CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
 Author| Post time 19-4-2011 01:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 20-4-2011 00:16

Zulaikha tampil mendekati Datin Suraya dan berdiri di birai sofa yang diduduki ibu angkatnya itu. Di sofa sebelah lagi pula terdapat beberapa orang yang tidak dikenalinya. Kelihatan ada seorang wanita tua yang wajahnya kelihatan agak seiras dengan Datin Suraya. Mungkin itu adalah emak kepada ibu angkatnya, fikir Zulaikha. Duduk di sebelah wanita tua itu pula ialah seorang wanita yang kelihatan lebih muda dari Datin Suraya. Pada pandangan Zulaikha kedua-dua tetamu itu nampak mesra….mungkin seperti ibu angkatnya juga.

Ohhh…ni dia la budaknya ye....” wanita tua itu bersuara lagi, “Comellllll cucu baru nenek ni..” kata wanita tua itu tersenyum sambil mengusap-ngusap rambut dan dicubit-cubitnya pipi Zulaikha.

         Zulaikha menggosok-gosok pipinya yang sudah kemerahan itu akibat dicubit Tengku Aisyah tadi.

Nama Zulaikha yer?” tanya wanita tua berumur lingkungan enam puluhan yang bernama Tengku Aisyah itu lagi kepada Zulaikha.

        Zulaikha hanya mengangguk-ngangguk tanpa menunjukkan sebarang perasaan di wajahnya.  Wanita yang sedikit muda dari Datin Suraya yang berusia pertengahan tiga puluhan itu pula mula bertanya kepada Zulaikha,

“Zulaikha dah umur enam tahun ye?” mesra pertanyaan wanita itu sambil menunjukkan enam jarinya kepada Zulaikha untuk memudahkannya memahami.

        Sekali lagi Zulaikha hanya menggangguk mengiyakan tanpa berkata apa-apa kepada  wanita itu yang sedikit iras-iras Datin Suraya. Wanita itu bernama Puteri Sofea dan dia adalah adik kepada ibu angkat Zulaikha. Zulaikha sudah mulai berasa kurang selesa menjadi bahan perbualan utama para tetamu itu.

Zulaikha….salam nenek dengan Aunt Sofea,” arah Datin Suraya sambil menunjukkan ke arah Tengku Aisyah dan Puteri Sofea itu. Sememangnya Zulaikha sudah diajar adat-adat asas orang Melayu oleh anak-anak Datin Suraya. Cuma Zulaikha masih belum biasa lagi dengan pelbagai adat resam masyarakat Melayu yang kadangkala baginya cukup berlainan dari adat resam masyarakat Cina.

        Salah satu  tujuan utama pasangan Tengku Sulaiman dan Datin Suraya menganjurkan majlis yang dihadiri waris terdekat mereka selain dari meraikan ulang tahun kelahiran Tengku Haris adalah juga kerana mereka ingin memperkenalkan Zulaikha sebagai ahli keluarga itu yang baru.

        Setelah bersalam dan mencium tangan nenek dan makcik barunya itu Zulaikha perlahan-lahan melangkah ke luar dari tengah-tengah perbualan keluarga itu yang semakin rancak. Dia kemudiannya melangkah keluar dari pintu masuk utama rumah.

        Zulaikha tercari-cari kelibat Tengku Nadia yang memang cukup rapat dengannya. Dia melihat Tengku Nadia sedang memakan nasi minyak di bangku halaman. Dia pun turut sama mengambil pinggan dan meletakkan nasi minyak dan lauk ke dalam pinggan lalu menyertai Tengku Nadia di meja makan yang disediakan di halaman rumah.

        Zulaikha masih tidak pandai memakan nasi menggunakan tangan. Terlalu canggung baginya untuk menggunakan tangan. Manakan tidak, selama ini dia hanya menggunakan chopstick dan mangkuk untuk memakan nasi dan lauk-pauk. Sudahnya, sampaikan nasi melekat-lekat pula di kiri-kanan pipi dan juga hidung Zulaikha. Kecanggungannnya itu menjadi tumpuan Tengku Haris dan rakan-rakannya. Si Gempal Amirul tidak tertahan mahu ketawa. Dan seperti biasalah, Tengku Haris ada sahaja perkara yang hendak dikenakannya terhadap Zulaikha.

Amoi! Nasi orang makan pakai mulut! Bukan pakai hidung!” jerit Tengku Haris sambil ketawa dari hujung meja.

        Zulaikha terus menoleh ke arah Tengku Haris dan rakan-rakannya. Mulutnya masih penuh mengunyah nasi. Ekor matanya hanya menjeling tajam kepada Tengku Haris. Entah apa pula kali ini yang diejeknya, Zulaikha pun tak tahu malah tidak faham langsung pun tetapi dia tahulah yang 'Birthday Boy' itu sedang mentertawakan dirinya. Tengku Nadia memujuk Zulaikha agar jangan memperdulikan kenakalan abangnya itu. Zulaikha lalu menghadap semula makanannya. Tengku Haris dan gengnya pun berlalu dari situ dengan gelak ketawa mereka.

Baru beberapa minit kemudian.....
Err…amoi…awak…” ..

        Belumpun sempat suara dari sisi kiri Zulaikha itu menghabiskan ayatnya, dengan tanpa usul periksa mahupun menoleh, sepintas lalu Zulaikha mengambil gelas di hadapannya yang berisi air sirap lalu dihamburkan terus isi gelas itu ke arah sisi kirinya mengenai tepat batang tubuh seseorang. Sambil mencebik kepuasan barulah Zulaikha menoleh ke sisi kirinya hendak melihat balasannya kepada Tengku Haris berjaya.

        Sebaik matanya memandang budak itu.....
"Hmmpha?! Hfuhenh?! (Shénme?! Yúrén?!) (Apa?! Si Bodoh?!)" Zulaikha terkejut dan cuba bercakap dengan mulutnya yang penuh dengan nasi.

