CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shana85

hakikat cinta...tamat sudah...

[Copy link]
Post time 10-3-2011 03:55 PM | Show all posts
ingat-ingat lupa... sinchan tu ingat... org yg sama ke?
shana85 Post at 10-3-2011 15:50


yang tu kita seru kay yang jawab ek...nanti sya serukan nama dia...jap tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2011 04:09 PM | Show all posts
aku ni mmg ketinggalan bot
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:19 PM | Show all posts
aku ni mmg ketinggalan bot
cmf_blingblings Post at 10-3-2011 16:09


bukan ketinggalan bot lah bling, sya rasa ketinggalan keretapi berkuasa arang kot. Dulu sebelum cari.com ni kami sering bermain di Teratak Anna Abadi dan stelah ownernya meninggal dunia (Al-fatihah utk kak anna). Seseorang telah mengambil alih dan menukar ke Teratak Santai. Di TAA sya sempat menghantar cerita Akhirnya, Kerana Dia dan Siapa Dihatiku. Dosa Semalam sempat sya hantar ke Teratak Santai dan setelah itu berpindah ke rumah cari ni. Untuk pengetahuan bling rumah TS telah pun ditutup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 04:22 PM | Show all posts
Rie menunggu dengan sabar, sesekali dikerling jam di tangan. Sudah setengah jam lewat dari waktu yang dijanjikan. Mana Eka? sesekali terasa hairan juga, mengapa Eka mengajak berjumpa di sini, dah la gelap sunyi lak tu. Hai, pelik. Eka selalunya tak suke ke tempat macam nie. arghhh tak kisahlahhh asal aku dapat jumpa Eka, fikir Rie.

Tiba-tiba dia melihat beberapa orang menghampirinya, wajah masing-masing kelihatan bengis. 'Eh!!! apa pulak ni?' Rie rase tak sedap hati. Lelaki-lelaki itu terus menghampiri Rie. Mereka tersenyum sinis memandang Rie. Rie mengundur ke belakang bila lelaki-lelaki itu kian menghampirinya. Debaran didada makin pantas.

Salah seorang lelaki itu menghampiri Rie, cuba memegang tubuh Rie manakala rakan-rakannya akan membelasah Rie... maka terjadilah adengan perkelahian disitu....

"Huh, sape yang upah korang ha?"tanya Rie bengang, mujurlah dia pernah belajar silat dan taekwando waktu sekolah dulu. tangannya mengilas tangan salah seorang lelaki itu.rakan-rakannya yang lain terduduk dan ada juga yang terbaring di tanah menahan sakit. Lelaki itu masih lagi degil. Teringat pesan ketuanya, biar pecah di perut, jangan pecahdi mulut.. tapi tubuhnya semakin sakit bila Rie menumbuk perutnya... arghh... nak beritahu ke tak???

"Danish..."jawab lelaki itu pantas bila Rie pura-pura menggertak nak pukulnya lagi.

"Danish...." Rie cuba berfikir samaada dia mengenali atau bermusuh dengan lelaki bernama Danish. Tiba-tiba anish teringatkan seseorang.

"Aku nak kau telefon ketua kau sekarang," arah Rie lagi. nak tak nak lelaki itu terpaksa menelefon ketuanya... sebaik talian bersambung, Rie segera merampas handset di tangan lelaki itu.

"Hello, Danish... kalau kau benar-benar lelaki biar kita berdepan, dasar pengecut,"

"aku tak takut dengan ugutan kau,"

"Dia milik kau??? Ya dia milik kau tapi hanya atas kertas ... hati Eka milik aku. Bukan milik kau atau sesiapapun,"

"kau yakin? kita tengok nanti. Best man win!!! Aku yakin, walau apapun kau lakukan dia tetap akan jadi milik aku," tanpa menunggu balasan dari danish, Rie terus menamatkan talian. Dia tersenyum. handset ditangan, terus di campak ke tanah. Rie pantas meninggalkan tempat itu. Hatinya puas... akan dipastikan Eka tetap menjadi miliknya....
Danish membaling handsetnya. Geram, dia benar-benar berang. Berani lelaki tu mencabarnya. Baiklah, aku akan pastikan Eka akan tetap jadi milik aku. Egonya tercabar. Dia terus memecut laju keretanya bersama-sama hati yang geram.

