|
[Tempatan]
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
[Copy link]
|
|
WarnaPelangi replied at 28-11-2024 04:49 PM
Sungguh, menyampah nak baca bila sikit-sikit nak menganjing Selangor itu ini.
Diaorg tak sedar diri kot..byk je warga negeri diaorg dok cari makan kat Selangor..Putrajaya apetah lagi...
Rasanya Selangor nak kena buat mcm srwk..jobs kat srwk walau apa pun statusnya..hanya utk anak negeri sahaja yg boleh apply.. |
|
|
|
|
|
|
|
Back to topic banjir, semoga mangsa-mangsa semua selamat tak kira negeri mana pun
Esok sampai ahad dijangka hujan lagi lebat, semoga tak banjir lah daerah i duduk ni, duduk rumah musim2 hujan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-11-2024 05:57 PM
Lagi satu kemain happy kalau Selangor takde air pada hal set2 dorang juga yang lari ke lembah klan ...
Tunggu acik senah ratib statement.." mandi lane..buah mempelam apa tah.." lengkap dgn gambar apa tah... hu hu hu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin lah tu.. tengok masa pilihanraya dengan cuti raya je dah cukup. Lengang sebab balik negeri masing-masing untuk mengundi atau cuti raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mana ore2 klantam set2 mandi telanje yg suke sgor ni banjir?
angkut kain baju korang skang naik bot pi berambus yach
khemainnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Aini...ANGKAT KAIN...hujan sudah turunnnn. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mangsa-mangsa semua selamat tak kira negeri mana pun
Aamiin Ya Rabbal Alamin, di negeri dan negara mana pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 29-11-2024 02:00 PM
aah diet jaga badan sikit tapi kadang makan la buat rasa-rasa, nasi kerabu boleh kot kan, menu ...
OT Nyampuk sat.. pernah try nasi kerabu opposite kpj selangor sec 20? Pada kaka nasi kerabu tu sedap angat kena dengan selera kaka
Anyway hari ni belum dengar lagi shah alam naik air.. tak pasti sec13 camna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah lagi try nasi kerabu situ, sedap ye? Biasa i lalu situ kalau nak singgah Tanah Perkuburan Seksyen 21.. Taktahu pula ada nasi kerabu sedap
Buat masa ni shah alam okay lagi, Klang banjir dah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cap_ayam at 29-11-2024 04:20 PM
dewi_rina replied at 29-11-2024 04:02 PM
Tak pernah lagi try nasi kerabu situ, sedap ye? Biasa i lalu situ kalau nak singgah Tanah Perkubur ...
Boleh la cuba .. insyaAllah, Allah bagi sedap. Uncle tu jual waktu sarapan pagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bayan_nuri at 29-11-2024 04:26 PM
LUANGKAN 5 MINIT ANDA,
Baca tulisan ini sekejap..
"Berat mata memandang, berat lagi bihu memikul"
Beginilah saya boleh mulakan tulisan ini untuk kita memahami keadaan mangsa-mangsa banjir sekarang.
Saya cerita sedikit pengalaman saya dan saya kaitkan apa yang sedang berlaku.
Kerana kita mahu berkongsi rasa..
2014 saya antara mangsa banjir besar di Kelantan. Masa tu saya terperangkap di rumah mentua bersama isteri, 2 orang anak dan ibu bapa mertua saya sendiri.
Allah..Tuhan sahaja tahu apa yang kami telah lalui.
Kalau anda tengok dalam video dan gambar banjir terkini di Pantai Timur terutama di Kelantan, tak akan sama jika anda sendiri yang lalui pengalaman itu.
Air naik terlalu pantas.
Masa tu, kami ingat cukup hanya dengan bertahan di rumah sahaja dan mengharapkan air akan surut dan hujan akan berhenti. Tapi ianya tidak begitu. Meleset sama sekali.
Hujan tak berhenti.
Air makin naik.