         Dia bukan Tengku haris! Terbeliak mata Zulaikha mengamati muka budak lelaki yang telah basah kuyup dengan air sirap itu. Zulaikha cepat-cepat bangun dan matanya mengecil menelek betul-betul muka budak lelaki yang masih tergamam dan terkedip-kedip matanya itu. Itulah budak lelaki yang buka zip dan kencing merata di Secret Garden tadi!
****************
Dalam pada masa yang sama……

Adik cina aku tu memang bodoh betul…ada ke makan nasi macam nak genggam pasir?!” Tengku Haris mengutuk di belakang Zulaikha di suatu sudut di depan kawan-kawannya sambil tertawa mengekeh-ngekeh.
****************
        Pada masa itu juga Zulaikha tersedak. Mulutnya yang tadi penuh dengan nasi habis tersembur mengenai muka budak lelaki yang malang itu.  Cepat-cepat Zulaikha menutup mulutnya walaupun sudah terlambat. Budak lelaki malang  yang masih tergamam itu tidak terkata apa-apa….hanya terkedip-kedip matanya tidak menyangka nasibnya sudahlah malang ditimpa tangga pula.

Astagfirullah! Megat Amir! “ Berlari-lari anak Tengku Sofea menerpa mendapatkan anak lelakinya yang kelihatan kuyup dengan air sirap dan muka yang bertempek-tempek dengan nasi.

               Menyedari kesilapannya, Zulaikha berulang kali tunduk dan bangkit menyebut,

Duìbùqǐ! Duìbùqǐ! Duìbùqǐ! (Maafkan saya! Maafkan saya! Maafkan saya!)” kepada Megat Amir sambil cuba menyapu-nyapu muka budak lelaki itu cuba membersihkan tempekan nasi yang tidak sempat habis dikunyah Zulaikha.

Tengku Nadia tampil menjelaskan keadaan, “Aunt Sofea, Ika ni tak sengaja. Tadi Abang Haris ejek-ejek dia. Sekali bila Amir datang panggil nama “Amoi”  Ika tu ingatkan dia tu Abang Haris yang datang nak ejek dia lagi.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 08:49 AM | Show all posts
citer nie lain dari yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:16 PM | Show all posts
memang lain dari yang lain.
sekarang merah nak n3 yang lain pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 04:03 PM | Show all posts
Cerita ni mesti sedih ...sbg lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 02:14 AM | Show all posts
Reply 44# shahrinas


    lain? beng harap 'lain' itu maksudnya bagus

thanks anyways.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 02:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 20-4-2011 02:17

Puteri Sofea hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat ke arah Zulaikha dan Megat Amir.

Dah! Dah!  Amir pergi masuk dalam...mandi!” arah Puteri Sofea kepada anak lelakinya itu.

        Nun di hujung suatu sudut berdekatan pula Tengku Haris dan gengnya sedang ketawa terbahak-bahak setelah melihat aksi-aksi Zulaikha dan sepupunya Megat Amir tadi. Tidak tersangka pula dek si Tengku Haris yang budak perempuan Cina itu mempunyai niat membalas ejekannya sebegitu rupa. Mujur dia tidak mengejek terlalu rapat dengan budak perempuan garang itu tadi sewaktu mengacaunya. Semenjak peristiwa tempoh hari yang menyebabkan dahinya berbenjol sebesar butir guli, dia agak berhati-hati dengan jarak selamat baginya untk mengacau Zulaikha. Sebab itulah sewaktu mengejek cara Zulaikha makan tadi dia hanya berdiri di hujung meja…malah cepat-cepat pula dia beredar dari situ tidak menunggu lama hanya untuk menanti padah. Sebaliknya Megat Amir yang tidak tahu apa-apa itu pula yang menjadi mangsa menanggung balasan untuknya.

Haris! Pergi carikan Amir mana-mana baju awak yang muat dengan dia….bagi pinjam dulu please!” laung Puteri Sofea kepada anak saudaranya setelah terdengar suara Tengku Haris yang sedang bergelak ketawa.

Amma!! Inspector Shahab!” balas Tengku Haris memberi tabik seraya melangkah masuk ke rumah menemani Megat Amir. Dia cuba memimpin bahu Megat Amir pada mulanya, namun tidak jadi pula setelah terperasankan betapa teruknya kotoran di baju dan muka budak lelaki malang itu. Dia mentertawakan Megat Amir.

Tulahhhh….Amir, aku dah cakap dah…jangan duduk dekat-dekat dengan ‘limau’ cina tu!” pesan Tengku Haris yang pelat huruf ‘R’ itu.

Limau ke rimau?!” dengan wajah keliru Megat Amir bertanya sambil menoleh ke muka Tengku Haris.

Yesss….ko dah pandai menganjeng ehh? Alaaah…limau dengan rimau kan ke tak jauh bunyinya tu?! Hehe…takpe…nanti aku akan ajar cara-cara menganjeng yang lebih best!” jawab Tengku Haris dengan panjang lebar cuba mengelak dirinya diejek pelat huruf ‘R’.

           Tersenyum melihat gelagat budak lelaki berdua itu sambil menggelengkan kepalanya Puteri Sofea sememangnya sudah tersedia maklum yang Tengku Haris itu memang nakal budaknya…namun akalnya panjang. Berbeza pula dengan anaknya Megat Amir yang lebih rileks dan tidak gemar mengacau orang lain walaupun mereka berdua sebaya.

        Puteri Sofea mengalihkan pandangannya kepada Zulaikha. Dia merapatkan dirinya dan duduk bertinggung serta memegang kedua-dua belah bahu Zulaikha lalu berpesan,

Zulaikha…jangan garang-garang sangat yer? Nanti tak comel tau.” Sambung wanita berwajah mesra itu lagi, “And please don’t be sad anymore….we’re here with you.”

       Zulaikha menunduk membisu dan mengangguk perlahan. Walaupun dia tidak memahami apa yang dicakapkan, namun dia tahu wanita itu berniat baik dan cukup mesra membuatkannya berasa segan dengan layanan yang baik itu walaupun kali pertama berjumpa.