Eka terjaga lagi, perutnya berkeroncong. Baru teringat dia hanya menjamah buah tamar je ketika berbuka. matanya mengerling jam di dinding. Sudah hampir pukul 3 pagi. Eka keluar dari bilik perlahan-lahan. Tidak ingin mengejutkan Sofea dan Haziq. tertanya-tanya jugak dalam hatinya kemana Danish pergi. Arghhh... biarlah, agaknya dia bersama Erin. Suasana dalam rumah begitu sunyi. Semua dah tido agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 04:25 PM | Show all posts
Eka tersenyum lega, perutnya sudah kenyang selepas memakan dua keping sandwich dengan segelas susu. Tiba-tiba dia terkejut apabila ada tangan memeluk pinggangnya. Hampir terjerit Eka, mujurlah tangan itu cepat-cepat menekup mulutnya. Eka meronta-ronta. Takut. Peluh sudah mula menitis di seluruh tubuhnya. Siapa? Eka ketakutan... Berharap ada penghuni rumah itu yang sedar.

"Diam, aku Danish," bisik suara itu di telinga Eka. Eka tergamam, terasa ada sesuatu yang berbeza dari perwatakan Danish yang sebenar.Apa? Segera dia menjauhi Danish apabila terasa pelukan Danish agak longgar. Berpaling. Ya Allah!!! Apa dah jadi ni? Tak percaya melihat keadaan Danish saat ini. Apa yang berlaku? Mengapa Danish mabuk? Danish masih lagi tersenyum, wajahnya kelihatan tidak terurus. Berserabut.

"Kenapa dengan awak ni? Awak tahu tak apa yang awak buat ni? awak..."

"dah... aku benci dengar kau membebel..."jerit Danish mematikan kata-kata Eka.

"Nish... boleh tak awak tak jerit pagi-pagi ni. Nanti terkejut ibu dan papa," ujar Eka sambil cuba memaut tangan Danish. Huh beratnyer.. nak biar, nanti tidur kat sini lak. Apa kata ibu dan papa nanti. Tak pasal-pasal aku yang kena...

"Hey, perempuan!!! kau nak tarik aku pegi mana nie?? Hei aku tak suka laa... asal kau degil nie," jerit Danish lagi. Tanpa sedar, dia menolak Eka.

Eka memegang kepalanya, terhantuk sedikit di bucu meja. Ada cairan panas yang mengalir.

"Ya Allah, darah..." Eka merenung jarinya, Danish pula masih lagi membebel tentang sesuatu... entah apa yang dikatakannya. tunggang langgang ayatnya.

"Ni kenapa terjerit malam-malam buta nie?" tanya Puan Salbiah. Geram juga hatinya bila lenanya dikejutkan dengan jeritan-jeritan Danish. Di belakang Puan Salbiah berdiri Encik Saiful. dia juga tertanya-tanya apa yang berlaku. Takut juga kalau anak menantunya bergaduh malam-malam ni.

Tergamam Puan Salbiah dan Encik Saiful melihat keadaan anak mereka. beristifar dalam hati. Tak percaya anak lelakinya sanggup meneguk air haram tu, sedangkan sudah lama Danish melupakan semua itu.

"Ya Allah Eka, kenapa dengan dahi tu?" Encik Saiful segera menghampiri menantunya yang sedang terkial-kial mengesat darah di dahi. Puan Salbiah pula sekadar menjeling. Benci.

"Hei Perempuan, apa kau buat kat anak aku hah??? sebab kau anak aku jadi macam ni?" Puan Salbiah terus menyerang Eka. Hatinya berang. Kalau tak kerana perempuan ni anaknya takkan meneguk air haram tu. Encik Saiful menghampiri isterinya, cuba menenangkan wanita itu. Malangnya isterinya terus menolak Eka dan sekali lagi dahi Eka terhantuk di bucu meja. Perit, ada air mata yang mengalir.

