CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5491|Reply: 92

Asyik Sakit Memanjang, Shila Amzah Syak Dirinya Disihir

[Copy link]
Post time 27-12-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Shila Amzah syak dirinya disihir.


"Bila kita dalam bidang ini, macam-macam benda boleh kena," katanya kepada Kosmo.


Menurutnya sejak kebelakangan ini, dia jarang keluar rumah untuk mengelak daripada terkena perkara yang bukan-bukan.




Foto: IG






“Saya mengambil langkah berjaga-jaga. Sejak dua menjak ini, saya sering jatuh sakit juga sebenarnya. Selepas habis Gegar Vaganza (GV), selalu sakit.


“Sungguhpun begitu, saya cuba untuk tidak selalu keluar rumah atau berjumpa dengan orang sangat. Kalau keluar pun, atas urusan kerja atau bersukan bersama orang-orang yang saya percaya.


“Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk mendapatkan balik kesembuhan itu. Insya-Allah."




  



Dia juga kini mendapatkan rawatan moden dan juga tradisional untuk sembuh daripada penyakit misteri tersebut yang sukar untuk digambarkan.


Kesakitan dialaminya langsung tidak menunjukkan perubahan selepas berjumpa doktor sekali gus membuatkan dia berasa mungkin ada ‘benda lain’ yang mengganggu.




  



“Benda tersebut (sihir) memang disebut dalam al-Quran dan ‘hidup’ di sekeliling kita. Jadi, untuk saya bukanlah satu benda yang luar biasa sangat.


“Cuma, saya sendiri tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Bila ‘terkena’, sudah tentu kita kena kuat semangat.


“Kena kumpul balik kekuatan untuk bekerja sebab benda begini macam gangguan contohnya membuatkan kita malas, ‘spacing’ dan kadang-kadang saya termenung entah kenapa.


“Nak cakap sesuatu tiba-tiba terlupa. Ada masa saya tak nak keluar rumah dan lebih suka menyendiri. Itu semua memang bukan saya."


Sementara itu, kemurungan atau anxiety yang dialami semakin memulih.




  



“Alhamdulillah, selepas berjumpa beberapa pihak untuk mengembalikan keadaan seperti sediakala, saya dah rasa lebih baik berbanding sebelum ini (dari segi mental).


“Saya tak nak bergantung dengan ubat-ubatan. Saya cuba untuk pulih secara semula jadi. Macam sekarang, saya selalu buat senaman pernafasan.


“Anxiety selalunya berlaku pada waktu malam. Antara dua sama ada terlalu tiada orang ataupun terlalu ramai orang. Masalah tersebut akan datang dalam keadaan yang tidak dijangka.


“Sekarang memang mengalami banyak masalah untuk tidur malam terutama selepas saya sakit waktu GV. Jadi sekarang, saya cuba nak kembali pada landasan walaupun kadang-kadang badan sakit tak tentu masa."


  



Sekitar Mac 2022, Shila mengalami anxiety atau masalah kebimbangan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan pakar.


Terdahulu, Shila kehilangan suara selepas bertanding dalam GV9 sekali gus mengganggu tumpuannya dalam program realiti nombor satu tanah air tersebut. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak mention dia sakit apa? Ayat kona2 itu je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:42 PM | Show all posts
ke kena covid?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:42 PM | Show all posts
Retis mmg wajib ada ni ke, anxiety, depression, kena buatan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
akuHavocczz replied at 27-12-2022 03:42 PM
Retis mmg wajib ada ni ke, anxiety, depression, kena buatan orang.

Boleh caya ke? Takkan nak jadi bella astillah 2.0?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga dia memang rasa dia banyak musuh ke, terus declare kena sihir. Kang dok fikir pula sapa yg buat. Buat la rawatan lama2 mental gak kang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2022 03:46 PM | Show all posts
tak memasal kata kena sihir pulak dah. banyak sebab la boleh sakit, cuaca, makanan, minuman, senaman, lifestyle. nakkk gak sebut kena buatan orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cakap la ape pun jenis bukan likeable person.. nak kesian pon mcm susah.. sori xila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 03:49 PM | Show all posts
baru menjengah ig dia. dia cakap dia turun 13 kg. Most probably sebab dia overdue dalam penurunan berat boleh sebab kan sakit sakit. macam kawan iols nak kawin nak nampak cantik kan, dia pun bersungguh sungguh turun berat sampai chronic illness.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:52 PM | Show all posts
sekor lagi fitenah sihir.
kesian sihir kena pitenah padahal member tu chill2 je takda apa
sapa je nak sihirkan ko di zaman opr naik dan bakal recession tahun depan.
baik menabung lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian sihir  kene fitnah
Sedgkan diri sndiri yg back to back kerja
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah entah ada amoeba makan sel otak kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:03 PM | Show all posts
akuHavocczz replied at 27-12-2022 07:42 AM
Retis mmg wajib ada ni ke, anxiety, depression, kena buatan orang.

anxiety & depression ni sebenarnya mmg normal kena pada public figure, yelah kan diorg kena selalu jadi mangsa bahan umpatan & hencapan. i impress kalau retis / publick figure takda masalah anxiety or depression mmg betul2 tahan maki nih hihihihi. sihir lak iols krik krik sikit, ada 2 my friend pon mcm ni awal2 dia start sakit2 pon dia claim kena santau, cuz dia pergi klinik / hospital gov doktor tak dpt detect sakit apa. bila dpt detect rupanya dah kanser stage 4, dah arwah pon dua dua. sorg kanser otak sorg kanser darah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:24 PM | Show all posts
masih trauma tengok tudung biru tu

buruk bethool
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:34 PM | Show all posts
sik tuduh, sihir, guna2, setan, jin, saka toyol dsbnya...

padahal mgkn badan gundu, makan byk makanan yg tinggi asid uric,  pastu sakit ckp sihir,






Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal sakit aje kena sihir
cuba2 la bawa cek bmi, bp , kolestrol nko tu..entah2 sbb badan dah besor tempayan, tu yg kesihatan pun terjejas.
Tak ada siapa eh nak menyihir nko, nko tu bukan siapa2 pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 04:35 PM | Show all posts
muka kalau lawa standard miss world,baru aku percaya ada orang nk sihir kao
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:37 PM | Show all posts
tak pn diri sendiri pakai sihir, bila ada side effect tuduh orang lain hantar sihir

orang jual goreng pisang, jual nasi lemak pn pakai pelaris, artis2 ni wa tak tuduh la,

tp penah juga la member2 yg meniaga ni kene sakit, cakap orang buat, tp diri sendiri pn kaki jupe mak esah juga...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nih sorang lagi species egosentrik
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ada kenalan ai invest kt doktor biar x hensem tapi kaya….alhamdulilah masa start jual kek kuih bagai msuk gle untung…sebeum covid19 org buat dia….end up duit hutung abis bawak berubat….sekarang baru nk start blik……
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065144 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list