        Puteri Sofea juga sudak dimaklumkan oleh kakaknya Datin Suraya akan sikap garang Zulaikha itu mungkin berpunca dari pengalaman buruk yang terpaksa budak berumur enam tahun itu lalui. Malahan pula Datin Suraya sering melihat Zulaikha mengelamun jauh sehinggakan kadangkala budak perempuan itu menangis sendirian di dalam biliknya.



Bersambung lagilah pulaok!.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2011 01:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 21-4-2011 01:59

Malam itu seperti biasa Zulaikha akan duduk mengelamun sendirian. Tengku Nadia sudah pun tidur sedari tadi. Esok pagi-pagi lagi dia akan ke sekolah meninggalkan Zulaikha sendirian di rumah yang hanya bertemankan Datin Suraya dan pembantu rumah yang berusia lewat tiga puluhan bernama Mak Mah. Memang sudah menjadi rutin Zulaikha setiap malam dia akan memandang keluar tingkap yang menghala ke pantai itu. Selalu di benaknya membayangkan ibunya sampai ke pinggiran pantai itu dengan bot dan datang untuk mengambilnya kembali ke tempat asal mereka. Sebab itulah Zulaikha ketika di waktu lapangnya lebih gemar menghabiskan masanya di Secret Garden, ternanti-nantikan kehadiran ibunya datang ke situ untuk membawanya pulang. Dia masih beranggapan yang dia hanya berada di rumah besar itu untuk sementara. Airmata kerinduannya yang bertakung di kelopak bawah matanya mulai berlinangan perlahan meniti pipi dan terus ke dagu lalu menitis ke bawah.

        Dia menggenggam kedua belah tangannya dan memandang ke langit hitam yang dipenuhi bintang berkelipan. Airmata berlinangan di kedua-dua belah pipinya.

Zulaikha berdoa, “Guānyīn.... Wǒ fāshì wǒ jiāng jǐn wǒ de zhěnggè shēngmìng hǎoshì, rúguǒ nǐ huí dào wǒ de māmā (Dewi Guanyin /Goddess of Mercy….saya bersumpah akan menjadi budak yang baik seumur hidup saya kalau kamu pulangkan ibu saya sekarang.”

             Memejamkan matanya, Zulaikha menunduk sambil berharap Dewi Guanyin mendengar rintihannya kerana sedari kecil dia diberitahu oleh ibunya yang Dewi Guanyin adalah seorang dewi yang mudah berasa kasihan kepada manusia.

        Sedang Zulaikha merintih berharap itu, terdengar olehnya pintu bilik dikuak oleh seseorang. Dia dapat mendengar derapan tapak kaki melangkah mendekatinya yang sedang berdiri di birai tingkap. Dia tidak ingin tahu siapakah orang itu.

           Tanpa disangkanya, suatu pelukan menerpanya dari belakang dan terasa kehangatan tubuh si pemeluk sedang membaluti kedinginan tubuhnya yang pilu. Dakapan erat yang diterimanya cukup hangat dan mesra. Kucupan yang diterimanya di atas ubun-ubun membuatkan Zulaikha memejamkan matanya dan berharap itu adalah ibunya; Kim Hanh. Airmata Zulaikha mencurah-curah. Dipegangnya tangan ‘ibu’ yang sedang memeluk tubuhnya dari belakang itu dengan erat dan dicium-ciumnya bertalu-talu.

Māmā……Māmā,” rintih Zulaikha yang sedang meratap sayu .

I’m here sayang……mama is here…..don’t you cry my baby…..” balas Datin Suraya dalam tangis hibanya sambil memeluk erat anak malang itu.

              Airmata Datin Suraya turut berlinangan mencucuri ke ubun-ubun Zulaikha. Mereka berdua saling berdakapan dan menangis. Hati Datin Suraya cukup hiba dan sayu apabila melihat dari celah pintu bilik; Zulaikha sedang mengelamun dan merintih sedih kerinduan kepada ibunya. Hati ibu mana yang mampu menahan dari mengasihi seorang anak yang malang sebegitu. Bagi Datin Suraya, biarlah Zulaikha masih belum menerimanya sebagai ibu sekalipun…asalkan dakapannya mampu meredakan sedikit kerinduan anak itu terhadap ibunya. Malam itu semakin larut dengan kerlipan bintang di langit menyaksikan kasih sejati seorang ibu terhadap anak angkatnya. Kedua-dua beranak itu tidur berpelukan bagaikan mereka baru berjumpa telah sekian lama terpisah. Zulaikha menerima kehadiran ‘ibu’nya pada malam itu. Tiada waktu yang lebih bahagia baginya selain dari saat itu semenjak sekian lama terpisah dari dakapan ibunya.

****************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 02:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 21-4-2011 02:03

Zulaikha terjaga dari tidurnya. Matanya dibuka luas-luas mencari kemanakah pergi ‘ibu’nya semalam. Dicari-cari ke serata bilik. Dia turun ke tingkat bawah tercari-cari di ruang tamu. Juga tiada kelibat ‘ibu’nya. Lantas dia meluru pula ke dapur dan terlihat Mak Mah yang sedang berborak dengan Datin Suraya di dapur meja pulau (kitchen island table). Zulaikha menerpa ke situ.

            Datin Suraya yang sedang berbual dengan Mak Mah sambil berdiri itu terkejut apabila pinggangnya tiba-tiba dipeluk kemas-kemas oleh Zulaikha yang datang entah dari mana itu. Wajah Zulaikha cukup ceria dan tersenyum dengan penuh seri. Datin Suraya juga turut tersenyum puas sambil mengusap-ngusap rambut Zulaikha. Hatinya berbunga melihatkan ada sedikit perubahan kepada anak angkatnya yang selalu murung itu. Mak Mah tersenyum melihat perilaku kedua-dua beranak itu.

