|
Lama Setia Jaga Suami Terlantar Sampai Sihat, Kini Ayu Nak Fail Cerai?
[Copy link]
|
|
Ingat rancak betul thread lama kan
Da kne pagar ke..
Ni iols ingat2 lupa
Curang dgn laki 1st sampai preggy anak luar nikah. Siap bin laki 1st.
Gambar berdua-an dgn adik angkat baju kaler same. Siap bju pengantin pun ade
Duit donation etc beli moto besar utk dia n adik angkat
Merempit dgn adik angkat
Kne tangkap basah dgn adik angkat
Play victim pastu jheat reply
Jiran pun reply sbb sakit mata tgk adik angkat (bukan dr kecik tp dewasa) kuar masuk rumah tu
Sempat buat rumah baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam pelik...
Dia jaga laki dia sampai sihat walafiat
Tapi berskandal
Biasa yg ada skandal ni x peduli dah dgn laki, apatah lagi nak jaga laki sakit
Entah apa lah MO dia agaknya
Nak dapat duit insurance mungkin..
Family toxic laki dia tu...nah sekarang korang ambik lah balik anak/abang/adik korang ni...jaga sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 13-10-2022 08:20 AM
meols baca baca juga kes dulu....sheols jaga laki elok-elok pun tapi kalau dapat family mertua / ipa ...
Dah kenapa family dia nak duit insurans pulak. Bini yg jaga kan. Duit derma tu untuk laki and anak2 dia bukan untuk family dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bodohnye yang g derma la. Entah entah yg menderma pun duit cukup cukup makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah Penat, Berundur Sebelum Gila- Ayu Sah Bercerai Selepas Bertahun-Tahun Jaga Suami Koma Dan Sakit
Kisah seorang wanita menjaga suaminya yang terlantar koma lebih 90 hari akibat kemalangan jalan raya pada mendapat perhatian warga maya.
Lebih menyentuh hati apabila Siti Rohayu atau lebih dikenali sebagai Ayu yang merupakan usahawan kosmetik tetap setia menjaga suami, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang hampir hilang ingatan tanpa berputus asa demi melihat lelaki itu sembuh seperti sedia kala.
Namun apa yang mengejutkan warganet apabila baru-baru ini sudah tiada gambar atau video bersama suami kecuali bersama anak-anak di media sosialnya.
Foto: FB
Berdasarkan hantaran pada 11 Oktober 2022, Ayu memuat naik foto menunjukkan dirinya berjubah hitam berdiri di hadapan Mahkamah Syariah Daerah Besut, Terengganu.
Dipercayai wanita itu sedang dalam proses penceraian setelah sekian lama menjaga suaminya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri sejak kemalangan itu.
"Ya Allah... Semoga keputusan yang aku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termasuk untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukanlah. Maafkan Umy (gelaran Ayu) semua. Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan.
"Andai tiba saatnya di mana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan.
"Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah satu dunia membenci dan mengecam Umy, Allah ada. Sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini," tulisnya di Facebook.
Ibu kepada dua cahaya mata ini seterusnya membuat satu siaran langsung (live) pada pagi Isnin, memaparkan dia berada di Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan bersama suaminya.
Dalam hantaran sama, Ayu menjelaskan bahawa itulah detik-detik terakhir mereka berdua bersama sebelum masing-masing bakal membawa haluan sendiri selepas ini.
"Selamat tinggal Aby (panggilan suami)," katanya dalam kapsyen sebuah video yang dimuat naik.
"Umy buat keputusan dengan rela hati. Mungkin ini yang terbaik untuk saya dan suami supaya tak ada pergaduhan mana-mana pihak dan bawa haluan masing-masing.
"Ramai tak faham kalau nak share semua (perkara). Cuma (Ayu) berharap Abi lebih sihat dan bertambah baik (apabila) dijaga keluarga dia.
"Biar dia mampu nanti cari dan tengok anak-anak. Abi tak faham keadaan dia (diri sendiri). Kalau dia normal, dia tak cakap macam tu," ujarnya merujuk kepada suaminya yang mencelah ketika sesi live.
Kata Ayu lagi, dia hanya menyalahkan dirinya sendiri atas perpisahan yang berlaku.
Malah katanya keputusan dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
Dalam pada itu, wanita ini turut menejelaskan bahawa dia sudah penat untuk 'berjuang' demi hubungan mereka dan memilih untuk mengundur diri sebelum dia menjadi 'gila'.
"Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah satu dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat.
"Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.
"Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni fokus pada bisnes. Permulaan hidup baharu. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan Umy," ujarnya dalam hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaharu pasangan suami isteri berkenaan.
Bagaimanapun, netizen mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
"Moga Allah permudahkan urusan kalian berdua. Allah uji tanda Allah sayang pada kalian.
"Moga Allah bagi mudah. Bagi kuat untuk Umy dan Aby. Mohon jangan komen yang bukan-bukan.
"Siapa yang follow Umy dari awal Aby sakit, akan tahu sebab apa dia buat keputusan macam ni, harap anda faham dan tak kecam Umy. Kasihan Umy... dia tetap sayang Aby," komen beberapa netizen pada hantaran di Facebook. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Utk kes dia ni xde ke pihak keluarga suami dia nk bg sepatah dua kata punca dorg berpisah. Btol ke sprti yg di perkatakan sbb dt insurans? Ak rengsa btol la bila tgk gmbor die ckur rmbut laki dia pn die nk up kt socmed. Klu takat kt pjbt agama tu ak leh trima lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah ada ke citer ni ke meolls yg dejavu?
|
|
|
|
|
|
|
|
kagum dengan dia sebab dari suami dia mula2 sakit tak boleh bangun sampai dah sihat semula dia sanggup jaga..
|
|
|
|
|
|
|
|
You must do what you have to do. |
|
|
|
|
|
|
|
acik pun teringin betul nak tahu cerita side mertua dia.
takkan lah hanya kerana duit ...sheshuatu sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa aku kalau pompuan lain, dah lama tinggalkan laki... aku pun tak tau apa cerita disebalik cerita, hope the best for both. |
|
|
|
|
|
|
|
Afie13 replied at 17-10-2022 03:52 PM
Dia ni kuat drama jugak. I x percaya cerita dia 100% sbb org2 yg kenal dia tahu lah kes laki dia ken ...
Laki tu masih ada ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kes drama petang2 isteri teraniaya ke camne ni..baru follow citer dia ni..mananak korek sumber citer dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rse mcm ad kisah napa laki eksiden kan... |
|
|
|
|
|
|
|
hal dia curang tu lantak dia lah.
hal dia jaga suami sakit tu.. aku faham perasaan dia
cerai itu lebih baik dari dia berterusan makan hati
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekurangnye dah jaga sampai sihat..if org lain lom tentu sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia tu salah satu 'lubuk' duit juga
selain katanya dpt duit insurans, duit sumbangan pun dpt bnyk smpai dpt buat rumah banglos sebijik.
Mmg la dia jaga laki dia, tpi dlm masa yg sama pun menyund dgn jantan lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la
Tp tgk galak je buat content
Lg suke viral lg haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kayo makcik ni
Diong kata hasil derma n insurans |
|
|
|
|
|
|
| |
|