CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

"Balik 4 Pagi Mak Saya Biar Je," Janna Nick Membesar Dalam Broken Family, Tak Ada Siapa Yang Bimbing

[Copy link]
Post time 13-7-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Darjah 3 naik bas awam sendiri wow. Ingatkan iols yg darjah 5 jalan kaki dari sekolah ke stesen bas sorang2 dah cukup sedih, dia lagi muda darjah 3. Mujur la takda jenayah cuma dengar bunyi anjing menyalak lari jugak la. Tapi benda tu mengajar iols independent, in fact paling independent kalangan siblings walaupun iols bukan anak sulung. I can survived duduk oversea sorang2 pun dah biasa independent dari kecik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya beberapa tahun lepas nampak dia ni ada adik yang masih Baby.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dia bukan melayu pun..campuran bangsa xleh pakai iaitu mon+siam+arab
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau pun cakap kau ada adik2 yang masih kecik...kau sendiri yang menyusahkan mak kau...kau ingat mental kau jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu kurang kasih sayang tu mental ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari broken family, sedih dgn hidup semasa kecil. Tiada momen indah bersama ibubapa. Menumpang kasih dgn keluarga kawan. Darjah 3 naik bas sendiri. Tinggal dgn nenek. Teringat sedara yg kisahnya lebih kurang. Dah beranak pinak, tapi kita yg tau kisahnya, sampai skrg mesti rasa sedih. Apatah lagi empunya diri. Kita tengok mcm 'ala itupun nak sedih, adalagi org lebih teruk'.. Cuba kena kat diri sendiri. Mental jadi tak sihat. Simpati kat dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2022 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zam2alakazam at 14-7-2022 04:08 AM

Kesian.. Semoga suami lebih menyayangi dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujian hidup org kan.. siapa kita nk memperlekehkan org. Ramai sebenarnya yg ada bad experience masa kanak² cuma cara handle tu berbeza. Mcm janna ni jenis loud and rebel. Ada yg jenis pendam, jd pendiam, takde keyakinan diri. Ada yg kita nmpak luaran ok happy go lucky tp sebenarnya depressed. Ada yg jd kaki buli, kaki gaduh.
Akan slowly matang seiring usia lah.
Janna ni muda lg masih dlm fasa mendonia.
Nnti dh nk masuk 40 dia berubah la tu.. masuk tu lebih kpd keinsafan, bertudung.
Time tu ada la kot brand tudung Janna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 13-7-2022 10:56 PM
Darjah 3 naik bas awam sendiri wow. Ingatkan iols yg darjah 5 jalan kaki dari sekolah ke stesen bas  ...

Sama la kita sis.  
I pun dah 10 tahun duk overseas hasil independent dari kecik and kena pulau jugak dek adik beradik lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
apa tujuan dia ckp ttg kehidupan dia ms lalu
adakah utk merah simpati atau sajer meluahkan atau nk share apa yg dia lalui atau nakkan perhatian
yea kita x rasa apa dia rasa tp bukan dia sorg yg lalui, bersyukurlah dia membesar jd org bukan sebaliknya
ramai jer yg lalui apa yg dia lalui dan end up pelbagai, ada yg tanam dr awal nk berjaya dan ada yg jns just follow the flow
kwn kaka mak pak dia berpisah ms dia x smp setahun, ayahnya mmg x amik taw ttg dia ms kecik dan ms sekolah rendah tp dia ttp cari ayahnya, dia juga yg support ayah dia dan berbaik dgn abg serta adik2 berlainan mak.
ada plk pernah jd mangsa dera parents yg bercerai tp ttp hargai mereka bila dah dewasa sbb tanpa mak ayah, dia pun xde kt sini
klu kurang kasih syg seorg bernama lelaki raihlah dr buah hati aka shuben tu
Dan ttg bapa dia tu bkn dia pernah promote ke gerai cendol bpk dia yg terletak di stadium muo
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pasal naik bas sorang sorang tu aku pernah tengok budak kecik dalam darjah 1 naik bas rapid sorang sorang balik sekolah. sian dia. tapi selalu bebudak macam tu cerdik ja tak turun bus stop selain dari bus stop rumah dia & tak ikut strangers.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ramai yang komen "alaaa ramai lagi yg datang dari broken famili, atau tak baik bukak aib famili" adalah orang dari famili yang baik dan happy. Masalah korang cuma ayah balik lewat dan mak tak masak. Sebaliknya toxic parents is real..aku ada masalah mak ayah yang tak berapa suka anak happy.

