CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5903|Reply: 51

Suami Bangga Isteri Rela Hati Jadi Suri Rumah- Hidup Apa Adanya, Tak Pernah Minta Hadiah Dan Barangan Mewah

[Copy link]
Post time 1-8-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki bangga isterinya dengan rela hati berhenti kerja sebaik sahaja hamil cahaya mata sulung dan bersedia dengan kehidupan serba sederhana.


"Katanya tak perlu hidup mewah, asalkan aku bagi nafkah yang cukup. Masa tu keluarga dia menentang keputusan nak berhenti kerja. Tapi dia minta reda aku sebagai suami. Akhirnya dia berhenti," kongsi lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu.


Katanya sebaik sahaja isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa, makanan pasti sentiasa sedia terhidang di atas meja walaupun dia tidak pernah memaksa wanita tersebut memasak.


Gambar Hiasan




"agi-pagi sarapan sentiasa tersedia. Siap bekal untuk aku ke ofis dan anak-anak ke sekolah. Balik kerja makan malam pun dah ready. Ada hari dia tak masak, aku okay je. Sama ada aku masak lepas balik kerja, atau ajak makan luar.


"Waktu malam, dia duduk ajar anak-anak siapkan kerja sekolah atau ulangkaji sambil aku lipat baju yang menggunung. Part ni task aku dari dulu sejak awal kahwin.


"art basuh, berus, sental, sapu, mop, kemas, semua dia okay. Paling penting, Maghrib dan Isyak mesti solat berjemaah," kongsinya.


Langsung tidak mengungkit soal penat lelah menguruskan rumah tangga saban hari, lelaki itu berkata isterinya juga langsung tidak pernah meminta hadiah atau barangan mewah sebagai balasan.


"Dia tak pernah minta belikan benda mewah. Baju mahal, perfume mahal. Cukup sekadarnya. Aku belikan dia baju muslimah RM100 untuk dua helai pun dia cakap mahal.


"Itu belum lagi part tudung, RM20 pun dikatanya mahal, terus diajak keluar kedai. Bila anak dah mula besar ni, sekali sekala aku pernah juga tanya 'tak nak kerja balik ke?'. Dia jawab, 'buat apa nak pening-pening kerja... duduk rumah, tengok anak-anak membesar depan mata lagi best'.


"Sekarang anak aku tiga orang. Semua dah sekolah rendah. Yang sulung darjah enam.


"Aku rasa berkat dan barokah didikan dia terhadap anak-anak, dalam kelas anak-anak aku tak pernah miss top 5 setiap kali ada ujian atau setiap subjek. Alhamdulillah," kongsinya lagi.


Tambah lelaki berkenaan, coretannya hanya sekadar untuk berkongsi kemanisan dalam rumah tangga apabila memiliki pasangan yang saling bertolak ansur dan memahami tanggungjawab masing-masing.


"Jadi suami ni kena tahu tanggungjawab. Kadang dia ajak keluar jalan, kita bawalah. Tak dapat pergi jauh, pergi dekat. Dia nak window shopping, kita bawalah. Dia nak makan dekat luar, kita bawalah. Bukan susah pun.


"Aku bukan T20, bukan jua M40. Cuma B40 yang sikit lagi nak cecah M40 dan duduk di Lembah Klang. Makan minum cukup, tempat tinggal ada, kenderaan ada. Tak mewah tapi ada. Alhamdulillah. Jangan lupa sentiasa doa kepada Allah dan mohon restu ibu," kongsinya lagi.


Di ruangan komen pula, rata-rata warga maya turut terkesan dengan kisahnya malah menyifatkan lelaki tersebut sangat bertuah dikurniakan wanita sedemikian sebagai isteri.


"Sumpah wanita macam ni memang 'mahal'. Sesungguhnya berkat itu bukan terletak pada nilai harta.


"Sesuai dengan layanan suaminya... faham yang bini duduk rumah bukan jadi bibik.


"Contoh suami yang baik. Isteri berhenti kerja tapi dia tak ambil mudah... penat kot jadi suri rumah. Harapnya lebih ramai suami macam ni," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bini x mintak, ko belilah insuran kat dia dengan anak2 termasuk ko sekali. At least meringankan beban kalau ko x berkemampuan nak cari rezeki lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau total income ciput jahh, baik bini jadi SAHM utk jimat kos hantaq anak2 ke pengasuh ka, transit ka..

Mcm kat UK, sorang kenalan iols benti keje doktor, jadi SAHM, pastu bila hubby bukak GP clinic, dia jadi manager clinic tu.. gara2 sbb dia kena bg separuh gaji dia kpd pengasuh utk jaga 2 org anak laki dia. Kena kira kos la untung ke dak bekerja versus jadi SAHM..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:15 PM | Show all posts
partner kita tu cerminan diri sendiri kot. kalau ko dpt partner hangsuang, cermin la diri sendiri dan reflect diri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 01:38 AM | Show all posts
Brbau Hasanah, sat lgi rmai jejantz Mulayu Melesia yg bngga sbb prmpuan cmni x prnh minta duit & lps tu mngata yg rmai prmpuan kat Melesia kuat hbis duit kat Starbucks.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Give&take n saling kerjasama. Dah bini mengalah bnyk, lakinya pun bnyk memberi. Ok la tu. Perkahwinan mcmtu la kalau nk bahagia. Selalu yg buat puting beliung rumah tangga ni kalau salah sorg parasit, sorg lagi plak terlalu berkorban, Tu yg jadi naik lemak parasit tu, Be it laki or pompuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2023 04:09 AM | Show all posts
Cita kebaikan apa dia dapat lepas bini benti...

