CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4029|Reply: 74

[Politik] 'Tok Mat' bakal TPM?

[Copy link]
Post time 25-11-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
'Tok Mat' bakal TPM?


Datuk Seri Mohamad Hasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, antara yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi 'orang nombor dua' negara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa jawatan orang nombor dua negara iaitu Timbalan Perdana Menteri (TPM) bakal diisi oleh parti rakan kerajaan perpaduan daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada masa sama, beberapa kementerian strategik juga mungkin akan diisi oleh beberapa tokoh besar daripada BN serta GPS dengan kombinasi pemimpin daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Sumber Umno menyatakan, beberapa kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri dan beberapa kementerian strategik lain.

"Berdasarkan perbincangan sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN termasuk beberapa kementerian kanan.

"Jawatan TPM nampaknya akan diisi oleh orang nombor dua Umno iaitu Tok Mat (Mohamad Hasan).

"Wakil PH ada menyatakan hasrat dengan Umno untuk melantik dua pemimpin muda daripada BN sebagai senator dan menjawat jawatan penting dalam kementerian," katanya.

Menurut sumber, dua pemimpin muda itu adalah bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan.

"Mereka (PH) kagum dengan kepakaran dan cara kerja dua pemimpin ini walaupun kedua-duanya tewas dalam perebutan kerusi Parlimen masing-masing di Sungai Buloh dan Alor Gajah.

"Bagaimanapun, kita tunggu keputusan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan mungkin juga ada siri perbincangan dengan kepimpinan tertinggi BN serta GPS dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, Anwar menyatakan bahawa kerajaan perpaduan yang diterajuinya dianggotai oleh PH sebagai blok terbesar diikuti dengan BN serta GPS.

Anwar turut mengalu-alukan penyertaan daripada Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengembalikan kestabilan politik di negara ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0/tok-mat-bakal-tpm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:05 AM | Show all posts
ok la tu dr wak pronorogol...

harap wak tak dpt apa2 jawatan la

and kes heols bersambunggggg
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhhh..ingatkan jadi ketua pembangkang..kunun rela jadi pembangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kdn sapa.. tu pun hotseat.. nyampah dgn cara hamzah zainudin
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:07 AM | Show all posts
TPM boneka jahid ajo laaa level kau tiktokmat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:08 AM | Show all posts
"Wakil PH ada menyatakan hasrat dengan Umno untuk melantik dua pemimpin muda daripada BN sebagai senator dan menjawat jawatan penting dalam kementerian," katanya.

Menurut sumber, dua pemimpin muda itu adalah bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2022 11:09 AM | Show all posts
Janganlah marah atau tidak puas hati kalau BN pegang kementerian strategik

Faham-faham saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok mat ni clean ke?
Or he's just cleaner than Zahid ?

Boleh la kut kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:15 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la Tok mat kalau betul jd tpm.
Tak sia2 bertanding kerusi Rembau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:28 AM | Show all posts
pinggan replied at 25-11-2022 11:14 AM
Tok mat ni clean ke?
Or he's just cleaner than Zahid ?

As long takder court case jer kot....

Tapi bagi aku, baik PH mahu pun BN, avoid lah lantik orang yang case. Benefit untuk dua dua jugak, untuk PH, mereka komited dengan perjuangan, and for BN, usaha membersihkan parti gitu...

Garu garu belakang tu nanti cerita lah heheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Okla. Daripada pak lebai. Power jugak strategi Zahid
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:43 AM | Show all posts
Reymz replied at 25-11-2022 11:28 AM
As long takder court case jer kot....

Tapi bagi aku, baik PH mahu pun BN, avoid lah lantik orang  ...

indeed...macam la semua mereka tu bersih dari suci dari dosa..yang penting sekarang stabilkan ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ACC106 replied at 25-11-2022 11:08 AM
"Wakil PH ada menyatakan hasrat dengan Umno untuk melantik dua pemimpin muda daripada BN sebagai sen ...

harap jd kenyataan, mcmn kalau shahril dgn saddiq 1 kementerian kj jd timb kesihatan, sorry lah downgrade haha tapi ok pe utk org yg kalah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 25-11-2022 11:07 AM
Ehhhhh..ingatkan jadi ketua pembangkang..kunun rela jadi pembangkang..

alang2 dah sebut ketua pembangkang, elok lah 2 ketul pemonteng tegar parlimen bagi laluan kat orang yg nampak semenggah sikit jd ketua, tak nampak lemah sangat blok tu esp kalau betul kj dgn shahril diserap jd menteri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 25-11-2022 11:41 AM
Okla. Daripada pak lebai. Power jugak strategi Zahid

Kannn.. Pak Lebai semak la. Akak nak book tiket konsert pun pikir 2x takot lebai2 turun Pdg Merbok bwk spanduk dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 25-11-2022 12:16 PM
alang2 dah sebut ketua pembangkang, elok lah 2 ketul pemonteng tegar parlimen bagi laluan kat oran ...

Senior aku ni.. hahaha... mmg sejenis commited
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 25-11-2022 12:17 PM
Kannn.. Pak Lebai semak la. Akak nak book tiket konsert pun pikir 2x takot lebai2 turun Pdg Merbok ...

Takut pergi wayang kena asing laki perempuan. Lepas tu blackpink datang poster tetiba bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.. klu depa x join kjaan perpaduan.. sampai bila xdak gomen.. patut berterima kasih la..

Tp sementara xdak gomen, jagong ada kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mcm kagum jugak dgn dia ni sebab forumer ckp dia bagus tapi sebab dia geng wak hilang respect terus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071281 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list