Setiap kali kita bagitahu sesuatu dia akan bangkang DAN bagitahu alternatif lain yg xmasuk akal..bgitahu fakta yg xtepat. Bila kita ckp nak pergi sekian, dah x elok pergi tempat lain je..bila dah besar end up jadi mcm janna la, sekadar nak meluah je bukan nak memburukkan tp nak sangat org faham toxic parents is real.

Ape ni pertandingan ke? Sape lagi broken, sape lagi toxic??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade 1 lagi perangai parent psyco..suka down kan anak anak, cakap anak bodoh, ckp wife bodoh..terpaling tak guna. Cakap benda tak baik berulang ulang..sis dah dekat 40 ayah masih lagi berani bangkang setiap inci keputusan sekecil2 pilihan tempat mkn. Dia akan ulg beratus kali tempat makan yg sis pilih tu tak elok dalam masa lunch shj. Bayangkan ea..bukan dia jahat pukul ke ape..seringkas ulang ulang pernyataan shj, seolah provokasi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:25 AM | Show all posts
Managerara replied at 14-7-2022 08:12 AM
Aku rasa ramai yang komen "alaaa ramai lagi yg datang dari broken famili, atau tak baik bukak aib fa ...

ai rasa hanya yang pernah mengalami yang akan memahami.. ai tak suka dengan janna ni dulu, tapi sekarang ai ada soft spot kat dia.. dari budak kekosongan apa entah yang netizen expect dari dia. kanak2 yang terabai, yang dibesarkan dalam keluarga toksik, memang akan mengalami kekurangan dalam perkembangan personaliti dan mental. dah memang mak bapak salah. habis tu nak salahkan orang sebelah ke? tak habis2 nak suruh salahkan diri sendiri. bodoh sangat komen masing-masing.

aku sebagai seorang mak pun menyelar mak bapak yang melakukan pengabaian kepada anak-anak. pengabaian ni bukan setakat tinggal anak kat tok atau nenek tau, tapi merangkumi keperluan emosi jugak. semoga netizen2 yang bodoh suruh salahkan diri sendiri ni cerdik sikit! marah betul aku!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
oggy replied at 13-7-2022 06:35 PM
Dalam interview tu, dia tak kata pun mak dia biar sebab tak kisah. Tapi sebab mak dia percaya kat di ...

Betul tu tengok la dulu interview tu, dia ada sebut semua dia buat skrg cari duit ke apa utk mak dan adik2 dia je.
Iols tengok video interview tu kat page public health dan bila baca komen ramai ngaku turut rasa yg sama mcm Janna rasa bila mak pak bercerai.
So tak perlu la kot nk perlekehkan apa yg dilalui bersyukurla korang dibesarkan dengan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
shahirakay replied at 14-7-2022 08:25 AM
ai rasa hanya yang pernah mengalami yang akan memahami.. ai tak suka dengan janna ni dulu, tapi se ...