Makanan bla bla bla..

Apa bini dapat sebagai hasil duduk rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 05:38 AM | Show all posts
Klu mampu satu gaji bolehlah. Masalahnya zaman skrg ni kena dua gaji .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga abang ni bila dah kaya esok takdela gatal cari bini lain pulak. Lelaki ni diuji bila dia dah ada semua benda. Pastu lupa terus dah pengorbanan bini. Byk dh contoh mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:00 AM | Show all posts
laki aku xbg aku berhenti....nanti dia ckp klu aku ddk umah lagi aku stress...dia kenal perangai aku...tp tetap aku masak dan jaga anak3...duit aku pun dia xusik...disbbkan aku baru beli umah nama aku snd...aku byr duit umah aku je la..huwaaa...

ni mcm mak aku la...mmg anak7 dia semua berjy masuk univ bagai...bagusnya arwah ayah aku xcari lain walau lepas2 tu dia makin naik2 gaji...so mak aku blh hidup dgn tenang pakai pencen arwah ayah aku...skrg ni semua keras...klu blh hidup seadanya ok je...mak aku pun xbg aku berhenti keje...nanti dia ckp ko overthinking dok sorg2 kat rumah bila semua anak3 gi belajar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak ni keje selain dr nk bantu laki..ak nk ank2 ak dapat mkn bende yg sedap.. Dpt holiday.. Wpun setahun sekali dlm Negeri... And yg plg penting mak bpk ak.. Dorang bukan mkn pencen.. Klu ak x keje sapa nk support dorang.. Mkn minum sakit pening.. X kan nk laki ak tanggung.. Wpun ada adik beradik lain.. Ni tanggungjawab ak sebagai ank.. Wpun dorang x mintak.. Ko ank2 ni jgn pikir diri sendiri je ye.. Ko tu ada mk bpk nk kn tanggung....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah duduk rumah boleh masak mkn tanam tgk movie solat ngaji ibadah kerja rumah jaga budak semua boleh buat, jadi org bekerja lagi terkejar2 masa terhad dan penat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:23 AM | Show all posts
Untunglahhhh. Gaji sorang
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
feeling ajer brader ni. org kalau extreme dia punya baik, kalau mai dia punya jahat pun extreme jugak. tggu la brader ni kalau ko buat perangai, tonggang terbalik bini ko kerja kan ko nanti kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:30 AM | Show all posts
Edited by midori888 at 2-8-2023 08:32 AM

adik meols kalu bole nak wife yg nak duduk rumah as SAHM, he is man provider type. Dia ckp biar dia kerja keras kat luar, wife dok umah take care of the family, tapi walau duduk rumah, do something yg dia minat dan jgn lupa merawat diri jugak, mcm ke spa dan facial sbb adik meols taknak bila dia balik rumah lps penat kerja tgk wife rupa mcm hantu. Of coz he will try to provide the best he can for his family, sediakan maid and hantar kids to good school and wife bole yg jd ala2 tai-tai jer...

someone meols kenal grad from top asean university resigned kerja sbb nak jadi SAHM sbb dia kata nak tgk anak2 membesar depan mata dia...mmg lah ada suara2 kata penat belajar, rugi etc sometimes benda2 mcm nie kita tak bole letak price on it...husband dia pun kerja biasa jer, takde nak mewah2 pun. Meols tgk they are doing alright jer, anak sulung pun probably dah 9-10 years old..i guess life is about choice...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 2-8-2023 01:38 AM
Brbau Hasanah, sat lgi rmai jejantz Mulayu Melesia yg bngga sbb prmpuan cmni x prnh minta duit & lps ...

Tak hasanah.. ramai pompuan macam ni, sanggup susah senang ngan laki. Hidup seadanya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 09:35 AM | Show all posts
pastu ko mati bini ko dpt apa setan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ikut la cara hidup masing2 asalkan family bahagia. peduli apa kata2 org itu ini, bkn depa bagi kita bahagia pun. gituhhhh nokss dari iols seorg surirumah tapi bergaji+mintak macam2 simpanan reter dihari mendatang
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami memang la bangga. Yang jadi bini tengok la lagi 20 tahun, orang lain EPF dah banyak, ko nganga aje la. Anak pulak nak masuk uni, nak kawin. Sampai bila nak suruh mintak kat bapak aje. Bapak pulak konfirm suruh hidup sederhana.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 10:06 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 2-8-2023 10:07 AM

rasanya ini yg dituntut oleh agama...simple life, hidup panjang, kurangkan pencemaran alam, sekarang mat selleh pun dah nak practice hidup off the grid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050776 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list