Datin…..macang maner pulok si Ika ni buleh lagu nih? Sekala…muka masang mencuka sokmo-sokmo?” tanya Mak Mah dalam dialek Terengganu itu kehairanan sambil menggaru ubun-ubunnya yang tidak gatal.

Entahlah Mak Mah….saya pun tak pasti.” Sambung Datin Suraya lagi, “Tapi saya harap sangat saya dapat jadi mama dia selamanya.”

Datin Suraya tidak menyedari….harapannya itu adalah merupakan doa yang bakal termakbul…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2011 01:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 22-4-2011 10:14

Petang itu Zulaikha keluar bersiar-siar sendirian di luar rumah banglo dua tingkat itu. Halaman rumah itu cukup luas lebih-lebih lagi pula ianya tidak berpagar seakan tiada sempadan...lepas dan bebas. Cuma laluan utama kenderaan untuk masuk ke kawasan banglo itu terdapat sebuah gerbang kayu yang dibina seperti rumah-rumah pengusaha ladang ternakan kawasan barat Amerika Syarikat. Zulaikha merasakan dengan cuaca yang terang sebegitu, ia adalah hari yang baik untuk dia menghabiskan masa di Secret Garden. Dia mulai melangkah menyusuri pinggiran pantai menuju ke tempat rahsianya sambil memerhatikan ke tengah-tengah laut kalau-kalau ternampak bot yang membawa ibunya. Dengan berasa hampa melihat tiada sebarang tanda-tanda bot dia meneruskan perjalanan.

        Zulaikha sudah hampir dengan Secret garden apabila dia terperasan ada tapak kasut bersaiz kanak-kanak di atas pasir. Dan kesan tapak kasut jelas menghala kearah haluan masuk Secret Garden! Dia mula terasa pelik dan dengan berhati-hati melangkah perlahan menuju ke haluan masuk Secret Garden. Naluri ingin tahu siapakah yang datang ke situ membuatkan hatinya tidak tenang bercampur geram kerana mengganggu kawasan yang dianggapnya kawasan peribadi miliknya.

        Zulaikha terhendap-hendap dengan berhati-hati di celahan pohon rhu di laluan masuk ke taman rahsia itu. Dia terjenguk-jenguk memerhatikan ke sekeliling ruang taman semulajadi itu kalau-kalau ada orang asing di situ. Memang sah! Ada kelibat seorang budak lelaki yang Zulaikha tidak pasti siapakah itu. Budak itu kelihatan leka memerhatikan pohon-pohon rhu yang rendang ditiup bayu laut dan bunga-bunga liar yang tumbuh melata di atas tanah beralaskan rumput menghijau itu. Zulaikha cuba mengamati dengan bergerak lebih dekat sambil berlindung di celahan ranting dan dahan pohon rhu tidak mahu kehadirannya disedari budak lelaki itu. Mata Zulaikha yang agak sepet itu dibuka lebih luas ingin mengenal pasti wajah budak itu yang masih membelakangkan pandangannya.

                  Merasakan dirinya sudah tidak tertahan rasa marah, Zulaikha bingkas keluar dari celahan ranting pohonan rhu itu melangkah laju ke arah budak lelaki yang masih membelakangkan laluan masuk ke taman rahsia itu. Tapak kakinya dihentak-hentak ketika melangkah manakala kedua belah tangan dihayun seperti rentak pelumba jalan kaki…bibirnya digertap hingga herot ke pipi dan matanya disepetkan lagi tapi lebih tajam renungannya diarahkan ke budak lelaki yang masih leka memerhatikan kecantikan alam itu. Budak lelaki itu langsung tidak menyedari akan aura marah seorang budak perempuan cina yang sedang menerpa ke arahnya dari belakang. Zulaikha sudah berada di belakang budak itu yang masih tidak menyedari kehadiran Zulaikha di belakangnya.

Nǐ zài zhèlǐ zuò shénme?!!! (Apa yang kau buat di sini?!!!!” pekik Zulaikha dengan kuat.

Maaaak!!!!” jerit budak lelaki itu sambil terlompat ke depan dan terjatuh ke perdu pohon rhu akibat terkejut. Mukanya berlaga pula dengan batang pohon rhu itu yang jaraknya cuma dua kaki sahaja dari tempat dia berdiri tadi.

        Zulaikha hanya memerhatikan perilaku melampau budak lelaki itu. Apabila sahaja budak lelaki itu memalingkan mukanya ke arah Zulaikha…

Nǐ ne? Yúrén?! (Awak? Si Bodoh?!)” ternganga Zulaikha sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke muka Megat Amir.

        Megat Amir hanya tersengih-sengih menampakkan giginya yang penuh dengan darah itu. Zulaikha terkejut dan cepat-cepat menyeluk saku seluar pendeknya mencari tisu tetapi tiada. Megat Amir menekup mulutnya dengan tangan dan seketika kemudian meludah-ludah darah yang keluar dari mulutnya. Di tangannya ada sesuatu yang dipegang lalu ditunjukkan kepada Zulaikha sebatang gigi susu yang baru sahaja patah akibat hentaman mukanya di perdu pohon rhu sebentar tadi. Zulaikha menjadi bertambah cemas. Tidak disangkanya kejutan yang dibuat tadi menjadi tidak terkawal sebegitu.

        Lalu Zulaikha pun duduk bertinggung sama aras dengan Megat Amir yang duduk berlunjur di atas rumput.

Yúrén…. Nǐ zài zhèlǐ zuò shénme? (Si Bodoh….apa yang kamu buat di sini?)” tanya Zulaikha.

        Megat Amir hanya tersengih-sengih memandang Zulaikha. Lalu dihulurnya sepucuk surat kepada Zulaikha. Budak perempuan itu terus mengambil surat itu tanpa berkata apa-apa dan memerhatikannya dengan teliti. Di atas sampul surat itu tertulis namanya, “ZULAIKHA”. Terus dibuka sampul itu cepat-cepat dan mengeluarkan surat itu. Lalu dibacanya apa yang tertulis di dalam bahasa Mandarin itu.