Betui tu iols paham sgt sbb arwah mak iols juga dtg drpd broken family.
Ia bukan beri kesan pada mak iols je tapi pada iols juga.
Bagaimana seseorang yg tidak dibesarkan dengan sempurna, kurang kasih sayang dan perhatian cuba utk menjadi ibu yg terbaik buat anak2 dia, sudah tentulah ia sangat sukar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik buruk pengalaman hidup masa kecik tu..mak bapak kita tetap lah darah daging kita..yg kita akan tetap kasihi dan sayangi..jangan sesekali nafikan yg mereka mmg ada juga khilaf masa membesarkan kita..be truthful..itu yg aku dapat rasakan apa janna nak sampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kalu tough love tu toxic ke….org melayu kan selalu gitu….
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 14-7-2022 09:06 AM

Bukan anak2 yg mak ayah bercerai berai je Rasa macam apa yg Janna Rasa ni.. Aku Dari family Yang mak ayah Masih kekal hingga ke Tua ni tapi Dari Aku kecik sampai Aku Tua ni mak ayah Aku asyik bergaduh..

ayah Aku kat rumah muka asyik nak mencuka, apa anak2 buat semua Salah.. tapi dengan org luar bukan main baik. ...anak2 ni  berlari Salah, bising sikit Salah, basuh pinggan n susun pinggan terkuat pun Salah, duduk dlm bilik tak keluar pun Salah, dah keluar tengok TV Salah, kemas tempat kerja dia pun lagi laaa salah, dengar radio Salah, cawan jatuh pecah kena marah.. kalau  Kita Luka kena kaca Tu bukan dia nak tengok keadaan Kita . Dia marah2, bentak n merengus2  sebab Kita pecahkan cawan Tu ade la...

mak Aku pulak tiap Kali bergaduh asyik nak menjerit2 mengamuk2 ... Seminggu sehari dua je baik, pastu gaduh ..sekecil2 benda pun boleh bertekak... Lepas Tu suka membanding2kan anak dgn anak org lain..  sekecil2 pencapaian anak  pun tak pernah nak puji, tapi dok puji anak org lain ... Aku serious penat dgn situasi ni.. bila dah kawin n Ada anak Aku memang tak boleh dengar anak Aku nangis... Aku stress... Aku Rasa nak bantai anak cukup2 ... Mungkin kesan Dari hidup Dalam keadaan toxic masa kecik Yang buat apa semua tak boleh, kena jadi robot baru Hati bapak Aku tak sakit... Bertindak as manusia yg Ada masa gelak2 , sedih, ketawa semua tak boleh.. semua asyik nak marah ...

Haih memang rebel masa remaja.. sampai sekarang tak Ada keyakinan diri n tetap Rasa bodoh bila duduk Sama dengan  dengan org lain n sepupu2..tapi Tu la dah dewasa ni fikir2 balik apa pun Aku tetap anak,  sabar je lah .. nak doa suruh mak ayah berubah mungkin dah tak lut kot... Huhuhu.. so Aku sangat2 faham apa yg Janna Rasa... Hanya Yang alami je Yang tau.. betul apa Janna cakap, kesan pada anak2 sampai Tua ...  Haih Sori Ter share pulak kisah sedih ... Semoga baik2 je lah untuk semua yg Dari broken & toxic family...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:05 AM | Show all posts
Managerara replied at 14-7-2022 08:12 AM
Aku rasa ramai yang komen "alaaa ramai lagi yg datang dari broken famili, atau tak baik bukak aib fa ...

Sebagai seorang anak mmg kita akan melalui fasa2 yang tak indah dalam kehidupan.Jangan merendahkan org tua kita meskipun sejahat mana pun.Hormati lah mereka,jangan abaikan mereka.
Semua tu kita anggap pelajaran dalam kehidupan kita.
Yang elok kita ikut,yang tak elok jangan sesekali di sambungkan sampai 7keturunan.
Kalau yang datang semuanya indah2 barangkali kita tak dapat membezakan kebaikan dan keburukan.

Adakala sebagai ibu bapa mmg ada sikap merasakan pilihan dan tindakan mereka betul.
Sebaliknya penerimaan dari anak2.Jadi kamu belajarlah dari situ agar kamu tidak berbuat sebegitu pada anak2 kamu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.200754 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list