Edited by Mary_jane at 14-5-2024 02:53 PM
Ruhainies enggan tumpang nama Nora Danish
Zaidi Mohamad - April 4, 2016 @ 3:17pm[email protected]
Ruhainies
KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Ruhainies, mengaku sejak zaman sekolahnya lagi beliau sudah mula disamakan dengan aktres popular, Nora Danish.
Bagaimanapun, calon akhir Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29 ini tetap berasakan dirinya terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan pelakon yang cukup dikenali menerusi siri Puteri itu.
Katanya, segala perbandingan yang diberikan dianggap sebagai penghargaan buat bakat baharu seperti dirinya, namun beliau sesekali tidak menggunakannya sebagai ruang untuk menumpang populariti aktres terbabit.
"Sudah lama sebenarnya persamaan ini diperkatakan orang. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. Selepas memasuki dunia seni pun, perkara sama masih diperkatakan lagi.
"ujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya.
"Langkah saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini," kata teraju utama Hello Mr Perfect ini, yang juga adik kepada pelakon Nur Risteena Munim.
Gadis ini yang bakal muncul dengan drama baharu, Bagaikan Kelip Kelip, juga mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Penerima trofi Antagonis Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 ini berkata, sekarang dirinya cuba mencuri masa senggang untuk mempromosikan produk kolagen sendiri.
"erniagaan kolagen ini baru saja dua bulan dijalankan. Setakat ini saya belum melancarkannya secara rasmi.
"Selain berlakon, memang saya rasa dunia perniagaan dekat di hati dan sebab itulah saya memulakan perusahaan ini," katanya yang akan terbang ke Bali, Indonesia, pada 20 April ini untuk menjalani penggambaran filem pertama berjudul Surf This Love.
|