Post Last Edit by aerolit_gurlz at 2-12-2010 00:26
Qai tersenyum kecil di sebalik lensa kamera.Hana dan Zakif yang sedang berdiri bersandar sesama sendiri sambil berpeluk tubuh betul-betul membuatkan Qai mengelengkan kepala.Untuk kali ini,dah nak masuk 40 keping gambar dia tangkap.
“Err..Qai!Kita ubah konsep boleh kan?Guna konsep ala-ala sempoi aje.Yang macam dalam cerita I’m not single tu.Tak payahlah nak romantik-romantik sangat.”
Berkerut jugalah dahi Qai ketika mendengar permintaan Hana.Zakif yang blur dibelakang hanya dipandang seimbas lalu.Dia ambil beberapa saat,sebelum dia dapat mencernakan apa yang Hana minta-dan kembali mengingati filem I’m not single,dan akhirnya dia faham.Terus sahaja dia minta Hana dan Zakif buat aksi yang macam mana mereka nak,dan dia hanya akan menokok tambah apa-apa yang dia rasa perlu.
Dan terus gambar kahwin langsung tak nampak macam gambar kahwin.
“Hana!You pijak kaki i..”Zakif bersuara perlahan daripada tepi.
Makin lebar senyuman Hana.Sengaja dipijak kaki Zakif lagi kuat.Dahi Zakif berkerut.Dia pijak aku dengan tumit stiletto dia yang 4 inci tu?Mahu berlubang kasut aku.
“Hana…!!You pijak kaki i.Sakitlah..”Zakif bersuara lagi.Kali ini agak keras.Dia nak tolak tubuh Hana,Qai macam dah ready nak shoot.Nak tak nak..terpaksalah dia berdiri kaku.
“Cun!Comellah you kalau senyum Hana..”Qai menjerit kuat.Thumbs up dinaikkan.
Hana sengih.Sekilas dia menoleh ke belakang.
“Sorry…tak sengaja!”selamba Hana bersuara.
Zakif mengetap bibir.Tak sengajalah sangat.Patutlah bukan main lebar lagi senyuman dia.
Hana dah ready untuk shoot yang seterusnya.Dia ketawa galak dalam hati.Mula-mula,memang dia tak sengaja pijak kaki Zakif,tapi bila Zakif beritahu yang dia terpijak kaki Zakif,sengaja aje dia tekan lagi kuat tumit stiletto itu.Rasa macam seronok aje.Dan untuk pertama kalinya,dia rasa dalam banyak-banyak gambar,itu senyuman dia yang paling lebar.
Hana yang masih tersenyum Zakif pandang geram.Main-main kau yea..Takpe.
“Okay!Last shoot..lepas tu boleh stop..”jerit Qai.
Zakif senyum nakal.Terus sahaja dia paut bahu Hana yang berdiri tidak jauh daripadanya.Hana yang tidak terduga akan tindakan refleks itu terdorong ke arah tubuh Zakif.Pelukan di bahu Hana tidak terlepas,malah sengaja aje Zakif paut makin kuat.
Dan..sengaja aje bibirnya mencium pipi Hana.
“Walllaa!!Cun cun!Sempoi gila aaa..Kau tak bagi isyarat pun Kif.Nasib baik aku dah ready!”Qai senyum nakal.
Zakif tersengih.Dia tak sangka yang Qai dapat menangkap gambar tersebut.Hana yang berdiri dengan mata terbuntang dan mulut terngangga dipandang.Dia ketawa kuat dalam hati.
Perlahan-lahan,macam slow motion,Hana memandang Zakif.Tolonglah katakan ini semua tak benar.Tak mungkin dia cium pipi aku.Tak mungkin…
Namun senyuman Zakif yang masih tidak padam,membuatkan dia terasa macam terawang-awang.
“You…”Hana gigit bibir bawah,geram.Pipinya terasa hangat.Dia terasa macam nak angkat aje jari telunjuknya,macam yang selalu dia lihat dalam drama,bila seorang perempuan sedang marah.
“What?”selamba Zakif bertanya,sambil angkat kening.Senyuman sinis dilemparkan.
“Melampau!!!”Hana bersuara perlahan,namun tegas.Qai masih ada dalam bilik pengantin mereka ni.
Zakif senyum sinis lagi.Dia menundukkan kepalanya,rapat ke arah telinga Hana.Hana sedikit terdorong ke belakang.
“Itu baru sikit.Malam nanti…”Zakif pandang anak mata Hana.
“You tahulah nasib you.Itu balasan bagi orang yang suka cari pasal dengan i..”Zakif menegakkan kembali kepalanya.Dia berpusing,lalu menuju ke arah Qai.
Dan..Hana betul-betul rasa macam nak menjerit kuat aje waktu tu.
JAM TANGAN DIGITAL yang dipakainya berbunyi.Hana tersentak.Lari marathon segala peristiwa petang tadi.Dah pukul 11.00 malam.Hana memicit-micit pelipisnya.Apa aku nak buat ni?
Pintu bilik dipandang.Dia tahu,bila-bila masa sahaja pintu bilik itu akan terbuka,dan makhluk Allah itu akan melangkah masuk.Tanpa berlenggah,Hana terus membuka pintu bilik itu.
‘Aku mesti buat sesuatu..’desis hatinya.
[ BAB 2 TAMAT ] |