CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 15-3-2011 01:36 PM | Show all posts
menunggu adegan pujuk-memujuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 01:48 PM | Show all posts
akhirnya terubat juga rindu....
ada lg suspen rupanya...
dah x sabar nak tau kesudahannya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 02:05 PM | Show all posts
akhirnyerrrrr penantian berakhir..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 02:10 PM | Show all posts
nak banyak2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 02:16 PM | Show all posts
akak...sambungla lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 02:19 PM | Show all posts
tenkiu semua sebab masih sudi baca cerita ni
....................................................................................
“ Aku pergi dulu beb, jumpa lagi” Jaafar mengangkat tangan sebelum keluar melalui pintu tepi yang menghala terus ke deretan kedai. Tiada reaksi dari Dahlia yang masih terpacak.

Babe? Berdesing telinga Amir. Siapa lelaki itu pada Dahlia? Prasangka menyelubungi dirinya.

“ Amir, why are we standing here? ” Nia memecah keheningan. Amir masih berdiri tegak memeluk tubuh.

Dahlia di garu rasa ingin tahu. Siapa perempuan cantik itu? Melihat pada gayanya , tidak mungkin dia staf Perkasa. Pakaiannya dan begnya terlalu mahal untuk gaji staf. Datuk Azmi kedekut tahi hidung masin. Kenapa Amir tak nak tegur aku? Mungkin dia malu? Atau dia ingat aku di sini sebab nak mengintip gerak gerinya? Ada ke larangan yang membuat dia tidak boleh bertegur sapa dengan aku di kawasan pejabat? Dahlia berpaling dengan rasa sebal.

“ What are you doing here? Nak pergi mana ni?” Dahlia menoleh. Muka Amir tegang. Gadis di sisinya memandang dengan tanda tanya.

“ I.. I ikut Mummy. Dia datang jumpa Abang Mi. I have to go. Mummy tengah tunggu dalam kereta” Dia berlari anak ke arah kereta yang sudah menunggu depan pintu lobi.

“ Tunggu kejap, Lia…” Suara Amir tidak di dengari. Dahlia memboloskan diri dalam kereta.

“ Siapa tu?” Nia mengerutkan dahi.

“ My wife, Dahlia” Amir menyuak rambut yang terjatuh di dahi.

“Oh..” jawabnya sepatah. Kak Elly kata Amir kawin dengan orang kampung. Tapi gadis tadi tak nampak kekampungan pun. Boleh tahan juga pilihan Amir.

“ She is sweet but too young for you. You kawin dengan student you ke Amir?” komen Nia yang berbaur sindiran tidak di pedulikan. Mulut Nia boleh tahan, macam sepupu dia Elly.

“ Tak, dia dah kerja. I memang cari someone sweet and innocent.” Ha.. kena smash!

“ Baguslah. You dah jumpa your perfect match. I juga yang tak laku. Bapa I asyik bising. I’m already 29. You cari lah calon untuk I. Takkan you tak ada kawan yang available?” rungut Nia sambil mencekak pinggang.

Amir lega. Sekurangnya aku tahu niat dia mencari kerja di Pesaka bukan untuk menggoda aku. Tak baik aku sangka yang bukan bukan. Nia juga mangsa seperti aku. Lagipun Nia tak pernah mencintai aku. Waktu mereka hampir kawin  dulu, Nia baru putus cinta dengan pemuda Iran sebab tidak di restui Tan Sri Rahim. Segala cerita terbongkar selepas Amir melarikan diri.

“ Don’t worry Nia. Insyaallah ada  jodoh you. Eh, I have to go. Dah lambat ni” Amir meninggalkan Nia dan terus ke tempat parkir di basement. Harap Lia tak salah sangka. Tapi  seronok juga kalau dia merajuk. Amir mengulum senyum sambil memandu, membayangkan sesi pujuk memujuk Cik Pai Ayam malam nanti. Tapi aku harus tahu siapa lelaki tadi. Berani dia panggil bini aku “babe”.

………………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2011 02:23 PM | Show all posts
nak lagi sikit n3 leh x?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2011 02:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 15-3-2011 14:25

Sampai hati Amir! Salah kah kalau perkenalkan aku pada gadis jelita tadi? Bukannya aku nak mengamuk sebab dia bersama perempuan lain. Takkan dia ingat aku ni peghak sangat.  Aku pun pernah kerja, tak jadi hal pun staf lelaki dengan perempuan keluar bersama. Mungkin dia malu dengan aku yang berpakaian sempoi. Tak setanding dengan kawannya tadi.  Sepanjang perjalanan pulang, Dahlia menjeruk rasa. Aku di buat macam tunggul.

“ Dahlia, are you okay ?” Puan Sri Sabihah bersuara. Sejak masuk ke kereta , Dahlia tak bercakap sepatah pun. Muka pun muram. Mesti ada sesuatu berlaku di Perkasa tadi. Dahlia selalunya tak lekang dengan senyuman.

“ Okay. Penat sikit je. Tadi Lia jumpa kawan. Seronok berborak sebab dah lama tak jumpa”  

“ Mereka tahu Lia dah kawin dengan Amir?”

