CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tekoyong

Pembohongan UPCO!!

[Copy link]
Post time 23-12-2010 10:47 AM | Show all posts
jika bekas2 pm malaysia pernah diberikan gelaran
yg baik sebagai bapa kemerdekaan, pemodenan dan se ...
d'zeck Post at 23-12-2010 10:12



    heheh koleksi citer misteri politik malaysia kikiki,
    apco =  apo kono eh jang kau bohong ajo.............
    anuwar = eh mano do den bohong den cumo saloh sangko jo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 11:02 AM | Show all posts
Reply  creep_bite


    Sebelum kena gantung 6 bulan kat Parlimen Anwar dia orang dah beri Anwar ...
hana82 Post at 20-12-2010 16:31


Tulah..orang bodoh, orang bebal, orang tak sekolah je tak boleh baca macam mana Anwar tu cuba menipu dan cuba berdolak dalik dan cuba pusingkan cerita.

Suma orang tahu..Anwar kata dia ada bukti dokumen...mana dia bukti dokumen tu?, kenapa masa dihadapkan beliau tak tunjukan bukti dokumen tu utk mempertahankan tuduhan beliau?..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:14 AM | Show all posts
Surat bukti Anwar berbohong

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
[email protected]

KUALA LUMPUR 22 Dis. Surat oleh Apco Worldwide yang menafikan bahawa firma itu terlibat mencipta gagasan 1Malaysia dan One Israel membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berbohong di Dewan Rakyat dan kepada rakyat berhubung perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata, surat itu juga menjadi asas kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie terhadap Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.

“Surat ini menafikan apa yang Anwar dan kawan-kawannya katakan di pasar malam (siri jelajah yang diadakan Anwar baru-baru ini) dengan menipu tentang apa yang kerajaan buat. Ini adalah bukti penting yang menunjukkan bahawa dia menipu. Jika dia tidak menipu saya tidak perlu kemukakan bukti ini,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Anwar pada Khamis lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat setelah sebahagian besar ahli Parlimen menyokong syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya beliau dikenakan tindakan itu kerana menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel.

Dalam siri jelajah dilakukannya di beberapa kawasan selepas beliau digantung Dewan Rakyat, Anwar mendakwa akan terus mendedahkan bukti-bukti mengenai kerjasama kerajaan dengan Apco.

Mohamad Nazri berkata, surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun 2009 oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.

Katanya, surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Mohamad Nazri kemudian turut mengemukakan satu akuan bersumpah yang diterimanya daripada seorang penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan terlibat mencipta One Israel iaitu Robert M.Shrum. Robert di dalam akuan bersumpah itu turut menafikan bahawa Apco terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel.

Mohamad Nazri berkata, akuan bersumpah oleh Robert itu mengukuhkan lagi penafian oleh Apco sendiri berhubung apa yang didakwa Anwar.

Sehubungan itu, Mohamad Nazri mencabar Anwar supaya segera mengemukakan semua bukti-bukti yang dikatakan akan didedahkannya sebelum ini tentang Apco dan gagasan 1Malaysia serta One Israel.

“Saya minta dia pertikaikan surat dari Apco ini dan daripada Robert. Jangan pandai cakap di pasar malam, jual ubat dengan menipu rakyat dan seolah-olah hendak beritahu bahawa kerajaan yang menipu dalam perkara ini,” katanya.

Mohamad Nazri dalam pada itu turut menafikan dakwaan Anwar bahawa dirinya tidak diberi peluang membela diri sebelum Dewan Rakyat membuat keputusan menggantungnya daripada menghadiri persidangan.

“Sebelum kita lulus usul, dia sudah diberi kesempatan untuk berbahas membela diri tetapi dia pilih untuk serang kerajaan lagi,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:16 AM | Show all posts
cara macam totokreturn luah kat atas macam bunyi sangat kecewa je......................... ...
ikmal_hakimi Post at 23-12-2010 03:34



   kecewa... ko bodoh ker apa... bila tgk dah tahu temberang dia yg selalu kantoi... nak koemn apa lagi kalu zul nordin nih cakap... ko tak paham ke apa yg aku tulis....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 02:50 PM | Show all posts
lombu2 melayu umco hanya bergantung kepada mereka ini untuk survive:

1. lubang dubur sepol
2. papa gomo si lombu kuat fitnah
3. Israel
4. Otosan Lombu
5. ISA
6. tambah baru - zul kulim

takdo satu pun lombu2 umco bergantung dengan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 03:01 PM | Show all posts
kecewa... ko bodoh ker apa... bila tgk dah tahu temberang dia yg selalu kantoi... nak koemn ...
totokreturn Post at 23-12-2010 11:16



    Sebenarnya Temberang Anwar yang kantoi apabila kaitkan dengan APCO Worldwide,
    Bila minta bukti tak dapat nak beri, Bila kena gantung kerana buat fitnah, tahu pulak marah nak tunjukkan
    kepada rakyat bertapa teruknya parlimen mengambil tindakkan keatasnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2010 03:03 PM | Show all posts
Sebenarnya Temberang Anwar yang kantoi apabila kaitkan dengan APCO Worldwide,
    Bila mi ...
rashiman Post at 23-12-2010 15:01


apo yg ditemberang wahai mopti.... baru ajerk nak bentang, trus tak sempat cakap digantung 6 bulan... tapi takper.. sumber banyak kat internet dan dah berapa ratus kali aku tepek bukti APCO memang relation ngan israel... ko jerk bodoh takleh teirma kenyataan...muahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 03:43 PM | Show all posts
apo yg ditemberang wahai mopti.... baru ajerk nak bentang, trus tak sempat cakap digantung 6 bulan... tapi takper.. sumber banyak kat internet dan dah berapa ratus kali aku tepek bukti APCO memang relation ngan israel... ko jerk bodoh takleh teirma kenyataan...muahahaa
totokreturn Post at 23-12-2010 15:03


Isu nie dah lama, awal tahun 2010, Banyak peluang dan ruang diberikan kepada Anwar untuk menjawab dan membuktikan dakwaannya oleh jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen, macam mana boleh kata tak sempat. kalau nak temberang pun, biarlah berpada-pada. hari tu temberang pasal 16 Sept. tapi masih ada rakyat yang tak serik-serik kena temberang, masih lagi percaya temberang demi temberang, dan yang terbaru temberang di Konvensyen PR.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 03:47 PM | Show all posts
Isu nie dah lama, awal tahun 2010, Banyak peluang dan ruang diberikan kepada Anwar untuk menjawa ...
rashiman Post at 23-12-2010 15:43



  dah bagi bukti.. cakap isu lama laa pulok.... dok cakap kena tipu ngan utusan penipu tuh mmg mudah... citer skit bila diberi peluang.. masa bila bagi peluang... padan kena tipu ngan nazri teksi tuh jerk laa... jaga anak sendiri pun tak pandai.. nak jaga rakyat...

maklumlah org melayu umno ngan yahudi laknatullah nih macam adik beradik satu emak, satu ayah.,... sama zalim jerkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 04:08 PM | Show all posts
dah bagi bukti.. cakap isu lama laa pulok.... dok cakap kena tipu ngan utusan penipu tuh mmg mudah... citer skit bila diberi peluang.. masa bila bagi peluang... padan kena tipu ngan nazri teksi tuh jerk laa... jaga anak sendiri pun tak pandai.. nak jaga rakyat...

maklumlah org melayu umno ngan yahudi laknatullah nih macam adik beradik satu emak, satu ayah.,... sama zalim jerkk
totokreturn Post at 23-12-2010 15:47


mana buktinya, tunjukkan beritanya dari Suara KeAdilan atau Harakahdaily.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 04:39 PM | Show all posts
mana buktinya, tunjukkan beritanya dari Suara KeAdilan atau Harakahdaily.
rashiman Post at 23-12-2010 16:08



   aduss... aku dah cukup penat dah tepek bukti APCO nih... dah berpuluh kali dah kat merata2 tread APCO... senang ko pegi taip google.com dan taip kat situ bukti APCO israel... ko baca laa puas2....
bukan belek utusan menipu tuh.. gerenti sampai ko mampus pun takkan jumpa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:02 PM | Show all posts
aduss... aku dah cukup penat dah tepek bukti APCO nih... dah berpuluh kali dah kat merata2  ...
totokreturn Post at 23-12-2010 16:39