Danish yang melihat berang. Siapa wanita yang berani menolak isterinya itu. Pantas dia menolak perempuan tersebut. Dihampri isterinya yang sedang menahan sakit. Langkahnya terhoyong-hayang. sesekali dia hampir jatuh. Puan Salbiah pula terkejut dengan tindakan anaknya. mujur dia sempat berpaut di tubuh suaminya. Encik Saiful juga tergamam dengan tindakan anaknya.
Eka, terasa sakit hati dengan perbuatan Danish. Puan Salbiah pula terus melangkah ke bilik. Geram dan sedih bercampur baur. Geram kerana Eka, anaknya sanggup menolaknya. Sedih, bila anak yang ditatang sedari kecil sambut mengasarinya hanya kerana seorang perempuan. Perempuan yang tak disukainya.

Dengan susah payah, akhirnya Eka membaringkan Danish yang tidak sedarkan diri ke atas kati. Selepas itu, Eka mencari peti kecemasan, mencuci luka dan 20 minit lepas tu, luka didahinya sudah berplaster. Harap-harap tak berparutla dai aku nanti, rungut Eka dihadapan cermin. sesekali matanya turut menjeling Danish yang tertidur. Entah angin apa yang melanda sehingga lelaki itu berperangai begitu. Setahunya, dabnish seorang yang dapat mengawal diri. Bagaimana susah atau banyak sekalipun masalah yang dihadapi, lelaki itu selalu kelihatan tenang. Kini... Dia seolah-olah berhadapan dengan Danish yang baru. Aneh betul dengan sikap Danish beberapa hari nie. Tak paham betul. Eka merebahkan diri di aats sofa di penjuru bilik. Badannya terasa letih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 04:27 PM | Show all posts
Danish terasa kepalanya sakit. Dia memerhatikan sekeling bilik. Terpinga-pinga. Cuba diingati apa yang berlaku semalam. Kehairanan, keadaan bilik begitu sunyi. Mana Eka dan anak-anaknya. Danish cuba bangun dari katil, dengan langkah yang agak terhoyong hayang dia ke bilik air. Tubuhnya terasa melekit. Dia perlu mandi untuk menyegarkan tubuh.
Danish melangkah turun ke ruang tamu. Rumahnya begitu sunyi. Hairan, mana semua orang dalam rumah ni pergi??? rungutnya sambil melangkah ke luar. Satu lagi kejutan, keretanya tiada. Hish... takkanlah aku mabuk sampai tinggal kereta??? Arghhh... rasenya semalam aku drive kereta tapi... Danish keliru sendiri. Ibu dan papa pergi mana pulak? Kereta ada nieh. Eh!!! mana Eka dan anak-anak??? Danish segera melangkah ke dapur, tiada. melangkah pula ke halaman luar. Tiada. Bingung mana Eka pergi???

"Nish cari apa?" tegur Puan Salbiah tiba-tiba. Danish mengurut dada, terkejut dengan teguran ibunya.

"Eh... ibu dari mana nie? Mana semua orang dalam rumah ni pergi?" tanya Danish. merenung paras ibunya. Ishh... ibu ni pergi mana? Siap berkebaya dan selendang lagi ni. Kenduri kawen kerr??? Oppsss lupe, ni bulan pose... mana ada orang buat kenduri.

"Ibu dari rumah Erin, Pergi ngan pak long dan pak lang kamu suami isteri. Kenapa Nish tengok ibu macam tu sampai tak berkelip mata tu?" Tanya Puan Salbiah kehairanan. Apa yang tak kena dengan pakaiannya. Biasa jer.

"Tak de apa-apa. Cuma nish pelik, ibu pakai lawa-lawani macam nak pergi kenduri kawen la pulak. Bukannya Nish tak tahu, Ibu bukannya suke pakai cam ni. Eh!!! ibu pergi rumah Erin buat apa?"tanya Danish. Ishh... hairan jugak. bulan-bulan pose ni ibu bertandang ke rumah orang.

"Adalah kerja ibu. nanti-nanti Nish tahu jugak. Haa... kepala tu dah ok ke??? Kenapa Nish mabuk lagi? Dulukan Nish dah janji ngan ibu yang Nish takkan sekali-kali meneguk air haram tu?"

"Alaa... Bu... Nish bukannya sengaja. Entahlaa... semalam..."

"Ha... semalam apa?" Pintas puan Salbiah tidak abar.