“ Er.. belum. Tak sempat nak cerita.” Nasib baik aku tak bagi tau. Aku yang terhegeh hegeh tapi Amir tak sudi perkenalkan aku sebagai isterinya. Tekak Dahlia rasa ketat.

“ Mummy jumpa Azmi tadi sebab nak bincang pasal pegangan saham syarikat. Mummy nak selaraskan bahagian masing masing. Anak, menantu, cucu semua akan jadi pemegang saham. Mummy dah tua, bila bila masa boleh pergi. Mummy tak nak keluarga Mummy bergaduh pasal wasiat nanti. Lebih teruk lagi kalau orang luar ambil kesempatan” Kata kata Puan Sri Sabihah tidak di hirau Dahlia. Dia hilang dalam masaalah sendiri.

Sebaik mereka sampai di rumah, Puan Maya menunggu di ruang tamu bersama dengan seorang lelaki India sebaya Datuk Azmi. Lelaki itu memberi salam. Mamak rupanya. Puan Sri Sabihah memperkenalkan Dahlia sebagai isteri Amir.

“ Ini Encik Rasul, peguam keluarga kita. Mummy ada hal nak bincang dengan dia. Maya , hold all my calls.” Puan Sri Sabihah dengan Encik Rasul terus mengurung diri di bilik tamu peribadi nya.

“ Kenapa Kak Maya? Mummy ada masaalah kah?” tanya Dahlia ketika dia dan Puan Maya di dapur. Puan Maya meletak jari di bibir walaupun tiada sesiapa di situ.

“ Jom kita minum teh dekat gazebo. Bibik buat popiah goreng. I  beli J Co donuts dari Pavillion tadi. Lapar lah, I tak sempat lunch sebab banyak kerja” Maya menepuk perutnya.  

Dahlia mengikut Maya tanpa banyak kata. Dia terlebih dulu kenal Maya sebab wanita itu yang selalu memesan cupcakes dan pai bagi pihak keluarga Puan Sri. Walaupun mereka tidak rapat tapi Maya rajin juga berbual dengannya bila lapang. Airliur Dahlia kecur bila ternampak donut JCo kegemarannya, Glazzy. Lupa sebentar pasal Amir dan si jelita.

“ Sunyi  rumah ini. Anak anak Datuk Azmi tak balik cuti kah?” tanya Dahlia sambil mengunyah. Kali terakhir dia bertemu mereka ialah masa nikah. Rayyan dan Irhan peramah dan suka suasana di Kuala Kangsar. Siap kecek bapa mereka untuk tidur lebih lama di sana. Kalau mereka ada di sini dia tidaklah kesunyian. Rayyan mengingatkan Dahlia pada adiknya Danial.

“ Setiap bulan dia orang boleh balik sekali saja dari boarding school kecuali kalau cuti perayaan atau cuti penggal. Rasanya hujung minggu nanti mereka balik sebab nak jumpa Puan Sri  sebelum pergi umrah. Tapi selalunya kalau balik pun dia orang tunjuk muka sekejap lepas tu pergi rumah kawan kawan. Kadang kadang tidur di sana. Biasalah budak lelaki, mana suka terperuk di rumah. Dulu kawan kawan mereka selalu datang lepak di sini tapi Datin Elly tak suka.”

“ Kenapa? Kawan kawan dia orang nakal kah?” Pelik. Ibu tak suka kawan anak datang rumah.

“ Agaknya lah kot. I pun tak masuk campur sangat hal keluarga Datuk dengan Datin. Kalau tanya lebih lebih kena sound. Jadi I buat kerja I diam diam. ”

“ Bagus lah macam tu. Patutlah Mummy percayakan Kak Maya. Kak Maya tak kepochi. ” Maya tergelak.

“ I dah lama kerja dengan Puan Sri , dah dekat 10 tahun. Puan Sri baik dengan I tapi I tak pernah rasa macam I sebahagian dari keluarga ini. I am just an employee. Batasan pergaulan tetap ada walaupun I ada dalam rumah ni hampir setiap hari.” Puan Maya seakan terguris hati.

“ Datin tak suka bergaul dengan orang kan? “ tebak Dahlia.

Puan Maya mengangguk “ I bukan nak mengumpat tapi dia tu paranoid. Dulu masa I mula kerja di sini, dia asyik mengekor I. Rupanya dia takut I mengorat Datuk Azmi. Please lah, I am happily married. Datuk pun tak hingin. Dia boleh dapat mana mana perempuan muda yang cantik. Dari dia mengorat PA mak dia yang dah beranak pinak, baik dia cari artis atau model. Mesti Dahlia pernah dengar cerita Datuk masa Dahlia kerja di Perkasa dulu. Dia tu player. Cuma sekarang sejak Puan Sri sakit, dia mula berubah. Baru takut mati kot. Sekarang Datuk dah tak tinggal sembahyang, sekali seminggu dia belajar agama dengan Ustaz.”

“ Alhamdulillah. Baguslah kalau dia dah berubah.” Dahlia menuangkan teh o panas untuk Maya.