我想道歉,因为有一天,我给你我的坏习惯。请收下这贝壳,如果你能原谅我。
Wǒ xiǎng dàoqiàn, yīnwèi yǒu yītiān, wǒ gěi nǐ wǒ de huài xíguàn. Qǐng shōu xià zhè bèiké, rúguǒ nǐ néng yuánliàng wǒ.
(Saya hendak minta maaf atas kelakuan saya yang tak elok semalam di sini. Sila terima cengkerang laut ini jika awak maafkan saya. )


Nǐ kěndìng shìgè báichī (Awak ni memang betul-betul Si Bodoh) ” ujar Zulaikha sambil tersenyum mencebik bibirnya.

        Megat Amir cuba mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebaik dijumpai apa yang dicari di dalam poketnya, dia lantas menunjukkan cengkerang laut. Zulaikha cepat-cepat menyambar cengkerang itu dan terus matanya yang sepet itu dibesarkan untuk membelek-beleknya. Bibir Zulaikha mengukirkan senyuman. Tidak disangkanya boleh pula surat itu ditulis dalam tulisan cina.

        Megat Amir pun turut tersenyum. Tak sia-sia dia mendapatkan pertolongan seorang makcik tua berbangsa cina yang berjiran dengan rumahnya. Rumahnya juga tidaklah jauh dari rumah banglo yang diduduki Zulaikha sekarang ini memandangkan tanah sepanjang pantai Marang itu adalah milik keluarga Datin Sofea dan Datin Suraya maka kedua-dua beradik itu berpakat untuk membina rumah yang berdekatan antara satu sama lain.

        Zulaikha bangkit berdiri sebaik sahaja Megat Amir berbuat demikian terlebih dahulu. Zulaikha menunjukkan giginya dengan jari telunjuk sambil membuat muka seperti sakit gigi kepada Megat Amir bagai cuba bertanya adakah gusinya sakit akibat patah gigi tadi. Megat Amir menganggukkan kepalanya sambil tersengih.

Sorry…sorry…” Zulaikha memohon maaf.

It’s okay…..I’m strong!” balas Megat Amir sambil membengkokkan kedua belah tangannya tangannya ke atas bagaikan ahli bina badan.

Zulaikha hanya tertawa melihat Megat Amir yang cuba menyembunyikan rasa sakit.

Come..” panggil Zulaikha mengajak Megat Amir pergi ke suatu sudut di taman rahsia itu.

                  Setibanya di sebuah pohon beringin yang besar, Zulaikha berlari-lari anak menuju ke perdu pohon besar dan rendang itu. Dia mencari-cari sesuatu dan Megat Amir hanya melihat sahaja. Zulaikha kelihatan sudah terjumpa dengan apa yang dicarinya itu. Lalu ditunjukkan kepada Megat Amir kulit kerang yang dibahagian dalamnya berkilat dan berwarna seakan pelangi.

Take… Zhè shì gěi nǐ (Ini untuk awak)” kata Zulaikha sambil dihulurkannya kulit kerang itu kepada Megat Amir sebagai tanda persahabatan dan juga ingin membalas ‘hadiah’ cengkerang laut yang diterima dari Megat Amir tadi.

        Megat Amir mengambil kulit kerang itu dan membelek-beleknya. Dia termenung seketika seolah sedang memikirkan sesuatu.

Hmmm……give me that.” Kata Megat Amir sambil menunjukkan telunjuknya ke arah kulit cengkerang yang masih dipegang Zulaikha.

        Zulaikha segera menghulurkan semula cengkerang kepada Megat Amir. Megat Amir menunjukkan kedua-dua cengkerang dan kulit siput itu kepada Zulaikha. Lalu Megat Amir mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poketnya dan diletakkan ke atas rumput. Cengkerang dan kulit siput laut tadi diletakkan ditengah-tengah atas sapu tangan itu.

This is me…this is you.” Kata Megat Amir sambil jari telunjuknya menuding ke arah cengkerang dan kulit kerang sambil menunjukkan kepada diri Zulaikha serta dirinya sendiri.

Zulaikha hanya memerhati dan memahami perkataan Inggeris yang mudah itu.

Sambung Megat Amir lagi, “We still friend…shells stay here.” Katanya sambil mencantumkan kedua-dua cengkerang dan kulit siput itu.

If we not friend anymore…..you take one….I take one.” Ujarnya lagi kali ini dengan menjauhkan kedua-dua cengkerang dan kulit siput itu dari sapu tangan serta meletakkannya berhampiran dengan kaki masing-masing.

        Zulaikha hanya menggangguk faham. Lalu Megat Amir pun mengumpulkan kembali cengkerang dan kulit siput itu lalu diletakkan semula ke atas sapu tangan tadi. Sebaik sahaja dia selesai membungkus benda-benda itu dengan sapu tangan, lalu dia pun bangun dan melangkah ke perdu pohon beringin yang besar itu tadi. Lantas digalinya tanah beris di celah akar besar pohon beringin tersebut sehingga setengah kaki dalamnya. Kemudian diletakkannya bungkusan sapu tangan tadi ke dalam lubang yang digalinya. Lalu ditimbus semula dengan tanah.

Friend forever?” tanya Megat Amir tersenyum sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

Flen foleva!” jawab Zulaikha dengan pelatnya sambil tersenyum seronok lantas jari kelingkingnya memaut jari kelingking Megat Amir tanda setuju.

        Pohon beringin yang besar itu menjadi saksi kepada janji persahabatan yang dibuat oleh kedua kanak-kanak itu yang tidak tahu akan kekuatan takdir yang akan menguji sekukuh mana persahabatan mereka bermula dari saat itu hinggalah ke akhir hayat mereka.