Akhirnya, kami terpaksa ambil sahaja mana-mana pakaian yang nampak di depan mata. Capai apa sahaja yang kami rasa penting. Phone, charger, pampers anak dan baju beberapa helai.
Beginilah juga situasi yang saudara-saudara kita sedang alami sebenarnya.
Ketika itu, berat hati nak meninggalkan rumah yang disitulah kita tidur, makan dan berehat serta berkeluarga.
Fikiran kusut.
Emosi tak stabil.
Badan letih sangat.
Semuanya macam kosong.
"Kenapalah aku kena macam ni?"
Itu antara yang terdetik di hati saya ketika itu.
Saya yakin, macam-macam emosi sedang bermain di dalam fikiran dan perasaan semua mangsa banjir sekarang.
Anda tahu tak,
Di tempat pengumpulan mangsa banjir, semuanya kekurangan. Apa yang anda fikir tak sempurna, sebenarnya ia lagi tak sempurna. Betul saya cakap.
Makanan tak cukup.
Tidur tak sempurna.
Ruang tak selesa.
Elektrik terpaksa dimatikan.
Gelap.
Panas.
Kiri kanan, kedengaran suara-suara bayi menangis dan merengek. Mungkin lapar, mungkin panas dan mungkin tak selesa.
Allah..
Anda bayangkan dalam keadaan badan yang terlalu letih, tak dapat makan sebab makanan tak sampai dan kalau ada pun ianya memamg tak cukup.
Yang ada anak-anak kecil, saya saksi bahawa mak ayah makan sesuap sahaja selebihnya disuapkan ke mulut anak-anak.
"Pakcik dah makan?" Tanya saya kepada salah seorang warga emas yang ada depan saya.
"Dah makan dah sikit. Tak apa, asalkan cucu dapat makan". Jawab pakcik tu sambil tak putus-putus cakap dekat cucunya "ayam tak ada ya..nanti kita makan ayam banyak-banyak"
Anda bayangkan,
Lepas dah lebih 3 hari duduk di tempat pengumpulan mangsa banjir dengan jumlah yang ramai, apa yang terjadi agaknya?
Tandas?
Ya, tandas memang sah tersumbat.
Masuk tandas, najis bersepah.
Tak leh cuci.
Air tak ada.
Tandas sumbat.
Tak boleh buang air besar.
Tak boleh buang air kecil.
Usahkan nak buang air besar atau kecil, nak mandi pun air tak ada.
Sebab ramai sangat manusia di situ, bukan kita sorang sahaja.
Line internet?
Semuanya tak ada.
Line putus.
Kosong.
Macam kita duduk dan tak boleh buat apa-apa.
Nak bagitau saudara-mara kat tempat lain tak boleh.
Anak-anak nak hubungi tanya khabar mak ayah pun tak dapat.
Kami bukan sahaja putus perkara fizikal, tapi putus juga perkara jiwa.
Setiap pagi saya bangun tidur, saya melihat langit dan bercakap seorang diri.
"Ya Allah, bilakah semua ini akan berakhir"
"Ya Allah, bilakah aku dapat balik rumah?"
Apa rutin saya setiap pagi?
Bangun je tidur, saya terus pergi tengok paras air semasa. Saya memang buat tanda paras air semasa sendiri punya sebab nak tengok semalam macamana dan hari ini macamana.
Tujuannya saya nak tengok paras air makin tinggi ke makin surut.
Bila saya tengok tempat saya tanda tu tenggelam, maksudnya air makin tinggi! Tak surut pun! Makin tinggi adalah
Jam masa tu baru pukul 6 pagi.
Macamana saya nak hadap sehari sampai malam dengan keadaan macam ni?
Anak-anak dah boring gila.
Tak ada mainan boleh main.
Tak ada phone boleh tengok.
Ruang sempit untuk bergerak bebas.
Hanya baring, tidur dan bangun berdiri di tempat kita sahaja.
