CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Pesawat TUDM Hawk MK108 terhempas 10.07 malam tadi. Seorang terbunuh, seorang cedera

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:53 PM | Show all posts
salam takziah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2021 12:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiraji'un
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:05 PM | Show all posts
salam takziah...semoga keluarga tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-11-2021 09:45 AM
Askar ni ramai juga yg mati on the job tapi bukan berperang

Uolls nak kita berperang ke supaya dpt tgk diorg terkorban di medan perang? Uolls tak suka kita hidup aman2 ke? Mak tanya jujur ni. Jgn carut mak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lama tak maintenance ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2021 02:13 PM | Show all posts
'Terjaga dengar dentuman amat kuat'
Oleh Nur Izzati Mohamad - November 17, 2021 @ 1:00pm


Lokasi insiden pesawat Hawk milik TUDM terhempas. - Foto NSTP/ Danial Saad.

BUTTERWORTH: "Ketika kejadian saya sedang tidur namun terjaga selepas terkejut terdengar bunyi dentuman yang amat kuat," kata Anita Abdul Talib, 52.

Anita seorang daripada penduduk Kampung Benggali, Sungai Puyu, di sini yang mana lokasi kediamannya berdekatan dengan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurutnya, dia yang tinggal di situ selama 30 tahun memang sudah biasa dengan bunyi deruman pesawat TUDM yang keluar masuk membuat latihan.

"Tetapi insiden malam tadi memang mengejutkan saya sehingga terjaga dari tidur kerana bunyi dentuman sangat kuat dan masa itu memang syak ada sesuatu yang terhempas.

"Apabila pandang di luar rumah, saya nampak percikan api di kawasan pangkalan dan pagi tadi baru saya dimaklumkan penduduk lain mengenai kejadian terbabit," katanya ketika ditemui, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM dilaporkan terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan.

Insiden menyebabkan Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

Tinjauan yang dilakukan di luar kawasan pangkalan TUDM kira-kira jam 9 pagi mendapati kawalan keselamatan ketat di sekitar landasan, iaitu lokasi pesawat berkenaan terhempas.

Sekumpulan anggota TUDM juga dilihat berada di lokasi dipercayai bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Orang awam yang mendapat berita berhubung nahas pesawat itu turut berlegar-legar di luar kawasan pangkalan kerana mahu melihat insiden itu dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil memandangkan jarak lokasi yang terlalu jauh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2021 02:13 PM | Show all posts
Kronologi pesawat Hawk TUDM terhempas, mendarat cemas sejak 1996
November 17, 2021 @ 7:44am

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1996.

18 Jun 1996 – Pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.

23 Julai 1996 – Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.

10 September 1998 – Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 yang dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

2 Oktober 2000 – Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.

18 Disember 2003 – Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

23 Jun 2005 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.

4 Mei 2007 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.

15 Jun 2017 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat itu terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

16 November 2021 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terbabit dalam kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:15 PM | Show all posts
makneng replied at 17-11-2021 01:06 PM
Uolls nak kita berperang ke supaya dpt tgk diorg terkorban di medan perang? Uolls tak suka kita hi ...

oleh krn ko tanya jujur, meh aku jawab the answer is no.

macam mana otak ko boleh terfikir sampai ke situ? tanya jujur gak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2021 02:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-11-2021 02:15 PM
oleh krn ko tanya jujur, meh aku jawab the answer is no.

macam mana otak ko boleh terfikir sampai ...

Sel2 otak berhubung uolls..dah nak sambung tido
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 02:58 PM | Show all posts
macam mana laa keadaan dorang masa tu? tiba2 pesawat buat hal masa kt atas pas tu nk mendarat pon dah panik
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:01 PM | Show all posts
Pesawat lama kan.. nanti ada la statement "ikut rekod pesawat tu masih boleh terbang..." hampeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah.. salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Agong dan permaisuri ucap takziah pada keluarga mangsa...

Rakyat lain yg terkorban dlm lapangan lain...sonyap aja agong kita?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemalangan udara bukan kemalangan jalanraya...pengendali melayu islam bukan bangsa lain...

So  nahas akibat mabuk already strike off early early....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-11-2021 12:59 PM

good looking arwah ni.. salam takziah untuk keluarga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.517223 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list