"Sekukuh... sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti... harus ditempuhi
Ada daya kita melawan masa
Takdirnya... takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci untuk selamanya
Ini realiti... hilang tak terganti
Namun ku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu
Andai daku pergi sebelum mu
kenangkan daku selalu...di dalam doamu
kaulah cinta pertama.....yang terakhir untukku....
"  





Bersambung lagi la pulaok semek-semek adik kakok pokcik mokcik wehhhh!........
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 06:34 AM | Show all posts
next...next...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 12:39 PM | Show all posts
beng...
lama xde n3 ni, kemana menghilang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply 53# merahsilver


    sori..anak kena cikenpok la since sabtu lagi...bz melayan anak.. merengek sana sini....tak sempat nak menaip.

tapi ni dah start menaip semula...hari ni sket lagi adalah n3 karang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 03:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 28-4-2011 15:11

Bab 6


Saya Melayu?


1986

Awal-awal pagi lagi Zulaikha sudah pun bersiap-siap mandi. Dia mengenakan pinafore berwarna biru gelap dan kemeja putih. Rambutnya yang panjangnya ke bahu itu kelihatan kemas diikat tocang oleh Datin Suraya. Zulaikha yang sudah pun berusia tujuh tahun itu tidak sabar untuk memulakan persekolahannya.

        “Zulaikha! Nadia! Cepat mari sini breakfast! Nanti lambat pulak!” panggil Datin Suraya dari tingkat bawah.

        Kedua-dua budak perempuan itu melangkah turun menuju ke meja makan untuk bersarapan. Papa mereka Tengku Sulaiman sudahpun berada di meja makan sedang bersarapan.

        “Haa..Ika…sekarang dah masuk sekolah. Are you ready? Kamu dekat sekolah nanti jangan bergaduh pulak.” tanya Tengku Sulaiman yang duduk di kepala meja mengingatkan sambil tersenyum menyeringai misainya.

        Zulaikha hanya tersengih mengangguk-angguk memahami nasihat bapa angkatnya itu. Tengku Sulaiman bukanlah berniat untuk memarahi Zulaikha...tetapi dia tahu di sekolah nanti lebih ramai lagi budak-budak yang berperangai seperti anaknya; Tengku Haris yang suka membuli dan mengejek-ngejek murid-murid lain. Dia tidak berapa risaukan Zulaikha dibuli, namun sebaliknya pula yang ditakuti berlaku. Alangkan si Tengku Haris itu yang sudah sememangnya nakal baik di sekolah mahupun di rumah pun sering dikenakan semula oleh Zulaikha, apalah lagi yang tidak ditakutinya di sekolah kalau-kalau nanti ada yang membuat provokasi kepadanya pula.

        “Nadia, Haris…awak berdua tengok-tengokkan sikit Ika ni kat sekolah nanti. Time rehat karang ajak Ika ni makan sama-sama tau.” Datin Suraya mencelah dan berpesan.

        “Okay mama. Nadia memang tak sabar nanti nak kenalkan Ika pada kawan-kawan. Mesti seronok nanti Ika dapat kawan-kawan baru!” sambungnya lagi, “Kan Ika?!” tanya Tengku Nadia dengan girang sambil menoleh ke kiri memandang Zulaikha.

        Wajah kegirangan Tengku Nadia pada awalnya tadi dipatahkan oleh kekagetannya  apabila dia terpandang kepada Zulaikha yang sedang lahap menyuap mihun goreng ke dalam mulut tanpa mempedulikan perbincangan dia dan ibunya tadi.

        Tengku Haris perasan akan Zulaikha yang sedang asyik makan dengan lahap itu. Dia membeliakkan matanya ke arah Zulaikha yang duduk di tengah-tengah antara dirinya dan Tengku Nadia. Zulaikha masih tidak mempedulikan apa-apa di sekelilingnya. Baginya mihun goreng itu adalah antara makanan kegemarannya semenjak mencecah kaki ke tanah Malaysia. Bersungguh dia melayan mulut dan perutnya.

        Lalu Tengku Haris menepuk belakang Zulaikha dan berkata, “Hey! Amoi!…makan slow-slow lah! Nanti masuk neraka!” “Tau neraka tak?! Neee..la ka wohh!” kejutnya mengacau suasana, sambil tangan kiri ditunjukkan ke langit.

        Zulaikha sedikit tersedak dan berhenti mengunyah. Mihun yang masih panjang terjulur tidak sempat dikunyah, tergantung-gantung di mulutnya. Dia menyepetkan matanya seraya menoleh ke kiri memandang Tengku Haris. Mihun yang terjulur keluar itu terbuai-buai di dagu mengikut arah tolehan kepalanya. Lebihan minyak gorengan mihun berwarna kemerahan terpalit di dagu Zulaikha. Sungguh kelihatan comot pada pengamatan mata Tengku Haris melihat rupa buruk yang dibuat oleh Zulaikha. Zulaikha kemudian dengan sengaja menyambung mengunyah mihun yang berbaki di dalam mulutnya dengan laju-laju tanpa melepaskan kerlingan tajam matanya kepada Tengku Haris.

        Itu membuatkan Tengku Haris yang cukup fobia dengan segala perkara yang comot dan menggelikan, mulai berasa mual. Tekaknya terasa loya melihat perkara yang baginya cukup comot itu. Dia menggelengkan kepala dan menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata cuba untuk memadam imej comot Zulaikha tadi dari bebola matanya.

        “Ehh..bang Haris…jangan nak muntah-muntah pulak kat sini!” Tengku Nadia mengingatkan.

        “Aku tak muntahlah bodoh!” tempelak Tengku Haris sambil menafikan dan mengelak dari memandang muka Zulaikha.

        Tengku Sulaiman hanya mendengus kecil dan berkata, “Ika…makan elok-elok sikit. Papa tau mihun tu sedap…favourite Ika kan?

        Zulaikha memperlahankan kunyahan dan menunduk tersipu-sipu malu apabila ditegur oleh papanya.

        Tengku Haris cepat-cepat beredar dari meja makan lantas menerpa ke tandas.