Dalam keadaan otak dan badan yang terlalu letih, dalam masa sama kita kena perhatikan keselamatan anak-anak kecil ke mana mereka pergi.
Tak boleh lalai walau sesaat sebab kami sedang berada di tempat dikelilingi air. Bahaya.
Anda boleh bayangkan tidur kami macamana?
Kami tidur beralaskan kotak-kotak makanan.
Dihampar kotak-kotak tersebut di laluan pejalan kaki hospital.
Masa tu kami di tempatkan di hospital daerah.
Hampir setiap malam, ada sahaja jenazah ditolak melalui laluan pejalan kaki tempat di mana kami 'menginap' setiap malam.
Beberapa kali lalu di depan mata saya.
Saya terjaga.
Bersandar di tiang yang ada.
Melihat sekeliling sangat pilu.
Semua orang pakat berkorban.
Mak ayah tidur bersandarkan dinding, anak-anak tidur beralaskan peha satu sama lain.
'Bilik' kita dan 'bilik' orang lain hanya dipisahkan dengan beg pakaian sahaja. Tak ada privacy.
5 hari kami di sana.
Anda bayangkan setiap hari saya bangun pagi dan 'kawan rapat' saya masa tu hanyalah seutas jam tangan sendiri.
Setiap saat saya tengok bila waktunya akan berubah supaya cepat datangnya malam dan cepat beralihnya hari. Bila perginya hujang dan datangnya mentari.
Allah..
Penat
Sedih
Emosi
Kereta saya?
Ya, kereta saya tenggelam habis
Kereta baru beli beberapa bulan dan baru upgrade beberapa benda pada kereta.
Hari pertama air paras tayar.
Hari kedua air paras tingkap.
Hari ketiga kereta tenggelam terus.
Buku-buku motivasi saya di dalam kereta, semua rosak. Tak boleh diselamatkan.
Antara buku yang saya sangat sayang ialah "Master Your Mind, Design Your Destiny" yang menjadi asbab saya berhenti guru dan tubuhkan konsultan motivasi pelajar.
Ya, ia buku sangat memberi makna besar kepada saya.
Begitulah harta kita.
Sekejap sahaja jika Tuhan nak ambil.
Bila semuanya reda, anda ingat semuanya ok?
Tidak!
Sama sekali tidak.
Kesedihan dan keperitan baru nak bermula sebenarnya!
Saya sambung kisah keperitan sebenar.
Anda balik rumah, anda akan lihat semua barang rumah hancur, rosak dan semuanya anda lihat macam barang buruk sahaja!
Baju-baju dan perkakas rumah diselaputi tanah keras bekas air tanah yang menggelami rumah sebelum itu.
Perkakas elektrik rosak teruk.
Dinding dan tingkap rumah pecah.
Bumbung rumah hanyut.
Macam-macam yang anda akan lihat nanti.
Ya, ujian emosi anda baru nak bermula sebenarnya.
Waktu perit anda di tempat pengumpulan mangsa banjir tu sebenarnya 'latihan' sahaja sebelum anda betul-betul diuji waktu anda melihat rumah anda ketika anda dah boleh balik rumah nanti.
Macamana agaknya orang tua kita?
Mereka berdualah yang akan membersihkan rumah tanpa anak-anak di sisi.
Bayangkan dalam tangisan air mata tanpa anak-anak di sisi.
Allah..
Cerita saya ketika itu pula begini,
Peristiwa 2014 itu, saya satu-satunya menantu yang ada dan isteri saya satu-satunya anak yang ada ketika itu. Adik beradik ipar dan biras yang lain tak dapat balik sebab jalan sangkut.
Laluan masuk ke Kelantan tak boleh masuk.
Di Gua Musang dan Kuala Krai masih tinggi air.
Kami di Tanah Merah pun masih teruk sebenarnya.
Cuma rumah mentua saya ni tempatnya sedikit tinggi berbanding tempat lain.
