|
menantu mithali gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AnakPakKassim at 21-4-2011 17:56
Jam berdenting sebelas kali. Resah hati tak terkata.
Talipon bimbit di tatap dan diletakkan di meja.
Tidak ada pesanan atau panggilan.
"Leha?" Husin memanggil.
"Ya Abah," Leha segera menuju bilik lama Farhan yang kini dihuni Husin.
Kelihatan Husin sedang duduk di atas katil dengan mata yang segar.
"Abah tak boleh tidur. Buatkan abah kopi, boleh?"
"Kopi? Dah malam ni. Leha buatkan susu panas, ya?" Leha tahu Husin gemar pada kopi. Tapi dia harus menjaga pemakanan Husin untuk mengelakkan masalah kesihatan.
"Susu? Boleh juga. Kau masih tunggu Azman?"
Zaleha hanya tersenyum. Dia mengatur langkah ke dapur.
Beberapa minit kemudian, Zaleha menyuakan secangkir susu panas pada Husin.
"Selalu Azman balik lewat?"
"Kadang-kadang. Bos dia ada meeting gaknya."
"Kerja sebagai pemandu peribadi, tapi sibuk mengalahkan menteri! Hanya sekali dia ziarah abah kat hospital. Betul ke dia nak pindah ke rumah abah, nak jaga abah?
Mungkin, dia hanya suruh kau jaga abah," Husin mula sangsi.
"Abah jangan risau. Betul, kami nak jual rumah ni dan jaga abah di rumah abah."
"Dah ada yang nak beli rumah kamu ni?"
"Dah ada yang datang tengok, tapi belum ada perjanjian. Musa yang jadi agen kami."
"Musa? Bagus tu. Dia cekap. Kau pindah sajalah, tak perlu tunggu rumah di jual."
"Hah? Kenapa abah? Abah tak selesa di sini ke?"
"Bukan tak selesa. Abah kurang selesa... he.he.."
"Abah ni, asyikk gurau aje. Macam ni, senang abah nak cari Mak We tau?"
"Mak We? Ada ke sedara kita nama Mak We?" Husin bertanya. Seingatnya, mereka tak punya keluarga dgn nama itu.
"Apa pulak keluarga kita, ini keluarga baru. Mak We.. Makwe.. Mataair lah... abah pandai buat org ketawa, pasti ada makcik-makcik veteran yang tertawan," Leha sengaja mengusik.
"Hish! Abah dah tua. Utk apa dpt Makwe, nak dating pergi mana? Org ke panggung wayang, abah pergi clinik agaknya. Anak muda jalan pergi shopping, abah ke kedai ubat aje"
"Kedai ubat? Cari ubat kuat? Lain aje tu. Abah cari jamu ke?
"Pandai-pandai aje kamu ni," ketawa mereka berdua berderai lagi.
Situasi menjadi sunyi selepas ketawa mereka reda. Susu di cangkir diminum perlahan-lahan hanya tinggal sedikit.
"Leha, Abah syukur dapat menantu macam Leha. Selalu fikir pasal Abah.
Abah ada 3 org menantu perempuan. Tapi dengan Leha, abah ni memang abah kandung Leha, bukan mertua. Leha ikhlas jaga abah," Husin mula sebak. Teringat dua orang anak lelakinya, Akmal dan Aqil yang jarang melawat. Menantu-menantu yg lain juga buat tak endah dengan dirinya.
"Abah... Leha sayang pada Abah. Leha tumnpang kasih sayang abah sebab ayah Leha dah tak ada. Biar apa pun terjadi antara Leha dan Azman, Leha akan tetap jaga Abah. Abah jangan risau ya?"
"Maksud Leha? Kau dengan Azman ...." Husin kaget dengan kata-kata yang baru diucapkan menantu sulungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek nya entry...sambung lagi la...;) |
|
|
|
|
|
|
|
nie tgh konflik nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek nya entry...sambung lagi la...
ahla Post at 21-4-2011 18:26
benti time part suspen plak tu kann ........... |
|
|
|
|
|
|
|
best x sabar nak tahu apa jadi dgn leha |
|
|
|
|
|
|
|
Leha teragak-agak untuk menjawab. Kata-katanya telah membuat Husin kaget.
"hm...."
Bunyi deringan talipon rumah menyelamatkan situasi.