♦♦♦♦♦♦♦♦





sambung lagi nanti wehhh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 03:08 PM | Show all posts
tq beng...
anak dah baik ke??
xpe, kita tungo sambungannya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 03:19 PM | Show all posts
tq beng...
anak dah baik ke??
xpe, kita tungo sambungannya....
merahsilver Post at 28-4-2011 15:08



    disebalik tempekan calamine lotion dah nampak dah kering 'buah'nya tu...kasi ayor nyior muda lagi... badannya pun dah tak panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2011 03:56 PM | Show all posts
Sekolah Kebangsaan Marang terletak tidak jauh dari Villa Seri Kemunting. Jika berbasikal dari Villa Seri Kemunting ia hanya mengambil masa selama kurang lebih sepuluh minit perjalanan sahaja. Tetapi hari itu disebabkan ianya adalah hari pertama persekolahan Zulaikha, Datin Suraya membawa anak-anaknya itu dengan menaiki kereta bersamanya. Dia ingin menemani Zulaikha pada hari pertamanya ke sekolah. Timbul juga perasaan ragunya terhadap anak angkatnya itu bagaimana mampukah dia berhadapan dengan situasi sebegitu memandangkan anaknya sendiri Tengku Nadia dahulu juga menangis ketika memulai persekolahan tahun satu pada tahun lalu.

        Sebaik sahaja tiba di sebuah kelas, Zulaikha diminta oleh guru yang bertugas untuk mengambil mana-mana tempat yang masih belum diduduki. Datin Suraya hanya memerhatikan dari luar kelas melalui kekisi tingkap. Kelihatan ramai yang berwajah muram di dalam kelas itu dan ada pula yang sedang menangis memanggil nama ibubapa mereka. Tidak kurang pula yang sedang bermain dan sedang membuat bising.

        Untuk seseorang yang pertama kali hendak ke sekolah, Zulaikha kelihatan tenang dan tidak gugup sepertimana kebiasaan sesetengah kanak-kanak lain di hari pertama persekolahan mereka.

        Tengku Nadia yang kini berada di tahun dua pula yang berasa resah memikirkan bagaimanalah Zulaikha hendak berkomunikasi dengan kawan-kawan barunya nanti. Memanglah Zulaikha itu telah diajar berbahasa melayu oleh adik-beradiknya sepanjang kehidupan barunya bermula di rumah besar itu. Namun begitu, dia masih belum lancar dengan bahasa ibunda negara yang ditumpanginya ini.

          Sudah menjadi kebiasaan Zulaikha, ayat-ayat yang digunakan ketika berbicara amatlah tunggang-langgang susun aturnya dan kadang-kadang diselang-selikan pula dengan bahasa mandarin. Dan itu sering menjadi bahan jenaka buat Tengku Haris yang sememangnya selalu mencari pasal dengan Zulaikha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 07:14 PM | Show all posts
mesti ramai yang nak buli n kena buli...
sambung beng... sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 02:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 6-5-2011 17:45

Kelas itu semakin gamat dengan bunyi bising dengan tangisan kanak-kanak di sini-sana. Ibubapa diarahkan menunggu hanya di luar kelas untuk memudahkan guru-guru yang bertugas mengawal suasana yang kecoh itu. Susunan meja telah disusun-atur mengikut kumpulan.  Terdapat tiga baris lajur yang mana setiap baris mempunyai dua kumpulan. Setiap kumpulan pula mempunyai enam meja. Zulaikha berada di baris tengah di bahagian hadapan sekali dan berdekatan dengan papan hitam. Meja yang didudukinya juga adalah yang terhadapan sekali.

        “Murid-murid! Tolong diam!!!” bentak seorang guru bernama Puan Zainab sambil memukul meja kumpulan Zulaikha dengan pembaris panjang satu meternya itu.

        Suasana yang tadinya gegak gempita bagaikan di pasar basah serta-merta bertukar menjadi kedu. Semua mata tertumpu kepada pemilik suara yang mendominasi atmosfera sesaat dua tadi. Itulah dia Puan Zainab guru kelas Satu Anggur. Tiada yang mata berkedip memandang ke arahnya akibat terkejut dengan bentakan sekuat ngauman harimau tadi termasuklah para ibubapa yang berada di luar kelas.

        Dengan dirasakan oleh Zulaikha kelihatannya wajah guru itu garang dan bengis, Puan Zainab memerhatikan setiap wajah yang terkedu di hadapannya itu dengan pandangan yang tajam. Setiap pasang mata yang dipandangnya segera mengalih pandangan kerana takut bertentang mata. Suasana yang bungkam itu masih didominasi oleh guru berbadan gempal tersebut. Apabila giliran Zulaikha tiba, anak mata Puan Zainab memerhatikan ke atas dan kebawah seolah mahu membelek budak cina itu. Dirasakannya pelik kerana tidak pernah lagi ada murid Cina didaftarkan di sekolah itu dan dia sendiri tidak pula dimaklumkan.

        Merasakan Zulaikha tidak kelihatan takut dengannya, Puan Zainab membulatkan lagi matanya seolah hendak memakan apa sahaja yang berada di hadapannya. Zulaikha membalas dengan menyepetkan lagi matanya dan memberi pandangan yang lebih tajam. Datin Suraya yang berada di luar kelas mulai berasa cemas melihat keadaan senyap tetapi beraura panas itu.

        Semua ibubapa juga turut tertarik dan ingin menyaksikan apa yang bakal berlaku. Mereka merasakan budak Cina itu mencari nahas kerana menaikkan kemarahan guru wanita gempal yang sudah tersedia maklum akan kebengisan dan peelnya itu. Para ibubapa yang berada di situ mulai merasakan betapa malangnya anak-anak mereka ditempatkan di kelas jagaan Puan Zainab. Mereka sebelum ini telah mendengar khabar angin akan kegarangan Puan Zainab itu daripada mulut ibubapa yang pernah bertegang urat dengan guru itu sebelum ini. Kebanyakan murid-murid yang pernah menghadapi masalah dengan Puan Zainab akan mengadu kepada ibubapa mereka. Kesan tampak serta rasa perit hayunan rotan halus di tapak tangan dan betis murid-murid menjadi “cap dagang” Puan Zainab; guru kelas Satu Anggur yang juga merangkap guru disiplin sekolah itu.

