|
Reply 35# chintacanduri
hm bru je lps tgk...cite die ok, not bad...mmg sgt seram... klimaks cite ni mmg kene n sy mmg bg credit for syamsul for this part tp syamsul mmg kene improve skill lakonan die..nmpk kaku sgt, mcm bace skrip je...xde feeling... sy bg 4bintang..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
psl LJ yg isteri tu. mmg nampk tak seswai. ikut kata kawn aku la.
ada scene yg tak perlu kot...mcm takde kaitan pun. kalu takde pun takpe. sbb tak effect apa2pun terhadap jln crita. itu je la.
wakakakaakkaka. |
|
|
|
|
|
|
|
memang SERAM
cite hantu ni lain dari yang LAIN
sila tengok di pawagam yg berdekatan
sumpah seram!
aku tgk mmg manjang menjerit
|
|
|
|
|
|
|
|
aku aku da tgk cite ni semalam!! best... antara cite hantu malaysia best yang pernah aku tgk!!!! bye2 ahmad idham..... |
|
|
|
|
|
|
|
REVIEW DARI GUA.COM.MY (motip rajin mengopy paste? ntahla aku suka sgt tgk cerita ni, smalam dah tgk kali kedua)
Khurafat 'Menjadi' Di Tangan Syamsul Yusof
0 Comments
by Ashraf Abd Manaf | 21 Dec 2010 | in Hiburan, BERITA HANGAT,
Walaupun pernah dilanda kontroversi apabila kemenangannya sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke 23 dipertikaikan, namun ianya sedikitpun tidak mematahkan semangat anak muda berbakat besar ini untuk terus berkarya.
Selepas cemerlang melalui filem Evolusi KL Drift, Bohsia dan Evolusi KL Drift 2, Syamsul Yusof tampil dengan filem terbaru bergenrekan seram, Khurafat. Menampilkan ramai pelakon popular termasuklah Liyana Jasmay dan Sabrina Ali, Khurafat dilihat punya kelainan jika dibandingkan dengan filem-filem seram sedia ada.
Bercerita mengenai Khurafat, Syamsul yang juga pelakon utamanya ketika ditemui di majlis pratonton filem tersebut baru-baru ini memberitahu, kekuatan filem tersebut bukan sahaja bergantung kepada kesan khas bunyi yang ditampilkannya.
Sebaliknya jalan cerita, muzik latar, lakonan para pelakon, mood, serta pelbagai aspek lain bergabung untuk menjadikan Khurafat sesuatu yang berbeza.
"Sebenarnya saya sudah lama teringin untuk menampilkan sebuah filem yang menerapkan nilai-nilai Islamik. Namun sebelum ini saya menghasilkan filem-filem aksi dan rasanya kurang sesuai untuk tujuan tersebut.
"Melalui Khurafat, impian saya tercapai. Ini kerana saya berpeluang memasukkan beberapa ayat Al-Quran dan cuba mevisualkannya dengan sebaik mungkin supaya penonton lebih mudah faham," katanya yang selesa bekerjasama dengan Liyana Jasmay walaupun baru pertama kali mereka digandingkan.
Ditanya mengenai pengalamannya mengarah serta berlakon di dalam filem tersebut, dia mengakui berpuas hati dengan Khurafat. Namun katanya sebagai pengarah, dia tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang dicapainya. Sebaliknya masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pada masa yang akan datang.
"Saya rasa apa yang membuatkan Khurafat berbeza daripada kebanyakan filem seram lain adalah jalan ceritanya. Ini kerana di dalam filem ini saya tidak membiarkan penonton tertanya-tanya. Maksudnya apabila penonton selesai menyaksikan filem ini, mereka tahu jalan ceritanya serta kesinambungan antara setiap watak.
"Ini kerana sebelum menghasilkan Khurafat, saya turut mengkaji dan menonton beberapa buah filem seram. Tetapi kebanyakannya membuatkan saya tertanya-tanya kerana kebanyakan situasi tidak terungkai selepas filem tersebut tamat. Contohnya, siapa orang tua itu? Mengapa rumah tersebut berhantu dan macam-macam lagi. Jadi saya harap melalui Khurafat penonton akan berasa puas hati.
"Mengenai pengalaman pula, ketika adegan dimasukkan ke dalam liang lahad memang sukar untuk dilupakan. Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa gangguan. Cuma sebaik sahaja sampai di rumah, ibu saya suruh saya mandi bunga," katanya ceria.
Mengenai tanggapan segelintir pihak yang mengatakan hantu yang ditampilkan di dalam Khurafat mempunyai persamaan dengan hantu-hantu di dalam filem Jepun, Syamsul menjelaskan dia tidak mahu kelihatan stereotaip apabila menggambarkan hantu di dalam kehidupan orang Melayu.
Oleh sebab itu dia 'mencipta' hantu yang kelihatan lebih sesuai dengan setiap babak dan jalan cerita yang dihasilkannya," katanya.
Sementara itu Liyana Jasmay yang melakonkan watak Aisyah ketika diminta komennya mengenai filem tersebut memberitahu dia seronok bekerjasama dengan Syamsul walaupun kali pertama beraksi berdua. Katanya wataknya kelihatan lebih 'simple' namun tetap mempunyai kekuatan tersendiri.
"Ini merupakan kali pertama saya berlakon sebagai seoarang isteri dan bertudung. Pada mulanya memang saya rasa ragu-ragu tetapi apabila telah mendapatkan nasihat daripada mentor saya iaitu pengarah Badarudin Azmi yang mengatakan Syamsul seoarang pengarah yang bagus, saya berusaha untuk menjiwai watak Aisyah sebaik mungkin," katanya.