Bergegas Leha menjawab. Husin juga turut keluar dari bilik.
"Waalaikumsalam. ALhamdulillah, Tok dah di rumah.
Skype? Ok, sekarang mak on," Riang suara Zaleha.
"Abah, Farhan nak jumpa."
"Hah! bila dia balik sini? Seorang atau dengan isteri dia?" Husin girang.
Cucu itu selalu menggembirakan. Walaupu jauh, Farhan tetap ambil berat tentang dia.
Cucunya ramai, semua di Singapura melainkan Farhan. Tapi mereka buat tak endah
tentang keadaan Husin.
"Dia masih di sana. Sekejap lagi, kita jumpa dia," jawab Zaleha sambil tangannya pantas
menaip di komputer riba yang senantiasa ada di atas meja.
"Leha, apa hal ni? Kita nak terbang ke sana ke?" keliru dengan jawapan menantunya.
Bagaimana nak jumpa cucu yang berada di tanah kangaroo sebentar lagi.
Leha hanya tersenyum. Dia pasti Husin akan terkejut dan suka sebantar lagi.
"Abah, mari duduk sini. Pakai ni," Leha menghulurkan alat penbesar suara yang diselitkan ke kepala.
"Apa ni Leha? Nak kena periksa kepala ke?" Husin mengeleng-geleng.
Tiba-tiba, imbasan Farhan terlihat di komputer. Husin terkebil-kebil.
"Ada video Farhan kat sini?"
"Assalammualaikum Tok! Tok sihat? An rindu kat Atuk!" suara Farhan kuat kedengaran dari alat pembesar suara.
"Eh! Video ni boleh bercakap?" Husin bertanya dengan perlahan-lahan. Hairan.
"Abah, ini Farhan. Sekarang dia nak cakap dgn abah. Ini namanya skype.
Pakai internet. Boleh jumpa sesiapa aje, di bumi mana aja," Leha menerangkan.
"Wow! Yes!! Cucu Atuk!!!" Husin terpekik.
Mereka semua ketawa. Persoalan tadi tenggelam dengan sendirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
menantu yg baik... |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu subuh merupakan waktu yang sangat digemari Husin.
Dia akan bertadarus selepas solat. Dia juga sering membaca tafsir al-quran.
Setiap hari, dia memilih sepotong dua ayat dan membaca makna ayat tersebut.
Sewaktu anak-anaknya kecil, dia akan bercerita tentang tafsiran tersebut di waktu sarapan.
Kini, dia hanya sendiri. Isteri yang dicintai dah lama pergi.
Anak-anak pula sibuk dengan tugas seharian. Hanya Zaleha menantu yang setia
menjadi teman.
Mengenang kata-kata Zaleha, Husin menjadi khuatir. Menantunya senantiasa bermanis muka tapi
sudah hilang sinar di matanya. Selepas solat, Husin hanya duduk-duduk di dalam bilik.
Buku-buku Farhan di renung. Akhirnya, dia kembali berbaring di atas katil.
Husin terdengar bunyi pintu bilik diketuk.
Pantas, dia bangun dari katil dan membuka pintu.
Azman, anak sulungnya, tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Abah sihat?"
"Sihat. Pukul berapa kau balik semalam?"
"Tengah malam. Abah nak makan apa pagi ni? Biar Man beli."
"Abah rasa nak ajak kau dan Leha pergi makan kat pasar.
Lama tak dapat makan tosei. Leha mana?"
"Hah? Leha?"
"Ya, Leha isteri kamu? Kenapa kamu ni? Lupa ke?" sindir Husin.
"Oh... Leha kan ada program senaman pukul 7 setengah pagi. Ni dah 7 suku. Dia dah pergi."
"Senaman apa? Kat mana?"
"Saya pun tak pernah ikut dia. Katanya, di belakang blok 15.
Mesti nampak dalam perjalanan ke pasar. Abah siaplah, kita sarapan kat pasar."
"Leha tak buatkan kamu sarapan?" Husin mula ragu tentang keadaan anak dan menantunya.
Leha selalu rajin ke dapur. Kenaoa dia tak menyediakan hidangan untuk mereka?
"Saya yang tak benarkan dia sediakan sarapan. Ingat nak beli sarapan pilihan abah," Azman tersenyum.