"Tak ada apa-apalah bu... lama-lama ibu tahu juga nanti," ujar Danish sambil tersengih. Puan Salbiah menarik muka. Huh... perli akulah tu.

"Bu, mana kereta Danish? papa pergi mana? Tak nampak pun papa," Tanya Danish. Cuba mengalih tajuk perbualan. Huh, ibu kalau dibiarkan mesti teruk aku dibebelkan nanti...

"papa ko Keluar, Bawak kete kau. Katanya hantar Perempuan tu pegi hospital..." jawab Puan Salbiah. Hatinya geram. Suaminya sanggup membantah permintaannya untuk ke rumah Erin.

"Hahh!!! Hospital??? Kenapa bu? Eka sakitke?" Tanya Danish resah. Bimbang.

"Ahhh... malaslah ibu nak ambil tahu. Ibu naik atas dulu," Jawab Puan Salbiah. Geram melihat reaksi Danish. Huh... perempuan tu jugak yang dia risau. Danish hanya melihat langkah ibunya. Apa yang terjadi??? Kenapa dengan Eka.... Harap-harap tidak ada apa-apa yang terjadi.

Danish merenung handset ditangan, berkali-kali dia cuba menghubungi Eka, tapi haya pesanan suara sahaja yang menyambut panggilannya. Resah, kenapa Eka ke hospital??? Dia tertanya sendiri. papa sakitkah??? tapi ibu kelihatan tidak bimbang pun. Takkanlah Fea atau Haziq yang sakit. Danish cuba hubungi papanya pula. Agak lama dia terpaksa menanti sebelum panggilan disambut.

"Papa kat mana? sape yang sakit? Eka atau anak-anak?" tanya Danish kurang sabar sebaik terdengar suara papanya.

"Oh... terukke? baiklah Nish datang sekarang," Danish terus bergegas keluar, mendapatkan kunci kereta papa dan memandu laju meninggalkan perkarangan rumah. Tergesa-gesa. Hatinya begitu bimbang.

"Pak Mad!!!"jerit Puan Salbiah. Pak Mad, pemandu bagi keluarga Encik Saiful segera berlari mendapatkan Puan Salbiah. Hatinya agak bimbang. tentu ada yang tidak kena jika Puan Salbiah menjerit sebegitu.

"Ya Puan, ada apa puan panggil saya," Pak Mad bersuara agak takut-takut.

"Danish kemana?" tanya Puan Salbiah. Marah.

"Tak tahu puan. Tuan Danish tidak pesan apa-apa pun. Nampak kalut ja," jawab Pak Mad perlahan.

"Huh, tak boleh harap. Dah pegi," Puan Salbiah terus masuk ke dalam rumah. Tahu kemana destinasi anaknya. Semuanya seolah-olah menentang dirinya. Semua gara-gara perempuan tu. Hatinya bertambah sakit. Rosak rancangannya. Bersusah payah dia ke rumah Erin, memujuk orang tua Erin. Masih berharap hubungan yang terputus bersambung semula. Malah, dia sudah menjemput mereka untuk berbuka puasa nanti. Tujuannya hanya atu, agar hubungan yang terputus terjalin semula. Tapi, dia dapat merasakan rancangannya tak mungkin akan berjaya. Huh... geramnya. Perempuan sial.... anak beranak bawak sial pada keluarga aku...

Danish melangkah dengan cemas. Segera menghampiri papanya yang sedang memerhatikan Sofea bermain di satu sudut.

"papa, mana Eka?" tanya Danish agak cemas. Sofea yang menyedari kedatangan papanya segera memeluk Danish. Danish memeluk Sofea mesra, lalu didukung anak kecil itu.

"Eka kat dalam, doktor tengah jahit luka kat dahi Eka," balas Encik Saiful. tenang. Danish mengerutkan kening. Luka di dahi? kenapa?

"Yang berkerut dahi kamu tu kenapa? kamu fikir apa Nish?"

"Luka di dahi? Eka jatuhke?" tanya Danish. Encik Saiful hanya tersengih. Huh... nampaknya anaknya itu langsung tak ingat apa yang berlaku. Hai... entah apalah yang nak jadi ngan Danish nie, selalu sangat dimanjakan oleh isterinya. Hendak di tegur, merajuk pulak nanti sampai kadang-kadang dia kasihan dengan anak-anaknya yang lain. Farah langsung tidak balik bila isterinya menolak calon pilihan hati anaknya itu... hai entah bilalah isterinya itu nak sedar. Sudah puas dia menasihati isterinya namun wanita itu tetap tidak berubah. Semakin menjadi-jadi pula perangainya sekarang.

