Berpeluh nak translate nih....
Charmaine sebagai
Chu dan walaupun dia mempunyai
mental sepertikanak2 berumur 10 tahun, dia sangat tabah menjalani hidupnya. Dia menggantikan ibunya untuk menjaga adik perempuannya Toby, sebagai
Ping. Dia mempunyai bakat muzik dan kemudian dia akan menjadi seorang penyanyi kecil2an.
Jalan cerita diimbas semula, bermula dengan skandal Toby dan Pierre Ngo di dalam pejabat. Charmaine mahu melindungi adik perempuannya, jadi dia pergi bekerja di dalam pejabat dan berjumpa Raymond di sana dan sentiasa dipermainkan olehnya setiap hari. Raymond juga turut dipermainkan oleh seorang model (Yoyo Chen), sementara Pierre kemudian bersaing untuk menewaskannya di tempat kerja,yang akhirnya menyebabkan kekacauan dalam keluarga Raymond dan mereka bankrap. Dengan bantuan Charmaine, Raymond mula berubah , kemudian jatuh cinta dengan Charmaine, tetapi kerana bantahan keluarganya, mereka tiada pilihan untuk berpisah. Raymond kemudian mula menjalinkan hubungan dengan Yoyo Chen, tetapi Yoyo hanya menggunakan Raymond untuk menempa nama dan kemudian membuang Raymond dari hidupnya selepas menjadi
terkenal. Pierre membantu Charmaine mengubah imej rupanya dan dia menjadi penyanyi kecil 2an yang dikegemaran oleh orang ramai. Kemudian Charmaine menerima semula Raymond &
meneruskan hubungan mereka sekali lagi.
Ng Wai Kwok ialah ayah Raymond, mempunyai seribu wajah dan merosakkan anak lelakinya. Sebenarnya Raymond mungkin kelihatan seperti seorang anak orang kaya yang telah rosak, tetapi apabila disebabkan oleh rakan-rakan yang dia selalu melepak dan hakikatnya mempunyai
keluarga yang dihuni
di sebuah rumah yang mempunyai ramai kalangan wanita (tetapi bagaimana dengan ayahnya??), dengan beberapa ibu saudara yang suka mengumpat, jadi si ayah tiada apa-apa pandangan sendiri. Dia tidak mempunyai kejayaannya sendiri dan satu-satunya hanya suka berlagak. Seolah2 hidup mereka 2 beranak dikongkong oleh ibu2 saudara Raymond. Senang citer.
Semua ibu saudara Raymond akan membuat perkara2 yang sukar untuk Charmaine. Yang menariknya Charmaine tiada masalah luaran, mengendalikan banyak perkara dalam hidup dengan berhati-hati, tetapi adakalanya dia boleh jadi bodoh. |