"Cepatlah siap, abah nak tengok Leha senaman, mungkin abah pun boleh ikut"
"Wah! abah ni serius ke? Abah nak bersenam ke nak mengurat makcik-makcik?" Azman ketawa mengekek.
"Kenapa? Tak boleh? Abah ni single and available, bukan macam kau, laki orang!" Husin membentak.
Dia tahu akan perangai mata keranjang anak lelaki di depan matanya. Pantang ternampak yang berdahi licin.
"Abah ni, bersemangat betul! Saya dah siap. Abah tu kena tukar pakaian. Nak guna kain pelikat ni ke?
Saya tunggu di luar," Azman segera menutup pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
"Man, kerja ok?"
"Ok" Azman hanya memberi tumpuan pada Laksa yang sudah separuh habis.
Dia memang minat dengan laksa.
"Selali kau balik lambat?"
"Selalu juga. Boss tu suka merayau malam-malam."
"Hm... bila terakhir kau cuti?"
"Cuti? Nak kemana Abah?" spontan wajahnya berpaling mencari jawapan dari Husin.
"Abah rasa, ko kena rehat. Luangkan mmasa untuk Leha.
Dia saja yang berulang alik jenguk abah di hospital.
Dia juga yang bawa abah balik. Teman abah berbual," Husin bercerita sambil memerhatikan raut wajah Azman.
"Leha memang macam tu. Kalau pasal Abah, semua dia nak buat. Dia kan menantu kesayangan," Azman
turut bangga dengna cara Leha melayan Husin. Dia sedar Leha senantiasa ikhlas memberi perhatian
pada Abah.
"Sebenarnya, Abah rasa dia macam memendam rasa," Husin bersuara perlahan-lahan.
Hati Azman bergerak pantas. Khuatir sekira rahsianya diketahui.
"Apa hal pulak ni? Leha ada mengadu pada abah ke?" Azman bertanya dengan gopoh.
"Tak... tapi Abah rasa..... hm... Kau dan dia ada masalah ke?" Husin menebak.
"Masalah? Dia sedih ke abah? Tadi, nampak ligat dengan kawan-kawan dia," Azman mula berfikir.
Dia cuba mencari sesuatu di kotak ingatan. Mungkinkah dia cuai?
"Betul? Kau dan dia tak bergaduh?" Husin bertanya tegas.
"Tak. Cuma, kami jarang berbual. Saya yang selalu balik lewat."
Husin memerhatikan anaknya. Walaupun sudah bergelar bapa, seorang anak tetap seorang anak di matanya.
Dari nada Azman. Dia tahu Azman ada menyembunyikan sesuatu. Naluri ayahnya kita menyatakan anaknya
mempunyai masalah.
'Tak mengapa. Aku akan selidik,' Husin berkata-kata dihatinya |
|
|
|
|
|
|
|
wah...best la dapat bapak mertua gini... che iffah oooiiii smbung ler pepanjang sket... tak puas mek nak baca nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan malam itu sunyi sahaja. Sesekali terdengar Husin terbatuk-batuk.
Di bilik sebelah, Leha yang belum dapat melelapkan mata hanya berbaring menghadap siling bilik. Talipon bimbit senyap juga. Masa seakan berhenti seketika.
'tok tok tok'.
Leha bingkas bangun dan membetulkan bajunya. Pintu dibuka.
"Abah? Abah nak air ke?"
"Abah tak boleh lena. Rasa macam nak tengok tv.
Marilah kita tengok vcd. Kita pilih cerita komedi," Husin tersengih.
"Hah, tengok VCD. Ni dah pukul 10 lebih. Abah tak penat ke?"
"Banyak kerja kat pejabat tadi. Tender masuk juta-juta dolar tu.
Rasa penat juga. Tapi abah tetap nak tengok vcd," Husin berseloroh.
"ha..ha.. Abah ni, memang pandai buat Leha ketawa," langkah diatur mendekati tv dan alat pemain vcd. Pantas, Leha memilih cerita 'Nana Tanjung'. Husin memang minat dengan karektor Pi'e yang kasar tapi sebenarnya penyayang.
Husin mengambil tempat depan tv dengan berbaring di sofa. Tersenyum bila cerita bermula.
"Abah nak minum apa? Leha buatkan."