    Syarikat yang pakai nama APCO nie..melambak digunakan diseluruh dunia termasuklah Israel. Jadi jangan mudah terkeliru dan dikelirukan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:05 PM | Show all posts
Syarikat yang pakai nama APCO nie..melambak digunakan diseluruh dunia termasuklah Israel.  ...
rashiman Post at 23-12-2010 17:02



   adoi bodonyer.... ishkk.. dah suruh baca pun tak reti2 bahasa gak.. lantak ko laa... senang bukak web apcoworldwide...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:12 PM | Show all posts
adoi bodonyer.... ishkk.. dah suruh baca pun tak reti2 bahasa gak.. lantak ko laa... senang ...
totokreturn Post at 23-12-2010 17:05



Isu APCO: Nazri dedah dua dokumen dakwa Anwar berbohong
TERKINI @ 06:06:57 PM 22-12-2010
Oleh Yow Hong Chieh
December 22, 2010

PUTRAJAYA, 22 Dis – Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.


Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.
“Saya mahu kedua-dua surat ini disiarkan bagi menafikan apa yang Anwar dan pengikut-pengikutnya berkata di pasar malam,” kata Nazri (gambar) kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen.
Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.
Ahad lalu, Anwar mempertahankan beliau masih boleh membuktikan yang firma APCO ada kaitan dengan Israel, tetapi mendakwa tidak diberi peluang sewajarnya untuk mempertahankan dirinya.
Anwar digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bermula Khamis lalu dan tidak dapat hadir sidang Mac depan.
Beliau mendakwa kerajaan pimpinan Najib takut segala maklumat yang didedahkannya akan dimasukkan dalam penyata dan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Khamis lalu, Anwar berkata tindakan dikenakan ke atas mereka seolah-olah menunjukkan APCO tidak boleh disentuh dan menyalahkan firma itu sebagai punca keempat-keempat mereka digantung enam bulan.
Usul untuk menggantung Anwar diluluskan tanpa sebarang perbahasan apabila kesemua anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan menyebabkan Nazri mengemukakan usul kedua, untuk menggantung tiga yang lain iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.Dewan Rakyat akan bersidang semula Mac depan
Anwar juga mendakwa APCO berbohong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menerusi suratnya kepada panel itu.
Jawatankuasa itu memutuskan hukuman berdasarkan surat itu dan tidak memanggil Anwar untuk memberi keterangan.
“Kerja-kerja APCO untuk kerajaan Israel adalah yang kecil dan ringkas, membabitkan hanya dua aktiviti, setiap satunya dijalankan beberapa tahun lalu,” kata Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika Brad Staples.
Staples juga berkata, Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.
Malah beliau juga menekankan, tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia.
Surat Staples juga menekankan bahawa kepentingan APCO dalam syarikat keselamatan “bebas” ASERO hanya sebagai pelabur.
“APCO memilih untuk melabur dalam syarikat itu disebabkan peluang-peluang perniagaan,” kata beliau.
Oleh itu katanya, APCO dan ASERO adalah dua badan perniagaan yang berbeza dan berlainan sama sekali.
“ASERO ditubuhkan pada 2005. Oleh itu, ia tidak wujud pada 1999 ketika kempen One Israel,” katanya.
Dalam kenyataan satu muka, Shrum juga menafikan APCO ada apa-apa kaitan dengan kempen itu.
“Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa Parlimen dimaklumkan bahawa APCO Worldwide adalah di antara firma khidmat runding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar,” katanya.
“Saya berada di sana dan APCO tidak terlibat dalam One Israel atau dalam apa-apa kerja bagi Parti Buruh Ehud Barak dalam kempen itu. APCO juga tiada kaitan dengan One Israel.”
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:15 PM | Show all posts
Isu APCO: Nazri dedah dua dokumen dakwa Anwar berbohong
TERKINI @ 06:06:57 PM 22-12-2010
Ol ...
rashiman Post at 23-12-2010 17:12



   sekali lagi aku cakap buat ke 3 kali..... percaya laa cakap nazri teksi nih... jaga anak sendiri pun tak betul.. harap kat belakang ajerk depan media jerk berani bunyik.. kenapa tak cakap masa dalam parlimen itu hari.... kenapa tak berani diskuss tentang apco dalam parlimen..??


dah laa.. aku dah bagi petunjuk ko bukak google dan baca kat sana... takyah pusing2 ... cam org bebal jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 23-12-2010 17:21
sekali lagi aku cakap buat ke 3 kali..... percaya laa cakap nazri teksi nih... jaga anak se ...
totokreturn Post at 23-12-2010 17:15