Walaupun sudah terbiasa berlakon di dalam filem seram termasuklah Histeria dan Niyang Rapik, namun Liyana Jasmay mengakui Khurafat berbeza daripada kedua-dua filem tersebut. Katanya melalui Histeris dan Niyang Rapik, dia yang menjadi hantu tetapi melalui Khurafat dia sendiri yang berdepan dengan hantu.
"Apa yang sukar ketika berlakon di dalam filem ini ialah saya tidak mengenali Syamsul dan tiba-tiba perlu membawakan watak sebagai suami isteri. Saya beritahu Syamsul dia perlu 'berikan' saya cinta supaya lakonan kami berdua kelihatan lebih serasi.
"Pada hari pertama dia memang tidak banyak bercakap dengan saya. Selepas seminggu barulah perasaan malu-malu itu hilang," ujar Liyana Jasmay yang juga pertama kali terlibat di dalam filem terbitan Skop Production. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp smalam aku pg tgk agak annoying jugakla mamat n minah rempit yg dok sbelah aku, terjerit2 terpekik2 smpai menggangu konsentrasi aku. Masa scene dlm van mayat tu minah tu punya terkejut sampai terbang pop korn dia berterabur kt baju aku!
Hangin satu badan sabir je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dah tgk semalam.
Bagi aku biasa je. Sebab jalan cerita aku dah boleh agak dari awal kenapa ex-gf Shamsul (Sabrina Ali) tak boleh lupakan Shamsul even Shamsul dan kawen.
The best thing idea shamsul ialah jawapan tu di penghujung cerita dan org akan tunggu sampai habis.
Gambar cantik, hantu2 dalam tu mmg menyeramkan la ( aku tgk pun disebalik shawl yg aku tutup kat muka) hahaha.
Overall: 3/5 |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni ok dan tak rugi duit tgk..ada jalan citer dan pengajaran..hantu tu sekadar gimik je bagi aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
review korang cam best jerk...walaupon aku x berape berkenan ngan syamsul nie belakon tp klu jln cite best cam nk g jerk...try ar tgk esk...kwn pon dah ajak... |
|
|
|
|
|
|
|
filem ni dah kutip berapa juta?.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku taw citer nih ader twist.......tak berani nak baca komen korang nih. Aku plan nak tengok kat 1st astro jer........jenuh nak tunggu 2 minggu lagi nih. |
|
|
|
|
|
|
|
pg tgk ok sue87.. mmg ok cite dia..... kalo pelakon utama dia bkn syamsul tu aku rasa lg ok... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju...cite memang seram dan best tapi syamsul sangat kayu dan takde feeling dlm cite ni. kalo bagi org lain berlakon i.e zed zaidi pon dah ok dah |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Santeira at 15-1-2011 17:37
OK lah, kali last aku tgk citer melayu ialah pada tahun 2002. Dah 8 tahun, so semalam aku gi tengok citer ni, semata2 sebab hype si Syamsul Yusof yang filem setaraf filem seram antarabangsa. lepas tengok I say I wouldn't go that far in saying it. Overall untuk cerita melayu, citer ni agak OK. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 bintang. Cuma aku rasa twist cerita dia
Spoiler ahead, highlight untuk baca:
ni sama dengan filem Shutter dari Thailand. I could imagine from the beginning hantu yang mengacau dia ni ada kena mengena dengan perbuatan dia sendiri and I wasn't proven wrong. Flashback scenes masa Syamsul guna minyak guna2 tu untuk calit kat badan si Sabrina tu reminds me of the scene in which Ananda flashbacked on why hantu muncul dalam gambar2 dia ambil dalam filem Shutter, bertitik punca dari perbuatan dia sendiri, a sin/wrongdoing he is trying to hide from his girlfriend in Shutter's case (yang dia tak bantu malah ambil gambar masa kawan2 dia rogol perempuan yang suka dia tu) and dari isteri Syamsul dalam filem ini (bahawa dia sebenarnya guna minyak pengasih pada Sabrina/Anna dalam filem ni), so it isn't kind of original either plot-wise. Dari segi mekap mmg ok la, boleh dikatakan setanding dengan filem seram luar negara. Usaha yang baik, but of course, don't hype la Syamsul. You only make it worse when it doesn't live up to expectations. |
|
|
|
|
|
|
|
Komen Figure_return
Bagi aku filem ni tak ubah seperti drama-drama seram atau telefilem di Tv.. dan terlalu klise apabila sesebuah filem seram hanya bergantung kepada kesan bunyi dan memeranjatkan penonton dgn kesan bunyi tersebut. Jalan ceritanya juga seperti terlalu bergantung kepada 2 pelakon utama iaitu Syamsul dengan Sabrina. Aku tak melihat apa peranan yang dibawa oleh Fauziah nawi. Boleh dikatakan terlalu banyak kekurangan tapi tetap percubaan yang bagus bagi seorang pengarah muda seperti syamsul. |
|
|
|
|
|
|
|
terjerit-jerit ai dalam wayang semalam tengok citer ni... abis member sebelah kena jadi mangsa sebab ai cengkam2 die sebab terkejut
first2 ingatkan tah pape... rupa2 nyer ok jer... yang part mak cik bagi kuih tu x baper berkenan... maner sheols tau yang shamsul kena ganggu bagai?? tetiba jah |
|
|
|
|
|
|
|
bg lilin yg pnakut nie,citer nie mmg seram la dr citer seram yg ada kt mesia nie..
seram dia lain ckit dr filem lain..bab pelakon liyana jasmay tuk mmg rasa cam kurang sesuai
dia blakon, wtak gediks2 boleh la..rasa ayu raudah or tie zakiah..lg better kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
betui ker citer ni best?? tadi kat melodi dieowg kate seram giler? mcm nk tgk jek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|