpur. Fuad tidak pernah percaya pada teksi. Mungkin Laura akan masuk surat khabar pagi esok sebagai mangsa pembunuhan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|