"Hish kamu ni... sebab kamu lah dahi Eka luka. Mabuk sampai tak ingat dunia, tak sedar kamu tolak Eka, lepastu pulak ibu kamu pulak yang tolak si Eka tu. Semua gara-gara kamu. Dah lah tu, kamu jugak tolak ibu kamu, nasib baik ibu sempat paut pada papa, kalau tidak tak tahulah apa yang jadi. Dulu kamu dah janji nak tinggal semua tu. Kamu janji dengan ibu dan papa yang kamu takkas sesekali sentuh air haram tu. Sekarang, mana pergi janji kamu tu? Bilalah kamu nak berubah. Papa ni makin hari makin tua, esok lusa tak tahu lagi sama ada papa masih ada atau tidak. Kamu pulak dah besar panjang. Dah ada tanggungjawab sendiri. Dah ada anak bini. Kamu tak terfikir ke tengtang mereka. Kamu ingat kalau papa diam, papa setuju dengan perangai kamu. Cubalah kamu bertegas sedikit. Yang kamu layan Erin tu kenapa pulak? Dia tu bukan siapa-siapoa lagi dengan kamu, yang Nish kena layan sekarang si Eka ngan anak-anak kamu ni? Huh... papa kesal dengan Nish. Nish fikirlah sendiri. kalau kamu masih kecil, bolehlaa papa rotan atau piat telinga kalau kamu buat salah... tai kamu dah besar panjang..." keluh Encik Saiful. Diusap perlahan kepala Haziq yang berada dalam dukungannya. Danish pula terkulat-kulat mendengar leteran papanya. huh... papa kalau dah bersuara....

"Kenapa atuk marah papa? kesian papa," tegur Sofea tiba-tiba. Anak kecil itu kasihan melihat papa dimarahi atuk. Muka atuk pun nampak garang. Takut Sofea melihatnya. Danish tersenyum mendengar kata-kata Sofea, begitu juga Encik Saiful. Hai... masih lagi ada rupenye orang yang nak membela anaknya itu.

"atuk bukan marah papa, atuk cuma tegur saje. Fea pun tahukan, kalau orang buat salah, kita kenalah tegur dan marah agar orang tu tak buat salah lagi. Yang kamu Danish, tersengeh-sengeh tu kenapa?" Terang Encik Saiful kepada Sofea. Sofea mengangguk walaupun dia tidak beberapa memahami kata datuknya. Papa ada buat salahke? Agaknya atuk tahu papa marah Fea kot, tu yang atuk marah papa. Hmmm atuk ni baiklah, cuma opah je garang macam singa.. oppss!! mamacu cakap tak baik kata opah macam tu... gumam sofea sendirian. Matanya masih lagi merenung wajah atuk dan papanya.

"Tak ade apalah papa, lama lagi ke Eka kat dalam tu?" tanya Danish. Sofea masih lagi dalam dukungannya. Terasa agak ringan tubuh anak kecil itu berbanding dahulu. Fea sakitke?? tanyanya dalam hati sambil merenung Sofea. Baru tersedar, badan Sofea sudah agak susut. mengapa? Dia tiada jawapannya.

"Jangan kamu tanya kenapa? salah kamu sendiri. Sofea tu kurus sebab rindukan papanya. Jangan kamu ingat papa tak tahu apa yang kamu buat kat belakang papa," tegur Encik Saiful. Isshhh papa ni macam tahu je apa yang aku fikir... sejak bila papa ada 6sense nieh....

"Papa ni macam tahu je apa yang Nish fikir. Sejak bila papa belajar baca fikiran orang lain nieh?" tanya Danish, cuba bergurau dengan papanya untuk menutup resah dihati.