        Murid yang berada di sebelah Zulaikha merasa tidak senang dengan suasana tegang beraura hangat yang lutsinar itu. Lantas jarinya menarik-narik baju Zulaikha supaya mengendurkan diri. Sebaliknya, Zulaikha mengangkat tangannya sedikit dan menuding jari telunjuknya ke arah Puan Zainab.

        “Makcik…nǐ shì lanun ma? (Makcik…awak ni lanun ke?) Mama saya nanti kasi pulanglah, hǎo ma?(Pulangkan mama saya nanti, okay?)” tanya Zulaikha dengan berwajah serius.

        Suasana kelas masih sunyi buat beberapa saat berikutan Puan Zainab masih terpinga-pinga dengan soalan yang tidak tersangka olehnya itu. Mata kiri Puan Zainab sedikit terkedip-kedip memandang ke arah Zulaikha yang masih memandang serius ke arahnya. Mulutnya terkunci tidak terkata apa. Perasaan marahnya yang memuncak bercampur baur dengan seribu persoalan dibenaknya apa kena mengena dia dengan lanun....malah dia dipanggil "makcik" pula di dalam kelas!

         Datin Suraya yang berdiri di tepi kelas mengerutkan dahinya dan memejamkan mata serta mengeluh. Perkara yang dirisaukannya sebelum ini tidak pula disangkakan akan berlaku secepat itu.

        Suasana di luar kelas yang tadinya sunyi akibat semua orang yang turut terpinga-pinga dengan pertanyaan Zulaikha kepada Puan Zainab tadi kini tiba-tiba bertukar riuh dengan gelakan berdekah-dekah para ibubapa.

        “ Makcik?! Lanun?! Kah! Kah! Kah!” tutur seorang lelaki berketayap berumur lingkungan separuh abad yang berada di luar kelas dengan kuat sambil ketawa berdekah-dekah dan disertai pula gelak ketawa itu dengan beberapa orang lain lagi.

Beberapa orang guru yang turut berada di dalam kelas itu juga turut cuba menahan ketawa. Kredibiliti Puan Zainab sebagai guru yang ditakuti murid-murid di sekolah itu sedikit tercalar dengan insiden yang tak tersangka itu.

        Jika ada sesiapa yang harus dipersalahkan selepas itu akan nama gelaran “Makcik Lanun” yang bakal diterima oleh Puan Zainab bermula daripada hari itu, Zulaikha adalah orangnya.


♦♦♦♦♦




Bersambung........
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 06:33 AM | Show all posts
Semakin seru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 9-5-2011 11:36

Nama saya Zazalina Binti Razali cikgu! Umur saya tujuh tahun!” tutur murid yang sedang berdiri di sebelah Zulaikha.

        Kelas hari pertama persekolahan itu dimulakan dengan sessi pengenalan. Masing-masing diarahkan Puan Zainab untuk memperkenalkan diri mengikut format yang diberi. Mungkin ini juga salah satu cara untuk mengurangkan rasa gugup para murid di hari pertama persekolahan.

        Setelah Zazalina memperkenalkan dirinya kini tiba pula giliran Zulaikha.

        Zulaikha bingkas berdiri dan berkata, “Saya nama Zulaikha!” Dia sambung lagi dengan pelat Cinanya, “Saya umur tujuh tawwon!”

        Belum pun sempat Zulaikha duduk, Puan Zainab bertanya pula, “Ehhh? Nama ayah kamu siapa?”

        Tidak jadi hendak duduk malah Zulaikha terpinga-pinga kerana kurang memahami maksud ‘ayah’ kerana perkataan dalam bahasa Melayu itu samada tidak pernah atau jarang didengarinya sebelum ini.

        Lantas Zazalina pun membantu dengan membisik kuat, “Nama papa awak lah!”

        “Ooor….papa nama… Binti….Abedu..lollah!” tutur Zulaikha teragak-agak kerana cuba mengingati apa yang telah dituliskan oleh Datin Suraya kepadanya dua-tiga hari yang lepas akan perihal namanya.

        Zulaikha terkeliru dengan nama muslim kerana menyangka perkataan “Binti” itu adalah nama depan ayahnya yang disambungkan pula dengan nama terakhir iaitu “Abdullah”.

        “Abdullah lah! Binti tu bukan.” Jelas Puan Zainab membetulkan semula ayat Zulaikha selepas memeriksa-silang kembali senarai murid Darjah Satu Anggur.

        Setelah mengangguk lalu Zulaikha pun duduk kembali. Beberapa ibubapa yang masih menemani anak-anak mereka dari luar kelas mulai ketawa melihatkan gaya Zulaikha berkata-kata sebentar tadi.

        “Kah! Kah! Kah! Aduhaiiii….anak Cina manalah yang sesat sampai kat sekolah ni?” sambil ketawa berdekah-dekah lelaki berketayap yang sama tadi menepuk-nepuk bahu rakannya tanpa menyedari Datin Suraya adalah penjaga kepada ‘anak Cina’ itu.

        Datin Suraya yang juga turut menunggu di luar kelas pada mulanya hanya memerhatikan sahaja dari tadi sehinggalah dia mulai merasa berang dengan mulut becok lelaki yang tidak tahu menjaga perasaan orang lain itu. Bagi Datin Suraya, itu sudah cukup menggambarkan orang yang berketayap dan berperawakan si warak juga tidak semestinya mempunyai perangai yang elok-elok belaka.

        Datin Suraya berkata dengan suara perlahan tetapi bernada keras, “Budak Cina tu anak saya!”

        Terdiam tanpa membalas lelaki separuh abad yang berketayap itu. Rakannya di sebelah masih ketawa kecil tidak mengendahkan. Lelaki berketayap itu segera menepuk perut rakannya itu dan memberi isyarat mata memintanya berhenti ketawa.
       

♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.114048 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list