"Milo panas. Tapi, jangan letak gula. Roti kahwin 2 keping.
Biskut tawar 4 keping. Kalau ada keropok atau pop-corn, bawa sekali," Husin meminta.
Pantas, dia duduk pula.
"Ah! Abah, lapar ke? Tadi abah dah makan malam, masih lapar ke?" Zaleha hairan dengan permintaan Husin.
"Kata nak tengok wayang, mestilah ada keropok-keropok." Husin tersengih-sengih.
Zalehan hanya menggelengkan kepala.
"Roti Kahwin?" kepalanya yang tak gatal digaru-garu.
"Roti.... satu keping sapu mentega, satu keping sapu kaya. Cantumkan, jadi roti kahwin!" Husin menerangkan.
"Kaya tu manis, mana abah boleh makan. Nanti, Leha tukar makanan lain. Hm... abah tak boleh makan pop-corn."
"Kenapa tak boleh?" Husin bertanya dengan sedikit keras.
"Nanti terselit celah gigi palsu...ha..ha..ha..." Leha ketawa dan meninggalkan Husin yang sedang ketawa terbahak-bahak. |
|
|
|
|
|
|
|
baiknya leha..... pak mertua pun sporting sgt...
letak la n3 lebih2 ifah.. |
|
|
|
|
|
|
|
I like, I like. Tapi nape n3 pendek2 aje, tak puas nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
baiknya si Leha nie....... |
|
|
|
|
|
|
|
bole wat menantu ni |
|
|
|
|
|
|
|
"Baru balik Man?" Husin bersuara.
Azman yang baru saja membuka pintu tersentak.
Kepalanya diangguk-angguk.
"Kau ke mana?" Husin bertanya lagi tegas.
"Ada kerja. Boss ada dinner, kena tunggu."
"Tiap malam boss kau ada dinner. Tak kenyang-kenyang ke?
Boss kau tu tak ada anak bini? Tiap malam asyik merambu?"
"Biasalah tu. Dinner dengan orang-orang besar.
Bincang hal berniaga. Man penat ni, nak masuk tidur dulu" Azman sengaja mahu melarikan diri dari Husin. Dia pasti Husin ada sesuatu untuk dibincang. Dia bergegas untuk masuk ke bilik.
"Hmmmmm... talipon kau tu rosak ke?" ppertanyaan Husin membuat Azman berdiri tegak.
"Ok aje talipon Man. Kenapa? Abah talipon ke? Tak ada pun." Azman membelek taliponnya sambil menekan-nekan. Dia mahu memastikan tiada panggilan yang tidak dijawab.
"Ah! Man tak sedar. Takde Batteri. Kenapa abah cari Man?"
"Bukan abah yang cari. Ada orang lain yang cari kau!" Suara Husin semakin keras.
"Siapa Bah?" Azman ingin tahu. pasti ada hal penting.
"Siapa nama boss kau?"
"Kudakasan," Azman mula cuak. Tak mungkin majikannya menalipon ke rumah.
"Dialah tu. Dia cakap orang putih teloh jepun, susah abah nak faham. Leha yang faham.
Yang abah tahu, kau kena ambil dia jam 6 pagi esok, dia nak ke airport, ada hal mustahak."
"Hah! 6 pagi?"
"Dia talipon pukul 11 tadi. Katanya kau tak angkat talipon bimbit.
Kau kemana sebenarnya, jam 1 pagi baru balik?" Husin berkeras mahu tahu.
Azman terus saja meneruskan langkahnya. Dia tak mahu terjerat dengan pertanyaan Husin.
"Man! Kau jangan nak lari. Abah ni masih bernyawa nak tegur kau. Biarpun kau tu dah jadi bapak orang, cucu orang, kau tetap anak abah. Abah ada hak nak tegur kalau kau tersilap!" Husin sudah berjalan mendekati Azman.
"Bah, Man penat ni. Esok kita cerita, k!"
Azman segera membuka pintu dan meloloskan diri.
Husin hanya mampu mengelengkan kepala melihat reaksi anaknya.
Hatinya mula pasti. Azman dan Zaleha memang ada masalah! |
|
|
|
|
|
|
|
sian LEHA... |
|
|
|
|
|
|
|
sian leha... tp nasib baik pak mentua dia baik... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|