"Nish anak papa, papa bela nish dari kecil sampai dah besar panjang macam nie. Takkanlah papa tak tahu anak papa," balas Encik Saiful. Sudah agak lama dia tidak berbual dengan Danish begini. Kalau ada isterinya, setiap kali dia tegur Danish pasti isterinya akan membela nak kesayangannya itu.
Danish merenung wajah Sofea dan Haziq. Ada resah yang bertamu. Papa kelihatan tenang. Tidak tahu apa lagi yang nak di bual. Masa seolah-olah bergerak dengan perlahan. Sudah hampir satu jam dia berada disitu. Adakah kecederaan Eka agak parah?

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Maafkan aku Eka... Aku keliru dalam menafsir perasaan sendiri. Aku berusaha untuk membenci kau tapi kenapa wajah kau juga yang kurindu? Aku benci pada diri sendiri, Mengapa harus wujud perasaan ini lagi sedangkan aku sudah berjanji pada diriku sendiri... tidak akan ada cinta antara kita... tapi hati ini begitu degil... aku merinduimu dalam diam, aku senang dengan senyuman mesramu... tapi milik akukah senyuman mu itu? Siapakah yang bertakhta dihatimu?? sepanjang waktu ini aku tertanya sendiri... Mungkinkah antara kita wujud rasa cinta yang sama ataupun hanya aku yang mencintaimu sedangkan kau....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2011 04:27 PM | Show all posts
Eka, aku keliru lagi bila ada seseorang muncul antara kita. Aku tahu dia begitu mencintai kau... dan adakah dirimu juga mencintainya??? pedih hati ini bila aku terfikirkan persoalan itu. Aku tak sanggup menghadapi hakikat cintamu milik orang lain, hatimu sudahpun dimiliki. Eka, aku tak sanggup melihat dirimu dimiliki oleh orang lain. Sekali akad ku lafazkan akan aku pastikan kau hanya milik aku. Adakah aku terlalu mementingkan diri? Bukan niatku membuat dirimu begitu, Aku tahu dalam diam kau terseksa dengan ikatan antara kita.

Sungguh, sesekali aku ingi melihat pancaran cinta dari mataku, rasa cinta itu hanya milik aku... tapisemakin hari aku lihat hanya sendu dimatamu? Apa yang harus aku lakukan? aku tersepit antara dirimu dan kisah laluku. Aku terlalu menyanyangimu namun hati ini juga masih menyintai dirinya... Salahkah aku jika ingin memiliki kedua-duanya??? Ya aku akui aku memengtingkan diri sendiri tapi aku tak dapat bayangkan aku hidup tanpa dirimu... kerna hanya dirimu yang hadir dalam tidur dan jagaku sekarang... bukan lagi dia...

Eka, maafkan dirinya kerna melukakan hatimu, aku tahu dia rasa tergugat dengan mu. Mungkin dia sudah merasakan sesuatu... katanya hanya jasad ku dihadapannya tapi diriku sebanarnya milikmu... Eka, adakah masih ada peluang antara kita? Ya, betul kata papa... aku keliru. Masihkah ada ruang untuk ku membetulkan kesilapan semalam... Eka... aku berjanji, hanya dirimu permaisuri hati ini... hanya kau bertakhta dihati... terima kasih papa kerana menyedarkan Nish... Eka... akan ku tawan hatimu... akan kupastikan cintamu hanya untukku... bukan untuk sesiapa... hanya milikku selamanya...

Boy... Baby rindukan Boy. Boy dimana? Baby perlukan Boy... Hati ini makin sangsi. Baby makin hilang keyakinan pada diri ini... cinta ini... Entah mengapa semakin hari Baby rasakan semakin jauh dengan dirinya. Dekat tapi teramat jauh. Boy... Baby tak mampu bertahan lagi. Adakah Baby perlu melangkah pergi? Sesekali terasa penantian ini begitu menyeksakan. Dalam kesamaran ini Baby keliru... Cintanya milik siapa? Adakalanya dia terlalu baik tetapi dalam kebaikannya itu, tanpa disedari hati ini terluka. Salahkah Baby? Mengapa rasa cinta ini perlu wujud untuknya? Boy, Baby dah tak mampu lagi, Baby rasa biarlah diri ini berundur sahaja... Rasanya itu lebih baik. Tiada sesiapa antara kami akan lebih terluka... Ya, Hati ini tak rela berpisah dengannya... tapi...

