VIDEO] Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia tular selepas 10 tahun
Oleh AMIESHA ABADI
30 Oktober 2023, 5:06 pm
Tangkap layar perkongsian di YouTube, milik Kael Nafhael.
PETALING JAYA – Persembahan memukau koir pelatih jururawat sempena majlis konvokesyen yang dimuat naik ke laman YouTube 10 tahun lalu kini berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial.
Lagu ‘Cintaku Sampi Ke Ethiopia’ nyanyian Ria Resty Fauzi dipersembahkan oleh pelatih jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB) kembali tular apabila mendapat lebih 1.6 juta tontonan dan 82,000 tanda selepas dimuat naik semula oleh @matjiwang95 di TikTok.
Suara harmoni mereka diiringi gerak tari yang dikawal oleh konduktor membuatkan pengguna media sosial terpegun.
“Masa konvokesyen saya ni. Saya di bawah sebagai penonton dan penerima Sijil Pos Kejururawatan Kesihatan Awam. Persembahan ini ada empat buah lagu semuanya,” komen Che Muda Jelita.
“Lagu ini memang wajib nyanyi ya dik. Banyak benda kami wajib buat. Semasa saya dulu wajib mekap sekurang-kurangnya memakai gincu sebelum ke wad untuk buat praktikal,” kongsi Zahariah Samat.
Netizen kagum melihat kesungguhan jururawat menjalankan tugas dan berterima kasih atas komitmen yang tidak berbelah bahagi.
“Mesti semua dah bertugas di pelbagai institusi kesihatan sekarang ni. Terima kasih atas jasa bakti dan pengorbanan anda,” tambah Zack Zulkifli. – KOSMO! ONLINE
ah betul..anak aku cerita dia masuk dlm tik tok cikgu dia.. cikgu dia buat video ke apa tah tak tau la..anak aku tu pun kawan dia yg bagitau.. kitorang takde tik tok..aku geram je dgr eh eh eh cikgu ni suka suki je kan upload gambar anak2 org..
Post time 3-12-2023 05:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kerunai replied at 3-12-2023 03:48 PM
mende la ..ni kat skola anak i ..ok je perform lagu apa pun tadak hal ... mentaliti gua kelawar mana ...
Iols mencik buat pelamin pengantin bila cikgu bersara. Kot cikgu tu duda, janda atau never married sesuai ke?
Dari membazir tu,
bakk cikgu pj disambut dengan inter-games padang ke... Save budget to buy teket umrah, Samsonite luggage set, Le Creuset or anything yang mahal sikit. Idakla set sudu botol garam macam ada berita cikgu bersara komplen tu.
Make it memorable as a teacher, bukan pengantin.
Untuk tak ot, lagu Ethiopia tak sesuai untuk kanak2
Post time 4-12-2023 12:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Decaffeinated replied at 1-12-2023 04:15 PM
"Jangankan ke Kemboja.... la la la" what's wrong with Kemboja?
- Makcik Kemboja
kemboja masa tu tgah lal zaman perang
semua tempat yg disebut dlm.lirik lagu ni merujuk kpd krisis zaman tu
etiopia tgah alami kebuluran
kemboja melalui peperangan
sementara himalaya dan gunung fuji merujuk tempat tinggi
oooo video lama
tetapi tertanya2 kenapa student nurses tu persembahkan lagi tu?
byk lagi lagu pop yg cakap pasal semangat, pasal climates, pasal conservatism..
letak lagu Savannah by Diviners pun bagus..
or Lost Frequency's Reality etc etc
Post time 4-12-2023 12:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Naik lagi nama aku, kata acik Kemboja
Ok lagi lagu ni dari lagu Night Changes - One Direction. Mati2 aku suka dengar lagu ni dalam keter dengan anak2. Sekali lagu ni pasal orang hilang virginity. Yakpursalam