Saya masih ingat, ketika saya dan ayah mentua berazam untuk balik tengok rumah pada hari ke-5, air laluan masuk ke rumah masih di paras dada.
Kami berjalan masuk mengharungi air paras dada.
Beberapa kali air masuk ke mulut.
Sebabkan rumah mentua ni tinggi, maka kami dapat masuk ke rumah dan cuci rumah. Kami masuk menggunakan bot orang kampung.
Air masih menggelami tangga rumah.
Dalam rumah dah tak ada air dah.
Yang ada hanyalah...
Huhu..
Saat kaki saya melangkah masuk ke rumah, saya baru sedar yang saya sedang memijak tanah liat macam di bendang sawah padi di bawah mentari terik.
Tanah liat keras memenuhi semua ruang rumah!
Tanah tu keras!
Ada juga beberapa tempat masih berlumpur!
Busuk!
Hanyir!
Anda bantu saya jawab, di manakah tempat pertama saya nak bermula untuk cuci bila saya melihat situasi seperti itu di depan mata?
Saya bersandar di dinding.
Saya tak tahu nak mula kat mana.
Saya tengok kira, saya tengok kanan.
"Fendy, buat je la mana-mana dulu..Baba nak tengok barang belakang rumah sekejap". Kedengaran suara ayah mentua saya memberi semangat.
Suaranya perlahan mungkin tak tergamak nak bagitau apa perlu buat dan di mana perlu saya bermula sebab hanya kami berdua sahaja yang ada ketika tu.
Yang ada kudrat saya seorang.
Ayah mentua dah tua.
Allah..
Saya bersihkan rumah sambil titisan air mata keluar dari pipi.
Menangis sebab letih.
Emosi saya down teruk.
Badan tak cukup rehat.
Tidur tak cukup sempurna.
Lihat pula situasi seperti itu seorang diri.
Tapi macam mana pun, kena buat juga.
Saya masuk ke setiap bilik, saya tengok semua keadaan sama.
Tanah keras.
Ada beberapa penjuru yang berlumpur.
Baju dan barang semua kena air.
Kena kumpul dan cuci semua tu dan basuh.
Panjang pengalaman ini.
Saya nak bagitau anda, ini jugalah yang sedang dirasai oleh semua mangsa banjir.
Ketika ini dan selepas ini.
Semua mereka itu sedang diuji dengan emosi, ketabahan dan kesabaran.
Maka, saya menyeru marilah kita berdoa di dalam setiap solat kita.
Sedekahkan al fatihah dan doa kepada semua mangsa banjir yang terlibat. Niat semoga Allah permudahkan urusan semua.
Kita boleh makan dan minum selesa,
Mereka tidak.
Kita boleh tidur nyenyak,
Mereka tidak.
Kita boleh beribadah dengan baik,
Mereka tidak.
Saya tak tahu nak tulis macamana lagi.
Tapi saya seru, simpanlah sedikit kebahagian dan keselesaan kita sementara ini.
Jangan tunjuk di media sosial buat masa ini kerana kita pasti dapat merasai kesengsaraaan mangsa-mangsa banjir walaupun tidak secara jasad, pasti ia secara ruh.
Kalau nak makan sedap, makanlah.
Sembunyikan dari tatapan media sosial.
Kalau nak pergi melancong, pergilah.
Simpan dulu dan upload kemudian.
Saya nak cakap satu je, andai setiap orang diberi pengalaman hadapi banjir sekali, pasti tidak akan diminta lagi pengalaman yang keduanya.
Begitulah yang saya boleh simpulkan.
Cerita anda pula bagaimana?
Anda yang ada pengalaman macam saya, boleh ceritakan di komen. Sama-sama kita menginsafi ujian Tuhan.
Kepada Allah kita berserah.
Mari sama-sama kita doakan di komen untuk semua saudara-saudara kita di Pantai Timur dan seluruh negara yang sedang diuji banjir ketika ini.