Baby... Hari ini Boy pasti hati ini hanya milik dia. Boy tak mungkin dapat kehilangan dia. Boy tahu, diri ini sudah lama membuang masa. Boy berjanji akan cuba membahagiakan dirinya. Hanya dia ratu hati ini, pemilik cinta ini. Aneh bukan??? bagaimana semudah ini Boy mencintainya. Cinta yang bertahun pun tak mungkin sedalam kasih Boy padanya. Dia terlalu istimewa, seakan-akan Boy pernah mengenalinya malah terasa perkenalan ini sudah bertahun-tahun lamanya. Baby, Boy berjanji akan berusaha mendapatkan cintanya... Biarlah sejuta halangan menimpa, Boy akan pastikan dia menjadi milik Boy... dan mungkin satu hari nanti Boy akan kenalkan dia pada Baby...

Sudah dua hari peristiwa itu berlaku. Dia hairan dengan perubahan drastic sikap Danish padanya. Apa yang telah berlaku sebenarnya. Sebaik pulang sahaja dari hospital, Danish terus menghala kereta pulang ke rumah mereka. Langsung tidak pulang ke rumah ibunya. Pakaian mereka pun papa hantar petang tu. Malah Danish begitu baik padanya. Petang itu, lelaki itu dengan rela hati pergi membeli juadah malah menghidang pun dia lakukan. Eka langsung tidak dibenarkan membuat sebarang kerja. Anak-anak juga lelaki tu yang uruskan. Pelik… benar-benar pelik.

Malah yang paling mengejutkan pagi tadi dia menerima sejambak bunga ros dari lelaki itu beserta sekeping kad. Tiada apa-apa yang di tulis, hanya lukisan cartoon sepasang belalang… aneh namun dia terasa pernah melihat lukisan begitu tapi tidak ingat dimana.

Sofea juga sudah semakin riang. Senang dengan sikap papanya. Malah Danish lebih kerap menghabiskan waktunya dengan Eka bersama anak-anak. Adakalanya mereka berbuka di luar. Malah Danish juga tidak keberatan untuk keluar membeli barang-barang dapur bersama. Setelah selesai membeli barang dapur, Danish akan membawa Sofea bermain pula. Danish juga sering pulang awal. Tepat sahaja pukul lima, lelaki itu sudah berdiri di depan pintu rumah.

Eka juga semakin aneh bila Rie kerap menghantar e-mel padanya. E-mel yang penuh dengan kata-kata rcinta dan pujukan agar Eka kembali padanya. Dalam diam dia memadamkan semua e-mel itu tanpa membalasnya. Takut diketahui oleh Danish. Malah, selang 2 minggu mereka pasti akan pulang menjenguk papa dan mama di kampung. Danish juga sudah mula berbual-bual dengan mama dan papa walaupun nampak agak kaku.

Dirinya??? Seperti biasa, berusaha bersikap dingin dengan Danish walaupun adakala hatinya tersentuh dengan kemesraan dan pujukan kata-kata cinta dari lelaki itu. pelik??? Yang paling mengembirakan hatinya, lelaki itu akan menghadiahkan dirinya sejambak bunga mawar merah bersama sekuntum mawar putih terselit ditengah-tengah bunga setiap hari. Malah rumah mereka juga sudah penuh dengan jambangan-jambangan bunga dari Danish. Bahagia??? Ya dia benar-benar bahagia sekarang. Berdoa agar perubahan Danish ini akan berkekalan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:36 PM | Show all posts
ingat-ingat lupa... sinchan tu ingat... org yg sama ke?
shana85 Post at 10-3-2011 15:50


wah ada orang ingat sinchan lagi.....hi miss x..slmt datang ke sini...akhirnya jumpa gak jalan kesini...ramai warga TAA/TS berhijrah kesini dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2011 04:44 PM | Show all posts
bukan kaypo lah...sinchan lah...remember tak nama tu...
Adilla Post at 10-3-2011 15:33



    ingat.. sinchan yg kuat berangan2   (tadi dah add dah nama dia......)
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:45 PM | Show all posts
aku ni mmg ketinggalan bot
cmf_blingblings Post at 10-3-2011 16:09



    bling...patut ler...bukan kena naik feri ker skrg ni......