    Nazri dah dedah dua dokumen, Anwar bila lagi nak dedahkan dokumen ? Jangan setakat kelentong di pasar malam aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 05:21 PM | Show all posts
Nazri dah dedah dua dokumen, Anwar bila lagi nak dedahkan dokumen ? Jangan setakat kelento ...
rashiman Post at 23-12-2010 17:19



   mana document tuh.. tunjuk kat tangan jer.. apa isinyer... naper tak tunjuk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:23 PM | Show all posts
nih kali kesepuluh aku paste untuk balaci bodo tak reti2 bahasa aku suruh korek info kat google dan masih percaya pada penipuan pemimpin umno tuh....
pas nih aku dah malas nak terangkan lagi... bebal sangat baalci umno nih...







Maklumat Yang Perlu Diketahui Mengenai APCO
Sekonyong-konyong APCO menjadi terkenal! Ramai yang ingin tahu, apa itu APCO, benarkah ia agensi Yahudi dan mengapa Najib mengambil agensi Yahudi sebagai penasihatnya?

Pembabitan APCO dalam merancanakan dasar negara bukan perkara baru, ia bermula sejak Setember tahun lepas apabila APCO membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Namun ia menjadi heboh sehari dua ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dmembuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.

Berikutan kenyataan Anwar itu, hari ini, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membawa usul supaya Anwar dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen.

Jika anda ingin tahu siapa gerangan APCO, agensi milik Zionis yang kini menjadi penasihat Najib itu, di bawah ini disertakan beberapa maklumat mengenainya yang saya kutip dari beberapa sumber:

i) APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005.

ii) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi seperti di bawah:

Lembaga Pengarah

Margery Kraus
chair
founder & chief executive officer
APCO Worldwide


Ron Boschetto
director

Neal M. Cohen
chief executive officer
Americas
director
worldwide operations

David Greenberg
independent director

Neil Wiesenberg
director

Jawatankuasa Eksekutif

Margery Kraus
chair
founder & chief executive officer
APCO Worldwide


Neal M. Cohen
chief executive officer
Americas
director
worldwide operations

Larry E. Snoddon
vice chairman
APCO Worldwide
chief executive officer
Asia

Brad Staples
chief executive officer
EMEA

Robert Schooling
managing director
Washington, D.C.

Kirk Stewart
executive vice president

Philip Fraser
chief information officer

Mara Hedgecoth
vice president & director
global marketing & communication
assistant secretary
APCO Worldwide

Stacy Reyan
senior vice president
human resources

Judith S. Sapir
senior vice president
general counsel
secretary
APCO Worldwide

Denise Teeling
chief financial officer


iii) Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

iv) Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London

v) APCO mula membuka pejabat di Malaysia pada 1 September 2009. Antara tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

vi) Kontrak APCO dengan Malaysia bernilai RM20 juta antaranya bertujuan untuk memulihkan imej Najib yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.

vii) APCO mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika. Di Asia antara pejabat APCO selain dari Kuala Lumpur ialah Jakarta, Singapura, New Delhi, Bangkok, Beijing, Dubai dan Ho Chi Minh City.


viii) Hanya Malaysia, Indonesia dan UAE merupakan negara penduduk majoriti Islam yang membenarkan APCO membuka pejabat di negaranya.

ix) APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.


x) Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:24 PM | Show all posts
Bukti APCO Zionis dan anti-Islam


Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Berikut adalah senarai beberapa sumber maklumat untuk artikel ini:

www.apcoworldwide.com
www.asero.com/index.cfm
www.wikipedia.org
www.harpers.org
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 05:24 PM | Show all posts
nah... pejabat apco di israel....

aduss... kena kencing lagik ngan najibuya lagik.... hari2 kena kencing... tak banjir lagik ka.....







CONTACT US:[email protected]
  • Gad Ben-Ari
  • managing director
    Tel Aviv
  • +972.3.766.2600
    • Bet Zamir
    • 22a Raoul Wallenberg Street
    • Ramat Hahayal 69719
    • Israel






APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges.

Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.

Key services include:

  • market entry:
    With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.
  • corporate responsibility:
    The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.
  • issues management:
    Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.
  • Jewish community networking:
    APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060986 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list