Mungkin doa anda, Allah makbulkan. Amin.
.
.
====
Ustaz Nik Affenddy (UNA)
Seremban
-Mangsa banjir 2014 banjir besar di Kelantan
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 28-11-2024 10:04 PM
oemgee...jap lg i search..hrp2 slmt la
chuols tgk x yg oyen kt tepi tingkap tu..ada org dh slmt ...
yg oyen tu sbenarnya dorang tak dapat selamatkan pon. ada video part 2 abang tu tunjuk dia pegi waktu malam check oyen tu duduk atas beam rumah. susah nak keluarkan dr tingkap tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 28-11-2024 09:35 PM
kwn kata dah bwk pindah.. harap betul lah. banjir kali ni mcm thn 2014 dulu.
ari tu sempat buat d ...
betul dah pindah. ada org sponsor bot |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 29-11-2024 05:11 PM
yg oyen tu sbenarnya dorang tak dapat selamatkan pon. ada video part 2 abang tu tunjuk dia pegi wa ...
la yeke..i tgk part 2 sorg abg ni dukung dia...
alamak siannya kalau betul xdpt slmt |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 29-11-2024 05:41 PM
la yeke..i tgk part 2 sorg abg ni dukung dia...
alamak siannya kalau betul xdpt slmt
oyen lain kot tu. kalau part 2 dr acc original yg dia suluh ngan flashlight kucing tu ada dlm rumah. mungkin jugak yg ada org dukung tu part 3 |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk khemah oren nadma ni nampak ok la juga sbb td baca kat fb pengalaman sorang ustaz ni yg lalui banjir 2014 kat kelate iols plak yg rasa trauma.
Duk kat PPS pun azab, balik umah nk kemas umah pun lagi dasat.
So harap banjir kali ni khemah nadma ni ada byk berjuta lemon.
Dan masing2 pun lebih bersedia laaa iols cuma perasan negeri Pahang nampak bersedia lebih awal walaupun takat ni blm ada nampak kes banjir lagi kat Pahang.
Monsun lum tiba dah kuar berita Pahang stenbai sesiap stok bekalan hadap banjir
Sejak awal tahun aritu kat highway temerloh tu duk ada projek apatah tebatan banjir or lebarkan highway pun iols tak pasti tp bila lalu mmg jem laa gara2 projek tu tanya org kata tuk persiapan hadap banjir.
So nampaknya Pahang lebih bersedia sbb tahu setiap tahun belah pantai timur ni mmg biasanya akan dilanda banjir sama ada teruk atau tak je laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi kerabu ni yang diorang taruk nila tu kan?
Rice to Wednesday
|
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup replied at 29-11-2024 09:50 AM
Selangor kat Meru kan yg banjir
Tengok ada beberapa live TT dari Meru Klang..
Rumah member iols salah sorang
Udah le dia tinggal berdua je dgn mak dia
Tak tau la dah ke shelter ke belum |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 29-11-2024 10:29 AM
kalau houseboat kt tasik kenyir tu slmt x? aritu family i pergi healing brp mlm nth sana..i x join p ...
Suami iols baru je g masa 9hb baru ni tp masa tu belah Jenagor tu tgh musim kering ke apatah.
Acara tahunan geng lelaki kat area perumahan sini la tiap bulan 11 pi houseboat kat kenyir tu, jujurnya iols kurang suka dia pi situ sbb jauh sgt ke dlm dorang g sampai takde line tepon.
Ni kalau ada anak ke mak mati jgn salahkan org kalau hanya tau bila dh balik sini.Nak call cemana line pun takde.
Kita plak mmg jenis takkan call/wa suami mmg hari2 dia je yg kena call/wa iols.
iols mmg sgt susah nk call sesapa pun kecuali kecemasan nak angkat call pun payah ni kan plak nak call org. VC lagi la iols abaikan.Kalau penting sgt iols suh anak je yg angkat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|