|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V138'
[Copy link]
|
|
nitey kaka
|
|
|
|
|
|
|
|
22,030 lagi kes positif baharu COVID-19
Oleh Rafidah Mat Ruzki - Mac 15, 2022 @ 8:02am [email protected]
Foto hiasan
PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sebanyak 22,030 lagi kes positif baharu COVID-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,845,601.
Sebanyak 21,636 kes adalah penularan tempatan manakala 394 kes import.
Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 33,872 kes sembuh semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,502,760 yang pulih daripada jangkitan COVID-19 ketika ini.
Sementara itu, sebanyak 308,942 kes aktif sehingga semalam.
Sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di rumah, membabitkan seramai 298,123 individu.
Seramai 2,031 pesakit kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 8,400 pesakit menjalani rawatan di hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah semakin kerap pulak...
Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan
| | 15 Mac 2022
Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada 10.12 malam tadi. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada 10.12 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 118 km barat laut dari Siberut, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... di-Sumatera-Selatan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfhzuraz at 15-3-2022 08:22 AM
rakyat nk kena tanggung ke caner
Kerajaan perlukan RM17 bilion lunaskan hutang 1MDB
DIANA AZIS | | 14 Mac 2022
Tengku Zafrul - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan masih kekurangan dana sebanyak RM17 bilion bagi melunaskan baki prinsipal dan faedah hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu adalah bagi pembayaran baki prinsipal serta faedah hutang 1MDB yang berjumlah RM38.8 bilion untuk tempoh 2023 hingga 2039.
“Kerajaan telah membuat bayaran faedah dan pinjaman 1MDB sebanyak RM13.31 bilion melalui Dana Akaun Amanah, Kementerian Kewangan.
" Pada masa ini, dana akaun amanah masih berbaki RM15.76 bilion, maka tidak cukup untuk melunaskan kesemua prinsipal hutang 1MDB,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerajaan bakal menerima dana penyelesaian sebanyak RM515 juta daripada AmBank serta baki jaminan pemulihan aset oleh Goldman Sachs sebanyak AS$954 juta.
”Dana awam pernah dan masih perlu digunakan untuk menanggung hutang 1MDB, sama ada dari segi bantuan langsung atau melalui dana pemulihan aset 1MDB.
"Berikutan masalah kewangan yang dihadapi 1MDB, kerajaan sejak April 2017 hingga November 2021 telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah lebih RM10 bilion melalui kementerian dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB,” katanya.
Dalam pada itu Tengku Zafrul turut memberi jaminan kerajaan akan membayar hutang 1MDB mengikut waktu yang telah ditetapkan bagi mengelak berlaku sebarang keingkaran.
Jika tidak mengikut had yang ditetapkan katanya, ia akan memberi implikasi kepada ekonomi negara kerana hutang kerajaan dijamin menerusi jaminan dan surat sokongan.
”Kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng, sama ada melalui tindakan undang-undang mahupun rundingan penyelesaian,” ujarnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... unaskan-hutang-1MDB
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Individu positif saringan RTK-Ag tak perlu buat ujian PCR
RAIHAM MOHD SANUSI | | 14 Mac 2022
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Individu yang disahkan positif Covid-19 menerusi kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) tidak perlu membuat pengesahan melalui kaedah Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut boleh terus melakukan pengasingan diri sebaik sahaja disahkan positif melalui RTK-Ag.
"Apabila beralih ke fasa endemik, kita perlu kurangkan kebergantungan kepada ujian RT-PCR dan lebihkan RTK-Ag," katanya menerusi laman sosial, TikTok miliknya pada Isnin.
Menurutnya, pakar kesihatan berpendapat, ujian RTK-Ag sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan tinggi.
"Ia berbanding RT-PCR yang sangat sensitif sehingga individu telah sembuh daripada jangkitan masih dikesan positif apabila membuat ujian menerusi kaedah tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata, keputusan ujian saringan RT-PCR tidak pantas seperti RTK-Ag.
"Dalam situasi sekarang varian Omicron yang lebih cepat merebak, ujian RTK-Ag adalah lebih efektif kerana tidak perlu tunggu sehingga 48 jam untuk mengetahui keputusan," katanya.
Ujarnya, lebih cepat keputusan ujian saringan diketahui, lebih cepat untuk seseorang individu mengambil langkah pengasingan.
"Adalah lagi baik 1,000 orang buat test RTK-Ag daripada 10 orang buat RT-PCR walaupun lebih sensitif," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, RT-PCR masih boleh digunakan bagi keperluan perjalanan ke luar negara ataupun kembali ke tanah air.
Menyentuh mengenai kualiti kit ujian RTK-Ag, Khairy berkata, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah diarahkan untuk mengambil tindakan terhadap produk yang tidak berkualiti.
"Kita akan terus pantau kit ujian di pasaran untuk memastikan kualitinya dijaga dengan baik," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... erlu-buat-ujian-PCR
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
sama sama mira
terima kasih sudi check in
|
|
|
|
|
|
|
|
hola ciksu
terima kasih sudi check in
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab harta yg dia dapat tu secara senang, tak perlu bersusah payah nak bekerja
pasal tu habis pun mereka tak rasa apa pun
mereka belanja kepada perkara yg tak perlu
sama sama zura
matt bila2 pun ok jer utk bertukang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih nay sudi check in...
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih zura rate thread matt ...
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah bidang yang mereka pakar.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|