Ramai yg disini..memang peminat setia membaca cerpen/novel...so memula melepak di Teratak Anna Abadi. Tapi selepas dia meninggal, TAA dah ditutup, sorang dari kawannya telah buka Teratak Santai. Tapi TS skrg telah ditutup atas alasan apa tak tau ler...yg pasti ramai penulis berbakat aku kenal kat situ..termasok ler Adilla, Smiley (Arjuna), Anak PakKassim (Ifah) & Ms X (Shana).

Yang pasti masa tu, aku, Qimi & Jaza menjadi tukang bace jer..sampai skrg masih lagi membace kecuali Jaza ler..dah upgrade jadi penulis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:47 PM | Show all posts
ingat.. sinchan yg kuat berangan2   (tadi dah add dah nama dia......)
Jaza2008 Post at 10-3-2011 16:44


amboi...sedap yg kata aku kuat berangan...
mmg pun masa tu..kan sya kan...kita nak gi sekodeng sapa ekk..kat secret recipe..yg aku ingat..Qimi tu lelaki masa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 04:49 PM | Show all posts
seronok dpt jumpa kawan2 kat ts n taa balik.... kak ifah hana ada baca citer akak kat taa tp lupa tajuk (x semppat hbs, tau2 taa tutup) kat sini ada x citer tu???
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:53 PM | Show all posts
amboi...sedap yg kata aku kuat berangan...
mmg pun masa tu..kan sya kan...kita nak gi seko ...
kaypo Post at 10-3-2011 16:47


yup..betul3...dulu kita ingat kimi tu hakimi dan siap nak tackle..hahaha..dan ko pun sama kay...ada satu call yg ko dapatkan. ingat sinchan tu lelaki. dari jauh call tu datangkan....hahaha..ko dan dia terkena jgk dgn aku kan...masih kah ko ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:55 PM | Show all posts
seronok dpt jumpa kawan2 kat ts n taa balik.... kak ifah hana ada baca citer akak kat taa tp lupa ta ...
shana85 Post at 10-3-2011 16:49



   kat sini takde citerlah dik...separuh jalan kak ifah ko dah hilang citer tu. sbb akak ingat citer tu krn dia masukkan nama akak dalam tu. Rafie klu tak salah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 05:13 PM | Show all posts
Reply 54# Adilla


    ni sesi reunion la... TAA n TS  berpisah lama dan bertemu kembali kat CARI.....
dulu2 kat TS sambil baca novel..smbil dgr muzik yg agak sentimental cam tenang je suasananya...
sbb tu namanya santai... bersantai2 sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 05:18 PM | Show all posts
yup..betul3...dulu kita ingat kimi tu hakimi dan siap nak tackle..hahaha..dan ko pun sama kay... ...
Adilla Post at 10-3-2011 16:53



    dan aku pun nyaris2 nak tackle qimi tu.... siap dah berangan2 sesorang wajah dia ikut avvy yg lama dulu...
aku cam tnya sapa ntah, gender abe qimi tu...
dpt tau jwpannya tersipu malu sendiri masa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply 56# Jaza2008

Gambar kimi f1 tu lah...
klu ingat ketawa sorang2 siap dpt pm org nak berkenalan
tapi haku xbalas pun...tau tu semua tu bdk2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 05:30 PM | Show all posts
dan aku pun nyaris2 nak tackle qimi tu.... siap dah berangan2 sesorang wajah dia ikut avvy ...
Jaza2008 Post at 10-3-2011 17:18



   ...mmg terkena masing2 kan...lepas tu siap nak cari kat secret recipe lagi. Bila ada satu cerita yang ada nama hakimi, masing2 terbayang2 si kimi ni...hahahah..tu sya memang tak blh lupa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply  Jaza2008

Gambar kimi f1 tu lah...
klu ingat ketawa sorang2 siap dpt pm org nak berkenala ...
qimi08 Post at 10-3-2011 17:25



   macam mana ek boleh pecah rahsia ni? sya tak ingatlah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 05:34 PM | Show all posts
Reply 59# Adilla


Nak belanja makan tapi guna cc "original kimi" ..........tu yg pecah cerita
tapi hannah dulu tau sbb ada cerita sesuatu pasal perangai "original kimi"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.244669 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list