“ Kasihan juga kat Datin,  tapi dia pun satu. Tak pernah nak lekat kat rumah. Mulut dia boleh tahan. Cakap pakai lepas saja. Kalau nak suruh orang gaji buat kerja, tak pernah cakap baik baik. Macamlah mereka tu tak ada perasaan. Puan Sri tu pun dulu garang juga, tapi bab kerja dia professional. Itu sebab I boleh tahan sampai sepuluh tahun. Tapi kalau kena kerja dengan Datin Elly, I rasa I resign 24 jam.  Dahlia kena tebalkan telinga, pejamkan mata kalau tinggal di sini. “

Dahlia membiarkan Maya meluahkan perasaan. Agaknya sudah lama terpendam tapi kali ini gunung berapi mula memuntahkan lava. Dia menepuk tangan Maya.

“ Relaks lah Kak. Setengah orang memang macam tu. Lia pun dia tak layan. Kita ni tak ada class macam kawan kawan dia yang kaya raya tu. Tapi its okay, Lia tak kisah. Cuma kadang kadang rasa bosan bila tak ada kawan nak berbual. ” Dahlia menopang dagu sambil memerhati ikan koi yang berenang di kolam.

“ Lia tahu tak? Dulu Amir tak jadi kahwin dengan Nia Aurora, sepupu Datin. Sebenarnya Nia pun bukannya suka Amir tapi dia terpaksa ikut cakap parents dia. Tapi  Datin Elly beria ria nak mereka berbaik semula. Selalu juga Nia datang ke sini bila Amir balik KL masa Puan Sri sakit. Tapi kuasa Allah, rancangan dia tak berjaya. ” Maya senyum puas hati.

“ Patutlah dia tak suka Lia. Lia rosakkan rancangan dia.”  Nia Aurora, salah satu nama yang Lia ngeri mendengarnya. Lagi satu ialah Sarah Marzuki, cinta agung Amir. Tapi sekurangnya Sarah dah berkahwin.

“ Lia tak nak pindah rumah sendiri? Amir ada kondo di Sri Hartamas. Kalau I jadi Lia, memang sakit hati duduk sebumbung dengan perempuan tu ” Ha, pecah rahsia. Aku sendiri pun tak tahu.

“ Memang Lia teringin nak duduk rumah sendiri macam married couples yang lain. Seronok dapat hias rumah, boleh masak sendiri. Taklah boring sangat kalau Lia tak kerja pun. Tapi susahlah. Amir kata Mummy sunyi kalau kita tak duduk sini. Siapalah suruh buat rumah besar sangat” Dahlia meliarkan mata ke seluruh kawasan. Luasnya setengah ekar. Rumah tiga tingkat pula tu.

“ Itulah. Rumah sebesar alam , tapi kosong. Tengoklah, ada swimming pool, gym, squasy court tapi tak ada orang guna pun. Ramai orang nak beli rumah ni tapi Puan Sri sayang nak jual. Puan Sri memang degil. ”

“ Mungkin banyak memori dia dengan arwah Tan Sri di sini. Macam bapa Lia juga, dia takk nak  jual rumah pusaka di KK.”  Dia rindukan Babah, Atikah, Kak Azlin dan Usu yang becok. Setiap hari dia mesti menelefon Babah. Kak Darina sudah kembali ke US. Nampak gayanya  misteri Kak Darina – Amir masih belum dapat di bongkar. Hari ini aku sedar, Amir memang banyak rahsia.

“ Eh, Lia. Amir dah balik. “ Puan Maya menunjuk ke arah rumah. Amir sedang berdiri di pintu belakang.  “ Cepat pula dia balik hari ini. Ada plan nak keluar kah?”

Dahlia menggeleng dengan senyum tawar. Kena rejek dengan perempuan tadi kot. Itu sebab balik sini. Dia berjalan longlai ke arah Amir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 02:53 PM | Show all posts
kak juna stop kat part paling best...

amir nak pujuk dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 02:54 PM | Show all posts
best...best...sambungla lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:13 PM | Show all posts
ciput..... ar.... smileyyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:24 PM | Show all posts
sambung lagi smiley
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:31 PM | Show all posts
yeahhh sambung lagi smiley
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 03:33 PM | Show all posts
kak smiley..nak lagi..
kesian lia & amir..masing2 dh salah sangka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 04:07 PM | Show all posts
smiley samblah panjang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 04:25 PM | Show all posts
makan hati lia n amir..hehheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 04:28 PM | Show all posts
alalalala...nak lagi bleh...?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 04:58 PM | Show all posts
sambung lagi smiley
qimi08 Post at 15-3-2011 15:24



   assalam laling,,,,lama kite tak jumpa ya....windunyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 05:01 PM | Show all posts
ciput..... ar.... smileyyy
wwannurr Post at 15-3-2011 15:13

Hang ni banyak manapun asyik tak cukup aja
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 05:02 PM | Show all posts
tenkiu semua sebab masih sudi baca cerita ni
...................................................... ...
sang_arjuna Post at 15-3-2011 14:19

alamak, dugaan lepas kahwin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.142313 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list